BESUT:
Seorang remaja yang juga pekerja kedai menjual barangan plastik di bandar Jertih,
di sini, mengejutkan rakan sekerja apabila melahirkan anak dalam
tandas kedai berkenaan, kelmarin.
Remaja berusia 19 tahun itu dikatakan mulanya mahu membuang air besar sebelum
tiba-tiba melahirkan bayi lelaki yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia,
kira-kira jam 1 tengah hari.
bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mendakwa
dia dan keluarga
tidak mengetahui anaknya hamil kerana keadaan fizikalnya tidak kelihatan
seperti wanita mengandung selain tidak memberitahu sesiapa mengenai keadaan dirinya.
Rahsia itu hanya terbongkar selepas wanita berkenaan meminta rakannya memanggil ambulans sebelum bapanya membuat laporan dan memohon permit pengebumian di
Balai Polis Jertih.
bapa wanita terbabit kemudian membuat laporan mendakwa anaknya hamil
hasil hubungan luar nikah dengan seorang kakitangan awam yang bertugas
di Pasir Putih, Kelantan.
what??
BESUT?
ni kampung saya!
kedai mnjual barangan plastik?
dkt jertih tu, ada 3 kedai je yg jual barangan plastik,
yang mane 1? =)
sng gile orang jertih nk detect siapakah gadis ini. detail btol berita. =p
Balai polis jertih?
hari2 saya lalu depan balai polis ni. tp time cuti balik kampung je la.
Pasir Putih, Kelantan???
oh! ni pula kampung En Afiq saya.
note: wlau ada beberapa persamaan dlm cerita ni, tp gadis itu bkn saya. =)