Followers MamaTisya

Thursday, January 3, 2019

Back To School 2019 ~ TISYA dah darjah 6


arini kembali bekerja setelah cuti panjang since 21 dec lastday aritu
anyway selamat tahun baru 2019


thn ni anak dara dh darjah 6....ada exam besar la thn ni
tgk bj tu mcm dh singkat la plak...cptnya ankdara ni tgi
mmg rata2 pelajar pakai kasut hitam thn ni


dlm 6.50 pg smlm kuar dr umh..smp sekolah dlm 7pagi


mmg rutin tiap2 thn sesi persekolahan bermula, aku cuti 1st day
tapi thn ni last dh kt sekolah rendah...nextyear dh sekolah menengah
cpt kan masa berlalu...rasa br je lg antar sekolah darjah 1...tup2 dh darjah 6
jd kakak senior la die tahun ni tp die ckp die kecik lg
semoga allah permudahkan perjalanan tisya memahami ilmu di sekolah 
serta berjaya dunia akhirat...aaminnn


lps antar tisya sekolah..singgah St Rosyam Mart jp bli brg...
anak dara pesan soh mama masak menu fav die


lps tu singgah breakfast...lama xmkn roti canai
aku mkn roti telur & teh tarik
hubbyku makan roti tampal & teh o

ore klate mkn roti canai mesti kena ada gula



sebelum 12 tgh hari dh siap masak menu ank dara request utk lunch


menu ni mmg jrg la aku masak kalau bkn bulan ramadhan


masa amik blk sekolah, masuk je kete, anak dara tanya...
mama masak tak menu icha pesan tadi..icha lapar ni katanya...
mama jawab...ada lah...saje nyakat die :-p
lps tu die bercite panasss ...smp umh je trus mandi dlu...biasa blk trus mkn


lps mandi & solat zohor, trus ke dapur...muka happy
tgk menu yg direquest ada atas meja 
kemain mkn bertambah kan....actually die request creamy buttermilk prawn juga
kemain smp 2 menu kan...mama buat 1 cukup la

lps tu cite kisah kt sekolah...mcm2 cite
tp cite psl panas ni ..die ckp masa darjah 5 ada 3 kipas dlm kelas..
darjah 6 ni ada 2 je kipas..sbb tu icha panasss...
agaknya rosak kot..tk sempat tanya abis....sbb die kusyuk mkn


anak2 korang camne 1st day persekolahan???

Wednesday, January 2, 2019

Promosi Tahun Baru Cina 2019 @ Tung Yuen Chinese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Tak lama lagi Tahun Baru Cina akan di sambut oleh masyarakat Cina, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menyediakan promosi istimewa sempena menyambut ketibaan Tahun Baru Cina 2019

Tahun Baru Cina 2019 akan bermula pada 5 Februari 2019. Sesi makan besar telah menjadi satu tradisi bagi keluarga kaum Cina semasa sambutan ambang Tahun Baru dan tradisi ini merupakan simbolik kepada perpaduan dalam sesebuah keluarga. Semasa sambutan ini, masyarakat sekali lagi berpeluang untuk berkumpul bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan dan menikmati detik-detik indah bersama orang tersayang. Saat-saat penting ini semestinya perlu disambut dengan sesi makan yang tidak akan dapat dilupakan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. 


Untuk mengalu-alukan perayaan ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah memperkenalkan menu untuk perayaan Tahun Baru Cina 2019 iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set dan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang disediakan ekslusif oleh Chef Chinese Cuisine iaitu Chef Patrick. 

Menu-menu yang menarik ini boleh didapati di Tung Yuen Restaurant, Aras 1 dari 15 Januari hingga 28 Februari 2019, bermula dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari manakala untuk makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam.


Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang perlu ada semasa Tahun Baru Cina. Tetamu boleh memilih dari empat pilihan mewah kami iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang. Harga bermula dari serendah RM40.00 +.


Selain itu, hidangan yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set. Terdapat dua jenis Poon Choy Set di Restoran Tung Yuen yang sesuai untuk 10 orang iaitu :-

  • Set A berharga dari RM988.00+ 
  • Set B berharga dari RM1288.00+


Poon Choy ialah satu hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam. 

Special Take Away Prosperity Pot “Poon Choy”  berharga RM680.00+ (termasuk Pot Stainless Steel).


Untuk melengkapkan lagi kerseronokan semasa Tahun Baru Cina, kami turut menyediakan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang menyelerakan, sesuai buat seisi keluarga dan perjumpaan syarikat atau bersama rakan-rakan mahupun rakan perniagaan.

Terdapat 4 set menu iaitu:
  • Auspicious Good Luck berharga dari RM1088.00+, 
  • Joyful Reunion berharga dari RM1288.00+
  • Auspicious Good Health berharga dari RM1488.00+. 

Ketiga-tiga menu ini sesuai untuk 10 orang. 

Manakala, Super Value Auspicious Good Health ditawarkan dengan harga RM898.00+ dan sesuai untuk 6 orang.



steam garoupa with herbal


roasted chicken with thai mango


fried rice with yam cube & dry shrimp in lotus leaf


double boil chicken soup with madagascar coconut


white shell prawn with crispy garlic & salt pepper


broccoli with fucuk flower & black mushroom


longan with sea bird nest & white fungus


Tetamu digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu di Tung Yuen Chinese Restaurant melalui talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau Bahagian Telepemasaran 2724. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan. Selain itu,Tung Yuen Chinese Restaurant diiktiraf dengan sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. 



Maklumat tentang Tung Yuen Chinese Restaurant
Tung Yuen Chinese Restaurant ialah restoran Cina yang terletak di Aras 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Ia menawarkan pelbagai jenis masakan Cina. Restoran ini telah memperoleh pengesahan rasmi HALAL dari JAKIM pada 1 November 2009. Oleh itu, restoran ini menyajikan 100% masakan Cina yang Halal di Hotel Bintang Lima Asia Tenggara Pertama Terakreditasi dengan Mesra Halal.

Tuesday, January 1, 2019

Persiapan sekolah tisya utk tahun 2019

selamat tahun baru 2019....tgk bunga api kt mn smlm
aku dgr dr dlm bilik je..detum detam bunyi bunga api
selamat ke sekolah utk negeri2 yg dh start sesi persekolahan 2019 arini

okla spt thn2 sudah...nk update persiapan sekolah tisya..senang utk rekod ..
jd kita tau apa brg yg dibeli and kos nya


jumaat lps baru pi beli buku sekolah...kalini beli skit je 
sbb buku tulis ada lg yg sebelum ni tk guna senang
canggih skarang..scan2 thru hp lps tu kuar resit
total buku tulis + buku lembaran dlm rm 54.45


lps tu singgah Pustaka Rawang sbb ada 1 buku dh abis stock 
katanya tgu buka sekolah..kn riso kot stock tk smp2...
nasibaik ada kt Pustaka Rawang area melawai ni...rm 10.90 buku tu


lps tu singgah aeon cari kasut hitam..sbb tgk kt byk tmpt tkde size
nasibaik ada size kt aeon...pallas jazz size 4 rm 32
pastu beli stokin hitam rm 15 utk 3pasang
total rm 46 guna voucher aeon rm40 just tmbh rm 6 je
yg 2 pasang lg stokin tu beli masa kt pasar malam rm 5


smlm sesi cop mengecop ...tk sia2 tempah cop nama...
tkde la penat menulis nama ank yg pjgggg
walaupun ank sorg...tk brp gigih nk tulis...
nk2 plak start darjah 4 mmg byk buku teks, buku tuis, buku lembaran....
jd mmg tempah cop adalah langkah terbaik haha
buku teks yg dpt utk sesi 2019 alhamdulillah ok pembalutnya


thn ni bj sekolah & tudung sekolah  mmg tk beli
sbb lastyear br lg nenek yg bli...lgpn ada 2 pasang yg aku bli 2thn sebelum tu tk pki lg
smlm 1st time ank dara iron baju sekolah


tp br iron selai baju dh penat..trus buat2 tido dlm bilik tu...aduhai....
lps tu ayah dh masak...lajuuuu die makan gaya mcm die penat iron bj sekolah :-p


ptg smlm kuar ke wangsa walk sbb nk redeem air telive promo rm2.50 ni
dpt rm 8 free dr nana sbb install apps touch n go ewallet
sbb lastday utk redeem smlm...cpt2 la ke wangsa walk sbb bkn smua outlet tealive bole redeem
dpt la 2 air ni...aku pilih hazelnut milk tea & strawberry pudding smoothie
total rm 6.95 so ada baki rm 1.05 dlm ewallet nanti bole topup la utk kegunaan tol


singgah aeon ..bli skit stock makanan tisya...guna voucher aeon rm20 so just byr 45sen saje 


beg sekolah ni guna lastyear punya...ni ayah tisya beli kt shopee je
tp dlm sebulan lps sekolah buka dh br beg ni smp
 sbb ms awal2 start sekolah die guna beg vivo aku dpt masa beli hp vivo dulu

so tk byk sgt la kosnye utk kelengkapan sekolah sbb byk guna yg lama2
 lebih kurang rm117++.....tu pn kasut hitam mahal skit...kalo kt pusat pakaian hari2 dlm belas2 je


walaupun ank sorang...aku tkde la nk beli yg mhl2...sbb biasa org ckp..ala ank sorg tkpe bli mhl2
pd aku kalau dpt beli harga murah lg jimat..tk kira la ank sorg ke...janji brg ok

so korang camne persiapan ank2 sekolah???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...