Showing posts with label raya 2023. Show all posts
Showing posts with label raya 2023. Show all posts

Saturday, 1 July 2023

Salam Eidul Adha 2023

hari ni 1st july, merangkap hari ke3 raya haji ie eidul adha, baru berkesempatan nak buat entry raya
sbb mr hubby tak dpt beraya bersama2, so MZ pun beraya ala kadar jer..tak bwk balik DSLR pun...snap2 buat syarat jer guna hp


alhamdullillah MZ dpt menunaikan solat sunat raya kat masjid pdg kala bersama my 3 boys

juadah pagi raya ialah nasi lemak but not in pic..ni gmbr ketupat palas yg my mom order kat jiran depan rumah...sedapppp beria lah MZ makan ketupat ni...ada 2 versi ie satu lemak manis dan satu lagi lemak tawar (kena cicah gula melaka cair)

ni gmbr lembu yg MZ ambil bahagian korban, MZ share dgn my mom utk satu bahagian harga RM780, adik MZ (nizar dan awi each amik satu bahagian jugak), selebihnya family my cousins

MZ balik KL semlm lg...balik awal utk elak jem dan boleh fokus siapkan keje2 urgent.
have blessed eidul adha everyone!

Wednesday, 10 May 2023

OOTD 4 syawal | Jeram Mengaji & Pantai Senok

masih lagi entry edisi raya

hari ni dh 19 syawal, tinggal seminggu lebih jer lagi nak abih dh bulan syawal yg penuh dgn keberkatan, kemeriahan dan kegembiraan...moga2 kita masih dipanjangkan usia utk bertemu dgn syawal pada tahun hadapan, Insya Allah

masa 4 syawal ari tu, weolls tak de pergi beraya (open house) kat mana2 pun, so mr hubby bwk pergi OOTD kat jeram mengaji (dh pernah pun dtg sini) dan Pantai Senok (1st time sampai)

cuaca panas terik ni...tapi beria jugak lah MZ nak posing2




razeen jer yg ikut ronda2 ni, zharfan dan ariff tak ikut sbb temankan my mom kat rumah (lgpun cuaca panas terik kan, tak berapa best pun nak ronda2 sgt)

 ni OOTD kat Pantai Senok, antara latest tourist attraction kat Kelantan ni (ala2 pulau nami korea katanya)


razeen pakai tshirt yg my adik (hanim) beli kat Krabi (dia pergi cuti2 krabi sblm bln puasa ari tu)

kuciwa sbb sampah merata2 :( sikap some of rakyat kelantan yg susah nak ubah (mentaliti kelas ketiga)


kira sedondon grey kaler dgn mr hubby

sampah merata2 so pyh nak cari spot yg tak de sampah :( :(



have a nice day everyone!
ari ni MZ ada 2 jam kelas tapi ada meeting jugak (review exam paper), so full jugaklah ari ni

Friday, 5 May 2023

OOTD tema hijau

entry edisi raya

sbb masih lagi bln syawal ni, so kita sambung kisah raya.
ni OOTD 3 syawal..

posing2 kat halaman rumah, sbb gambar outdoor memang best lighting nya


baju ni brand leeyanarahman (LRC), of course bkn latest design lah, MZ beli last 2 years kot eh, dh pernah pakai masa on my bday (utk gmbr bday) then simpan jer dlm almari, tak de proper event nak pakai, design baju ni dijahit bersama shawl kat bahu, so time nak mkn2, memang kena beringat takut terkena kuah etc (err memang MZ failed la sbb memang terpercik mknn time mkn2 so beria plak kena basuh kat sinki)




masa 3 syawal tu, pagi2 kami pergi open house raya kat rumah adik mr hubby, byk jugak mknn tapi lupa plak nak wefie sbb fokus mkn dan bersembang

then kami pergi beraya kat rumah kawan zharfan plak (kat kubang kerian), so sempatlah posing2 ni :) pun sgt byk mknn yg sedap2 belaka...fuhhh terliur plak bila teringat menu yg sedap2 tu hahahha
kwn zharfan ni (sama2 sekolah al-amin) pun 3 beradik, semua lelaki, sama ler mcm our lil family ;) mak kwn zharfan tu adalah cikgu tusyen zharfan jugak (subject kimia), dan adik kwn zharfan tu kawan ariff jugak (sama batch ie form 2)

salam jumaat almubarak
hari ni MZ tak de kelas tp ada online meeting (WFH) and MZ puasa ganti hari ke4 ari ni ;)
Mama Zharfan

Thursday, 27 April 2023

OOTD 2 syawal | tema biru

OOTD utk 2 syawal bertemakan warna biru...kami bersiap awal jugak sbb nak attend jamuan rumah terbuka di rumah my adik bongsu (Dr Awi)..then lps setel mkn2 kat rumah my adik, weolls pergi beraya kat rumah my kakak angkat (somewhere near ketereh), nama my kakak angkat tu kak ani.

then weolls pergi lunch kat our fav restoran utk mkn sup keting (Restoran Zainun, Pengkalan Chepa)

then balik umah dh pukul 3 pm lebih, so abihlah our 2 syawal, seronok sbb dpt jumpa org2 yg kita sayang, dan my mom dan my adik pun folo me utk sesi beraya 2 syawal ni

now nak tepek gmbr2

ni semua gmbr2 kat rumah my adik...org sgt ramai so tak dpt nak posing2 kat tepi2 pokok2 bunga

ni kat dpn rumah ie sblm masuk ke dlm rumah, gigih snap gmbr dulu


me, my kakak my adik and our mom

ratu hati MZ

OOTD with blue kate spade, 1st time merasmikan ni

ni gmbr2 kat halaman rumah my mom, sblm bertolak ke rumah my adik (which is 500m away jer pun tapi kena naik keta sbb cuaca panas terik)



gaya mencari semut kat tanah hahhahah

i love this pic (of mine) hahhahah


ni quick snap kat rumah kak ani ie time nak masuk keta dah, then zharfan tanya tak nak amik gmbr ker, so cepat2 ler snap sekeping, suami kak ani tu nama cikgu wi (dh pencen pun)

ni lunch 2 syawal ie bihun sup keting yg sgt sedap, lebih2 lagi dimakan bersama yg tersayang, wpun cuaca panas terik kemarau yg extreme kat kelantan sepanjg ramadan dan masa syawal tu

salam 6 syawal


Wednesday, 26 April 2023

Salam eidul fitri | 1 syawal 1444H

hari ni dh 5 syawal, tapi baru bukak lappy selepas MZ sampai semula kat gombak pada pukul 3 pm td

so nak tepek gmbr2 masa 1 syawal

tema warna hitam utk our lil family tahun ni



MZ bersama kakak dan adik

papa and boys

gmbr berdua


gmbr beramai2....of course incomplete..mana yg ada jer..razeen not in pic sbb demam panas so dia baring dlm bilik jer - dlm gmbr ni, ada family my adik bongsu ie Dr Awi, family my adik lelaki Nizar, family my adik perempuan (hanim) and my kakak dan his 2 boys (seorang lagi beraya di johor bersama family in laws). not in pic family arwah abe mie (my sil beraya di KL bersama her mom and her adik), and my elder sis (dtg beraya waktu ptg)


OOTD bersama handbag kate spade merah


sedikit corat coret 1 syawal (22/4/2023)

1) MZ tak pergi solat raya kat masjid sbb tummy upset, razeen plak memang tak larat nak pergi sebab demam panas 2 hari sblm raya, so tak delah gambar kami ber5 kat dpn masjid padang kala :(

2) ptg raya ie ptg 1 syawal, kami bawak razeen pergi klinik kat pekan peringat (klinik 24j nama klinik hijraa), amik antibiotik dan buat blood test jugak (bil rm118)

3) tak byk mana pun snap2 gmbr raya masa pagi 1 syawal, so mana yg ada dh MZ tepek dlm entry ni

4) cuaca kat kelantan tersgt panas (salah satu faktor razeen demam), memang bertabah jer dgn cuaca panas kemarau teruk kat negeri kelantan

5) tahun ni mcm ramai jugak tetamu (sedara mara) yg dtg kat umah my mom, berbanding thn2 lps...

6) duit raya for each of my 3 boys tu...dpt almost RM250 jugak setiap seorang, alhamdulillah, rezeki diaorg :)

7) OOT raya MZ and lil family, dari 1 syawal hingga 3 syawal...so gmbr2 2 syawal dan 3 syawal ni next entries :)

salam 5 syawal everyone!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails