Showing posts with label relationship. Show all posts
Showing posts with label relationship. Show all posts

Monday, 12 June 2023

Terima kasih daun keladi

....kalau sudi, masaklah lagi...

alkisahnya ari ahad (semlm), MZ bertungkus lumus pulun marking test papers my students, jugak kena watch berpuluh2 videos (assignment) sbb nak siapkan carry marks my students this sem...kelas tinggal 4 hari jer lagi utk habiskan semua syllabus dan kena bagi markah carry marks students jugak

masa breakfast, weolls kuar mkn kat restoran kat area sri gombak
masa lunch dan dinner, mr hubby masuk dapur!!!

curi2 snap gmbr mr hubby...ni time dia masak utk dinner..

ni juadah lunch...tak de sayur so MZ pun petik daun kesum, hiris halus2 dan mkn dgn nasi tu (not in pic)

ni juadah dinner :) salad (vege), ayam goreng, telur dadar, sup sayur...licin kami mkn ber5...seronok tiap kali dpt mkn bersama2 kat our lil heaven ni...

semoga kasih sayang antara keluarga kecil kami sentiasa subur harum mewangi hingga syurga..
aamiin

salam hari isnin everyone! ari ni MZ ada kelas 2 jam jer sbb dh final week of sem sblm revision week starts

Wednesday, 11 December 2013

Bahagia?

sbb cuti kan ari ni..so gotong royong buat operasi kemas rumah secara berjamaah...mr hubby kemaskan stor..dan me kemas kotak2...belek2 brg2 yg nak dibuang. then tiba2 .terjumpa sekeping kertas ie resit..

Pusat Bimbingan Bahagia...kat Central Market ni...dated 22th may 2004...why CM? sbb dulu me keje kat UOB Medan Pasar ie sebelah CM ajer opis me tu..me kenal mr hubby jan 2004...then may 2004 kami pegi attend kursus pra-perkahwinan, july 2004 dh langsung akad nikah..cepat gitu...KALAU DAH JODOH--bak kata Ustaz Kazim ;)


alhamdulillah...bahagia itu kita yg rasa..it's our choice..tiada rumahtangga yg sempurna..tapi kita ada pilihan utk improve dan perbaiki mana2 yg dirasakan perlu..

ok..now me, hubby & kids nak gi kuar lunch  :)

Wednesday, 2 October 2013

Being SINGLE | pros & cons

academic staff ie lecturer kat faculty tempat me keje ni...97% dh kawin...so ada seorg lecturer lelaki bujang (late 20s) yg belum kawin, and dua org lecturer perempuan (late40s dan 50 yo) yg belum kawin

yg lelaki tu..good looking gak---so of course sgt ramai students minat ler ;) dh lah bujang, muda plak tu kan ;) tu kira pros lah..
and yg perempuan tu...senang nak attend mana2 conference abroad sbb tak de komitment...ada sorang tu baru balik dari long sabbatical kat korea..dia stay 5 bulan kat korea (buat research)...memang syoklah...

cons...emm..very subjective lah....tp me rasa... those yg tak kawin, sedikit sebanyak hidup akan sunyi..anyway, jodoh semua ketentuanNya...sunyi pun subjective anyway...



note : me paham bagaimana perasaan jadi single...i was single until 28 years old...(sbb kawin umur 28 kan..)

Thursday, 26 September 2013

He loves me, he loves me not | Action speak louder than words

emm..lain org lain karekter

ada lelaki/suami yg mudah melafazkan "i love u" utk org yg disayangi..ada plak yg jenis tak ckp lah psl lap u lap me ni..

and nature/fitrah kebykan kaum hawa...mesti besh kan kalau org yg disayangi menuturkan I love U dgn seikhlas hati..

anyway, my other half adalah kategori yg kedua...rasa mcm jrg bebenor lah nak dgr benda2 mcm tu from his mouth...ada lah kot sekali or dua kali dlm sethn..

tp kata org, action speaks louder than words..apa yg dibuat utk org yg dikasihi tu pun kira ekspresi i love u gak...i hope so..

anyway...the real story of this entry..last weekend...mr hubby bwk me pegi mkn laksa penang yg mana yg i dok mengidam nak mkn hehehhe --tu kiranya action speaks louder than words gaklah kan ;)

my fav laksa penang--kat stall/van dpn 7-11 simpang wangsa maju


happy thursday uolls!!

Tuesday, 27 August 2013

Cara pantas berkasih sayang

berkasih sayang dgn sesiapa sahaja selagi mengikut batasannya..

berkasih sayang dgn ahli keluarga yg tu memang lumrah dan fitrah..
berkasih syg dgn kawan2....kalau kita bagi hadiah or kita terima hadiah..sbg manusia biasa, memang automatic kita akan terSUKA and terSAYANG kat org yg bagi hadiah kat kita kan...or kalau kita bagi hadiah kat saper2 tu, tandanya kita sedikit sebanyak memang SAYANG kat org tu..


note : mcm tak de idea nak bagi hadiah apa utk bday mr hubby nanti...bagi kasih sayang ajerlah aci tak ;)

Wednesday, 14 August 2013

Membaca dengan penuh emosi | CANTIK itu impian semua

citer yg nak me tepek ni...me dh pernah terbaca dulu2..rasanya terbaca kat forum cari.com kalau tak silap..then semlm terbaca lagi citer yg sama kat FB..so me sajer nak tepek kat sini..in case ada yg lom pernah baca....juga sebagai renungan utk wanita2 yg bergelar isteri...kdg2 kita terlupa utk bercantik2 utk diri sendiri..MZ suka jer bercantik2 tak kisahlah syok sendiri ker apa kan...
me siap tag nama mr hubby kat FB..rasanya dia dh baca kot ;)



Kisah Benar - Pengakuan Seorang Isteri

~ BILA ISTERI TAK CANTIK ~

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...

Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

coretan dari hati seorang Muslimah:

*************************************************

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.


Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.

Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.

Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan se**.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak.

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~

siapalah kita utk menidakkan takdir...hati manusia berubah2..people change...may be ari ni kita nampak cantik di mata dia...tapi siapa tahu apa akan jd 10 thn lagi? 20 thn lagi? doa dan harapan seorg isteri...biarlah kasih cinta hingga hujung nyawa, hingga nafas terakhir di dunia...

note : sedey setiap kali teringat kisah hidup someone that I care...kasih beralih arah slps 22 tahun hidup bersama..kiranya jodoh sbg suami-isteri hanyalah 22 tahun..then lps berpisah jd musuh pula sbb bekas suami jd benci yg teramat kepada bekas isteri yg diceraikan :( dan mengabaikan nafkah utk 3 org anak yg masih belajar...sbb dh hanyut dgn kehidupan dgn wife baru dan anak2 tiri ...

Friday, 19 July 2013

Takdir hidup masing2

segala yg berlaku dlm kehidupan kita di dunia yg fana ini adalah mengikut qada' dan qadar..
ada yg kawin awal, ada yg kawin lewat, ada yg dimadukan, ada yg diceraikan, ada yg tak kawin2 wpun usia dh cecah late 30s or late 40s etc etc...

kisah terhangat semlm--of courselah psl pernikahan ashraf muslim kat thailand ie his 2nd wife...fitrahnya lelaki boleh mencintai lebih dari satu wanita...dan logiknya kalau ashraff mintak kebenaran (dia dh apply pun kat court) rasanya dayana takkan setuju..so dia pun pegi kawin kat thailand..
dan fitrahnya juga tidak ada wanita yg rela berkongsi kasih, tak kisahlah atas apa jua alasan pun..
anyway, kita semua tidak boleh mempertikaikan hukum poligami...tapi kena ingat, dlm Quran pun, ada proviso/condition attached...kalau nak berpoligami mesti berlaku adil dan mampu dari segala segi (bukan seks semata2)...

hati manusia berubah2...mungkin minggu lps or bulan lps or thn lps cinta sepenuh hati...then bila terjumpa wanita lain..cinta dh berbahagi dua ie 1st wife pun cinta, 2nd person pun dia cinta..



kita hanya mampu berdoa agar jgnlah kita diuji dgn ujian2 yg kita tak mampu utk menanggungnya...
salam jumaat yg penuh barakah..dh 10 ramadhan pun hari ni

note : puisi luahan hati dayana tu bukan hasil tulisan dayana--me baca kat rotikaya.com

Tuesday, 16 July 2013

Tonite, nine years ago

"aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu..."


jam 10.15 pm, 16 julai 2004, MZ sah bergelar seorang isteri kepada arjuna hati MZ..
dan hari ini genap 9 tahun kami hidup bersama...syukur alhamdulillah ke hadratNya


ni pic kenangan masa one of our honeymoonsss

my fav pic--candid pic right after majlis akad nikah...now jd penghias dressing table in our bedroom

pic raya tahun 2011

pic cuti2 Disneyland Paris - March 2011 -- thanks Abang kerana merealisasikan my childhood dreams to finally be in Disneyland ;)


dedikasi luhur dari hati seorg isteri utk seorg suami yg MZ panggil 'Abang' and most of the times 'papa' or 'pa' ie panggilan manja because his is papa for my boys..

"terima kasih kerana hadir dalam hidup Sayang, menjadi peneman, sahabat, kekasih, suami...
I fall in love with you from the first day we had our 1st date, and my love for you has never changed.."

semoga kasih sayang kita akan kekal subur mewangi hingga ke akhir nyawa di dunia, juga bersama di syurga nan abadi di sana

Happy 9th Anniversary,

From your wife..


Wednesday, 3 July 2013

Tempat seorang isteri..

adalah di sisi suaminya..

my SIL and kids had left on a jetplane last nite..dh dua bulan pun adik lelaki me attend training/course kat Oklahama, U.S. so now my SIL and kids are joining him...for the whole month of ramadhan..and diaorg akan balik Msia few days sebelum raya..

cilok dari FB my SIL -last pic kat KLIA


perjalanan beribu2 batu naik flight (termasuk transit) mengambil masa 30 hours in total...semoga segalanya dipermudahkan...rasanya they will arrive in Oklahama pukul 8 pagi esok (Khamis) waktu Msia...

note : me paham betapa peritnya hidup berasingan..sbb me pernah dok UK sorang2 selama 6 bulan..terpisah dari hubby and zharfan..thn 2007..

Tuesday, 14 May 2013

Saya dan dia...berbeza

our spouse complement us kan...may be ada persamaan tapi may be byk perbezaan /contrast...sbb dua manusia yg berbeza gitu...

dari segi perangai...mr hubby kategori pendiam, me kategori peramah

dari segi citarasa mknn pun sgt lah berbeza...sbb different family background, different university background etc

mr hubby suka mkn nasi campur..ie nasi dgn lauk..dia kureng kalau mee or bihun
me plak suka apa2 jua yg selain nasi cthnya bihun or mee...

so me sgtlah suka mkn yee mee...and mr hubby tak pernah mkn benda ni sbb dia tak suka....

ni yee mee yg selalu me mkn kat foodcourt aeon au2..yummy!!


so time nak msk2 pun kdg2 kena msk few menu  ie my taste and his taste, and kalau mls, me msk ikut citarasa mr hubby ajer...

begitulah ceritanya

Thursday, 25 April 2013

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

ari jumaat mr hubby masuk wad...ari sabtu ptg discharge..syukur sbb doc bagi MC selama 5 hari so that mr hubby boleh rest and boleh buat fisioterapi..

mr hubby memang susah dpt cuti sbb keje dgn private company (manufacturing)..and keje ari sabtu gak (half day)...so bila dpt rest kat umah, memang syukur sgt2..
and..
dpt ler spend masa lebih sikit ...quality time gitu...

ari tu masa mr hubby masuk wad...sedey jer me..sbb lps melawat mr hubby kat wad, me drive balik umah dgn anak2...then..knowing that he's away...me kena tido sendirian dgn anak2..rasa sunyi sepi tak de mr hubby kat umah..syukur hanya satu mlm ajer...

tu jer luahan hati pagi2 khamis ..
note : ari ni tak de kelas...yayyyy
 

Wednesday, 24 April 2013

Kerana saya seorang isteri

dedikasi khas utk mu para arjuna ...ie saper2 ajer yg bergelar suami pd masa sekrg atau suami pada masa akan dtg..



Wednesday, 17 April 2013

Being g.e.d.i.k.s

me pagi2 dgr radio era (dlm keta)..kelakar dgn johara pagi era...and antara lagu yg selalu dimainkan kat radio era ialah lagu 150 juta by ainan tasnim...mula2 dgr ..emm ntah apa2 lagu ni...mcm baca buku/org berckp2 ajer lirik nyer

then bila dok dgr byk2 kali..rasa mcm tersuka plak...and liriknya gedik2 sweet--gedik ler kalau between boyfren girlfren (kebykan budak2 zmn sekrg yg remaja2 tu ler).. tapi kalau between married couple/husband & wife memang sgt SWEET:lah!!

ni some of lyrics..lagu ni panjang liriknya..

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya


Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

then nampak kat FB (tanyalah ustaz)..bab2 gediks2 ni..

Perempuan kalau nak bermakeup, nak bergedik, nak catwalk, nak buat mulut itek, semuanya boleh, tapi depan suami shj dan bukan di luar rumah.

Soalan: Saya bertudung tapi pakaian ketat, berdosa ke?

Ustaz Azhar Idrus: Tak berdosa.. kalau di dalam rumah depan suami. Nak ketat, nak seksi, depan suami saja. Kalau saiz pinggang 37, pakai seluar ketat saiz 26 bila depan suami. Tapi kalau kat luar rumah, berdosa!
 

 

Tuesday, 26 February 2013

Bila hambar & plain

nama pun manusia biasa kan..kdg2 dh lama hidup bersama ni..everything becomes routine..and lama2 hilang spark gitu..

so terbaca tips kat FB

::Awesome Marriage Tip::

:: Leave a little love note in his lunch box or stick it on his rear-view mirror. When he's in the middle of the stress of work it'll bring a smile to his face and he'll remember you fondly. ::


me kdg2 ada gak guna tips ni...sesajer letak note kecik dlm wallet hubby or letak dlm almari baju--yg kelakar--bukannya my hubby nampak pun time me letak dlm almari bj tu :p so end up tips failed jdnya :p :p

pernah gak kalau me pegi somewhere, and me tahu hubby akan balik umah dulu, me letak love note kat fridge :p or kat mirror meja solek dlm bedroom

dh lama tak buat tips2 mcm ni...rasa mcm nak buat gak lah...
yg selalu me buat (kerap gak), antar lovey dovey sms ajer ;) :)

kalau uolls ada tips yg besh, bolehlah share2 yer ;)

Friday, 22 February 2013

::sweet.romantic.penting::

taken from FB

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

cerita untuk renungan kita semua esp yg dh kawin..
Senyum. :)


~autumn in Nottingham ..2010~

note : masing2 ada cara utk suburkan cinta kasih syg dgn psgn masing2 kan... :) 
ada yg jenis PDA ie Public Display Affection... and ada yg jenis cool tak nampak pun lovey dovey openly gitu...terpulang pada keselesaan & cara masing2 lah...
me & hubby?....biarlah rahsia hehhehe 
 

Wednesday, 20 February 2013

Menunggu Julai

semlm me mengemas dokumen2/brg2 kat dlm kabinet kecik kat ofis me...sbb sgtlah messy...

then terjumpa kad ni...kad yg penuh bermakna...dh hampir 9 thn usia kad ni..simple jer kad ni..adik2 MZ (hanim & nizar) yg design and tempahkan utk MZ sbb diaorg yg jd wedding planner ;)



so 16 july 2013 nanti, kalau diizinkan Allah and dipanjangkan umur, MZ & hubby akan menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 9, Insya Allah..

wpun mcm lambat lg..tp sbb time flies...so nak pikir2/plan2 gak nak gi celebrate kat mana/nak bagi hadiah apa ;)

uolls ada ker yg kawin bln july..

Thursday, 31 January 2013

sehangat cinta yang halal | marriage is not a fantasy

ada 19 tips (me amik kat FB) tapi rasanya tak mampu nak buat semua...jom buat checklist :)

♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan
dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



Wednesday, 23 January 2013

Sexy..wow

mcm iklan SimplySiti plak...lelaki suka yg cantik2 and wangi2 ajer yer hehhehe -memang fitrah manusia pun gitu...even perempuan pun suka lelaki yg kemas smart kan...yg busuk2 selekeh2 tak mau lah ;)


part sexy tu ehem ehem...bila lagi nak sexy kalau bukan dlm umah kan ;) ;) the best part..sexy2 utk si dia yg halal dpt pahal gitu ;)


Saturday, 12 January 2013

waaa Cari Jodoh Online @FB la plak

me ternampak ada FB page utk cari jodoh tu... tak salah berikhtiar kan esp utk uolls yg masih single and tak de calon..cuma rasanya kena hati2 sbb takut ada yg amik kesempatan...dunia hari ni mcm2 boleh jadi...tapi kalau tak cari nanti susah plak nak jumpa jodoh kan...rasanya kalau perempuan, kalau slps 25 masih tak de calon, memang kena usaha gak lah apa2 yg patut selain berdoa...


agak2 relevant lg tak peribahasa PERIGI CARI TIMBA? sbb kat msia, mcm tak byk "timba" yg berkualiti...so rasanya acceptable and reasonable ajer kalau "perigi" cari timba tapi jdn extreme sgtlah kot ehhehe

Friday, 11 January 2013

Re: Lelaki | even if rindu

emm--betul kan...ramai lelaki yg hampeh kurang kualiti dlm dunia hari ini...yg baik2 sgt limited number..lelaki yg baik2 masih wujud cuma lelaki yang kurang baik mcm outnumbered lelaki yg baik2...dan bersyukurlah jika uolls telah dikurniakan lelaki yg baik2 dlm hidup uolls...syukur alhamdulillah

------------------------------------------------------------------

.cute jer nasihat UAI ni..and  me sgt setuju!!!

bagi me..kalau nak tulis yg lovey dovey utk hubby tu...sms or pm ajer..tak pyh tulis kat status FB sbb indirectly mcm nak bagi tahu the whole world lah kalau tulis kat status FB...
lain org lain ragamnya kan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails