Showing posts with label artist. Show all posts
Showing posts with label artist. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Dia cantik...dan ada segalanya

MZ tak delah excited nak bergambar dgn artis kalau terjumpa artis kat mana2 event...sbb musabbabnya...tak ramai artis yg boleh dijadikan idola or boleh dikagumi..

tp dlm byk2 artis tu...
ni antara yg MZ minat---suka sbb dia berhijab...sgt sopan, cantik...dan sgt2 bertuah kerana mempunyai suami yg hensem, anak2 yg cute...pendek kata dia ada segalanya lah..


so amik peluang bergambar dgn Irma Hasmie kat one event kat 1utama last week..she's in pink tudung and dress...sweet sgt2...

salam ari selasa..
moga2 kita sentiasa dirahmatiNya

Monday, 9 December 2013

Likers v Haters

jgn suburkan kebencian dlm diri...kalau tak suka, unlike jer page tu..annoying bila baca komen2 haters..we can't please everyone pun..

me salah seorg dari 1.3m likers of this page..

me suka tgk pics diaorg honeymoon kat Europe...dua2 pun comel (hensem+cantik)



dua2 tempat kat dlm pic tu me dh sampai..syukur..:)

note : one day..me nak repeat jln2 Europe gak..insya Allah..one sweet day...

Sunday, 10 November 2013

Bold & beautiful

me jrg tgk tv..tp pagi td gigih tgk NSKO sbb ada live majlis kawin Fizo-Mawar..sblm lintas langsung majlis kawin tu, sempat tgk gak Ustazah Bahyah citer psl tips2 psl perkahwinan..so sweet...

Fizo-Mawar---siyes psgn yg sama cantik sama padan!!dua2 pun bisnesman-bisneswoman

and selain dari fakta menarik Mawar yg sgt cantik (model tudung fareeda) dan anak org kaya ie maknya owner tudung fareeda, fakta lain yg sgt menarik ialah hantaran dlm bentuk emas 1kg berukir 'Fizo loves Mawar'..and Fizo ternangis sikit lps setel akad nikah (Mawar nampak cool/control jer..)she's indeed a lucky woman...and diaorg nak gi honeymonn kat europe (teringat plak honeymoon yusry-lisa) taqdir hidup yg sgt indah..

credit pic




 moga cinta mereka akan sampai ke jannah..and dpt zuriat yg comel2!!

and me berdoa utk diri me & hubby gak..and utk uolls as well!!

Sunday, 13 January 2013

I really like 'em

me sgt sukaaa tgk kapel ni...semlm ada rncgn psl diaorg kapel/kawin kat astro...leuniey ni sgt comel orgnya :) bertuahnya dilahirkan sbg seorg yg cantik :)



and me jugak suka tgk farah lee :) ni pic me amik kat FB farah lee... :)



apa2 pun me bersyukur atas segala nikmatNya...
 

Thursday, 20 December 2012

Sam & Instagram

bukan MZ yg skodeng Instagram Sam...
ada kwn me tag me pic ni...katanya Shaheizy Sam shared pic ni kat his instagram ...so me tepeklah kat blog kecik me ni sbg kenangan :) pic ni time tgh main game--muka me serius tu kat stage :p


note : me tak reti nak guna Instagram..kesian sungguh...

Wednesday, 21 November 2012

terselit ajer pun

ada kwn FB ckp ada pic me dlm Berita Harian semlm...so me pun belilah BH...

then mama tisya pun upload kat FB and tag me...cinonet ajer pun picnya---nasib baik gaklah size pic ni tecit ajer..kalau besar picnya, nanti segan plak me kalau my colleagues or my students noticed pic me ni..



Thursday, 9 August 2012

Musim artis berhijrah | terbaru- Tampil Bertudung Di MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain

me memang minat nurul syuhada sbb pada pandgn mata me, dia sgt cantik and educated :) and terer diving tu (i wish one day!--swimming lom pandai ada hati nak diving :p)

anyway, rugi plak tak bukak tv pagi td--sbb nampak kat FB, ada org tulis dia tampil bertudung dlm MHI and katanya memang akan terus bertudung lps ni..syukur alhamdulillah...mesti lg cantik & ayu gitu :)



CREDIT : rotikaya

 
Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”

Tuesday, 17 July 2012

sweetest couple of the year | Yusry & Lisa Rumah Baru Lambang Kasih Sayang Sempena Syawal

..

bahagianya jd seorg yg bernama Lisa Surihani ;) moga2 akan dikurniakan zuriat soon

  credit : LINK

Selepas enam tahun beraya tanpa wanita bergelar isteri, kini Yusry Abdul Halim, 39 kembali meniti bahagia bersama insan yang dicintainya, Lisa Surihani Mohamed, 26. Ternyata pasangan romantik ini begitu teruja meraikan hari lebaran bersama.

Kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya apabila berbicara mengenai sambutan Aidilfitri pertama mereka selepas disatukan. Lebih istimewa, pasangan sama cantik dan sama padan ini bakal menyambut bulan mulia di kediaman baru mereka yang terletak di Kajang Country Height.
“Saya bersyukur dan gembira dengan apa yang dimiliki hari ini. Kehadiran Lisa amat bermakna dalam hidup saya. Dia wanita yang amat istimewa, bersamanya saya rasa bahagia.

“Alhamdulillah, sepanjang enam bulan berkahwin kami tidak pernah bergaduh. Kami dapat menyesuaikan diri dengan begitu baik. Saya dan Lisa ada keserasian. Sejak mula kenal sehingga menjalin hubungan istimewa, kasih sayang kepadanya semakin subur. Saya berdoa agar rumah tangga kami bahagia sehingga ke akhir hayat,” ujar anak kedua daripada empat orang adik-beradik ini. Sebagai suami, kata Yusry dia berusaha memberikan yang terbaik buat Lisa. Selain kasih sayang yang tidak berbelah lagi, dia mahu memastikan permaisurinya hidup selesa di kediaman baru mereka.
“Sebenarnya saya sudah lama merancang membina kediaman yang selesa untuk keluarga saya, syukur impian saya akhirnya menjadi kenyataan. Ketika bercinta dengan Lisa, rumah ini dalam proses pembinaan. Saya ada bertanya tentang rumah idamannya tapi Lisa hanya mendiamkan diri. Mungkin dia segan maklumlah ketika itu kami masih belum berkahwin.

“Saya teruskan perancangan membina rumah mengikut cita rasa saya. Rumah ini mempunyai nilai sentimental buat saya kerana ia adalah rekaan saya sendiri khas buat insan yang dicintai. Saya gembira Lisa suka dengan rekaan dan dekorasi kediaman kami yang berkonsep kontemporari. Cita rasa kami sama lantaran mudah untuk kami menata rias kediaman ini.
“Saya mahu meniti hari bahagia bersama Lisa dan membina keluarga di kediaman ini. Semoga ia menjadi kediaman yang selesa dan sempurna untuk kami,” jelas pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa ini lagi.

 

Tuesday, 19 June 2012

Peluang berbuka puasa dengan Wawa Zainal & Lipice @Fullhouse Giza

..
 tak boleh bwk hubby so me tak dpt nak join lah sbb bln puasa memang me akan berbukak puasa dgn hubby & kids

those yg nak join sudi2kan



 

Tuesday, 17 April 2012

so sweet | Lisa, Yusri jadi cikgu

my fav couple heheheh me suka betul tgk yusry-lisa ni :)

credit BH

Lisa, Yusri jadi cikgu

PELAKON, Yusry dan isteri, Lisa hadir pada program 'Teach For Malaysian Week' di SMK Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, semalam.
PELAKON, Yusry dan isteri, Lisa hadir pada program 'Teach For Malaysian Week' di SMK Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, semalam.
 
KLANG: Semalam sukar dilupakan murid dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini apabila selebriti terkenal tanah air, Yusri KRU serta isterinya, Lisa Surihani yang juga pelakon, menyumbang bakti menjadi guru sukarela dalam program Teach For Malaysia (TFM) di sekolah mereka.

Lisa yang berkelulusan undang-undang Universiti Aberystwyth, United Kingdom mengajar Geografi tingkatan satu, manakala Yusri yang juga pengarah dan komposer mengajar Bahasa Inggeris di kelas berlainan. Mereka mengajar selama satu jam, dibantu seorang felo Yayasan TFM. 


Pasangan yang diijabkabulkan pada 23 Februari lalu itu hadir kira-kira jam 3.30 petang, disambut dengan sorakan lebih 400 pelajar serta guru sekolah berkenaan.
note : adik me ada pengalaman jd guru sandaran...me tak pernah jd cikgu...anyway jd lecturer pun lebih kurang ajer mcm jd cikgu, cuma ajar budak2 besar heheheh

Sunday, 1 April 2012

Seri honeymoon | ada apa dengan April

2 couple yg sgt comel..yg tgh bahagia berseri2 ;) fasa slps honeymoon memang indah gitu :) :) hanya yg pernah mengalami akan memahami..those yg single mingle...ur turn will come soon..Insya Allah

pic taken from HERE






gambar lisa dan yusry terbaru


-------------------------------------

april for me ...bday my lil ariff...and my bday :)
and tunggu salary day gak..
and insya Allah nak gi overnite kat Concorde Shah Alam :)

ada apa dgn April bagi uolls?

Tuesday, 27 March 2012

Yer Sy sudah bertudung, Doakan kekal selamanya.. | abby abadi

me salah seorg fan FB abby abadi..just now ternampak her pic & the FB status:



Assalamualaikum, Yer Sy sudah bertudung, Doakan kekal selamanya.. Amin! Yeayyy! 



moga2 abby akan dpt jodoh yg terbaik slps ni..amiin...

me suka tgk muka abby sbb cute comel cantik gitu (dari zmn2 elite lagi heheh)  :) dia pakai tudung lagi cantik :)

Sunday, 25 March 2012

Cantiknya baju Irma

tak sangka tunang Irma Hasmie tu abang kepada Farah Sarakids (me nampak farah post status kat her FB pg semlm)...anak dato' tu..so that means that Farah tu anak Dato' lah yer...siyes selama ni me tak tau, sbb Farah nampak humble gitu..and now dh jadi bizwomen yg berjaya pun

tahniah utk Irma & tunangannya

baju & tudung Irma sgt cantikkkkkk!! memang berseri2 Irma :) pakai sopan menutup aurat pun tetap anggun tak perlu nak seksi2 mcm kebykn artis kat Msia :p



pic me amik dari beautiful nara


Monday, 27 February 2012

Sweet & romantic | cilok pic Lisa & Yusry dari FB David Teo




lisa cantik mcm princess :)
kita doakan yg terbaik--kalau dpt baby mesti sgt cute mcm mia sara kan hehehe

Friday, 24 February 2012

Tema winter garden sangat sweet | Tahniah Yusry & Lisa

kebykn blog update psl wedding of the year Yusry & Lisa...sbb me minat both of them so me pun nak tepek gaklah pic pengantin baru ni :)

credit beautifulnara

gambar pernikahan lisa surihani dan yusry
gambar pernikahan lisa surihani dan yusry

sweet sungguh winter garden theme tu...

moga both of them bahagia hingga akhir hayat & cepat2 dpt baby..amiin

Sunday, 22 January 2012

Sayu pulak bila baca luahan hati Abby Abadi

tak kisahlah apa tanggapan org, tapi sbb Abby tu pun kaum perempuan...so me paham perasaan nya...

sedey plak baca luahan hati Abby terhadap Zul...sbb Zul mcm dh jd kacang lupakan kulit...mcm nak deny everything about their past relationship...

ni me amik dari blog Abby...

Dah jd bintang pilem, mana nk pandang pelakon2 veteran mcm Sy neh, kan? :) takpelaaaa.. Sy buat2 faham je, 'sedar ruang' kata org... Cuma, Sy ralatttt skit la awk.... Awk ngan Sy sgt2 rapatkan? Kita je yg betul2 tahu apa yg berlaku antara kita, kita yg melaluinya, kita yg rasa...... Tp bila bercakap dkat media, dkat mana2 lah sekalipun, kenapa awk smpai hati keluarkan kenyataan2 yg semacam menidakkan kehadiran Sy? Sian Sy awk.... Kecik ati tau! Huhu.. Selama neh, kita share segala kot... 

Awk mmg tidak buleh menidakkan kehadiran Sy. Mana yg tiada, diadakan.. Yg tak cukup, di cukupkan. Yang nk pinjam, di pinjamkan. Berjanji setia bagai, walaupun Sy tau itu bukan jaminan. Tapi laaa neh, sebulan dua je awk berubah jd ' monster'.. Nape? Huhu.. Kenapa nk buat Sy mcm musuh? Salah Sy ke keadaan kita jd mcm gini? Siapa yg menganiaya siapa sekarang neh? Hukhukhuk.. Janganlah........ Janganlah buat org luar, org keliling pandang sebelah mata pd Sy. Sangka bukan2. Janganlahhh!! Sy simpan rapi semua permasalahan kita. Sy komen yg baik2 je utk awk, Awkpun patutnya buatlah benda yg sama! Huhu.. Sy tahu Awak mmg handsome! Mmg hot! Mmg sgt2 sempurna. Mmg buleh pergi jauh...... Tanpa Sy! Tapi janganlah abaikan ' batas permulaan nya' sedih tau! Bukan Sy yg nk jd mcm neh... Sehabis baik dah Sy jaga hubungan neh, tp bila ada je yg tak kena, makin lama makin jelas... Utk apa kita bersama lagi kan? Sy dah terima kenyataan awk yg kita dah tiada apa2 hubungan lagi. Yerrrr! Sy redha. Ini bahagian Sy. Yang terbaik utk awk, terbaik jugaklah utk Sy. Awk teruskan dgn jalan awk, Sy terus ikut jalan Sy. Ok Awk.... Tak baik tau, buat musuh dgn org yg pernah menatang Awk bagai minyak yg penuh. Nanti pape jd, menyesalpun tak guna. Sooo.. Selagi ada kesempatan, kita selesaikanlah cara baik, cara paling muafakat. Sy pun segan sbnrnya nk msg2 Awk, tweet2 Awk.. Itupun sbb sms/ cal tak respon, huhu..... SORRY klau Sy menganggu..... Sy nk kawan, bukan lawan..... :)

note : wpun tak semua lelaki jenis mcm tu ie jenis tak mengenang budi..tapi rasanya memang ramai kaum Adam yg suka mempermain2kan perasaan kaum Hawa kan...:(

Sunday, 15 January 2012

Saya mengagumi beliau | WARDINA SAFIYYAH

me pernah jumpa Wardina in person (two times) masa attend parenting events--6 thn lps rasanya ...sbb time tu zharfan masih baby...and she's beautiful, petah, bijak, frenly...


and baru jer baca luahan hati beliau psl kes rompakan tempoh hari...membaca setiap kata coretannya...tiba2 rasa sedih, terharu, touching....

ni LINK nya..

ni antara part yg buat me sedih...betapa tinggi nilai sentimental pemberian org yg kita sayang..

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.
ada part betapa protectivenya her husband...ada part anaknya muntah hijau sbb teramat takut...:( :(

note : tak ramai artis yg boleh dijadikan idola di Malaysia...wardina is one of the rarest of them...




Saturday, 1 October 2011

Walaupun malas nak buat entry psl artis | Memey's wedding kontroversi--lagu2 gereja dinyanyikan?

ternampak psl kontroversi perkahwinan Memey-Norman--both me tak minat sbb meluat dgn scandal diaorg sblm ni...tapi yg buat me double meluat sbb ada plak kontroversi lagu2 gereja dipasang/dinyanyikan time wedding diaorg...itu dh lebey....melampau2 namanya!!

me baca psl benda ni kat mynewshub :

http://mynewshub.my/2011/09/30/chef-wan-kritik-pedas-resepsi-norman-memey/

“Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.

“Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik.

“So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12 miilion sponsorship is all about,” katanya lagi di laman web yang sama.

Menurut Chef Wan lagi, ramai media yang hadir di majlis itu memberikan reaksi negatif terhadap lagu-lagu gereja yang dinyanyikan, malah tiada doa selamat pun dibuat sedangkan majlis itu merupakan majlis perkahwinan pasangan Islam.

“Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.


me sgt bersetuju dgn apa yg Chef Wan kritik tu...

note : sbb konon2 dpt tajaan RM12j, so sanggup menggadaikana agama nampaknya diaorg ni...diaorg ingat boleh buat main2 yer isu agama ni...jahil sungguh...


Thursday, 15 September 2011

Sweet Couple of the year - Lisa Surihani and Yusry KRU | moga cepat2 naik pelamin :)

last few days ternampak pic diaorg beraya sama2--kat blog beautiful nara--


then ari ni terbaca plak psl couple yg sweet ni kat Utusan Malaysia Online

Menurut Yusry, tujuannya membawa Lisa adalah untuk merapatkan ukhuwah antara gadis berusia 25 tahun dengan ahli keluarganya memandangkan hubungan mereka sudah berada di tahap yang serius.



“Bukan itu sahaja, saya juga pergi beraya ke rumah Lisa untuk bertemu dengan ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Kami serius dengan hubungan ini, maka sebab itulah saya bawa Lisa ke kampung saya.


“Mengenai perkahwinan pula, saya atau Lisa belum lagi memikirkannya. Tunggulah, jika masanya sudah sampai, kami akan umumkan. Insya-Allah,” ujar Yusry ringkas.


Tambah Yusry lagi, Lisa membuat kejutan untuknya apabila membuat rekaan samping baju Melayu yang berupa ala-ala skirt mini.


Yusry kata dia serius tu....harap2 cepat2 naik pelamin...

note : my notty mind can't avoid from thinking--Lisa tak takut ker kot2 jd mcm nasib Erra Fazira lps kawin dgn Yusry tu hehhe apa2 pun soal jodoh di tangan Tuhan kan :) yg penting Yusry poket tebal and bagi me, Yusry good looking--masa me remaja me big fans of KRU :p citer dulu2 daaaa


Sunday, 28 August 2011

Kuasa doa seorang ibu ..

semlm me tersinggah kat blog cik epal, and then tertgk video psl kisah Wardina Saffiyyah...
bagaimana dia berubah dari seog model yg tak bertudung kpd seorg yg bertudung...
and bagaimana ibu dia tak putus2 berdoa agar Wardina berubah...ada Wardina citer, ibu dia berdoa agar dia tak menang dewi remaja sbb ibu dia tak restu apa yg anaknya buat..ada gak dia citer ibu dia nangis masa Wardina nak kuar umah..



me minat Wardina and pernah jumpa her in person (thn 2006 kot), masa parenting event--and dia memang sgt cantik orgnya, frenly...mixed-blood kan :)

dlm video tu ada gak irma hasmie--suka sgt me tgk irma now dh bertudung (InTrend terbaru ada muka Irma as cover page--dia memang pakai tudung yg proper ie cover dada)....moga2 kita semua akan sentiasa beroleh hidayah Ilahi yg berterusan...krn hati manusia dicipta berubah2..

note : me sgt yakin dgn kuasa doa ibu...and apa yg me capai sekrg adalah segalanya kerana doa ibu me and  ibu me merestuinya --bermula dari pilihan sek agama masa me sek men, then ibu me suruh me amik law kat UIA, then ibu me suruh me resign UOB and join UIA, then ibu me merestui me pegi obersi (impian me sejak lps SPM lagi) --me tak pernah say NO atas apa jua yg ibu me suruh :) :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails