Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Wednesday, 10 August 2016

Tips melembutkan hati anak

setiap ibubapa pastinya diuji dgn pelbagai ujian dlm fasa membesarkan anak2..
ujian yg berbeza..sama ada ujian biasa2 atau pun ujian yg sgt2 menguji kesabaran...
dan setiap anak mempunyai kerenah yg berbeza..

alkisahnya my lil ariff ...darjah satu...academically alhamdulillah memang top student dlm kelas..masa 1st exam ari tu dpt no. 1, then exam mid -year, dpt no 5, no 1-4 all girls..
tp ariff ni kategori manja sbb gap umur 5 thn dgn my lil razeen
so masa 1st week puasa ari tu (ramadhan)...ariff tiba2 tak nak pegi sekolah...tanpa ada reason yg kukuh (biasanya reason budak2 tak nak gi sek sbb kena buli or kena marah dgn cikgu) tp for ariff...bila tanya, dia just senyap..and memang MZ dh tanya2 kat sek, tanya cikgu and kwn2 dia..memang tak de pun kena buli or kena marah..
pg2 bila smapai dpn kelas..dia akan nangis meronta2 sambil ckp(ie menjerit) "nak mama nak mama ie nak ikut mama"...and then dia nangis dlm kelas sampai menggangu org lain yg nak belajar..
it's not a simple problem...sbb ianya berlaku everyday selama sebulan lebih..
memang stress, risau sedih all the mixed feelings...
memang hampir habis ikhtiar MZ and mr hubby...pujuk2, marah2, pukul pun ada jugak..semua tak jalan...
sempat lah bwk jumpa ustaz darushifa kat bangi (my 1st experience ever), my mom, my siblings memang semuanya sgt supportive, tlg mcm2...utk bg ariff back to normal

alhamdulillah..setelah hampir sebulan setengah...
now dh hampir 2 minggu ariff pulih ie dh ok normal pegi sek..tp mr hubby yg antar ariff now everyday...
me masih tak berani nak antar takut prob lama berulang ...mcm separation anxiety yg chronic gitu...
sempat jugak me google2 mcm tips, and baca mcm2 blog post yg share prob 'school refusal' ni..
and MZ sempat calling2 private child psychologist..ratenya beyond my affordability...consultationnya around RM300-RM400 per hour..

ni antara yg me dpt hasil google...tak salah mencubakan..... credit
ni pic ariff pg semlm...mr hubby biasanya akan wasup pic ariff lps dia setel antar ariff pegi sek...sbb me selalu risau takut ariff masih nangis2 mcm ari tu..


apa2pun syukur sgt2 everything seems back to normal now..moga berkekalan lah hendaknya..
ariff dh siap exam UK2 (ujian kemahiran 2)...and so far, he got 100 for BM and 89 for math (2nd highest in his class), subject2 lain lom dpt  result
moga2 segala2nya yg baik2 ajer utk anak2 kita semua...amiin

Wednesday, 3 February 2016

Sentimental value

tgh kemas2 kotak (sbb cari cert--nak apply researchh grant)..then terjumpa benda ni..



tiga2 lahir kat tempat yg sama, dgn doctor yg sama..tp lahir dgn berat berbeza..zharfan 3.4, ariff 3.0, razeen 3.3 kg :)
and zharfan lahir on the edd ie ngam2 on the dot, ariff lahir 2 weeks earlier than edd (induce), and razeen lahir 3 weeks before edd, plan nak induce tp sblm induce dh kuar tanda2 naturally..and 1st time amik epidural wpun tak ilang sakit tp oklah kot...better than 1st and 2nd time delivery

pengalaman terindah seorg perempuan yg bergelar ibu :)..applicable to all women and mothers in the world!

Friday, 29 May 2015

Mudah dan sedap | Telur Goreng Planta

Telur goreng adalah resipi ringkas yang tak perlu dipelajari sebab semua orang pun mesti pandai goreng telur kan?! Tak payah susah2 nak masuk kelas masak2 ker apa kan :p

Tapi, telur goreng juga adalah satu resipi yang akan jadi lebih sedap kalau ditambah dengan satu bahan rahsia. Nak tahu apa dia? Planta lah.. apa lagi. 

Tak percaya?
jom tengok pics kat bawah beserta cara-cara memasak #telurgorengplanta seperti yang telah dijanjikan sebelum ini...

Pertama sekali, panaskan kuali. Kemudian, amik sesudu Planta, 

dan panaskan Planta dalam kuali..

Setelah Planta cair, pecahkan pula telur...goreng telur hingga garing di tepi..

Kalau semua nak tahu, #telurgorengplanta ni dah jadi macam makanan hari-hari untuk kami sekeluarga. Anak-anak makan telur goreng Planta ni macam makan nasi, hari-hari pun nak juga. Tambah2 lagi kalau baru balik sekolah. Bila perut dah lapar, cepat-cepat masakkkan #telurgorengplanta ni untuk dorang.

Ada juga tanya si manja hebat MZ ni, kenapa suka sangat makan telur goreng planta? Dorang suka rasa telur goreng planta yang meletopss tu, dan baunya, aromanya, tak payah cakaplah.. tengok dorang makan berselera sungguh.


Tadaa!! Siap!!


Sedap ker Telur Goreng Planta ni?
Tak kenal maka tak cinta..tak cuba maka tak merasa ...personally, kat lidah MZ, telur ni rasanya sedikit masin2 gitu— it tastes better in fact!!, plus aroma yang memikat selera  dan pastinya yummilicious gitu..

Memang sesuai utk dihidangkan kepada growing up kids juga untuk seisi keluarga!!


Anyway, secara ringkasnya..ni steps utk menyediakan telur goreng Planta..


Why gunakan Planta untuk masak telur goreng?? 

Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya – telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh dengan kelazatan!!

Selamat mencuba dan have a nice day everyone!!

Friday, 22 May 2015

Kebenaran akhirnya terbongkar!! Ada apa dengan Telur Goreng Planta??

Entry ni adalah kesinambungan entry panasss pasal telur goreng…ari tu MZ ada tulis mengenai seorang jutawan telah menawarkan RM1 juta untuk membeli hak cipta resipi telur goreng yang dikhabarkan telah memberi kejutan besar kepada kaum ibu…errr jangan tak tahu yer…MZ sempat jugak join ‘public protest’ tu!!

Anyway, kebenaran dan rahsia tentang apa sebenarnya yang berlaku akhirnya terbongkar jua!!

Ada acara istimewa yang telah berlangsung di pusat membeli-belah 1 Utama pada hari Jumaat yang lepas (ie 15 Mei 2015).

Dalam acara tersebut, telah disiarkan video mengenai jutawan yang telah mencetuskan ‘controversy’ tu... fuhh..!!! resipi yang telah menambat hati jutawan tersebut adalah sebenarnya resipi telur goreng Planta!!

Haa??? PLANTA?? MZ yakin lagi pasti… 99.9 % rakyat Malaysia tahu kewujudan Planta…even some of us use it as generic term..apa2 marjerin pun we just call it as PLANTA!! Betapa dekatnya Planta kat hati rakyat Malaysia, lebih2 lagi ibu2 dan juga anak2!



Event Planta telah berlangsung dengan meriah dan ‘sweet’ gitu…emcee nya pun agak kelakar – Naz , dan dihadiri oleh beberapa celebrity, antaranya Irma Hasmie dan Sharifah Sofia.





So ada apa dengan event tu yer??

Selepas video pasal jutawan itu disiarkan, Encik Joel Lim, Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. tampil memberi penjelasan. Of course Encik Joel kata mereka takkan membenarkan perkara ini berlaku! Jutawan tu takkan dapat memiliki hak cipta rahsia telur goreng… Syabas Planta! Antara intipati lain ucapan yg disampaikan oleh Encik Joel, MZ masih ingat (macam terngiang-ngiang gitu hahaha) Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang menyelerakan. Warna kuning telurnya juga boleh buat kita nampak lapaarrr tu… Hasilnya – telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh dengan kelazatan. Terima kasih Encik Joel. Ibu2 dapat teruskan masak telur goreng bersama Planta. Nyumm… nyumm…

Mungkin kita pandang mudah resipi telur goreng ni, tapi sebenarnya kita membesar dengan telur goreng, kan? Tambah2 lagi #telurgorengplanta! Anak2 MZ pun membesar makan telur goreng Planta tau! Bau dia je, pergghhh…. Boleh terliur… tambah pulak dengan rasanya, teksturnya yang garing, memang la budak2 ni suka.

Then, ada demo masakan kat atas pentas ie menggoreng telur menggunakan Planta oleh Chef Zaidah, yang mana turut disertai oleh Sharifah Sofia. Chef sempat share some tips utk memastikan #telurgorengplanta tu bila dimasak akan jadi cantik di mata dan sedap rasanya bila dinikmati bersama apa jua menu citarasa semua.



MZ selalu masak nasi goreng dengan Planta, lepas ni bila tambah telur goreng Planta sekali dengan nasi goreng Planta tu~ fuiii… rasanya boleh makan ni je tiap2 hari. Anak-anak pun tak kisah sebab sedap sangat katanya… Senang hati MZ macam ni. Terima kasih Planta sebab memudahkan ibu2 macam MZ dalam memasak pelbagai resipi menggunakan Planta!




Highlight of the event ialah bila orang awam telah diberi peluang untuk menyertai Perang “Resipi Telur Goreng”. Orang awam dan pihak media diberi peluang merasa dan meneka perbezaan telur yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak melalui ujian rasa itu. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk mengundi resipi pilihan mereka. The best part- MZ pun turut serta dalam acara merasa dan meneka dan mengundi telur goreng mana yang lebih sedap!!  Telur goreng menang adalah telur goreng yang enak, garing lagi beraroma…digoreng dengan PLANTA lah pastinya!!


Kalau nak tengok perfect telur goreng Planta macam gambar di bawah ni lah!



Untuk maklumat lanjut tentang Planta atau resipi telur goreng Planta, sila layari laman sosial Facebook Planta di www.facebook.com/PlantaMalaysia atau saluran Youtube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.Marjerin Planta kini boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara dengan harga runcit sebanyak RM4.90 untuk 240gm dan RM8.40 untuk 480gm. Semua harga yang dipaparkan adalah termasuk GST.


Last but not least, MZ really enjoy attending the event..dpt goodies, dapat tips dan info pasal menyediakan juadah yg simple tapi nutritious—of course none other than TELUR GORENG PLANTA!! Hanya dengan satu sudu Planta, keenakan telur goreng boleh diubah dengan serta-merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang harum aromanya.  #telurgorengplanta
So now MZ dah tahu resepi telur goreng yang garing enak beraroma, jadi ptg ni plan nak masak telur goreng Planta for my kids makan nanti – oh yess perfecto!! ...nanti MZ share details dlm next entry…

Have a nice day everyone!!!                                                                

...

Friday, 15 May 2015

Few scoops of Dugro a day keeps my kids happy always!



Setiap ibu inginkan segala yang terbaik untuk buah hatinya..
As a mom of three boys, MZ memang sgt2 concerned psl pemakanan anak2..and I really wanna my children to have enough calcium intake everyday..the easiest way—give them the best, affordable milk!!

My eldest, Zharfan memang minum growing-up milk sampai umur 7 tahun..now pun masih minum but not so regular..
The focus now on my lil Ariff (he’s always my lil cheeky boy)..wpun dh 6 years old..memang minum susu dgn jayanya everyday!! Pagi2 as breakfast, balik dari tadika (IIUM Educare) pun minum ie waktu ptg..and mlm sblm tidur pun minum lagi…kalau on weekends memang sgt kerap lah Ariff minum susu…
So far Ariff sgt serasi dengan Dumex Dugro 5-Nutri…he likes the taste—Ariff minum perisa asli a.k.a ori flavor..


So why Dumex Dugro 5-Nutri??
Ni antara sebab2 utama…factor nutrisi semestinya…dan juga harga yg affordable, especially beli time harga promosi/sale kat mana2 hypermart…memang berbaloi2 lah..kena bijak buat stok pada zmn GST ni ;)



Berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui untuk memberi si manja lebih lagi nutrisi melalui makanan – memastikan dia mendapat dos harian nutrient yang penting untuk menyokong lima segi tumbesaran utama untuk pertumbuhan kanak-kanak – iaitu otak, tulang, sistem imun, penghadaman dan pertumbuhan tisu.

1. Perkembangan Otak
Tahukan anda bahawa otak Si Manja akan melalui proses pertumbuhan yang cepat dalam tiga tahun pertama kehidupannya? Tidak hairanlah jika sesetengah orang mengumpamakan kanak-kanak bagaikan span yang boleh menyerap segala yang diberi! Itulah sebabnya nutrien seperti DHA amat penting untuk membantu pertumbuhan yang pesat ini.

Selain daripada pertumbuhan anak anda, salah satu kegembiraan sebagai ibu bapa ialah melihat Si Manja bertambah tinggi, kuat, menjadi lebih aktif dan ingin tahu tentang dunia di sekelilingnya. Inilah perkembangan yang anda tidak akan dapat dilupakan.    

2. Pertumbuhan Tulang
Oleh itu, sewaktu dia bermain bersama kawan-kawannya, memanjat di taman permainan dan meneroka dunia di sekelilingnya, dia harus mempunyai tulang yang kuat untuk menyokong seluruh tubuhnya. Hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. Oleh itu bekalan kalsium yang mencukupi pada peringkat kanak-kanak amat penting sebagai asas yang kukuh untuk tulang yang sihat setelah dia dewasa.   
3. Pertumbuhan Tisu
Proses ini seiring dengan pertumbuhan tisu. Si Manja memerlukan bekalan protein yang stabil untuk memperkukuhkan pembesaran dan membolehkan tubuh membina dan membaiki tisu tubuh sewaktu dia sedang membesar.
4. Sistem Imun
Di samping itu, Si Manja harus mempunyai sistem imun yang kuat untuk memastikan dia dilindungi dan terus aktif bermain serta meneroka sekelilingnya. Jumlah Vitamin A yang mencukupi akan menyokong sistem imun serta daya penglihatan dan kulitnya.
5. Sistem Penghadaman
Penjagaan kesihatan dalaman juga amat penting. Sistem penghadaman yang baik bagi kanak-kanak membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. Ia juga mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit dan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (lcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus yang sesuai untuk bakteria baik (probiotik). Oleh itu, sistem penghadaman menjadi lebih sihat dan bertahan terhadap jangkitan. 
Untuk menyokong pertumbuhan dan potensi menyeluruh anak anda, Dumex™ Dugro® 5-Nutri  telah diperingkat dan dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA berbanding formulasi terdahulu untuk menyokong perkembangan otak.


Dengan nutrisi yang betul untuk menyokong tubuh yang sihat bersama persekitaran yang positif, Si Manja mempunyai asas yang kukuh untuk membesar secara menyeluruh, supaya dia dapat cipta serta meneroka dan mempunyai masa depan yang lebih cerah lagi.



Alhamdulillah, my lil Ariff memang jarang2 jatuh sakit…setakat selsema or runny nose tu pun jarang2..and he’s very active in class and at home..

TQ Dugro kerana menceriakan hari2 my lil sweetheart!




...

Wednesday, 6 November 2013

Bila hilang peri-kemanusiaan | Taska Permata Harapan @Taman Melati

memang sgt kejam..

lesson for other parents yg antar anak2 ke nursery....kena proaktif memerhatikan keadaan anak..
pengalaman me (sblm my boys dpt tempat kat dlm nursery uia), me sempat gak antar kat nursery kat luar..memang me cerewet and me suka buat spot check...kerana kita serahkan nyawa anak kita kat tgn penjaga2 nursery ni kan..

uolls dh baca ker..

 http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/eksklusif-ibu-cerita-pengalaman-ngeri-hantar-anak-ke-taska-taman-melati.html

memang sgt geram lah bila baca psl penganiayaan terhadap kanak2...
agak2 ada lagi ker parents antar kat 'nursery from hell' ni...

me lama gak dok taman melati ni...ie time bujang2 dulu...dlm 3 thn gak menyewa kat flat sri langkawi tu...tp tak sure plak kat mana exactly lokasi nursery ni..

moga2 anak2 kita dilindungi dari kejahatan, kezaliman manusia yg bertopengkan setan ni..

Friday, 20 September 2013

Regret

ptg smlm, my zharfan and Ariff main2, gaduh2 mcm biasa, me upstairs, diaorg downstairs...then time gaduh2 tu, Zharfan ter cederakan Ariff...so Ariff nangis dan ckp pergelangan tangan dia sakit, tak boleh sentuh..me ingatkan lps tu akan ok..tp last nite the whole nite Ariff nangis sbb sakit :( so pagi2 ni nak bwk Ariff pegi klinik :(

mode risau yg amat..
and feeling guilty and marah dgn diri sendiri sbb tak kawal my boys..:( harap2 tak teruk lah kecederaan Ariff ni :(

i love 'em both...


Wednesday, 28 August 2013

Saya pernah mengalaminya

my lil ariff memang kategori nangis golek2 meraung2 sbb nak beli mainan yg dia suka cthnya thomas & frens (yg harga paling murah pun RM50+) biasanya..
kdg2 me beli kdg2 me pujuk and cuba alih perhatian and most of the times me elakkan pegi bahagian toys..

then terbaca kat FB..

TIPS PARENTING PRIHATIN 1 : MENANGANI ANAK MERAUNG DAN BERGOLEK TENGAH-TENGAH PASAR NAK PAKSA KITA BELI MAINAN.
Anda ada masalah dengan anak yang minta mainan koleksi terbaru Ben 10, Dora, Thomas & Friends, Upin Ipin kemudian anda tidak membelikannya lalu mereka terus meraung seperti terkena sawan, memprotes dan bergolek di atas lantai kedai ATAU lebih teruk lagi di tengah-tengah pasar malam?

Anda ketika itu mesti menyirap darah rasa nak tempeleng sahaja anak tu. Lagi-lagi seluruh manusia di situ semua diam dan memerhatikan anda. Pasti malu kan?

LALU anda mengalah dengan kehendak itu dan membelikannya walaupun selepas beli itu terus poket anda rabak tak dapat nak beli barang dapur. TAK APALAH....SAYANG ANAK. Kesian mereka...

Jika itu berlaku, itu bermakna anda sedang digembala oleh anak anda. Jika tak percaya, anda pergi lagi pasar dan lalu lagi tempat mainan dan jika ada yang anak anda berkenan, pasti MODUS OPERANDI yang sama akan digunakan lagi.

Dari kajian yang kami laksanakan terhadap anak-anak kami yang bukan residen (anak-anak pengasas bersama) ternyata pada kali pertama mereka menggunakan senjata "bergolek & meraung" itu tidak kita layan...sampai besar senjata itu tidak digunakan lagi. Paling banyak 3 kali mereka lakukan, kita tak layankannya nanti mereka tak ulang lagi. Memang tahan malu sikit lah. Tak mengapa malu sekali daripada tiap-tiap kali nak mainan kita pula yang kena malu secara "istiqamah" lagi.

Jangan salahkan kemahuan anak, kita yang bertanggungjawab memimpin mereka bukan dipimpin oleh kemahuan mereka. Mereka hidup masih atas dasar cukup makan, cukup main dah gembira. Kita ada misi besar untuk membentuk akhlak mereka.

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

and rasanya semua budak2 kecik bkn tahu pun nilai/harga toys tu mahal ker murah...main dua tiga hari dh bosan or yg lasak, terus rosak...
anyway, parents yg mencorakkan anak masing2 kan...

Thursday, 22 August 2013

Kadang2 saya hilang sabar dan menyesal

entahlah...may be kadang2 saya jenis yg cepat jugak hilang sabar bila anak2 buat perangai..saya hanyalah manusia biasa yg penuh dgn emosi :(

cabaran bg ibu2 yg bekerjaya mcm MZ ni..sbb kdg2 dlm otak masih tersisa stress dan timbunan keje wpun seboleh mungkin tak bwk balik keje kat umah (ada jugak kdg2 bwk balik)...
sejujurnya saya selalu envy those moms yg jd surirumah tangga sepenuh masa... takdir hidup masing2...mereka bertuah kerana their spouses can afford their life...
tapi dari segi positifnya...being a working mom, saya bertuah kerana mempunyai income sendiri dan boleh spend apa jua yg saya fikirkan sesuai (tanpa membazir) tanpa perlu mengharapkan my other half

ni ternampak kat FB..rasa mcm terkena kat btg hidung sendiri...emmm sebenarnya MZ jrg pukul anak2(mcm tak pernah jer)..tp MZ selalu marah2 dgn cara membebel/tinggi suara bila diaorg buat perangai/bergaduh etc

Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak2.

Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, ibu pun blk lewat...
Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!! Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama.. Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerana hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?

Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama


 

Tuesday, 28 May 2013

Fisher-price workshop | teringin nak join

teringin nak join..tp setiap saturday me biasanya tak berapa free...

dulu2 masa zharfan kecik, me pernah dua kali join event under fisher-price ni...time paling besh lucky draw sbb hadiah besar2...tapi me tak pernah lucky bab2 lucky draw time event ni :(


Saturday, 19 January 2013

Cubalah memahami sebelum mengeji

alhamdulillah..tghari td tenet dh ok ;)

semlm ada kuar kat paper Harian Metro psl cute mum/nurul uyun yg bermurah hati berkongsi susu bdn /EBM...ramai yg memuji tapi ada jugak suara2 sumbang yg mengeji...
emmm sebenarnya dlm hati kecik me pun ada terlintas..psl mungkin timbul isu tersalah kawin adik beradik susu...
tapi bila me baca entry kat blog cute mum...so segala2nya terungkai...

semua anak2 susu cute mum adalah perempuan and memang cute mum simpan semua dokumen utk mengelakkan apa2 permasalah di kemudian hari...
and memang ada strong valid reason utk dia jd ibu susuan ie sbb ibu kandung tak boleh bagi susu..one of them ada cancer...so sgt murni and mulia apa yg cute mum lakukan itu...moga2 mendapat pahala yg berlipat ganda and keberkatan...me tumpang bangga :)
MHI pun ada interview cute mum, rasanya akan ke udara isnin pg nanti

Thursday, 1 November 2012

Sebelum jadi buluh

moga2 berguna sbg panduan utk me and kita semua...yg dh bergelar parents and yg akan bergelar parents in the future...




Wednesday, 17 October 2012

membaca dengan penuh rasa kagum, teringin tapi tak berani rasanya

ternampak ada org post link blog ni kat FB ie psl bersalin kat umah..home birthing gitu...

Alhamdulillah akhirnya saya dapat merasai betapa indahnya kelahiran, dan betapa ia boleh berlaku dalam keadaan yang sejahtera. Sangat berbeza dengan keadaan semasa di hospital di mana saya tidak dibenarkan untuk minum pun bila sudah memasuki fasa active birthing. Kali ini saya bukan saja dapat bergerak bebas semasa active birthing, malah saya dapat makan dan minum, ke tandas dengan bebas, malah berendam dalam air suam sambil sekali sekala terapung dalam suasana keselesaan rumah sendiri sehingga detik bayi dilahirkan. Malah proses penyembuhan juga berlaku jauh lebih pantas berbanding kelahiran sebelum ini. Kelahiran sejahtera inilah yang dijalani oleh Maryam ibu nabi Isa a.s dan ia bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan, kerana saya telah melaluinya dan tidak hesitate lagi untuk melaluinya sekali lagi di masa akan datang, kerana akhirnya saya tahu betapa seronoknya melahirkan baby secara sejahtera :)

me baca entry tu dgn penuh rasa kagum...jauh di sudut hati teringin gak tapi rasa mcm tak terdaya and tak confident kalau nak home birthing--aisehh MZ bukan preggy pun :p :p

Monday, 30 July 2012

2 tahun 7 bulan kita bersama

..
bersama bermula 28 Jan 2012, berpisah pada 28 July 2012...so betul2 genap 2 thn 7 bulan..patutnya max limit ialah dec ni..

me dh selamat pun remove implanon kat lengan kiri me..me buat kat KBM..
ongkosnya...
total RM179.30


prosedurnya, doctor cucuk ubat bius kat bahagian lengan me, then dia toreh buat bukaan kecil then dia korek2 and tarik kuar benda tu..nampak mcm salur plastik panjang ala2 btg mancis ajer..tak sakit sbb bius, lps abis bius, rasa sakit mcm luka lah...now dh ok :)

kalau nak psg yg baru, kosnya RM800 kat KBMC..kat UK me pasang free ajer
kalau tak preggy by Dec 2012, me nak psg balik Jan 2013 Insya Allah--so nak kena menabung ler gamaknya :)

me siap tanya Dr Lily (KBMC) mcm mana cara2 nak dpt baby girl, so dia ajar cara kiraan from ovulation day tu and nak kena guna feminine wash gak utk jdkan V berasid sebelum ehem2 rasa mcm nak try lah gak tips tu sbb scientific based kan, tak salah mencuba..me tak kisah pun kalau dpt boy or gegirl cuma sbg manusia biasa sbb dh ada 2 boboy so teringin nak shopping dress utk baby girl sendiri heheh :)
salam 10 ramadhan uolls!!

 

Monday, 16 July 2012

Am I? hopefully not..

..

byk lg nak kena improve...me still learning and kdg2 teralpa-then rasa sgt guilty...:(

and yep i did most of these (buying toys, book, nice clothes...)


 

Saturday, 12 May 2012

Mom & Baby Expo 2012 @Mid Valley

...
masa zharfan & ariff kecik2, me sgt sukaaaa pegi tempat2 gini..


no ariff dh 3 tahun, so dh tak  berapa excited nak attend event gini :p
lg pun bajet utk shopping2 bj2 my boys ni is saved via voucher ajer :) tak sbr nak shopping2 guna vou anakku & Parkson ;)

 

Friday, 13 April 2012

Budak Empat Tahun Diiktiraf Genius

Britain – Heidi Hankins hanya berusia empat tahun namun dia mempunyai tahap IQ yang tinggi dan berada hanya satu markah di belakang genius sains, Stephen Hawking.

Heidi memiliki tahap IQ dengan markah 159 sementara Hawking pula mendapat 160 markah.
Berdasarkan keputusan itu, Mensa mengiktiraf Heidi sebagai genius dan menerima Heidi sebagai ahli kumpulannya..

Mensa adalah sebuah kumpulan yang dianggotai individu bijak di seluruh dunia.

Menurut bapanya, Matthew, anaknya itu berjaya menghabiskan set buku Oxford Reading Tree hanya dalam masa sejam ketika berusia dua tahun.

“Kami menyangka Heidi seorang yang bijak namun tidak sangka dia sebenarnya seorang genius,’’ katanya yang juga seorang pensyarah di Universiti Southampton.

Jelasnya, menjelang usianya setahun, Heidi sudah pandai bercakap dengan penggunaan ayat yang jelas dan amat baik.

Selain itu, Heidi juga mempunyai penguasaan kemahiran matematik yang tinggi.

“Kami amat bangga dengannya. Dia hanyalah seorang budak yang suka bermain dengan Barbie dan Lego namun dalam masa sama dia lebih suka membaca buku,’’ katanya.

Matthew dan isterinya, Sophy mempunyai seorang lagi anak berusia sembilan tahun.
Dalam pada itu, ketua Eksekutif Mensa British, John Stevenage, berkata, pihaknya berasa gembira kerana keluarga Hiedi memilih untuk menyertai rangkaian Mensa sebagai sokongan.

“Mereka berjaya mengenalpasti potensi anak mereka. Kami di Mensa bersedia untuk melatih ahli Mensa yang masih muda ini untuk menggilap kecemerlangan mereka,’’ katanya.

credit

note : mode kagum...
being bijak, genius, pandai dan yg sewaktu dgnnnya kdg2 akan membuatkan that person rasa tersisih ...anyway, Msia pun ada jer kanak2 genius cthnya adik Adiputra...apa perkembangan beliau yer sekrg..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails