Followers MamaTisya

Showing posts with label traveloka. Show all posts
Showing posts with label traveloka. Show all posts

Thursday, May 16, 2019

Seronoknya tidur hotel dengan bantal empuk :)

Korangggg…bila penat bekerja sure korang rasa nk holiday kan….ada ke orang tak suka holiday…mau jem otak kalo keje je kan..keje smp bila pn tk akan abis...jadi kita kena la spend masa juga bawa family bercuti kan...tak payah la pegi jauh2….dalam malaysia ni pn byk tmpt menarik korang bole pegi holiday kan.

bab nk cari hotel ni, mmg husband slalu serah kat aku sbb aku mmg suka survey2, dia ikut je apa pilihan aku.....kami skarang kalau nk short vacation tk payah  nk travel jauh2, jadi kita pegi yg dekat2 je la…janji dpt tido hotel …kalini aku nak cari hotel sekitar Putrajaya so aku  start la search book Putrajaya hotels banyak juga pilihan hotel. jadi kena tengok la yang mana satu menarik dengan harga berpatutan kan.

maybe ada yg beranggapan buat apa tido hotel , dkt je ngan rumh kn...tu hak masing2...nk dkt ke...
nk jauh ke....suasana tu tk sama ye...janji kita dpt luangkan masa bersama family tercinta..nk2 plak bantal hotel empukkkk lain macam haha..bila korang letak je kepala comfirm trus rasa nak lena  :)

so seperti aku inform...nk bercuti dkt ke..jauh ke...duit masing2..pandai2 la uolss plan..aku kalo nk booking hotel yg paling utama mesti ada swimming pool sbb anakdara sorg tu mmg hantu swimming pool...tu psl kalau korang tgk aku share tmpt holiday , mmg  smua ada swimming pool



Aku try juga  cari  book cheap hotel bangi putrajaya rooms kat google ....Senang nk pilih hotel yang murah dengan fasiliti yang aku nak. Bila aku google gambar Hotel Bangi Putrajaya ni aku trus jatuh cinta sebabnya view swimming pool tu besar dan ada pokok kelapa seolah2 seperti bercuti di pantai..terus rasa tenang dan nyaman dari kesibukan kota. Sure anakdara aku suka sgt kalau menginap di hotel ni…apa lagi cepat2 la booking kan.


saat2 yang ditunggu dah tiba, kami packing barang utk pegi holiday
anakdara sampai je lobby hotel terus jenguk dari atas nampak view swimming pool
seronok dapat check in awal walaupun kebiasaan pukul 2petang


bilik deluxe dengan katil king, memang muat utk kami bertiga
dalam bilik juga terdapat WI-FI percuma,  TV LCD dan juga mini fridge


paling aku suka dalam bilik disediakan iron board..
certain hotel kena request ..tkpun ada bilik khas utk iron


bilik kami ada beranda view swimming pool


tenang je bila tgk pokok2 yg menghijau dkt swimming pool


terus tak sabar ankdara ajak ke swimming pool



Kami menginap 2 hari 1 malam di sini...Yang bestnya di dalam bilik ada juga disediakan bathtub, 
ni mmg bonus bagi anak aku yg mmg suka berendam. 
Lps mandi manda kt swimming pool sambung pula berendam dalam bathtub


feeling sangat tu kan..kalau bole nk lena dalam bathtub



Hotel ini juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan FREE SHUTTLE mengikut jadual ke Kuala Lumpur dan IOI City Mall. Tarikan-tarikan yang berdekatan termasuk Masjid Putrajaya, Wetlands Putrajaya, Tasik Cempaka, IOI City Mall dan Pusat Membeli-belah Alamanda di Putrajaya. Percutian yang tenang, dengan kemudahan yang hebat dan keselesaan yang berpatutan.


kalau nak relaxing kat SPA pun ada...syok kan bila dapat urut satu badan ni


keesokkanya kami breakfast di Restoran Funtasia. Di hotel ni terdapat beberapa pilihan restoran tapi yang menariknya di Restoran Funtasia terdapat Ferris Wheel yang berketinggian setinggi 12 kaki.  Ferris Wheel ini akan berputar dan terdapatnya juadah pembuka selera  dan juga dessert yang boleh dinikmati oleh pengunjung.


lps check out boleh pegi shopping sekitar bangi terdapat banyak butik pakaian yang menjadi tumpuan kaum wanita. Apapun , korang kalau nk pegi holiday survey2 la dulu ye mengikut budget anda. Jauh ke dekat lokasi tu tkde masalah, yang penting semua happy bila dpt bercuti kan..hilangkan stress seketika.


Wednesday, December 5, 2018

i ♥ TRAVELOKA


Kadang2 orang tak faham bila #bloggers share sesuatu di #socialmedia dikatakan nak menunjuk or riak. Cuba korang baca apa info yang hendak disampaikan. Bukan trus judge orang tu yg bukan2.

Kita share utk bagi info juga cth mcm #mamatisya share psl FOOD sbb mmg suka #jjcm takpun ada #foodreview disamping followers yg baca dpt juga pegi tempat makan tu nanti kn.

Sama juga macam TRAVEL...kalau kita dpt pegi #holiday dan dpt rate harga #hotelmurah , kita kongsi la ngan readers.

Tapi biasa la ..lumrah kehidupan dgn mulut org ni kan. Bagi aku la, kalau takde rasa apa yg baik nak cakap, baik diam je la. Cuba la think positif sikit, jangan nak negatif aje tapi dok jadi #STALKER juga. Tak suka tapi nak juga tahu apa kita buat..baik korang tak payah ada social media.

 Happy bila apa yg kita share, #followers kita pn dpt menikmati sama. Cuti sekolah dah bermula. Yg ada plan nak holiday, apakata korang jenguk2 TRAVELOKA. Jadi apa tunggu lagi, moh la install apps TRAVELOKA ✈️

 Aku pn last booking thru Traveloka masa #anniversary#180818 ..sejak kenal TRAVELOKA, mmg happy sbb aku dpt booking bilik hotel dengan harga murah..yg pasti jimat..setuju kan  Hanim... seronok dia baru blk holiday KRABI.

v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v

v

antara followers yg share info bila aku update kt IG story aritu





hah nmpk tk TRAVELOKA kasi ♥♥♥♥♥
apa lg uolsss...jom install apps TRAVELOKA

Monday, August 20, 2018

#180818 ~ ♥ ♥ 12 years anniversary ♥ ♥


nice date kn 18.08.18 sabtu lps...ramai juga tgk yg nikah, bertunang
sabtu lps juga genap 12thn usia perkahwinan kami...alhamdulillah


gmbr 12 thn kini ..tk se"slim" 12thn dlu dh :-p
smoga ikatan kasih syg kami akan berkekalan hingga akhir hayat
terima kasih semua ucapan doa utk kami



2 hari 1 malam ( 18 Ogos - 19 Ogos ) Holiday Villa Subang

 staycation weekend aritu sempena anniversary
bilik yg luas, katill yg besar, pool pn byk pilihan
semestinya dpt harga murah thru TRAVELOKA
cpt grab promo arini lastday utk dpt diskaun tau

Wednesday, August 8, 2018

Sunrise @WP Hotel, Kuala Lumpur


kami stay WP Hotel, mmg tk amik breakfast...so pg2 lg ank dara ajak ke pool.
cantik nya dpt tgk sunrise view KLCC & KL Tower ni kn


A post shared by Amy Aril (@mamatisya) on


sila tgk slide ke-2 kt IG, ada aku share videonya


ankdara yg tk sbr2 nk terjun pool


nice view


sakan die sorang dlm pool tu kn



sebelah pool ni ada gym


view dr gym...kemain happy sbb xde org...pool tu die yg punya






pg tu aku tk join pn terjun pool...layan ankdara ni je la swimming



hah penat dh ke..rehat dlu katanya


hah sambung blk masuk pool


hah nmpk tk matahari dh naik...dh jom naik bilik


siap2 utk check out..ankdara merenung pool residence sebelah hotel



sebelum check out kt lobby...naik lg skali ke pool 
time ni dh nk pukul 12 tgh hari...cantik juga  viewnya bila dh panas terik



busday vacation utk mama tp die la paling happy kn....gelap dh , sakan mandi manda kn


ok setel check out....posing lg kt entrance sebelum ke parking
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v


kn aritu aku update aku stay WP Hotel tk smp rm 100
ni la harga yg dibayar ....cuma rm74.94 shj
actually ms booking tu rm 115.28 tp ms tu traveloka ada 35% diskaun
so tolak la dlm rm 40++ tu.....mmg berbaloi sgt
tp skarang tk dpt dh harga bwh rm 100
tp korang still bole dpt murah dr harga website la..kena rajin2 jenguk TRAVELOKA

Wednesday, May 2, 2018

i'm back from holiday

salam uolsss...mamatisya is back...syok btul cuti2...
ok la update skit dlu...nanti kelapangan aku update details...
holiday sebelum ni pn byk yg blum update...tkpela...aku pelan2 update ye...
sbb ada entry lain yg perlu didahulukan

okla jom tgk destinasi holiday sempena birthday aku baru2 ni
tp yg sakannya ankdara la...lps mandi pool, sambung berendam dlm bathtub plak kn


2 hari 1 malam ( 28 April - 29 April )
Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan


2 hari 1 malam ( 29 April - 30 April )
The Settlement Hotel, Melaka


2 hari 1 malam ( 30 April - 1 Mei )
Avillion Legacy  Melaka


seperti biasa booking thru TRAVELOKA....cuma yg 1st tu je booking thru AGODA
mmg kalo holiday aku suka tgk TRAVELOKA sbb harga yg dipamerkn lps tu ada diskaun lg
kalau mcm agoda harga dipamerkan akan ada +++ lg tau
tp rate aku dpt aritu ada diskaun juga di agoda...kira murah la juga
nanti update lg ye...jgn lupa jenguk2 website TRAVELOKA
ni dh kali ke 5 & ke-6 percutian thru TRAVELOKA...
nk dpt harga murah , lps sign up , jgn lupa download apps di hp korang

Friday, March 30, 2018

Seronoknya bersantai di Malibest Resort, Langkawi

Siapa yang belum pernah pergi lagi ke Pulau Langkawi? Pulau Lagenda yang terkenal dengan kisah Mahsuri. Langkawi memang tidak asing lagi bagiku kerana boleh dikatakan banyak kali juga dah jejakkan kaki ke sini....kali terakhir tak silap tahun 2010 ...lama juga tak ke Pulau Langkawi.

Kalau ke Pulau Langkawi , tidak kira anda bercuti bersama keluarga,rakan-rakan atau seorang diri, pasti ada penginapan yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda. Dua lokasi yang menjadi tumpuan pelancong apabila memilih tempat penginapan di Langkawi adalah Pekan Kuah dan Pantai Cenang.

Malibest Resort, Langkawi

Terletak di Pantai Cenang, lokasi tumpuan pengunjung kerana berdekatan dengan pantai yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti di sekitar pantai. Tempat makan pun banyak di kawasan sekitarnya.


damainya bila dapat tengok permandangan sebegini...tenang seketika dari kesibukan kota


terdapat beberapa jenis bilik di Malibest Resort
boleh pilih ikut kesesuaian anda samada Tree House, Super Deluxe Chalet, Deluxe Wooden, 
Deluxe Bricks,  Deluxe Family, Family Room, Standard Bricks 



Tree House



Deluxe & Standard Bricks



Deluxe Wooden



Super Deluxe Chalet


Deluxe bricks


Deluxe family room


Super deluxe chalet


Superior twin room


kolam renang juga disediakan..ada papan gelongsor juga


sangat cantik permandangannya


menikmati keindahan pantai dan alam semulajadi yang berhadapan dengan Malibest Resort


Tempah Melalui TRAVELOKA

Nak harga murah, jom tengok melalui Traveloka ~ Malibest Resort Deals and Promotions
Boleh pilih bilik mengikut kesesuaian anda. Senang dan mudah kalau menginap di Malibest Resort kerana berdekatan dengan tempat makan dan tempat menarik untuk dilawati .


Tempat Menarik Untuk Di Lawati dan Aktiviti Yang Boleh Di Lakukan Ketika Anda Ke Pulau Langkawi 


Terdapat pelbagai aktiviti di langkawi yang anda boleh dilakukan untuk mengisi masa anda disana nanti seperti melawat tempat menarik di Langkawi dan juga shopping di Pekan Kuah, Langkawi.

Pulau Langkawi terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Langkawi juga merupakan salah sebuah tempat percutian menarik di Malaysia.

Memang tidak dapat dinafikan, keindahan alam semulajadi seperti gunung, pulau dan pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga peringkat antarabangsa.


1. Dataran Helang

Di sini anda berpeluang melihat patung helang gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.




2. Kereta  Kabel Langkawi & Sky Bridge Langkawi


Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam dan juga merupakan yang terpanjang di dunia.Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 713 meter .





3. Makam Mahsuri

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam. Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.


4. Air Terjun Telaga Tujuh

Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.



5. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan. 


6. Muzium 3D Langkawi

Terdapat banyak lukisan murah yang seakan "hidup" dan para pengunjung boleh bergambar di sini yang kelihatan "Real" .



7. Pantai Cenang

Pantai yang menjadi tumpuan pengunjung dan popular di Langkawi. Di sini juga terdapat banyak penginapan bajet dan juga eklusif . Kawasan Pantai Cenang menjadi tumpuan ketika musim cuti sekolah kerana banyak aktiviti air dan tempat makan sekitar pantai.





8. Galeria Perdana

Di sini dipamerkan dengan pelbagai jenis hadiah , anugerah dan cenderahati yang diterima dari pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara ketika pemerintahan Tun Mahathir dabadikan di galeria ataupun muzium ini di mana para pengunjung dapat melihat kesenian dan kebudayaan yang terceta pada pemberian tersebut.



9. Idaman Suri & Haji Ismail Group

Syurga tempat membeli belah idaman kaum wanita terutama bab pinggan mangkuk, coklat dan macam-macam lagi


10. Island Hopping

Biasanya aktiviti ini terdapat beberapa pakej disediakan, anda boleh pilih ke mana destinasi yang ingin dilawati. kebiasaanya tempat yang dibawa adalah Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dengan menaiki bot laju.


Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang boleh anda lawati, yang disenaraikan ni baru sebahagian sahaja. 

Tak sabar nak bercuti lagi ke Pulau Langkawi dengan membuat tempahan melalui TRAVELOKA. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...