Lazada Malaysia

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

April 19, 2017

Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 4

1. Harga tiket flight ke Maldives.
2. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 1
3. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 2

4. Hotel paling murah di Maafushi Island, Maldives

5. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 3

hai semuaaaa ;) haa nampak takkk betapa sibuknyaaa aku sampai berminggu-minggu cerita maldives kita tertunda tunda. jadi marilah kita sambung bercerita kembaliii. kalau korang follow citer maldivcs aku haritu, kalau ikutkan harini adalah cerita hari ke 4 di maldives kita. since semalam badan dah penat seharian bersnokeling dan adik aku tak berapa sihat selepas adegan lemas-kelemasan :p so untuk hari ke-empat ni aku planning untuk jalan-jalan dekat sekitar pantai maafushi ni jewwww. :p


selepas breakfast, berjalan la aku laki bini ditepi pantai yang indah tuuuu sambil kepala otak aku running, heyy biar betulll seharian takde buat ape-ape aktiviti. tak boleh jadi niii. sambil-sambil berjalan tu aku memang sengajaaa lalu depan tempat-tempat watersport ni dengan harapan laki aku berkenan nak ajak main game pape kee tapi 17 tahun aku kenal syafiq, itu bukan syafiq. :p dia bukan spesis meminta meronta-ronta macam aku haa bukan. hahahaa. aku je sokmo yang bangsa beria kalau bab berjalan makan angin nii :p






bila dah mundar mandir dekat sini dua tiga kali terus aku rasa macammmm hey i is cannot. :p macam nak main jetskiii jee tapi haritu dah main jetski dekat pangkor. nak main payung terjun tapi dorang tak benarkan sebab cuaca time ni tak berapa nak cantik. macam nak hujan pun ada. aktiviti lain dah biasa main dekat port dickson. aku nak sesuatu yang tak biasa main. aku suruh syafiq dengan adik main game yang alaaaa macam mana nak cakap ehh. game yang kita duduk atas speedboat dan nanti dia akan menembak badan kita keatas langit menggunakan satu tali je. terapung-rapung la kita macam roket tapi tali still pegang badan kita dan berpaut dekat speedboat tu. heyyy terus aku kena maki. awak nak main awak buat sendiri. muahaha. aku dah agak syafiq akan jawab macam tuu sebab syafiq penggayat pada ketinggian kikiki :p terus dia jawab dari main benda alah tu, baik pegi scuba keee. tak de la seram sangat. daddyyy daddyy daddyyy. dah 7 tahun kita berlaki bini. bila dia dah cakap macam tu aku apee lagiiiii. haaa terus jadi. kita pegi scuba. hahahaha. aku sampai ke harini still terbayang muka syafiq hilang darah dekat muka sekejap bila aku cakap ok jadi. kita main scuba. hahahaha. tauuuu seremmmmm. tadi cakap better scuba. so kita amek pakej berscuba diving la. hahahaha. syafiq bernasib baikkk sebab adik aku jenis melayan dan beria jugak. so dia akan berscuba dengan adik. aku? jaga bunga seperti biasa muahahahah :p selamatttttttttt :p


so once syafiq dan adik dah bersetuju untuk berscuba, marilah kita membayar harga pakej scuba diving iniii. untuk scuba ni dorang caj 75 USD sorang. convert duit kita dalam RM330.40. dua orang RM660.80 (-__-') pejam mata dan bayar. T__T huhuuu. first time nak berscuba kann. seumur hidup sepanjang dekat mesia pun tak pernah pernah nak berscuba bagai, sampai maldives boleh pulak gateyy nak berscuba haa amek kaw. (-__-') dah settle pembayaran semuaa ingatkan dorang terus berscuba time tu rupanya pukul 2 petang baruu kita pegi. time tu baruu dalam pukul 11 pagi. since kita dah bayar mahal-mahal pakej berscuba ni kann dan nak menunggu ke pukul 2 petang kita ada 3 jam lagi, terus abang maldives tu offer kita main kayak dan canoe freeeee. wahhhh bestnyaaa. berkayak di maldives gituewww puii :p
















haaaa nampak tak. syafiq bernasib baik sebab adik aku jenis beria macam akuu dan adik aku bernasib baik sebab syafiq jenis melayan. dan aku pun dalam kategori  bernasib baik sebab ada bunga so aku boleh bagi alasan menjagaaaa bunga dan aku tak perlu main semua tu muahahaha :p 


haa nampak tak, mak sibuk menjaga seketul bunga yang tak nak duduk atas pasir lalu alaskan la beliau sehelai kain napkinnnn (-__-')




selesai syafiq dan adik berkayak dan bercanoe, terus kitorang balik ke hotel balik sebab still ada banyak masa dan perut dah start laparrrr. kan makan pagi pukul 8 tadi. sekarang dalam pukul 12 lebih kot. so terus balik dan makan nasiiii. makan dekat mana? masak dekat bilikk kikiki :p

tengok jam dah dekat pukul 2 petang jadi moh ler kitaaa ke tempat scuba tadi. tak jauh pun dari hotel. dalam 20 langkah dah sampai mueheheh :p sampai-sampai je terus dorang suruh pilih bajuuu.




first timeeee aku tengok syafiq dan adik pakai gini terus rasa macam amagaddddd, serammmmnyaaa. (-_-') takde pakaian senonoh sikit keeee heyy risau aku kang tibe-tibe menjelmaaa ampunnn mak pitam nokk hahahaha tapi alhamdulillahhh, takde adegan merbahaya berlaku hahaha. 

ok baiklah mari kita sambung bercerita, since kitorang tak pernah berscuba diving sepanjang hidup, so selepas je dah pilih baju, kasut dan segala peralatan yang berkaitan terus abang maldives tu bawak kitorang masuk dalam satu bilik theater. dekat bilik tu dorang pasangkan video dari a sampai z macam manaaa cara untuk berscuba dengan betul. start dari macam mana kita nak kawal pernafasan kita, macam mana nak control kalau tibe-tibe bila dalam air google kita masuk air, dan segala benda laa yang berkaitan dengan scuba. video ni nanti macam konon-konon kita dah dalam air, jadi sekurang-kurangnya bila dah terjun dalam air betul-betul, kita akan teringat balik video ni. haa gituuu. jadiii tanpa membuang masaaa, moh ler kitaaaa naik speedboat untuk ke tempat scuba tuu.


tak ramaii pelancong yang memilih untuk berscuba jadi time kitorang pegi ni, yang berscuba hanyalah 4 orang termasuk syafiq dan adik aku. lagi 2 orang mat cine dari negara mana pun aku tak pasti sebab dorang tak paham bahasa inggeris tapi dorang memang dah expert bab bab scuba ni. dari peralatan scuba pun dah boleh agak sebab dorang bawak yang dorang punya sendiri. camera dslr stok-stok proo untuk underwater punya. syafiq dan adik baru terkedek-kedek nak pakai kasut, dorang dah siap terjun hilang ntah kemana hahaha.






demi allah, time ni aku rasa macam betul keee dorang ni nak main terjunnnn jee. (x__x) kang tibe-tibe ditelan ikan jos macam mana. tak pun kang tibe-tibe lemas dekat dasar keee nak buat macam mana. berdebarnyaaaaaaaaa aku tuhan je tahu.  tapi aku control cool sebab taknak bagi adik dan syafiq pun cuak. helloooo duit dah bayar ni, kang tibe-tibe dorang cakap tak berani heyyyy mantik. :p terus tanya adik dan syafiq ok tak. dorang cakap okkkk. so aku legaaa. hahaha. untuk pengalaman pertama kali, dorang takde main terjun jeee dekat laut dalam. dorang bawak dekat tempat yang berpasir. so dorang terjun dari boat dan still berpijak atas pasir dulu. nanti pelan-pelan berenang ketempat yang semakin dalam dan semakin dalam hingga laa dorang hilang dari pandangan mata akuuuuu. 


hoii seramnyaaaa time niii. macam-macam aku terpikir dekat kepala otak. tak terluah jee. adik dan syafiq terjun dengan sorang cikgu scuba dorang. kalau korang perasan dekat gambar atas ni, kawasan berpasir dekat tengah-tengah laut tadi tu dekat air laut yang warna biru cerah tu. lepas je dorang dah hilang dari pandangan mata, terus boat aku naik ni meluncur laju ntah kearah mana pun aku tak tau. tapi hey jauhnyaaa. larat ke laki dengan adik aku berenang ni. macam mana dorang tau boat tunggu dekat sini. kang sesat macam manaaa. (-__-') macam mana kalau tibe-tibe dorang hilang dalam sana mana aku nak cari. ehhhh macam-macam laaaa aku pikir sambil berdoaaa ya allahh, selamatkan suamikuuu. selamatkanlahh adikkuu. hahahaha. susahh kalau imaginasi terlalu ikut emosi nii. air kannnn ketakutan utama akuuu. :p padahall dorang berdua rilekkk je dalam air siap berpeace-peace bagaiiiii, mak dekat atas macam nak pecah dada menahan emosi sebab aku terbayang aku yang tengah berscuba sekali mashaAllahhhh, boleh meninggal terus dekat dalam air sana. seriussssssss. (x__x) yang dorang siap berenang masuk gua keluar gua lagii weyyy nasib baikkkk takde ikan besar melintas lalu-lalangg jemput bersyukur. hahahaha. ko bagi laaa aku RM10,000 sekalipun, idoknyeee aku berscubaaaa. percayalahh. T_T










bak kata syafiq, mungkin cikgu scuba tau dorang kan pertama kali. jadi setiap masa dorang berpimpin tangan jeee supaya dorang tak rasa panik dan dorang sentiasa berenang bersama-sama. lepas tangan sekejap jee untuk amek gambar lepastu sambung pegang tangan balik. aku syak cikgu tu takut tibe-tibe ada ikan besar melintas, mau menggelupur laki dan adik aku lari hahahaha. 

aku rasa ada dalam sejam kottt dorang berenang dekat bawah sanaa tibe-tibe abang maldives yang jaga boat aku cakap, tengok sana. dorang dah sampai. beriaa aku bangun nak tengok tapi tak nampak apee pun. nampak air laut samaaa je semua. sampai sekarang aku tertanya-tanya macam manaaaa dia boleh nampak dan macam manaaa cikgu scuba tu tauuuuu boat tu tunggu dekat mana sedangkan jauhhhh kotttt boat ni bergerak tadi. dorang ada penunjuk arah ke dalam air wey cer tolong bagitauu hahahha. 



naik-naik je terus aku tanya, best tak dik. ada ikan besar tak bang. nampak ape. ada ikan lalu? ikan jos ada? nampak ape. punyalaaa 1001 soalan aku tanya tapi kaw tau adik aku jawab ape? jap kak. takde suara. kering tekak. air ada? hahahaha. sesambil boat kitorang laju meluncur balik ke hotel, adik beria bercerita dorang berenang masuk dalam gua. terngangaa aku. hey tak takut keee masuk guaaa amagad. dia cakap takut jugak mula-mula tapi control macho. hahahah. terus aku teruja nak tengok gambar. dah jomm kita balikk. 


time ni dalam pukul 5 lebih kott rasanyaa. dah siap-siap serahkan balik semuaa baju dan peralatan scuba tadi terus kitorang jalan kaki balik hotel. sementara nak naik hotel tu sempat laa singgah main dekat playground depan hotel kejap sambil melayan bungaa.





seperti biasa, perut dahh lapar jadi marilah kita pulang ke bilik untuk memasak makan malam kitaaaa ;) percaya atau tak, sekali lagi adik aku demam sebabbbbb ada air dalam gegendang telinga dia tak nak keluar-keluar hahaha. siap telan panadol berbiji-biji tapi tak kebah-kebah jugak lagii. 

malam tu kitorang turun hotel lagi sekali sebab ada acara pertandingan ketam. firsttt time aku dengar ada game ketam ni. 


semua pelancong dan penduduk pulau maafushi tu boleh join so aku laki bini pun join laa. rupanyaaa kita kena pilih sekor ketam. dekat belakang ketam tu ada nombor. aku dapat ketam nombor 23. jadi permulaan game tu adalah contohnya ada 30 orang yang main, so akan ada 30 ekor ketam. 


letak semua 30 ekor ketam ni dekat tengah-tengah bulatan, 20 ekor ketam pertama yang sampai ke garisan dulu adalah pemenang. so dari 20 ekor tu nanti letak dekat tengah balik, 10 ekor yang pertama pulak adalah pemenang. dari 10 ekor ketam tu, 3 ekor ketam yang sampai dekat garisan dulu adalah pemenang. dan dari 3 ekor ketam tu, seekor ketam yang paaling cepat sampai dekat garisan dia adalah pemenangg. hadiah dia bestttt wey. aku dah lupaa nombor satu dapat ape tapi top 3 tu semua dapat hadiah. ada yang dapat pakej scuba free, ada dapat pakej candle light dinner free, ada dapat 1 night stay free, kayak free, canoe free wahhh bestnyaaa. napelahh ketam akuuu pemalas nak bergerak. berjalan dua tiga langkah terus menyepi dah acaner nak menang hahahah. 

dah abis game ketam-mengetam ni moh la kita balik ke bilikk. hari dah lewat malam niii. aktiviti apaaaa kita nak buat untuk hari kelima esok ni yee. esok sehari je hari last boleh beraktiviti sebab lusa dah nak balik mesia dahhh. stay tuneee :p jadi tamatlah cerita hari keempat kita di maldives. total keseluruhan perbelanjaan hari keempat di Maldives adalahhhh, 


Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk hari keempat di Maldives.


# Pakej scuba diving untuk 2 orang RM660.80
_______________________________________________
TOTAL: RM660.80
  

settle hari keempatt (-__-') 


March 21, 2017

Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 3

1. Harga tiket flight ke Maldives.
2. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 1

3. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 2

4. Hotel paling murah di Maafushi Island, Maldives

selamat datang ke entry hari ketiga di maldives kitaaa ;) semoga aku terus gigih menaip untuk hari-hari seterusnyaa (-__-') seperti yang dijanjikan, marilah kita sambung berceritaaa. since aku pegi maldives bukan bawah mana-mana travel agent, jadi semuaa aktiviti dekat sana adalah bebas. nak beraktiviti bolehh, tak nak buat pape pun bolehh. walaupun poket aku tak berapa nak tebal tapi macam rugi bebenoo rasanya kalau dah alang-alang sampai ke sini tapi last-last tak buat pape konon nak berjimat cermat punya pasal khennn. (x_x) jadi untuk hari ketiga di maldives ni kitorang plan untuk join one day trip bersnokeling. sepanjang sebelum aku sampai dekat maldives dulu rata-rata yang aku google bagitau pakej snokeling yang paaaling murah adalah dari Kaani Beach Hotel ni. jadi bila time check in dekat hotel semalam staff dorang tanya apa aktiviti kitorang untuk esok, aku terus tanya harga pakej-pakej dorang dan aku decide untuk bersnokeling duluu. aktiviti lain nanti kita pikir kemudian.





dan ni adalah pakej yang kitorang amek. pakej special offer yang mana pakej ni adalah yang paaling murah. 38 USD sorang. bayi dorang tak kira. jadi total untuk tiga orang adalah 114 USD. convert duit kita dalam RM506 (-__-') pakej ni nanti dia akan bawak kita bersnokeling ke dua tempat berbeza, melawat dolphin berenang-renang, makan tengahhari di sandbank dan island hopping ke pulau penempatan dorang. so bila kita dah amek pakej dari dorang, kita dah tak payah lagi susah-susah nak angkut segala barang-barang snokeling macam google ke, kaki itik tu ke dari malaysia sebab memang dorang ada sediakan. amek je dekat lobby hotel sebelum pegi. dorang memang dah sediakan semuaa termasuk tuala dan payung kott kott la hujan kann. so mintak je dekat reception hotel. dann dorang jugak nanti akan amekkan gambar-gambar kita menggunakan gopro dorang sepanjang kita bersnokeling. semua gambar-gambar tu nanti dorang akan bagi dalam bentuk soft copy masuk pendrive. make sure korang bawak pendrive dari mesia siap-siap tau kang menyesal tak sudah macam aku. T_T mana aku nak tau pc dorang tak support iphone. aku pun tak pasti kenapaaa tapi gambar-gambar gopro dorang tak boleh nak transfer terus ke hp kitorang.

so pagi hari ketiga ni selepas makan pagi dekat restoren hotel, moh ler kita beraktiviti.






dorang memang dah bagitau siap-siap dalam pukul 8.30 pagi semua yang join trip snokeling kena berkumpul dekat depan hotel.








ingat tak entry hari kedua aku ada bagitau better korang pilih kaani beach hotel ni dari arena hotel? haaa sebab ni laa. dari kaani nak ke jetty pun mengah jugak berjalan apetah lagi dari arena hotel. (-__-') time pagi macam ni semangattt la sebab badan belum penat walaupun panas terik ya ampuunnnn. cer kalau bila dah balik dari snokeling nanti. hey rasa macam nak merangkak jeee tolong la cepat sampai hotel. muahaha. jadi aktiviti pertama kita adalah dorang akan bawak kita ke check point snokeling yang pertama, ayuhhhhh. :)










kalau korang perasan, aku tak sure anak orang lain macam mana tapiiiii kalau ko tanya aku bunga ok keee pegi maldives haritu. kan panas terik. tak meragam ke dia, tak mengamuk ke dia, tak demam ke dia. jawapan aku hey maldives sangattttttt laa serasi dengan bungaaaa. :) asal naik speedboat je tidur, asal naik ferry je tidur, seriuss aku tak tipu. sikit pun tak meragam dan dia tak demam, alhamdulillahh. mungkin sebab angin berderu-deru kena muka dia terus keje dia lentokk je. hihi.








ni adalah tempat pertama kita bersnokeling. boleh tahan jauh jugak dari jetty maafushi tadi. aku rasa dalam setengah jam perjalanan kott nak sampai ke sini. since time kitorang pergi maldives ni umur bunga baru 1 tahun 10 bulan, idoklerr aku nak meninggalkan dia sorang-sorang terkotak-katik dalam speedboat walaupun dia tidoooo. lagipun kelemahan utama aku adalah air. T_T aku sukaaaa pegi pulauu tapi kalau nak suruh aku bersnokeling melihat keindahan dalam laut, aku rasa mungkin aku akan pikir 40 kali. aku bukan jenis yang tiba-tiba dah sampai di tengah lautan terus macam ok jommm terjun. haaa bukan. (x_x) tu bukan aku. boleh terus meninggal dekat situ kalau kaw paksa aku terjun membabi buta macam tu hahaha. aku boleh bersnokeling tapi amek masa jugak laaaaa. dia macam ok pelan-pelan turun tangga. ok dah dalam air nii tapi tangan masih pegang tangga. (-_-') ok tangan dah tak pegang pape jom tengok bawah dalam air. haaaa time ni adalah kemuncak perasaan. aku tak bolehhhhhh. aku rasa macam segala ikan jos, ikan pirana, segala mak nenek binatang yang ada dalam lautan on the way nak terkam aku. sumpahhhhhhhhhhhhhhhh. T_T aku bukan spesis ni. aku lagi relaaaa ko bagi aku haiwan-haiwan extreme dari suruh aku buat semua ni hahahhaa. 


aku lagi rela duduk dalam speedboat tolong orang amekkan gambar dan bergambarlah aku sepuas-puasnyaa. hahahha. 









ok meh aku ceritakan pengalaman syafiq dan adik aku bersnokeling. ikhlas aku bagitau, dorang berdua ni memang pandai berenang. tak pernah-pernah adik aku lemas sepanjang dia berenang seumur hidup dia tapi di maldives ni dia lemas. percayalah. salah satu sebab adalah kalau korang perasan dekat gambar-gambar aku atas ni, dorang punya life jacket takde tali untuk ikat dekat celah kangkang. jadi bila kita dah masuk dalam air, jaket ni akan terapung, badan kita pulak akan ke bawah sebab takde ikatan dekat celah kangkang yang boleh menampung badan kita. dekat tempat pertama snokeling ni adik belum lemas lagi. tempat keduaaa dia lemas. mengikut ape yang adik dan syafiq bagitau sebab aku khen tak turun berenanggg :p so aku dengar dorang bercerita je laaa. rupanya ombak dekat maldives ni tak samaa macam ombak dekat tempat kita. dan tak sama jugak macam snokeling dekat thailand. maldives ni air dia nampak macam tenanggg jee tapi ombak dia berayun. mungkin sebab angin kuat kott jadi badan kita macam melambung-lambung. ntah aku nak describe pun tak reti sangatt sebab aku tak bersnokeling tapi yang pasti adik aku lemas dan dia demam balik dari snokeling haritu huhuu.


dia lemas bukan la sampai tak sedar pengsan kena cpr bagai tu takkkk. :p dia lemas yang tenggelam timbul tenggelam timbul nampak tangan terkapai-kapai mintak tolong. badan dia penat melawan ombak katanya, jadi time tu abang maldives yang memang standby dalam speedboat terus terjun selamatkan adik. terus bagi ubat dan air ape ntah adik main telann jeee sebab muka dia dah merah padam. sebenarnya bukan adik sorang je lemas time snokeling ni. ada lagi sorang mat salleh pun lemas terkapai-kapai macam adik jugak. aku syak betul la kottt, ombak dia berayun. so badan kita cepat penat. terus dia taknak turun dari speedboat dahhh walaupun time tu baru 10 minit dia bersnokeling dekat tempat kedua. (-__-') gambar batu karang dan ikan-ikan semua memang tak sempat nak amek.


terus syafiq pun tak nak turun jugak. hahahha. time ni hp kemana ape kemana sebab tadi kan kelam kabut tengok adik lemas, jadi takde laa gambar cantik-cantik di tempat snokeling kedua kita huhuhuu.

kalau ikutkan perjalanan kita yang seterusnya adalah tengok dolfin-dolfin berenang. sekali boleh pulakkk time-time ni laa dorang tak nak memunculkan diriii. aku rasa dekat sejam kottt speedboat aku ni berlegar-legar cari si dolfin ni tapi sekor pun tak nampakkkk. choi. mak bayar mahal-mahal ni nak semata-mata nak tengok kaw, kaw boleh pulakk tak nak timbul. (-__-') terus dorang bagitau maaf ye semuaa, nasib kita kurang baik harini. dolfin tak timbul-timbul. jadi terus dorang bawak kita ke perhentian yang seterusnya iaitu makan tengahhari di sandbankkkkkk.


percaya atau tak, aku pegi maldives bukan untuk snokeling. aku pergi maldives sebab nak tengok dorang punya sandbankkkk. ;) kikiki. kan selaluuuu aku tengok dekat facebook kee instagram kee, rata-rata travel agent akan post gambar sandbank dekat maldives ni ya rabbi cantiknyaaa. rupanya bila dah sampai sanee baruuu aku tauuu, sebenarnya dorang bukan ada satuuu je sandbank. berpuluh-puluh sandbank dorang ada cuma nak berhenti dekat mana tu bergantung pada cuaca hari tersebutt. kadang sandbank yang cantik-cantik tu boleh tenggelam kalau air laut tinggi. cuaca dorang tak menentu. kadang nampak macam cerahh jee tapi tiba-tiba boleh je hujan terus turun. 




kita dah sampai sandbank yeayyyy seronoknyaaaaaaaaaa! ;))


mak nak lompat beria macam selalu pun tak berani jugak sebab time ni aku tengah mengandungkan anggun 3 bulann :) so acah-acah melompat jeeeewww :p




heyyy panasss teriknya ya ampunnnnn T__T haaa sepanjang 6 hari 5 malam di maldives, time ni laa satu-satunya ketika yang mana bunga cranky sekejap tapi still under control. kaw tahu kenapa? sebab dia geliiiii nak pijak pasirrr. (-__-') masalahnyaaaa speedboat kan tak boleh terus landing dekat atas pasir. nak tak nak, aku tetap kena turun dari speedboat berenang-renang ke tepian untuk sampai ke daratan sandbank ni. time ni aku dah cuak. sape nak pegang bunga. aku mana pandai berenang. dah la ombak dorang bergelora gilaaa heyy berdebarnyaa. so syafiq dan adik turun dari speedboat dulu. adik bawak barang-barang bunga yang perlu sebab takut basah termasuklah hp aku. syafiq pulak handle bunga. dukung la si bapak ni pegang erat-erat takut terjatuh dilambung ombak sambil sorang abang maldives tolong tampungkan badan syafiq skali berenang-renang ke tepian. dan aku? walaupun aku tak pegang pape, aku tetap berpaut dekat lagi sorang abang maldives sebabbb kaw gileee aku kan tak pandai berenang, dah la berombak. kaki pulak tak cecah tanah, heyyyyy rasa nak marah tauu kenapalahh speedboat ni tak boleh landing terus tepi pasir kan senang. hahahha. 


haaa dah selamat sampai dekat pasir boleh pulakkkkk bunga tak nak pijak pasir. kaki dia kan basahhhh sebab berenang dengan syafiq tadi. mengamukkk sakann anak aku geli pasir punya pasallll. last-last kaw pernah jumpa orang main pasir siap berstokin dan berkasut bagai? haaaaa inilah. the one and only, bungaaaaaaa :p


kalau pakai sliper aku boleh terima lagi. atleast kalau basah senang la kering nanti. masalahnyaaa bunga ni tak pandai pakai seliparrrr. setiap kali aku pakaikan selipar atau sandal, haaa setiap kali tu jugak laaa dia akan mengamuk. (-_-') dia lagii rela pakai kasut yang basah ituuu dan jangan tak tauuu, wajib berstokin. takde stokin taknak pakaiii. sampaiiii la sekarangg. bunga dan kasut berpisah tiada. hahahha (x__x)





jadi bila dah pakaikan stokinn, pakaikan kasuttt, terus eloklaaa diaaa. berjalan mundar mandir tapi tak nak duduk. penggeliii orangnyaa. :p






bila bunga dah tenangg, marilah kita makannn. haa makan tengahhari dekat sini memang dorang sediakan. heavennnnnyaa bila dapat jumpa nasi. dorang sediakan nasi putih, ayam masak tomato, sayur campur goreng, buah apple dan air coke. sedapnyaaaaaa. dah la perut tengah lapar. time ni dalam pukul 2 kottt aku rasa. 



salah satu kelebihan kalau korang amek pakej snokeling dari kaani beach hotel ni adalah time dekat sandbank ni, dorang sediakan payung untuk berteduh macam dalam gambar-gambar aku dekat atas ni. walaupun payung tu tak besar mana tapiii still membantu berteduh dari panas terik yakmat tuu. kenapa aku cakap ni satu kelebihan? sebabbbbb time aku dekat sandbank ni ada lagi satu speedboat sama-sama berhenti makan tengahhari dekat sini dan kaw bayangkannnn 2 jam dorang berhenti dekat sini, dua jam jugak laaa dorang makan bersila bawah panas matahari yang terik tuuuu. hoiiii boleh demam tahu. T__T kesiannn dorangg. aku yang berpayung ni pun mata boleh tahan berpinar apetah lagiii yang tak berpayungg. (-__-')

dah siap makan-makan semuaa moh ler kita berangkat untuk ke destinasi seterusnyaa iaitu island hopping ke pulau rakyat dorang. jadi dah siap kemas-kemas semua haruslahh aku berenang-renang kembali ke speedboat dari daratan sandbank ni kann. still macam tadi, aku selamatkan diri sebab aku tak pandai berenang :p syafiq dukung bunga sambil dibantu oleh abang maldives, adik aku berenang sambil pegang barang-barang termasukkk hp aku. berayunn-rayun ombak time ni jangan cakap. risaunyaa takut bunga terjatuh dalam air walaupun syafiq dukung sebab ombak dia kuat sangat. bila aku dah selamat sampai dekat speedboat, sekali aku nampak tangan adik terkapai-kapaiiii lagii mintak tolong. ya ampunnnnnn, lemas lagiii budak ituuu mashaAllahhh. (-__-') kesian gileee. kaw bayangkan, tangan dua dua dekat atas permukaan air sambil selamatkan barang-barang takut basah, yang tuan kepada tangan tu tenggelam timbul tenggelam timbul. hahahaha. terus abang maldives pegi selamatkan dia. naik-naik je dekat speedboat, terus dia membebel dekat aku. nak selamatkan hp kakak punya pasal la ni sampai lemas pulokk adik hahahha. kesian gilee aku rasa. kihkihkih. 


ok abis bab drama aku :p jadi selepas sejam perjalanan, sampai la kita ke pulau K.Guraidhoo, salah satu pulau penduduk dorang. pulau ni memang takde hotel. takde ape-ape yang menarik pun bagi akuu :p ada rumah rakyat dorang dan kedai cenderahati semata-mata. time ni mat sallehh mat arab mat cinee yang satu speedboat dengan aku semua turun jalan-jalan, yang kitorang bertiga pegi bantai mandi bilas badan dekat tandas awam area situ huhuhuu



dalam sejam jugak la kottt berhenti rehat dekat pulau ni. bila semua dah ada terus speedboat meluncur laju pulang ke pangkal jalannnnnn. heyy tak sabarnyaaa nak sampai hotelll. :p kitorang sampai hotel dalam pukul 4.30 petang rasanyaaa. memang full day trip betul kita ni. dari pukul 8.30 pagi sampaiiilahh ke 4.30 petang berjemur panassss. belang-belang muka kitorang tapi mak pasrahhh ajee demimuu maldives :p 

sesampai je dekat hotel terus bersihkan diri dan marilah memasakkk untuk makan malam pulekk sebab perut dah lapaa :p since badan dah penat sehariannn berjemur dan adik aku pulak tiba-tiba demam lepas adegan lemas kelemasan siang tadi :p terus aku terfikir mungkin esok hari aktiviti kita bersiar-siar atau berehat-rehat jeee tapiiiii kalau kaw kenal aku di dunia nyata, itu bukan nadia farahida hahahah :p 

malam tu bila dah kenyang dan badan dah rasa segar sikit terus kitorang turun jalan-jalan sekitar hotel. sajeee amek angin malam sambil otak aku ligat berfikir apee aktiviti ringan-ringan yang kitorang boleh buat esok. tak kan nak terperukkk je dalam hotel tak boleh jadiii ni :p sebelum naik ke bilik sempat la kitorang berkaraoke dan main snoker dekat lobby hotel sekejap kebetulan time tu takde orang, so aku onn jee hihiihi. jadi tamatlah cerita hari ketiga kita di maldives. total keseluruhan perbelanjaan hari ketiga di Maldives adalahhhh, 


Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk hari ketiga
 di Maldives.

# Pakej snockeling 2 reefs + Dolphin Cruise + Lunch at Sandbank + Island Hopping RM506 
_______________________________________________
TOTAL: RM506
  

settle hari ketigaaaa (-__-') 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...