Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Saturday, 24 August 2024

Anak saudara yang ke 22!

last few days, my adik baru sahaja menimang cahaya mata yg ke7!
MZ plan nak go visit baby kecik tu ari ni atau esok...

my adik and his wife, with their newborn babygirl!

my adik menjuarai carta family ie anak paling ramai hehehheh

baby girl kecik ni adalah anak saudara ke22 dalam famili besar MZ!

kak long- anak sorang (girl)
arwah abg MZ - anak 6 org (3 girls, 3 boys)
kakak no 2 - anak 3 org (all boys)
adik (no 5) - anak 2 org (one girl, one boy)
adik (no 6) - anak 7 org (3 girls, 4 boys)
adik bongsu (no 7)- anak 3 org (2 boys, 1 girl)

anyway, MZ anak no 4 in my family, dan MZ ada 3 org anak (all boys)

so raya thn dpn MZ kena prepare extra angpow hehheh.

uolls ramai ker anak sedare?
happy weekend everyone!

Saturday, 6 February 2016

Beli apa @Lunatots

ari jumaat 15 jan dpt voucher dari Lunatots/Karangkraf

ari sabtu 16 jan ,kebetulan kuar gi breakfast,terus lajak pegi Lunatots kat Cheras..gigih drive all the way from Gombak to Cheras (me sgt tak familiar area ni so memang totally follow GPS papago jer)
ter awal plak sampai..Lunatots tu bukak pukul 11..so sempat lah weolls singgah petronas beli jajan dan pegi washroom..

ni snap2 random pics


sgt spacious and cantik butik Lunatots ni...

mcm2 babies stuff ada! ada cloth diapers, ada bj2 baby, accessories, books, toys etc etc

baby yg baring atas seat tu adalah anak staff lunatots/sales assistant

yayya dh setel redeem...amik satu toys brand Vtech (harga RM89.90)..then satu lg amik  baby/teat liquid cleanser harga RM20 (tak snap pic)..total termasuk GST RM116.40, so top up byr RM16.40 :)..emm GST tu sgt membebankan..seriously.. :(




razeen excited main his new toys..ada songs and lampu2

Friday, 15 May 2015

Few scoops of Dugro a day keeps my kids happy always!



Setiap ibu inginkan segala yang terbaik untuk buah hatinya..
As a mom of three boys, MZ memang sgt2 concerned psl pemakanan anak2..and I really wanna my children to have enough calcium intake everyday..the easiest way—give them the best, affordable milk!!

My eldest, Zharfan memang minum growing-up milk sampai umur 7 tahun..now pun masih minum but not so regular..
The focus now on my lil Ariff (he’s always my lil cheeky boy)..wpun dh 6 years old..memang minum susu dgn jayanya everyday!! Pagi2 as breakfast, balik dari tadika (IIUM Educare) pun minum ie waktu ptg..and mlm sblm tidur pun minum lagi…kalau on weekends memang sgt kerap lah Ariff minum susu…
So far Ariff sgt serasi dengan Dumex Dugro 5-Nutri…he likes the taste—Ariff minum perisa asli a.k.a ori flavor..


So why Dumex Dugro 5-Nutri??
Ni antara sebab2 utama…factor nutrisi semestinya…dan juga harga yg affordable, especially beli time harga promosi/sale kat mana2 hypermart…memang berbaloi2 lah..kena bijak buat stok pada zmn GST ni ;)



Berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui untuk memberi si manja lebih lagi nutrisi melalui makanan – memastikan dia mendapat dos harian nutrient yang penting untuk menyokong lima segi tumbesaran utama untuk pertumbuhan kanak-kanak – iaitu otak, tulang, sistem imun, penghadaman dan pertumbuhan tisu.

1. Perkembangan Otak
Tahukan anda bahawa otak Si Manja akan melalui proses pertumbuhan yang cepat dalam tiga tahun pertama kehidupannya? Tidak hairanlah jika sesetengah orang mengumpamakan kanak-kanak bagaikan span yang boleh menyerap segala yang diberi! Itulah sebabnya nutrien seperti DHA amat penting untuk membantu pertumbuhan yang pesat ini.

Selain daripada pertumbuhan anak anda, salah satu kegembiraan sebagai ibu bapa ialah melihat Si Manja bertambah tinggi, kuat, menjadi lebih aktif dan ingin tahu tentang dunia di sekelilingnya. Inilah perkembangan yang anda tidak akan dapat dilupakan.    

2. Pertumbuhan Tulang
Oleh itu, sewaktu dia bermain bersama kawan-kawannya, memanjat di taman permainan dan meneroka dunia di sekelilingnya, dia harus mempunyai tulang yang kuat untuk menyokong seluruh tubuhnya. Hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. Oleh itu bekalan kalsium yang mencukupi pada peringkat kanak-kanak amat penting sebagai asas yang kukuh untuk tulang yang sihat setelah dia dewasa.   
3. Pertumbuhan Tisu
Proses ini seiring dengan pertumbuhan tisu. Si Manja memerlukan bekalan protein yang stabil untuk memperkukuhkan pembesaran dan membolehkan tubuh membina dan membaiki tisu tubuh sewaktu dia sedang membesar.
4. Sistem Imun
Di samping itu, Si Manja harus mempunyai sistem imun yang kuat untuk memastikan dia dilindungi dan terus aktif bermain serta meneroka sekelilingnya. Jumlah Vitamin A yang mencukupi akan menyokong sistem imun serta daya penglihatan dan kulitnya.
5. Sistem Penghadaman
Penjagaan kesihatan dalaman juga amat penting. Sistem penghadaman yang baik bagi kanak-kanak membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. Ia juga mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit dan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (lcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus yang sesuai untuk bakteria baik (probiotik). Oleh itu, sistem penghadaman menjadi lebih sihat dan bertahan terhadap jangkitan. 
Untuk menyokong pertumbuhan dan potensi menyeluruh anak anda, Dumex™ Dugro® 5-Nutri  telah diperingkat dan dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA berbanding formulasi terdahulu untuk menyokong perkembangan otak.


Dengan nutrisi yang betul untuk menyokong tubuh yang sihat bersama persekitaran yang positif, Si Manja mempunyai asas yang kukuh untuk membesar secara menyeluruh, supaya dia dapat cipta serta meneroka dan mempunyai masa depan yang lebih cerah lagi.



Alhamdulillah, my lil Ariff memang jarang2 jatuh sakit…setakat selsema or runny nose tu pun jarang2..and he’s very active in class and at home..

TQ Dugro kerana menceriakan hari2 my lil sweetheart!




...

Friday, 20 March 2015

antara banyak2 strollers..

Masa zharfan kecik...me guna stroller brand Anakku..harga around rm100+ jer(tu jer yg termampu time tu...)..so tak leh expect high for quality..anyway ok jer brand tu..cantik dan ringan jer pun..tp memang tak berapa tahan lasak...sempat beli 2-3 kali stroller brand anakku heheh sbbnya tayarnya senang tercabut :p

then zmn ariff..guna jer stroller zharfan, then sempat try brand sweet cherry (sbb ariff menang contest under karangkraf--dpt 2 bijik stroller)..tp let go sbb agak berat...masih prefer guna yg ringan mcm anakku

then finally me decided utk beli maclaren daytripper..beli preloved jer pun..harga rm280 (kalau yg baru harga around RM700-RM800 rasanya--sbb masih tak berapa mampu/syg duit :p),.so me beli preloved tp still good condition dari seller kat mudah.my, cod kat tesco shah alam...beria2 beli sbb nak gi holiday kat sydney..

then zmn razeen..teringin nak guna brand quinny zap..sbb nmpk sgt cantik, stylish, famous brand kan, memang jatuh chenta dgn quinny time dok UK sbb ramai kwn2 msia yg guna quinny..so akhinya tercapailah hajat me nak pakai quinny..kebetulan adik2 me (hanim, nizar, awi) yg share beli quinny sbg hadiah utk razeen..i'm one happy sister gitu ;)

Then..lps dpt quinny...emmm..teringin maclaren plak utk razeen..sbb utamanya.. quinny ni agak bulky sizenya..tp time tolak/guna, memang sgt smooth lah, and sgt cantik designnya..

alhamdulillah..ada jugak rezeki utk razeen..me menang contest j&j..mr hubby dh gi collect semlm(dpt gak vou parkson rm100 conso nama proxy)..so hadiah j&j tu..nama me..dpt Maclaren Quest..retail price around rm1k+ ..



ni pic yg mr hubby sent to me via fb..me masih kat kg..excited bila tgk pic ni..and my fav kaler..merah..
.alhamdulillah wassyukru lillah rabbilalamin



me google2 utk check harga stoller ni..retail price around RM1299..time sale harga around RM1k gitu..ni me print screen dari one website (lupa nak letak link plak)



salam jumaat al-mubarak

Saturday, 31 January 2015

TIPS membeli pampers murah

pampers = diapers utk baby

me tahu psl apps ni dari group FB..dia share psl apps 'smart shopper' (errr kalau tak silap la)..boleh download kat play store...err me lom download pun ni, sbb tenet kat umah tak stabil memanjang..slow mcm siput...me guna streamyx yg bil RM111 sebulan tu...

and member FB tu ada share latest promo of diapers..kebetulan me memang kena beli mamy poko utk lil razeen, stok kat umah tinggal 2 pek jer...nak kena stock up...so syukur lah tahu kat mana MP murah :) seboleh mungkin me tak beli lah time normal price sbb MP jumbo pack ni time normal price RM53 harganya..time sale boleh dpt RM40+ jer...memang sgt jauh beza harga tu!!

pinjam pic dari member group FB ..promo sampai 1 feb ni ie esok last day

Friday, 10 October 2014

Ada apa dengan Setia City Mall

ari isnin lps ie time cuti raya eiduladha tu, me, hubby & kids pegi jln2 ronda2 kat Setia City Mall

actually ni 2nd time weolls ke sini..suka dgn tmpt ni sbb luas, besar, baru, parking pun byk (kami pegi pagi2 so senang dpt parking tepi entrance/lift), toilet bersih :) byk kedai yg menarik utk disinggahi gitu..

and baby room pun sgt besh..luas, privacy, bersih..ni some pics baby room yg i snap2..








antara kedai2 yg kami singgah masa pegi Setia City Mall ni...parkson, daiso, rotiboy, auntie anne, hot&roll, mph...kiranya ni antara fav lah!!

and ada outlet pandora jugak kat sini!! tp tak singgah lah sbb tak de bajet :p tgk dari luar/kejauhan ajer..

snap pic dari kejauhan :p


and weolls brunch kat foodcourt yg luas dan bersih..harga food standard jer..tak murah dan tak delah mahal sgt..

dari Setia City Mall kami pegi tmpt lain plak..somewhere in Shah Alam..next entry lah yer..

Wednesday, 1 October 2014

For him | thermal bottle

dh masuk 1 october pun hari ni..time really flies..

anyway, last month me terberkenan tp tak berapa ada bajet, so tunggu dpt gaji and then me pun order dan beli online..brand Pacific Baby

ada byk design thermal bottle ni..ie mcm2 kaler gitu..

me beli yg design blueberries kaler biru utk my lil razeen..dh dpt pun semlm..

ni yg me beli tu


me beli dari FB seller nama zila yazid
ni some pics yg me dpt from her





naper me beli yer ..
berkenan sbb cute and ni may be some of the reasons..dpt dari pm FB seller tu


Ada 5 designProduk import.Dgn 1tahun jaminan utk fungsi thermos.Harga brpatutan dgn jangkamasa yg tahan slma 5tahun.Brbanding dgn botol bpa free yg perlu ditukar stiap 6 bln.satu2nya botol dlm dunia yg ada warrantyMngenai puting,next time klau nk tukar puting bole pkai brand yg ada kat pasaran sprt avent ckasicc ke,pureen ke.,pigeon ,MAM...

lom try guna lg ni..nanti nak try utk razeen

razeen dh mula pandai senyum semlm :) happy tgk his 1st smile :)


note : range harga thermal bottle ni from RM79 and above..entry ni bukan advertorial pun..sajer nak share info jer :) and entries psl my lil razeen gitu :)

Sunday, 24 August 2014

Baby & ipad

ni pic semlm..bonding time abg dan adik...my zharfan tgk upin ipin kat youtube..baring kat tepi razeen..razeen mcm tertarik pd bunyi dan cahaya warna warni dari ipad tu kot...

razeen dh botak..cikur jambul last week..
dua2 ni chenta hati me..my heart & soul

pg td, mr hubby, zharfan & ariff dh bertolak balik KL..tinggallah MZ dan razeen kat kg..ari ni dh #21st day berpantang...23 more days to go...and MZ nak kena siapkan abstract utk present paper..kena buat cepat2 sblm balik KL..

salam weekend

Monday, 11 August 2014

Routine mommy & baby

routine my lil Razeen - tido siang dgn nyenyaknya..bangun time lapar ia nak susu or poo poo jer...mlm2 plak..tido kejap2 ie suka berjaga...so tak dpt ler mamanya tido nyenyak di waktu mlm sbb layankan Razeen ni


routine MZ plak..siang hari...9.30-11.45...sesi berurut, bertungku dan berbengkung...love it so much ;)

tp ari ni rutin sedikit berubah sbb nak kena bwk my baby pegi KBMC utk review his health..moga2 segalanya ok..amiin

Friday, 8 August 2014

Berpantang mode | rezeki lil baby

MZ kuar wad pada 4 aug (isnin), pukul 10 pm sampai kat umah...lambat discaj wad sbb my lil Razeen lambat berak...sbb newborn baby memang wajib berak dulu sebelum boleh kuar wad.

anyway, bermula 5 aug (selasa), dh start ler rutin berpantang...insya Allah MZ plan nak dok kampung selama 40 hari ie minimum days for berpantang...

then semlm, dh start rutin berurut dan bertungku..MZ amik pakej 10 hari berurut dan bertungku termasuk berbengkung jugak..

lil Razeen...suka tido waktu siang and kdg2 berjaga waktu mlm..so far so good, senang nak jaga, tak byk kerenah ;)
 sleep like a boss heheh

rezeki lil baby...my bff (azlina ie along) dtg visit bwk hamper..then my bff ezna pulak poslaju bj baby brand hallmark :)

tq ezz!!!

hamper pureen dari along

and sbb entry ni entry versi pukal...MZ nak update some lil winnings..rezeki comping utk bacaan time bosan.. ada yg dpt time sblm raya ari tu..

(1) menang hadiah dari contest Blu Inc online..dari magz Glam Lelaki..dpt kasut lelaki brand melissa...mahal tu...

dh selamat collect sebelum raya...alahai kaler pepel..tak leh pilih2...mr hubby tak suka pakai kasut jenis gini :p agak2 kalau jual murah2 ada ker org nak beli :p

(2) nama my adik sangkut contest Safi (kena buat pantun) so dptlah duit raya RM250

(3) and nama me sangkut weekly prize utk contest Dutch Lady @Petronas...dpt kad touch n go RM50 ajer...dpt call time me dh dok kampung tp sblm bersalin ari tu

(4) rezeki dari magz contest...sangkut contest Pa&Ma, dpt lazada voucher RM200..so boleh shopping2 online..yayyy

(5) pengubat hati setelah lamaaaa SLNW (so long no win)..nama me sangkut as one of GP winners :) contest kat FB guardian...

salam jumaat al-mubarak
moga2 kita semua sentiasa dimurahkan rezeki..amiin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails