Followers MamaTisya

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, December 13, 2023

wordless wednesday #597

 


bila nk kurus ni...kt opis ni rezeki makan2 je slalu :) 
tk baik org bagi mkn ...kita tk mkn kan :-p



kt opis ni ada 100 days go healthy challenge 
next week akan berakhir...tp aku tk join pun 
sbb makan je kejenya kn...mana nk turun berat :-p

Thursday, November 16, 2023

Roti Bun Cheese Gula yang sedap ❤❤❤






Roti Bun Cheese Gula yang sedap ❤❤❤
bukan aku buat tp beli kat cafe opis
panas2 dia bakar, fresh from oven


lembut btul...mmg sedap...1 bekas ni rm 8

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v

v
v


akhir october aritu ada program kelas meroti
 kt cafe opis yg aku bli roti gmbr kt atas tu
ikutkan mmg minat nk join kelas meroti tu tp program tu ptg smp mlm
kalo depa buat time lunch, mmg aku dh join dh
so wakilnya dr geng lelaki division kami yg join...
meriah tgk depa share hasil buatan roti nya


yg ni bulan Sept 2020 dlu pernah join kelas buat cookies & pie
program ni buat time lunch okla dpt join
aku program2 gini mmg suka tp apakan daya kelas meroti tu tk dpt join 



Wednesday, July 26, 2023

wordless wednesday #576

 


aritu time event kt sarawak, salah seorang peserta kursus 
muka dia iras sgt dgn Tangmo...dia ajak kami bergambar 
Grace namanya ....lawa orgnya tp dh kawin.....
kemain kwn2 yg tnya single ke :-p




saje aku collage gmbr Tangmo vs Grace...iras kan

Tuesday, March 28, 2023

Kempen Lestari BERNAS bersama Alam Flora






7 Mac sehari sebelum aku outstation sabah aritu,
ada program Kempen Lestari BERNAS bersama Alam Flora


sempena kempen ni, smua staff di minta 
memakai pakaian bertemakan color HIJAU
 cuaca panas don't care bab posing :-p


Pelancaran Program oleh Pengarah Urusan Kumpulan BERNAS, 
Dato’ Haris Fadzilah Bin Hassan



semasa kempen ini berlangsung
staff bole bw brg2 utk kitar semula  dan akan dpt wang tunai 
utk brg2 yg di kitar semula, selain dari itu ada juga demontrasi & permainan kitar semula




gambar beramai2 selepas pelancaran





antara gadis2 division kami


jadi model minyak masak kitar semula ke tu :-p


ni time sebelum pelancaran, sementara tgu ketibaan top management,
kita posing2 dulu :)



bff dila yg bz sbb dept dia yg deal dgn alam flora
nasibaik sempat bergmbr :)


lps event ada disediakan sandwich


nasibaik juga gmbr ber4 ada..sbb sharna adalah emcee of the day..bz juga


geng aku tak sah tk bergambar dkt atas truck ni :)
time ni dh abis event...walaupun panas terik 
bab bergmbr mmg gigih :-p



 

Friday, February 17, 2023

Buffet Ramadhan 2023 ~ Nostagia Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam





As Salam...tak lama je lagi kita semua akan menyambut bulan ramadan. Mardhiyyah Hotel & Suites menjemput anda semua untuk berbuka puasa dengan dengan pelbagai hidangan tradisional masa silam. Menjelang Ramadan tahun ini, konsep Nostalgia Ramadan diserlahkan dengan menu pilihan tradisi melayu yang mengimbau kembali kenangan berbuka puasa bersama keluarga dan sanak saudara.




Tetamu bakal dihidangkan dengan lebih 100 menu di sajian bufet Ramadan yang menyelerakan dan antara hidangan utama tempatan seperti Gulai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nenas, Rendang Kambing and Daging Hitam Manis. 



Selain daripada itu , Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti Salad & Kerabu Warisan, Salai & Panggang, stesen Satay, Kawah-Kawah, Belanga Panas, Selera Sakura, Nasi Kandar, Baazar Hot Selling, Bazaar Minuman and ruangan pemanis mulut.


Untuk menambah kepelbagai makanan warisan, stesen Kawah-Kawah pasti menjadi pilihan seterusnya! Variasi gulai seperti Gulai Kawah Daging Bersama Umbut Kelapa, Gulai Kawah Lemak Cili Padi Itik Bersama Rebung, Gulai Kawah Asam Pedas Ikan Bersama Terung. Pengunjung juga boleh menikmati menu Bazaar kegemaran semua seperti Roti John, Briyani Ayam, Pratha, Murtabak Ayam, Satay Ayam dan Satay Daging.









Akhir sekali, kami mempersembahkan variasi pemanis mulut seperti Ais Kacang, Bubur Pulut Hitam, Sago Gula Melaka, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Green Tea Cake, Kuih Seri Muka, Kuih Koley Kacang, Kuih Talam Pandan, Bread & Butter Pudding, Chocolate Fountain with Fruits Stewer yang pasti akan melengkapkan pengalaman bufet iftar.

Bagi mereka yang berniat untuk merancang iftar secara private group, Mardhiyyah Hotel & Suites juga menyediakan Private Function bermula pada 23 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dengan harga RM 128.00 seorang.  



Bagi mengisi keberkatan malam Ramadan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau Al-Latifah di Aras 4. Tetamu yang menginap di hotel turut berpeluang bersahur serta menunaikan solat subuh secara berjemaah.


Rebut peluang mendapatkan harga istimewa (early bird) dengan harga RM 125.00 untuk dewasa di Bufet Ramadan Restoran Royale Songket. Bufet Nostalgia Ramadan ini bermula pada 24 Mac 2023 hingga 20 April 2023 di Restoran Royale Songket dengan harga serendah RM 100.00 untuk kanak-kanak (6-12 tahun), RM 120.00 untuk warga emas (60 tahun dan ke atas) manakala untuk dewasa adalah RM 155.00. Sementara itu, harga bufet Ramadan untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum berharga RM 222.00 bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak di Restoran Royale Songket.

Selain Royale Songket, Restoran Cina Tung Yuen juga merupakan lokasi lain di sini untuk pengunjung berbuka puasa. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 125.00 untuk dewasa, RM 105.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM 85.00 kanak-kanak.

Borak Borak Cafe & Lounge turut menjadi lokasi berbuka puasa dengan mengetengahkan set Timur Tengah. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 90.00 untuk dewasa dan RM 65.00 untuk kanak-kanak.



Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi 019-273 6801, 019-263 9801, 019-275 7801, 019-261 6847 atau e-mel sales@mardhiyyahhotel.com.

Promosi Tempahan awal (Early Bird) (11 Januari 2023 – 19 Mac 2023)
RM 125.00 dewasa sahaja
*Hanya di Restoran Royale Songket

Restoran Royale Songket
2 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 155.00 Dewasa
RM 120.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 100.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Sabtu, Ahad & Cuti Am
RM 222.00 (1 Dewasa & 1 Kanak-Kanak)
*Hanya di Restoran Royale Songket

Restoran Cina Tung Yuen
9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 125.00 Dewasa
RM 105.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 85.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Borak Borak Café & Lounge
9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 90.00/set Dewasa
RM 65.00/set Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Promosi Private Function (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 128.00 seorang

Ramadan Staycation
(23 Mac 2023 – 21 April 2023)
Bilik Deluxe dengan Sahur RM 270.00 (satu malam)
Diskaun 10% Bufet Ramadan di Royale Songket untuk dewasa sahaja (24 Mac 2023 – 20 April 2023)

Pakej Full-Day Meeting
(24 Mac 2023 – 20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa
RM 190.00 (minima 20 orang)

Pakej Half-Day Meeting
(24 Mac 2023 – 20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa
RM 175.00 (minima 20 orang)

Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel
Alamat : Lot 5.5 Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam 40000 Selangor Darul Ehsan .


Friday, July 8, 2022

Pokok bunga utk staff ❤️


sebelum balik posing sekeping dpn stage


semua staff dpt pokok bunga smlm



sampai rumah trus susun di rak
kebetulan plak pokok bunga MIL pasu tu mmg byk oren
ngam la kan yg aku bawa balik tu sama color hehe


**gmbr lain ada byk lg...tgu dr official photographer & camera kwn2
nanti aku update lagi...sure dh ramai cuti balik kampung utk beraya
hati2 smua...selamat menyambut Hari Raya Aidiladha

 

Thursday, July 7, 2022

07.07.2022 ~ Ulang Tahun Bernas Ke-28

 




genap 28 tahun Bernas arini 07.07.2022
 

harini smua staff beruniform 💚


team aku ni, aku la org lama...asyik bertukar bos dan staff
tklama dh nk pencen :)


view dari level 2....panas betul cuaca
event start 3ptg nanti....moga2 redup la
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...