Lazada Malaysia

Showing posts with label #TSDayOut. Show all posts
Showing posts with label #TSDayOut. Show all posts

May 21, 2013

SimFlightKL di Subang Skypark

sambungan dari entry:

# TSDayOut to Skypark Subang with Firefly and SimFlightKL 
# Skypark Terminal di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang 
# Firefly Airlines


aku cakap terus terang ehh dengan korangg, dalam banyak-banyak part sepanjang #TSDayOut dekat Subang Skypark ni, part paaaaaling aku tunggu-tunggu adalah part bawak kapal terbang di SimFlightKL. heyyyy first time babe seumur aku hidup nak bawak kapal terbang. :) dan kenalkannnn, ni pilot kita untuk hari ni, Kapten Hariz. ;) heyyyy muda gileee dah jadi pilot siap bawak kapal terbang, baruuuu 21 tahun okehhh. anak aku esok-esok, lahir je aku trainn siap-siap, setiap hujung minggu bawak datang SimFlightKL. kehkehkeh :)


kan sebelum ni aku pernah bagitau, dekat airport Subang Skypark ni tak nampak pon macam sebuah airport sebab dekat dalam airport ni banyakkkkkk tempat best-best antaranya adalah SimFlightKL. SimFlightKL ni adalah satu tempat di mana korang boleh merasai sendiri pengalaman membawa kapal terbang Boeing 737NG dan Airbus A320 simulators. dan part paling best, tempat ni open for public. korang boleh je datang ke Subang Skypark ni semata-mata untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman memandu kapal terbang di SimFlightKl, tak semesti datang airport sebab nak check in flight je. Nanti kalau nak try, korang boleh datang Subang Skypark dan SimFlightKl ni berada di tingkat 1 okeh.


say byeeee sebab masa ni pilot sedang memandu ke penang. kitorang jadi penumpang je dulu mula-mula sebab semuaaa berebut nak try bawak kan. kitorang pasrahhhh jewww :p 


masa orang lain tengah bz berebut menjadi pilot, Kapten Wafi tanya kitorang, kalau ada apa-apa soalan tanya la. aku ape lagiii, soalan paaaalingg tersimpan lama aku pendam, selama aku hidup, aku sokmooo terfikir, macam mana seorang pilot tu tau jalan untuk menuju ke suatu destinasi. macam kalau dekat atas tanah kan ada jalan raya, dekat langit mana ada jalan raya. macam mana dorang bajet jalan yang melalui awan tu dah pastikan tak berlanggar dengan kapal terbang lain dekat awan. so Kapten Wafi pon terangkan laaa. sebenarnyaa, dekat screen depan pilot, dorang memang dah siap ada satu koordinasi yang mana kalau nak pegi ke Penang contohnya, just ikutttt je koordinasi tu. pilot ni sebelum menjadi seorang pilot sangattt la mencabar sebab kena tau dan belajar banyaakkkk benda tentang koordinasi la, cuaca la, bentuk awan la. tapii, bila dah jadi seorang pilot beriktiraf, okkkkk. kerja kaw hanya aim semasa menerbangkan dan mendaratkan pesawat. masa dekat atas awan biru, semuaa sistem kapal terbang tu yang beroperasi. just follow the instruction. cool kann? :)


kenalkannn, ni adalah Kapten Wafi :) banyakkkk ilmu baru yang aku dapat sepanjang dekat SimFlightKL ni. untuk pengetahuan korang, dekat dalam SimFlightKL ni ada dua simulators. satu Airbus A320 yang kitorang berpeluang memandu ni,


dan satu lagi adalah Boeing 737NG,


bagi yang tak tau, simulator ni macammmm sedang memandu kapal terbang yang sebenar tetapi bukan di awan biru yang nyata. ;) maksudnya, korang still memandu sebuah kapal terbang, semuaaa peralatan sebijik sama macam dalam kapal terbang, semua sistem semuaaa sama dalam kapal terbang, semua gear ke stereng ke, semuaa la yang ada di skrin yang pilot guna adalah sebijik sama macam kapal terbang sebenar. bezanya, pemandangan luar dari skrin tak berapa nak real sebab dia dalam bangunan je sebenarnya. hewhew. :P tapiiii, kaw akan rasa samaaaaa real macam kaw sedang naik kapal terbang yang sebenar. dengan semasa flight nak take off nye, semasa landingnya, rasa gayatnyaaa, still macam real. masa nak take off dan masa nak landing, kita kan jadi pilot, kita yang kena control supaya kapal terbang tu tak tersasar dari landasan. memang real habissssssss la! silap pusing boleh masuk laut babeeee. (x______x)


haaa nampak tak jalan raya tu, masa ni Kapten Hariz tengah mengajar aku macam mana nak run dan terbangkan kapal terbang ni. kaw bayangkan kaw tengah bawak kereta, lepas tu kaw kena tarik satu gear yang mana kereta kaw boleh willy habis mendongak ke langit. phewwwww~ real babe real. gayat pon ada. 

 
masa ni time dah di awan biru. Kapten Haris dah tukarkan semua sistem pada auto pilot, jadi kerja kita hanya follow the instruction. 


masa ni nak landing dahh. tengah pusing-pusing atas laut untuk cari landmark airport. kaw bayangkan ehh macam mana nak control gear, break dan segala mak nenek bagai untuk kapal terbang landing dengan selamat. heyyy masa ni aku cuakk ok walaupun hanya sebuah simulator sebab kaw akan rasa gegaran dan bunyi semuaaa macam real masa mendarat. yeayyy finallyy, selamat mendarat di Airport Kota Bharu selepas 45 minit penerbangan kita. hikhik :p



dan kenalkan, pilot-pilot baru kita. Kapten Nory dan Kapten Mila. :P

aku sangatttt merekemen korang untuk merasai sendiri pengalaman memandu kapal terbang di SimFlightKL ni sebab dia punya real, fuyooooo. real habis. nanti korang try ehhh. semua boleh, kanak-kanak ke, orang dewasa ke, semuaaaa laaa. 


dengan bayaran bermula serendah RM45, korang boleh jadi seorang 'Pilot'. semuaaa hanya di SimFlightKL :) pada mana-mana yang berminat, korang boleh terus datang ke, 
SimFlightKL, 
Level 1,
Skypark terminal, 
Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
472000 Petaling Jaya, Selangor. 
Waktu beroperasi: 10:00 AM to 10:00 PM
03-78474287 

atau korang boleh tengok dekat website www.simflightkl.com atau facebook SimFlightKL




semuaa peserta #TSDayOut di SimFlightKL. credit ohsemmm gambar pada Nigel macam biasa :)











    
like a bosssssss, only at SimFlightKL. mihmihmih ;)

Firefly Airlines

sambungan dari entry #TSDayOut to Skypark Subang with Firefly and SimFlightKL dan Skypark Terminal di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang sebelum ni, 



heyyy mukaddimah cite kena power, sebab tu awal-awal lagi aku letak gambar pramugari cantik-cantik supaya bila korang baca cite aku, korang pon dapat power sekali. kuikuikui. ;) cantik kan? meh aku share dengan korang satu cite eh. sebenarnya, masa kecik-kecik dulu, aku sokmooo tau berangan nak jadi pramugari. sebab, pramugari kan cantikkkk je semua, boleh hari-hari fly. best kannn. tapiii, jangan kata nak jadi pramugariiii, nak jadi pelayan restoran pon belum tentu lepas. kehkehkeh :p muka macam kawah gunung berapi ok! :p tapi mungkin rezeki aku, sempat la jugak merasa keje dengan Jetstar Airline bahagian reservation and ticketing dorang. :))



ok berbalik kepada Firefly, haaaaa. dorang sangatttt sinonim kan dengan warna oren. asal Firefly je orennn, asal oren je Firefly. ;)


gambar cantik dekat atas ni semuaaa credit pada nigel, thank you nigel! :)

untuk pengetahuan korang, dalam Malaysia, main hubs Firefly hanya dekat dua tempat sahaja. satu dekat Penang, satu dekat Subang. dari Penang, dorang terbang ke Langkawi, Kota Bharu, Subang, Kuala Terengganu, Kuantan untuk penerbangan domestik. manakala untuk international, dorang terbang ke Koh Samui dan Phuket di Thailand dan Medan dan Bandar Aceh di Indonesia. 


untuk dari Subang, firefly terbang ke Penang, Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu untuk penerbangan domestic. manakala Singapore, Koh Samui di Thailand, Batam, Medan dan Pekanbaru di Indonesia untuk penerbangan international dorang. 


kenalkann, ni adalah Captain untuk Firefly tapii my bad my bad my bad. T___T saya lupaa nama encik captain ni. maafkan saya tuannnn. (-___-') tapi apa yang aku faham dari penerangan mr.captain firefly ni, setiap hari krew yang bertugas adalah seramai 28 orang, bermula dari pagi hingga last flight dorang pukul 11.30 malam. biasa kapal terbang firefly ni mendarat sekejap je dalam 15 hingga 20 minit, lepas tu dorang terus terbang untuk next penerbangan. 

untuk semuaaa jenis penerbangan firefly, setiap penumpang dibenarkan bawak satu beg hand luggage tapi kena pastikan tak lebih 7kg.


manakala untuk check in luggage, 

extra kilos dari jumlah check in luggage yang kita dah amek akan dikenakan caj RM30 per kilos untuk penerbangan domestic dan RM40 per kilos untuk penerbangan antarabangsa.  

 

sape pernah naik firefly? bestkannnnnnnnnnn :)

jadi pada korang semua yang berminat untuk terbang bersama Firefly, selain korang boleh beli secara walk in di Subang Skypark ni, korang boleh jugak beli tiket secara online di website firefly atau korang boleh terus LIKE facebook Firefly dekat sini ye. dorang selalu melanting tiket flight percuma. ;) sila la merajinkan diri selalu bukak facebook dorang ye. wiwiwi ;) bukan kena bayar pon kannnn :)



dan tak sahh jugak kalau aku tutup entry tanpa gambar kitorang dengan salah seorang orang terpenting dalam Firefly Airlines ni. hewhew :) kenalkan, Mr.Muizzuddin Mahmud, Head of Sales, SZB Commercial. :)



Skypark Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang


sambungan dari entry #TSDayOut to Skypark Subang with Firefly and SimFlightKL sebelum ni, 


haaa kan aku ada cakap, berdasarkan pemerhatian aku, aku rasa dalam banyak-banyak airport, Skypark Terminal di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang adalah antara yang paaaling senang. sebab? aku cakap terus terang ehh. :) aku ni alspesis malas berjalan banyak-banyak. kalau boleh tak perlu berjalan lagi bagus. semua main naik eskelator je. kehkehkeh. :) tapi kalau bab shopping, berjalan dari pagi sampai ke petang pun wa tak kesah. kuikuikui. ;) bagusnya Terminal Skypark ni, kita tak perlu jalan jauhhhh pun untuk sampai ke gate pelepasan dia. seriusss. kan selalu lepas kita check in, kita kena jalan boleh tahan jauh untuk sampai ke gate pelepasan tapi dekat Skypark Subang ni, eh ehhh, sekejapnyaa. 


untuk pengetahuan korang, Subang Skypark ni dulu dinamakan Terminal 3 atau Domestik Terminal untuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. 


sehingga hari ni, hanya ada dua jenis penerbangan yang beroperasi sepenuhnya di Subang Skypark iaitu Firefly dan Berjaya Air. dan the good news is, hari ni dorang baruuu buat announcement bahawa bermula June 2013, Malindo Air pon join the club sama-sama beroperasi di Subang Skypark, yeayyyy! maknanya bermula bulan jun nanti, akan ada tiga penerbangan di Subang Skypark iaitu Firefly, Berjaya Air dan Malindo Air. :) tapii, kadang-kadang kalau korang terperasan ada kapal terbang Firefly di KLIA, ohh tu hanya untuk kegunaan penerbangan khas atau disewa untuk tujuan khas. 





semua peserta bergambar depan pusat penjualan tiket :) credit foto to nigel, thank you nigel. gambar cantik sangattt. i copy la. ;)) hewheww.


ok berbalik kepada Subang Skypark, kalau korang suka beli tiket secara walk in, korang boleh datang terus ke Subang Skypark berbanding membeli secara online sebab dalam Subang Skypark ni memang ada pusat penjualan tiket khas untuk Firefly, Berjaya Air dan Airasia. cuma untuk Airasia, korang hanya boleh membeli tiket di pusat jualan ni tetapi untuk penerbangan, korang still akan terbang di LCCT. 


Subang Skypark ni ada 13 kaunter untuk memudahkan dan mempercepatkan proses check in para penumpang. dan the best part is, depan kaunter check in nii je tempat scan beg. dekat gile. scan beg, jalan dua tiga langkah dah sampai kaunter check in. seeee, sebab tu aku cakap Subang Skypark ni antara airport paling senang. tak perlu jalan berkilo batu check in, lepas tu berkilo batu lagi baru scannnn, lepas tu berkilo batu lagi baruuu sampai gate pelepasan. heyyyyy, i is malassss. :p kalau kaw tanya aku lepas ni nak pegi Subang Skypark lagi tak. heyy dah tentu-tentu aku cakap nakkkk, duit je ntah ade ntah tidak nak book flight. sayanggggggggg, kemana kita lepas ni? ehhhh. kuikuikui. :) 


untuk memudahkan para penumpang, dari check in kaunter ni, dorang dah siapkan satu garisan kuning khasss untuk para penumpang ikut untuk terus sampai ke gate pelepasan. senang keje. tak payah pening kepala ehh macam mana nak pegi dekat gate pelepasan ni, eh dekat mana gate pelepasan ni. just follow the yellow line. senang dan cepat. tu guideline dia. tak semestinya untuk orang buta je. selain dari penumpang biasa, line ni pon sangatt membantu untuk orang buta tapi dorang tak nampak warna, dorang cuma boleh rasa. :)

Proses airport tour di Subang Skypark untuk #TSDayOut ni diketuai oleh Encik Rusdi dari pihak Firefly. Beliau yang terangkan berapa lama dah Subang Skypark ni beroperasi, flight apa yang ada dekat sini dan sebagainya.


dan kitorang berpeluang untuk masuk Flight Operation Centre dimana semua kakitangan Subang Skypark termasuk pilot, peramugara peramugari melaporkan diri sebelum dorang start keje. dan dekat sini jugak la controller kapal terbang kott la kapal terbang delay ke, kapal terbang on the way ke, masalah cuaca masa kapal terbang on the way ke, haaa semua dekat operate centre ni. :)


 
 jommm kita pegi gate pelepasannnn wiiii :)






eh ehhh, blogger anuar penaberkala pon adaa :) ni kali kedua kitorang jumpa selepas event lasertag redmummy hari tu tapi first time berborak. heyyyy first time borak tapi rancak macam dah setahun kenal. kuikuikui. hai selamat berkenalan nuar. maaf kitorang semua stok bini orang tapi tak tahu malu kecoh bising semedang gaya macam anak 10 orang kann. kuikuikui :p

seee, dah sampai ke gate pelepasann. sekejap kannn :p


haaa, sebelum terlupa, satu benda penting korang perlu tau tentang Subang Skypark ni, walaupun dia adalah sebuah lapangan terbang, dia bukan hanya sebuah lapangan terbang. :) dia bukan kaw nak terbang je baru boleh masuk sini takkkkk. banyakkk lagi benda lain korang boleh buat dalam Subang Skypark selain dari untuk naik kapal terbang contohnya dalam ni ada Maybank, ada pejabat pos, ada perkhidmatan hospital, ada Peugeot Lounge yang mana satu-satunya lounge untuk pengguna peugeot dalam dunia, just tunjuk boarding pass and kunci kereta dah boleh masukk bestnyaaaa :)), ada SimFlightKL yang mana korang boleh merasai sendiri pengalaman bawak kapal terbang, ada banyakkkkk restaurant best macam starbucks coffee, big apple, Mcdonalds dan banyak lagi laaaa. Senang cite, Subang Skypark ni open for public la macam shopping complex gitueeww sebab tak semestinya nak naik flight je datang sinii. nak jalan-jalan pon boleh. oraitt? nanti korang boleh pegi sini ehh, meh aku bagi details.

Skypark terminal, 
Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
472000 Petaling Jaya, Selangor. 

03-7845 1717

http://www.subangskypark.com 

atau korang boleh terus LIKE facebook page dorang, tak rugi ponnn :)

 

dan tak sahh kalau aku tutup entry tanpa gambar aku dengan orang terpenting Subang Skypark. hewhew :) kenalkan, Mr.Francis Anthony, Senior Vice President Skypark Subang. Hi sirrrr! :) segan nak bercakap, say hi je la. hehe :p

May 19, 2013

#TSDayOut to Skypark Subang with Firefly and SimFlightKL


jujur aku bagitau korang ehh, kalau korang adalah seorang blogger, korang tak kenal dan korang tak tau apa itu #TSDayOut adalah satu kerugian besar wa cakap luuuu. :) sebab ape, sebabbbbbbb, dorang sokmooo buat event best-best! boleh dikatakan setiap bulan dorang mesti ada satu event besar yang sangatt best dan event tu melibatkan blogger. dan sebenarnya aku pon agak menyesal, nape laaa baru sekarang aku tau. kenapa bukan tahun lepass, mahupun tahun lepas lepas T___T 


bagi yang belum tau, #TSDayOut adalah stand for Tourism Selangor Day Out. biasanya, kalau ada sebarang aktiviti di sekitar selangor, pihak Tousrism Selangor akan jemput para blogger untuk join event yang dorang anjurkan. tapi heyy jangan tak tauu, dorang pernah bawak sampai ke krabi okehhhh! T___T bertambah-tambah penyesalan aku. kenapa baru tauuu T__T. jadi, kalau lepas ni korang terbaca dekat mana-mana #TSDayOut #TSDayOut, haaaa korang kena tauu, #TS tu stand for Tourism Selangor. oraitt? :) berminat nak join sebarang event akan datang under Tourism Selangor? tak susah ponnn. pastikan korang alert setiap apa yang dorang update dekat facebook dorang ke, website dorang ke, twitter dorang ke. okeh? korang boleh tengok sini ye, 

aku pon boleh dikatakan baruuu je tauu tentang kewujudan #TSDayOut ni hari tu baca dekat blog sape ntah lupa sorryy. aku pon teruss la LIKE facebook dorang. :) kebetulan time tu, dorang baruu je announce tentang next event #TSDayOut to Skypark Subang with Firefly and SimFlightKL, mustahill wa tengok jewww. hewhewhew :p haruss la laju-laju email dorang untuk join sekali walaupun dalam hati kebarangkalian untuk terpilih tu tersangat la nipis sebab dorang pilih secara random je. tapi mungkin rezeki aku kottt yeayyyy terpilihhhh. ;) tengok-tengok, ehh ehh, mila dengan nory pon terpilih, yeayy ada gengggg. ida tak join sebab dia kan business woman berjaya sekarang kalah mak datin. kuikui ;p ni antara nama-nama blogger lain yang join, 



so untuk #TSDayOut kali ni, dorang buat pada 11 Mei 2013 hari tu dekat Skypark Subang. 

seeeee, tengok itinerary #TSDayOut kali ni, best kan best kannnnnn :) pukul 9.00 pagi kita ada airport tour dengan skypark subang, lepas tu pukul 10.00 pagi kita ada airline tour dengan firefly, lepas tu pukul 11.30 pagi kita ada simulator tour dengan simflightkl. then rehat sekejap dan lunch di satu-satunya Peugeot Lounge di dunia. yessss satuu je dalam dunia! cool kan? :)) nanti aku review next entry satu-satu eh. semuaaa nak terang dalam satu entry ni mahu korang pitam membaca. kuikuikui :p 

ohh lupa nak cite, salah satu kelebihan dan kebestan korang join event ni, dorang akan sediakan baju khasss untuk semua peserta pakai supaya semua nampak seragam. smart kannn? bukan event ni je, memang semuaa event #TSDayOut. sebelum ni event #TSDayOut dekat FRIM, Kepong dorang semuaa pakai baju warna biru. smart babeee! aku tak join, aku tengok dalam gambar jewww (-___-') :P untuk event #TSDayOut ke Skypark Subang dengan Firefly and SimFlightKL ni, dorang bagi baju warna kuning. yeayyy smartt jugak! :) 

  

masa pendaftaran, Tourism Selangor bagi sehelai baju #TSDayOut, satu button batch boleh tulis nama dan satu pass untuk jelajah seluruh Skypark.


Skypark Subang pon bagi jugak wiwiwi ;). dorang bagi cap, yeayyyy!



nanti aku sambung next entry ehhh betapa bestnyaaaaa skypark subang ni. aku rasa dalam banyak-banyak airport, airport skypark subang paaaaling senang! kenapa? stay tuneeee. mihmihmih :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...