Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Sunday, 30 December 2012

peminat tegar

masa kat UK, memang me sukaaa tgk fear factor ni...ari2 gaklah tgk..

and now dh ada yg malaysia punya--me menonton dgn penuh semangat dan keterujaan semlm :)

tak sangka team dafi-zoey boleh menang :) RM10k tu weekly :)

nampak mcm team dr faiz-jehan miskin tu sgt fit and confident gitu :) and sgt2 ler kesian the guy yg kena pair dgn roslan shah <-- he should not be in fear factor in the 1st place pun...

oh yer, me memang bukan peminat AA and me rasa dia sgt tak sesuai jd pengacara sbb suara mcm sgt tak sesuai ;)


note : tak sbr nak tgk yg minggu dpn punya plak :)
 

Saturday, 8 September 2012

SIYES SGT CUTE!! | Sore Eyes 5 Days MC - Nora Danish & Adi Putra Version

ternampak ni kat youtube-- the girl asal yg buat video ni of course not as cute as Nora Danish heheh - video ni part of promo filem Aku Terima Nikahnya--tak sbr nak tgk ;)



Sunday, 22 April 2012

Hatimu Milikku



lagu ni sgt besh and video clip nya sedeyyy gitu...kiranya Alyah amik idea dari video clip ni lah time perform utk AJL...

me sgt sukaaa dgr lagu ni sbb me suka tgk citer Cinta Buat Emelda...lagu Hatimu Milikku ni lagu tema citer Cinta Buat Emelda--me minat Fizo & Mia Sara heheh last nite ter miss nak tgk cerekarama lakonan FA sbb me tido awal daaa

Sunday, 1 April 2012

Seri honeymoon | ada apa dengan April

2 couple yg sgt comel..yg tgh bahagia berseri2 ;) fasa slps honeymoon memang indah gitu :) :) hanya yg pernah mengalami akan memahami..those yg single mingle...ur turn will come soon..Insya Allah

pic taken from HERE






gambar lisa dan yusry terbaru


-------------------------------------

april for me ...bday my lil ariff...and my bday :)
and tunggu salary day gak..
and insya Allah nak gi overnite kat Concorde Shah Alam :)

ada apa dgn April bagi uolls?

Saturday, 17 March 2012

Terukir Di Bintang

me tak pernah minat lagu2 Yuna sebelum ni...tapi lps dgr berkali2 lagu terbaru Yuna masa program Lisa-Yusry kat Astro, me dh terjatuh chenta dgn Terukir Di Bintang---lagu ni ala2 klasik gitu...and bila tgk video clip kat you tube...wah, sungguh cun!! perfecto!!



Friday, 9 March 2012

MOHON PADANYA SUJUD PADANYA

semalam semasa me layan youtube, me came across this video yg sgt cute...me suka dgr nasyid retro (jiwa retro)

nasyid ni sungguh menginsafkan... liriknya menusuk kalbu...betapa kita semua hamba yg kerdil..



Monday, 27 February 2012

Sweet & romantic | cilok pic Lisa & Yusry dari FB David Teo




lisa cantik mcm princess :)
kita doakan yg terbaik--kalau dpt baby mesti sgt cute mcm mia sara kan hehehe

Friday, 24 February 2012

Tema winter garden sangat sweet | Tahniah Yusry & Lisa

kebykn blog update psl wedding of the year Yusry & Lisa...sbb me minat both of them so me pun nak tepek gaklah pic pengantin baru ni :)

credit beautifulnara

gambar pernikahan lisa surihani dan yusry
gambar pernikahan lisa surihani dan yusry

sweet sungguh winter garden theme tu...

moga both of them bahagia hingga akhir hayat & cepat2 dpt baby..amiin

Sunday, 19 February 2012

Jujur aku dayus

sbb heroinnya Nora Danish, beria me layan cerekerama kat TV3 semalam..

heronya tak berapa hensem (nama Beto ke apa ntah)..
jalan citer agak slow...tapi sgt creative sbb penuh dgn suspens...memmbuatkan penonton tertanya2, kenapa kenapa dan kenapa....last2 baru paham keseluruhan jalan citer :) kiranya citer ni tak mcm kebykan citer melayu yg kita dh boleh teka jln citer dari awal

kalau FA or Adyputra yg jd hero, sure double best citer ni :) lakonan ND sgt mantops :)


teladan dari citer ni...

kena ada komunikasi antara psgn suami isteri...sbbnya yg watak suami dlm citer ni...dia pendamkan apa yg dia dh terlihat ie nampak ND tido dgn lelaki lain masa dia balik dari Jepun utk buat surprise...dia tak confront, tapi dia pendam then terus accident then koma, so sedar dari koma, dia cuma pikir nak divorce ND..

anyway, teladan yg lain..ND tak sepatutnya pegi jumpa her ex-bf masa suami dia kat Jepun, tu yg sampai dirogol oleh her ex-bf yg telah masukkan ubat tido dlm minumannya...dirogol di rumah sendiri tu...wal iya zubillah

teladan yg lain..sifat lemah lembut oleh kakak ND(Rozie Rashid) dlm citer ni, even masa pegi confront Aisyah ie ex fiance suami ND...rasanya jrg kot org yg cool mcm tu hehhe

overall memang beshlah citer ni :) happy ending :)

note : nanti ada movie ND berlakon dgn AdyPutra tajuk aku terima nikahnya - me baca kat blog beautifulnara..me MESTI tengok punya hehhe


Wednesday, 1 February 2012

Kebanyakan lelaki look younger than their actual age | fact or myth?

mcm dh lama tak nampak FA kat magz/newspaper...

me minat FA dari dulu hingga kini...:) me tak minat AA -- masing2 ada taste sendiri kan...

nampak muda kan FA ni...me baca his latest story kat Kosmo Online--dia dh start jd penceramah motivasi :) :)  and dia kata nak kawin dgn org biasa2 ajer/bukan artis...

me rasa ramai kaum adam nampak muda  dari usia sebenar (pengecualian untuk those yg moks and boroi hehehh)...one of the reasons sbb memang naturenya kaum adam tak pyh preggy so tak de alasan ler nak ckp bdn kembang ker apa kan :p


FAHRIN menegaskan hatinya belum dimiliki sesiapa buat masa ini. 


note : motif entry ni---nak tepek pic FA ajer :p ---sbb me rasa tak ramai artis lelaki yg benar2 macho kat Msia ni...i know ramai yg akan vote for AA :p

Sunday, 22 January 2012

Sayu pulak bila baca luahan hati Abby Abadi

tak kisahlah apa tanggapan org, tapi sbb Abby tu pun kaum perempuan...so me paham perasaan nya...

sedey plak baca luahan hati Abby terhadap Zul...sbb Zul mcm dh jd kacang lupakan kulit...mcm nak deny everything about their past relationship...

ni me amik dari blog Abby...

Dah jd bintang pilem, mana nk pandang pelakon2 veteran mcm Sy neh, kan? :) takpelaaaa.. Sy buat2 faham je, 'sedar ruang' kata org... Cuma, Sy ralatttt skit la awk.... Awk ngan Sy sgt2 rapatkan? Kita je yg betul2 tahu apa yg berlaku antara kita, kita yg melaluinya, kita yg rasa...... Tp bila bercakap dkat media, dkat mana2 lah sekalipun, kenapa awk smpai hati keluarkan kenyataan2 yg semacam menidakkan kehadiran Sy? Sian Sy awk.... Kecik ati tau! Huhu.. Selama neh, kita share segala kot... 

Awk mmg tidak buleh menidakkan kehadiran Sy. Mana yg tiada, diadakan.. Yg tak cukup, di cukupkan. Yang nk pinjam, di pinjamkan. Berjanji setia bagai, walaupun Sy tau itu bukan jaminan. Tapi laaa neh, sebulan dua je awk berubah jd ' monster'.. Nape? Huhu.. Kenapa nk buat Sy mcm musuh? Salah Sy ke keadaan kita jd mcm gini? Siapa yg menganiaya siapa sekarang neh? Hukhukhuk.. Janganlah........ Janganlah buat org luar, org keliling pandang sebelah mata pd Sy. Sangka bukan2. Janganlahhh!! Sy simpan rapi semua permasalahan kita. Sy komen yg baik2 je utk awk, Awkpun patutnya buatlah benda yg sama! Huhu.. Sy tahu Awak mmg handsome! Mmg hot! Mmg sgt2 sempurna. Mmg buleh pergi jauh...... Tanpa Sy! Tapi janganlah abaikan ' batas permulaan nya' sedih tau! Bukan Sy yg nk jd mcm neh... Sehabis baik dah Sy jaga hubungan neh, tp bila ada je yg tak kena, makin lama makin jelas... Utk apa kita bersama lagi kan? Sy dah terima kenyataan awk yg kita dah tiada apa2 hubungan lagi. Yerrrr! Sy redha. Ini bahagian Sy. Yang terbaik utk awk, terbaik jugaklah utk Sy. Awk teruskan dgn jalan awk, Sy terus ikut jalan Sy. Ok Awk.... Tak baik tau, buat musuh dgn org yg pernah menatang Awk bagai minyak yg penuh. Nanti pape jd, menyesalpun tak guna. Sooo.. Selagi ada kesempatan, kita selesaikanlah cara baik, cara paling muafakat. Sy pun segan sbnrnya nk msg2 Awk, tweet2 Awk.. Itupun sbb sms/ cal tak respon, huhu..... SORRY klau Sy menganggu..... Sy nk kawan, bukan lawan..... :)

note : wpun tak semua lelaki jenis mcm tu ie jenis tak mengenang budi..tapi rasanya memang ramai kaum Adam yg suka mempermain2kan perasaan kaum Hawa kan...:(

Friday, 6 January 2012

Tentang Dhia | masih teringat2 citer tu... impak dan kehangatannya...

EPISOD akhir tayangannya sudah seminggu berlalu, namun kehebatan siri drama Tentang Dhia yang ditayangkan menerusi slot Akasia, TV3, tetap menjadi bualan hangat.


Satu Malaysia masih memperkatakan mengenai populariti siri lakonan Nora Danish, Adi Putra, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shila, Izreen Azminda dan Puteri Sarah itu yang berjaya mencipta fenomena baru.

Kenyataan yang dikeluarkan Nielsen Media Research menyebut, episod terakhir Tentang Dhia yang menemui penonton petang Khamis lalu (28 Disember) mencatat kadar penonton tinggi, hampir 3 juta orang.

Siri terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini menarik kerana memaparkan sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik.

Ceritanya berkisarkan dilema Dhia (Nora Danish) yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun.

Namun, kebahagiaan yang diidam Dhia tidak datang dengan mudah apabila berhadapan komplot dan rancangan jahat ibu mentuanya sendiri. Menariknya pengakhiran cerita ini menyaksikan keutuhan cinta Dhia dan Zikir (Adi Putra) sehingga nafas terakhir.

Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Hadzelynda Khairuddin berkata, sejak mula ke udara pada 9 November lalu hinggalah ke episod terakhir, drama 30 episod ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan purata 2.5 juta setiap episod.


“Malah pengaruh Tentang Dhia juga hangat diperkatakan menerusi media komunikasi seperti facebook, twitter dan juga blog tempatan. TV3 dengan kerjasama Alt Media juga menganjurkan satu sesi ‘live chat’ bersama dua pelakon tunjang drama ini, Nora Danish dan Adi Putra pada petang Khamis bertempat di studio

Sri Pentas sempena dengan tayangan episod terakhir tentang Dhia. Sesi yang berlarutan selama sejam itu berjaya meraih 11,695 ‘pageviews’,” katanya.

credit harian metro online

note : me dh tak tgk yg citer baru ganti Tentang Dhia sbb tak minat pelakon2 and jln citer pun mcm biasa2 ajer...

Saturday, 24 December 2011

Yusry & Lisa Nikah 23 Februari 2012!


Suasana tenang mengiringi majlis penuh istimewa di antara penyanyi, pelakon, pengarah dan produser, Yusry Abdul Halim dan aktres jelita popular, Lisa Surihani yang berlangsung di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya pagi ini.

Mengakui hati masing-masing terpaut lewat perkenalan selama setahun menerusi BBM (Blackberry Messenger), Yusry dan Lisa akhirnya telah mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan sebuah pernikahan yang akan berlangsung pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana.

Dihadiri oleh oleh kedua ibu bapa Yusry, abang sulung, Norman Abdul Halim dan ibu Lisa, terdahulu Yusry mengumumkan pada malam semalam keluarga Yusry telah bertandang ke rumah Lisa untuk menghantar tanda. Walaubagaimanapun, Yusry menjelaskan majlis serba sederhana namun penuh adat itu bukanlah majlis pertunangan, hanya sebagai simbolik bahawa dirinya sudah ‘booking’ si dara sunti.

kredit : http://www.ohbulan.com/yusry-lisa-nikah-23-februari-2012/

note : me minat lisa ni sbb cute & comel...bersama kita doakan yg terbaik utk couple yg sweet ni ;)

Wednesday, 7 December 2011

Beshnya kalau dapat join | Boboiboy di MidValley

i dun have girls...having two boys...both of them are big fans of character like Ben-10, Power Rangers, Upin Ipin..and latest obsessions--BoboiBoy

i pun temankan my kids tgk boboiboy--so i dh tau jln citer and kenal semua watak2 ni :p

and ternampak psl Boboiboy event kat MidValler--esok..tapi timing nya ptg-mlm...mcm susah ler me nak bwk my boys attend..emmm...tak dapek nak nolon

ni me amik dari Harian Metro online:

BAGI penggemar ranca�ngan kartun Boboiboy, kini anda boleh berkenalan secara lebih dekat dengan watak animasi yang menjadi ikon Malaysia apabila pencipta dan pelakon yang meminjamkan suara kepada watak dalam siri animasi itu akan bertemu peminat di Pusat Pameran MidValley (MVEC) pada 8 Disember ini dari jam 6 petang hingga 7 malam.


Bagi pencipta utama watak kartun yang hanya mahu dikenali sebagai Anas, Boboiboy kini mencapai kejayaan yang memberangsangkan dari segi komersial.

Hasil tinjau selidik yang dikeluarkan Nielsen menunjukkan siri kartun itu menarik purata 1.1 juta penonton setiap episod.

Buat masa ini ia adalah siri kartun nombor satu di TV3 Malaysia dan tiga teratas kartun Disney Asia di Malaysia, Filipina dan Singapura

“Kami berhasrat untuk menggembirakan orang ramai di MidValley pada 8 Disember ini serta memberi peluang kepada mereka menonton sedutan episod akhir musim ini dan melihat apa yang berlaku kepada Boboiboy dan kawan-kawannya dalam musim kedua.



Peminat siri ini juga dapat melihat watak baru dan kuasa baru Boboiboy yang lebih hebat. Kami merancang untuk menjemput dan memperkenalkan barisan pelakon yang meminjamkan suara kepada watak kartun ini kepada orang ramai,” katanya.

Menurut Pengarah Urusan Evergreen Publishers, Rachel Poon yang mendapat hak menggunakan jenama Boboiboy dalam rangkaian alat tulis mereka berasa teruja kerana dapat menerbitkan bahan bacaan serta alat tulis dan buku nota yang boleh dijadikan hadiah kepada kawan-kawan.

“Sebagai penerbit yang bertanggungjawab menerbitkan bahan bacaan animasi dan barangan hadiah untuk kanak-kanak, kami gembira kerana mendapat hak menggunakan gambar watak kartun paling digemari di negara ini.

“Dengan memaparkan watak animasi ini pada rangkaian alat tulis, kami berharap dapat mengingat�kan dan memberi inspirasi kepada pelanggan supaya menggunakan zaman muda mereka untuk kebaikan dan kegembiraan serta mencontohi kelakuan baik Boboiboy dan kawan-kawannya dalam perjuangan mereka menegakkan nilai keluarga.

“Objektif kami melancarkan rangkaian alat tulis amal ini untuk menggalakkan kanak-kanak di negara kita supaya berfikiran positif dan �menghayati semangat berkongsi dan beramal. Rangkaian alat tulis ini yang merangkumi alat keperluan utama seperti pensel mekanikal, grafit pensel, pemadam, botol air, blok kertas lukisan, bekas pensel, buku aktiviti pembelajaran, kalendar dan buku nota, boleh dijadikan �hadiah yang menarik untuk anak anda atau kawan-kawan,” kata Rachel.

Sebahagian daripada hasil jualan (satu peratus) akan disumbangkan kepada World Vision untuk menyokong usaha membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.
Orang ramai yang mengunjungi MVEC pada 8 Disember ini akan menerima 50 beg hadiah bersama tandatangan watak Boboiboy secara percuma. Mereka juga berpeluang membeli set alat tulis pada harga istimewa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.evergreenpublisher.com.my.






Thursday, 1 December 2011

Kenapa MZ tercongok depan tv pada pukul 7 mlm

faktanya me jenis yg jrg and tak suka tgk tv
tapi sekali tertengok..ha dh jd addicted hari2 mesti tgk

citer Tentang Dhia tu :)
tensen tgk watak2 jahat hehehe esp watak Melly yg teramat ler jahat giteww..and kesian sgt2 dgn watak Azmi yg memanjang teraniaya....ako memang muka baik lurus bendul gitu :) pstttt muka ako tu ada iras muka adik bongsu me (Dr Awi)--dia selalu perasan muka dia mcm ako heheh ada ler iras cikit2 :p

and ND sgtlah cute...pakai tudung pun cute :) nampak mcm budak belasan thn ajer even dh jadi mak org pun kalau kat luar citer...memang beruntung dilahirkan muka baby face and mix blood

note : rasanya ramai yg tgk citer ni kan :) byk mesej2 yg bagus dari citer ni esp related to agama :)


Thursday, 24 November 2011

Kenapa trofi Yuna ditarik balik | *mode geleng2 kepala

semlm lg me dh baca kat few blogs and kat blog beautiful nara psl isu trofi yuna utk lagu terbaik ditarik balik..
sugguh tak professional kan penganjur AIM tu...if there is a genuine mistake, patutnya mlm tu jugak or esoknyalah announce psl that technical mistake...ni lps 2 weeks!!!!! ntah apa2!

me bukan peminat yuna pun--and lagu2 yuna memang unik tapi tak kena dgn taste me--maklum ler , me kan dh 30s..lagu2 yuna tu mcm utk belasan thn or 20s ajer hhehehe

------------------------------------------------

pic selingan--banana split kegemaran mr hubby :p me tak suka sgt ice cream, setakat satu or dua sudu tu me mknlah ie mcm kacau2 org tgh mkn gitu hehhe



note : kalau contest2 yg me join, ada t&c judges decisions are final--AIM punya judges decision tak final and tak muktamad ler gamaknya kan kan

Sunday, 16 October 2011

Semarak kasih seharum cinta

wah...beshnya judul program ni...teringin gak nak tgk....kot2 boleh dpt idea utk dipraktikkan dlm kehidupan sehari2 :)

pic selingan :) me jrg2 amik pic lovey dovey dgn mr hubby--ni kat Notts April 2011 :)


ni me copy paste dari Utusan Online

Cerita perkahwinan bahagia


(dari kiri) Sharifah Shahirah, Sari Yanti, Pengarah urusan Johnson Malaysia, Susan Manen, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akshah.


PERKAHWINAN yang bahagia adalah berkat kesabaran dan kasih sayang yang disemai, namun kedua-dua faktor ini sering tidak diendahkan akibat kehidupan dunia moden yang terlalu sibuk. Maka itu, Mandian Susu Johnson's baby membawa kebahagiaan perkahwinan ke setiap rumah melalui dokumentari TV berjudul Semarak Kasih, Seharum Cinta.

Bakal ditayangkan dalam empat episod, dokumentari ini menyingkap kehidupan empat pasangan selebriti tempatan, antaranya adalah Sari Yanti dan suaminya, Mohd Eddy Casmady, Sharifah Shahirah dan suaminya, Ijoy, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi, serta Susan Manen dan suaminya, Mustapha Kamal.

Setiap episod dokumentari TV ini mendedahkan kreativiti dan usaha pasangan dalam meluahkan kasih sayangnya terhadap suami mereka. Pasangan selebriti ini juga menceritakan kisah cinta mereka. Dengan menunjukkan bagaimana selebriti berusaha supaya cinta mereka kekal membara walaupun telah lama berkahwin dan sibuk dengan anak-anak, Mandian Susu Johnson's baby berharap penonton akan mendapat inspirasi untuk berusaha demi perkahwinan mereka.

"Penyelesaiannya mudah sahaja, iaitu komunikasi. Ini bermaksud, mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh pasangan anda, berbincang bersama, ketawa bersama. Komunikasi bukan sahaja menunjukkan bahawa anda menghargai pasangan anda tetapi juga membantu anda mempelajari tentang dirinya.

Ramai orang beranggapan bahawa mereka tahu segala-galanya tentang suami atau isteri mereka, tetapi satu hari nanti mereka akan sedar bahawa pasangan mereka telah menjadi orang yang asing. Anda perlu menikmati masa bersama dalam perkahwinan. Pasangan yang bertahan lama adalah mereka yang tahu keseronokan bersama dan betapa berharganya keseronokan itu untuk mereka," menurut nasihat Datuk Siti Nor Bahyah.

Ingin mengetahui rahsia selebriti mengekalkan kehangatan cinta dalam perkahwinan? Jangan ketinggalan menonton dokumentari "Semarak Kasih, Seharum Cinta" di TV3, setiap hari Selasa, dari jam 6.00 hingga 6.30 petang, bermula 4 Oktober 2011.



Thursday, 6 October 2011

Ustazah Pilihan @astro | ada peserta dari UIAM --even from my faculty

masa event mkn2 dgn my colleagues, ada yg ckp, program ustazah pilihan tu, ada few students (not sure plka the exact number) yg join come from my faculty (faculty of law), so diaorg memang tangguh study for one semester tu...tiada halangan as far as university policy is concerned asalkan tak mendedahkan aurat and jaga peribadi dan personaliti--kira bwk imej UIA students gak lah tu :)

then tadi me terbaca psl program ni kat Utusan Malaysia Online...



ada pics peserta--me amik dari utusan online ni..--semua tudung litup ni..Alhamdulillah..moga2 program ni akan dpt memberi manfaat kpd masyrakat :)
note : uolls pernah ker teringin nak join program mcm ni kat TV--those yg good-looking --cthnya mcm Chekgu Azrine--memang patut cuba kan :)

Saturday, 1 October 2011

Walaupun malas nak buat entry psl artis | Memey's wedding kontroversi--lagu2 gereja dinyanyikan?

ternampak psl kontroversi perkahwinan Memey-Norman--both me tak minat sbb meluat dgn scandal diaorg sblm ni...tapi yg buat me double meluat sbb ada plak kontroversi lagu2 gereja dipasang/dinyanyikan time wedding diaorg...itu dh lebey....melampau2 namanya!!

me baca psl benda ni kat mynewshub :

http://mynewshub.my/2011/09/30/chef-wan-kritik-pedas-resepsi-norman-memey/

“Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.

“Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik.

“So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12 miilion sponsorship is all about,” katanya lagi di laman web yang sama.

Menurut Chef Wan lagi, ramai media yang hadir di majlis itu memberikan reaksi negatif terhadap lagu-lagu gereja yang dinyanyikan, malah tiada doa selamat pun dibuat sedangkan majlis itu merupakan majlis perkahwinan pasangan Islam.

“Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.


me sgt bersetuju dgn apa yg Chef Wan kritik tu...

note : sbb konon2 dpt tajaan RM12j, so sanggup menggadaikana agama nampaknya diaorg ni...diaorg ingat boleh buat main2 yer isu agama ni...jahil sungguh...


Thursday, 15 September 2011

Sweet Couple of the year - Lisa Surihani and Yusry KRU | moga cepat2 naik pelamin :)

last few days ternampak pic diaorg beraya sama2--kat blog beautiful nara--


then ari ni terbaca plak psl couple yg sweet ni kat Utusan Malaysia Online

Menurut Yusry, tujuannya membawa Lisa adalah untuk merapatkan ukhuwah antara gadis berusia 25 tahun dengan ahli keluarganya memandangkan hubungan mereka sudah berada di tahap yang serius.



“Bukan itu sahaja, saya juga pergi beraya ke rumah Lisa untuk bertemu dengan ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Kami serius dengan hubungan ini, maka sebab itulah saya bawa Lisa ke kampung saya.


“Mengenai perkahwinan pula, saya atau Lisa belum lagi memikirkannya. Tunggulah, jika masanya sudah sampai, kami akan umumkan. Insya-Allah,” ujar Yusry ringkas.


Tambah Yusry lagi, Lisa membuat kejutan untuknya apabila membuat rekaan samping baju Melayu yang berupa ala-ala skirt mini.


Yusry kata dia serius tu....harap2 cepat2 naik pelamin...

note : my notty mind can't avoid from thinking--Lisa tak takut ker kot2 jd mcm nasib Erra Fazira lps kawin dgn Yusry tu hehhe apa2 pun soal jodoh di tangan Tuhan kan :) yg penting Yusry poket tebal and bagi me, Yusry good looking--masa me remaja me big fans of KRU :p citer dulu2 daaaa


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails