Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, 19 June 2024

Corat coret raya haji

sbb hari ni masih lagi hari raya haji ie raya ke3, so MZ pun tulis entry mood raya lah. 
alhamdulillah MZ dh selamat sampai ke gombak ptg semlm...memang lalu LPT sbb singgah drop zharfan kat cfs gambang (same route masa balik kg ari sabtu lps)

raya haji tahun ni ie 1445H, segalanya smooth alhamdulillah.
masa hari sabtu tu, kat kampung cuaca mendung sepnjg hari.
masa hari ahad tu, cuaca hujan yg agak lebat!!! so kami risau jugak in case cuaca hujan masa hari raya haji (isnin) tu..
syukur sgt2 sbb masa hari raya, cuaca cerah panas elok jer dari pagi sampai lewat tghari, so proses ibadat korban (sembelih lembu etc) berjln lancar.

pagi2 raya, MZ pergi solat raya kat masjid imanul faizin. ada kisah tragis lucu ie MZ tertinggal telekung kat rumah, hanya bawak sejadah ajer kat tangan, syukur ada telekung waqaf kat masjid tu..telekung waqaf yg mahal/branded plak tu hehehhe..

ni lah telekung yg MZ pinjam pakai utk solat raya, pink dan design sulam2!

GOTD utk raya haji (ni jer yg ada pun)

solat raya dilakukan tepat 8 am, by 8.30 am, siap semua khutbah dan solat.
balik rumah, mkn2 dulu beramai2 ie juadah utama ialah bihun goreng, ada jugak ketupat palas (jiran bagi) etc

my extended family buat korban seekor lembu..nilah lembunya (sharing2 portion my mom, my adik nizar & wife, my adik (hanim & me), then my cousins lah 3 bahagian..total 7 bahagian.

ni upacara jual beli lembu (conventional mode), harga RM700 satu bahagian..in pic ni my adik tgh buat proses akad jualbeli dari my cousin (wakil on behalf owner lembu)

in pic...zharfan baju putih dan mr hubby tshirt dark blue...proses penyembelihan lembu dan melapah semuanya cepat dan lancar (sbb ramai yg terlibat esp family my cousins)..by 11.15 am, daging goreng kunyit dh siap masak! then masak sup tulang jugak utk jamuan mkn beramai2, then proses membahagi2 daging korban. then setel semua alhamdulillah.

how was your raya haji?
salam hari rabu uolls! ari ni MZ dh start keje ni..ada meeting after lunch today.

Sunday, 12 May 2024

Syawal yang indah | moga direzekikan lagi utk tahun hadapan

ari khamis last week was the final day of syawal tahun ni..
semoga kita semua masih dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan oleh Yang Esa utk bertemu dgn syawal tahun hadapan (dan semestinya ramadhan lah!!)

so nak tepek sini gmbr2 for future throwbacks

ni gmbr masa jamuan raya (hari selasa 7/5/24) kat office AIKOL postgraduate unit. bab2 mkn semua org pun sporting meriahhhhh ceria gitu! masih berbaki 10 tahun lg utk MZ berkhidmat di AIKOL insya Allah...anyway yg tgh pegang kek tu admin staff (i panggil nama kak edah jer), kebetulan her bday dan her anniversary so pakat bagi dia potong kek lah!

ni plak gmbr air minuman mixed jus ie strawberi dan lemon yg sgt sedap..my student yg belanja (sbb dia ada buat bisnes bukak booth kat dlm uia --ada event/fest last week)...air ni siyes sedap dan kena dgn tekak MZ, so memang abih ler MZ minum sorang2 pun--ni gmbr from wasup kelas MZ pun (from hp my student)


ni plak video (amik kat wasup jer sbb my colleague yg record)--MZ kalut dok betulkan tudung sbb rasa mcm loose (salah pasang brooch kat bwh dagu tu) so takut senget/tak on point awning tudung time posing2 tu

happy sunday uolls!!!

Monday, 22 April 2024

Posing2 @masjid viral

Masa balik cuti raya ari tu, sempat ler MZ singgah utk posing2 kat masjid viral kat kg MZ ni...
mlm2, mr hubby jalan kaki jer time gi terawih few nites time ramadhan sblm 1 syawal tu.. 
distance-wise, masjid ni dlm 500 metres dari umah my mom (tp the oppsite side ie kena cross jln besar)...
kat dpn masjid ni susah nak parking sbb limited space dan sgt ramai lah visitors sbb masjid yg baru dan tgh hangat viral..
selalu ada tourist yg singgah, dan time raya etc memang sgt meriahlaaa org dtg buat photoshoot jugak!!

memang sgt cantik la masjid ni...tema warna putih...design binaan mcm kat obersi

singgah masa time zohor ni...1 syawal
'
gmbr zharfan (abaikan part rosak tu ie ada termasuk spec yg MZ tgh pegang sambil snap pic ni guna hp)
                    

it's monday again!! 
Countdown less than a week before my bday!!



Thursday, 18 April 2024

Tema maroon @2 syawal

MZ tepek gmbr sambil selit2 citer

masa 2nd syawal, weolls pakai baju tema kaler maroon (baju casual)...tak sempat posing2 proper pun, ni snap gmbr masa beraya kat rumah mr hubby's SIL.

ni gmbr pagi2 syawal sblm weolls kuar beraya beramai2...mana yg ada ni jer...tak cukup korum sbb not in this pic family my late brother


ni MZ tumpang posing2 kat rumah my cousin ie kak rita...rumahnya besar dan cantik!

MZ snap pic masa weolls beraya ramai2 kat rumah kak rita (Ni ruang tamu)

gmbr berdua

ni masa beraya kat rumah mr hubby's SIL

yg pakai tudung nude/light brown tu lah kakak ipar mr hubby (wife kpd arwah abg sulung mr hubby)

ni mertabak telur ir juadah air tgn kakak mr hubby (kira family's signature menu)

ni plak teh dari Calcutta, India (sbb anak SIL of mr hubby tu kawin dgn org calcutta, nama Atiff)

zharfan posing dgn Atiff...zharfan sempat sembang2 dgn Atiff sbb Atiff ni keje bidang IT(kat dubai)

total 4 rumah yg MZ beraya masa 2nd syawal tu...
then masa pagi2 3rd syawal (jumaat), weolls dh bertolak balik ke Gombak (sbb mr hubby nak avoid traffic jem yg teruk if balik ari sabtu or ahad)

Wednesday, 17 April 2024

MZ dapat duit raya

menjelang umur MZ 48 tahun (soon laaa ie 28th april), of course rasa sgt2 happy bila dpt duit raya!!!!

alhamdulillah, raya thn ni, my adik lelaki + his wife (ie my SIL) bagi duit raya (diaorg bagi utk semua adik beradik!!!)..
selain duit raya, adik beradik perempuan dpt hadiah telekung siti khadijah jugak (telekung tu harga almost RM300)..MZ request warna soft pink...
duit raya tu bolehlah MZ simpan as part of tabung travel (MZ plan nak travel ujung thn ni kalau tiada aral insya ALlah)

barakallah fiihuma jamian

moga2 my adik and his wife terus dimurahkan rezeki dan berjaya dlm business (my SIL ni business owner ie legal firm dan property agent)

dikurniakan adik beradik dan ipar duai yg tidak berkira dan selalu berkongsi rezeki is indeed a blessing :)
alhamdulillah

salam 8 syawal..
moga2 kita semua terus dimurahkan rezeki

Tuesday, 16 April 2024

OOTD 1 syawal

alhamdulillah...1 syawal disambut dengan penuh kesyukuran dan kenangan manis bersama yg tersayang...
selain sesi mkn2, bg/terima duit raya, sesi bermaaf-maafan, aktiviti wajib ialah sesi posing2...

so MZ nak tepek gmbr2 OOTD 1 syawal for future memories

ni gmbr outdoor ie kat luar rumah

gmbr dlm rumah...ni memang lps setel solat raya

with our queen of our heart..my mom is 82 yrs old this year

posing berdua

mommy and 3 boys

posing solo



MZ, kakak MZ (kak su) dan adik MZ (Dr hanim)



nilah bj raya MZ tahun ni...from minaz...nama laila kebaya

MZ dpt pun shawl tu tapi tak reti nak posing2 dgn shawl (memang design matching dgn kain)

masa 1 syawal tu, sakan MZ beraya ie dari rumah kakak mr hubby, pergi beraya kat few houses (jln kaki ajer) ie umah mak sedara, mak sepupu mr hubby etc...then pergi beraya kat rumah kawan MZ plak (my UIA coursemate), then lps tu pergi beraya kat rumah adik mr hubby plak...pukul 7 pm baru balik semula ke rumah my mom (kebetulan ada masalah letrik dan air) so memang ngam lah balik time letrik dan bekalan air dah ada semula.

tulah kisah beraya 1 syawal utk MZ...nanti later2 nak buat entry kisah 2 syawal plak

Sunday, 14 April 2024

Kisah sehari sebelum raya

alhamdulillah, MZ dah selamat sampai semula ke gombak pada tghari/ptg jumaat 3 syawal, bertolak seawal 7 am dari kampung MZ, ada jem kat certain spots, so selamat sampai kat tol gombak pukul 3.17 pm ...anyway MZ sempat beraya kat kelate selama 2 hari sahaja..

back to tajuk entry, sehari sebelum raya...rutin family MZ ie my mom and my siblings...weolls masak rendang daging!! memang signature dish my mom la, juadah wajib setiap tahun, rendang daging ni utk dimakan dgn nasi impit (kelate panggil nasi kapik) dan kuah kacang.

proses mengacau rendang ni memakan masa few hrs jugak lah (around 2 hrs)..

nilah hasilnya!!

satu lagi juadah wajib ialah ketupat daun palas, satu versi lemak (kena cicah dgn gula melaka cair) dan satu lagi versi manis. kami order dari jiran depan rumah jer..harga RM1 sebijik, order 150 bijik utk raya

ni gmbr my adik bongsu (Dr Awi) yg in-charge mengacau rendang..tugas MZ cuma kupas bawang ajerrrrr...

salam 5 syawal uolls!! ari ni MZ dh tak de beraya ke mana2 dah, pagi td weolls kuar breakfast kat restoran then singgah beli groceries kat lotus selayang...
anyway semlm 4 syawal weolls ada celebrate something (plan asal nak gi beraya tp cancel sbb mak sedare mr hubby tak de kat rumah)

Friday, 5 April 2024

Persiapan raya | tudung raya, biskut raya

if raya jatuh hari rabu, then minus today, tinggal 4 hari sajer lagi sblm kita meraikan lebaran...
ada yg dh mula bertolak balik ke kg tghari/ptg ni jugak especially those yg keje gomen etc..

persiapan raya MZ sefamili..baju raya all done alhamdulillah.
tudung raya dh sampai few days ago, beli kat shopee jer...time tak raya pun selalu beli jugak tudung2, ni sbb beli utk match dgn baju raya, kira tudung raya lah


biskut raya yg MZ tempah, dh setel amik semlm...tempah dari ex-student UIA, dia buat bisnes biskut raya sbb cari income (mak dia sakit)...5 bekas tu RM100, tahun lps pun order dari org yg sama, sedap jer so worth la utk repeat beli thn ni..kerepek tu, cleaners kat opis yg jual, RM10 per pack.

ada 5 jenis biskut berbeza ni...termasuk tart nenas, red velvet, choc chip etc

ari ni razeen masih pergi sekolah (ada majlis khatam quran) dan MZ masih masuk opis jugak sekejap in case ada apa2 urgent work etc.

weolls plan nak bertolak balik kg pagi esok, tapi tak tahulah kot2 mr hubby rajin nak drive mlm2 ie bertolak mlm ni...tak decide betul2 lagi..

uolls yg plan nak balik kg tu, moga selamat sampai semuanya yer. fi amanillah.
MZ kat kg nanti, memang limited internet coverage,  so pyh sikit nak layan blog ...

salam eidul fitri (in advance), maaf zahir batin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails