Lazada Malaysia

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

November 23, 2012

Apek & Leuniey Nikah 28 Disember







kaw tak suka dia bukan masalah aku, kaw nak hentam dia bukan masalah aku, kaw nak kutuk dia player kaki perempuan bukan masalah aku, kaw nak kutuk dia cucuk botox kejadah ape ponn bukan masalah aku. (x______X) yang aku tau, di mata aku, indah sungguh ciptaan Allah. (-____-) 

aku tak tau esok-esok anak dorang muka macam mana. dah muka pak apekkkkk abis. si mak amoiiii abis. heyyyy la haii, santekkkk sangatttt. kenapa time aku kawen dulu-dulu mak andam tak makeup kan aku bior bertukar rupa cantik macam giniiii. T___T orang tua-tua cakap, wajah anak kita esok-esok akan sama sebijikk muka mak atau ayah dia masa kecik-kecik. betul ke?


aku syak, anak aku esok-esok mesti comeyyyy kiut miuttt *tangankebahumatakeatas* macam aku kecik-kecik dulu kenn. (x__x) kehkehkeh. kalau laki, mesti ikut muka ayah dia. tapiiiiii, kawwww jangan macam-macam. kaw jangan gateyy nak buat rambut belah tengahh bagai macam ayah kaw dulu-dulu. aku pokkk karang. mak geliiiiiiiewwww! kaw keluar je esok-esok, lepas dah azankan, mak spaikkkk terus. kohkohkoh. 
 

January 30, 2011

lagi gambar nora danish yg cun!

setiap hari aku baca paper, setiap hari jugak la ada gambar baru dorang. dan setiap hari jugak la fasha sandha akan merana. memang pandai betul akhbar-akhbar ni kan.. 
logik tak kalau aku cakap, kebarangkalian dorang rujuk balik adalah sangat tinggi?

oh fasha, tolong jangan saman saya. saya kata kebarangkalian jeeeee.... belom rujuk betol-betol lagi, ;)

January 25, 2011

fasha sanda putus cinta lagii...


lagi.. lagi.. dan lagi...
xabis-abis kan kes couple clash couple clash fasha sanda ni. aku rasa dari time aku sekolah dulu lagi la kot. baru je nak reda, meletup balikkk..
aku cuba untuk tak nak kutuk tapi terkutuk jugak dalam hati. ;)

aku pelik jugak sebenarnya sebab nak kata xde pakej, dah cukup lengkap. cantek tu memang xleh lawan la. tapi biasa la.. manusia memang xleh lari dari buat silap..

ok dah, xnak mengutuk dah. ;) 
ingatkan pada diri sendiri and korang semua jugak,
'what goes around comes around'


peace no war! huuuuu~








January 21, 2011

perkahwinan ayu raudhah & zaquan adha.

xsilap aku, hari nie la ayu and zaquan akan kawin kan? 21 Jan 2011. tapi tak tahu la pulak pukol berapa. 


dan ni adalah kad kawin mereka ye.
bestnyeeeee sape dapat kawin dengan ayu raudhah! comel, cun, dan mantap mcm kakak dier okeh! ;) adik aku siap ckp, mcm barbie dolll la kakkkkk....

ha yo laaaa... kakak dulu sebelom kawin pong mcm barbie doll jugak kan dik?... skrg je lepas kawin terus jadi macam mak dodol! huuuu~   =)

December 19, 2010

Hanis Zalikha atasi Dato' Siti Nurhaliza, hebat ah!

wow! ;)
hanis terbaaeeeekkk!


10 individu paling dicari dalam Google Malaysia.

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)

2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)

3. Luna Maya (artis Indonesia)

4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)

5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)

6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)



7. Lee Min Ho (pelakon Korea)

8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)

9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)

10. Paul Tan (blogger)

December 17, 2010

lagi kisah artis dah xtinggal sebumbung..

oh! aku terkejut gile bile dgr radio hot hm fm pg td. btol ke jimmy dan wife dier dah xtinggal sebumbung? kenapakah? kan baru je kawin. xkan dah gaduh2 kot. byk2kan bersabar ye.



tips rumah tangga dari cik nadia :D,
apa je masalah xkira kecik atau besar, berbincang la bersama2. 
insyaallah ada penyelesaian dier..

December 09, 2010

lagi kisah artis bercerai..

mungkin dah tertulis xde jodoh hingga akhir hayat utk mereka berdua. akhirnya dorang bercerai dgn talak satu. sein ruffedge yg femes emes dlm cite adam maya dan bekas isteri dier, nana. dorang pnh join sehati berdansa seblom ni. 

wlaupon punya dua cahaya mata tp dorang berpisah dgn cara baik, pembahagian harta, nafkah dan segala tuntutan berdasarkan landasan islam dan persetujuan mahkamah.

pasrah, 
tiada lagi cinta antara mereka.

tibe2 entry ni jadi mcm agak skema kan? aku pon pelik. huuu~

December 08, 2010

cerita artis kawin lagi..

jgn ckp korang xkenal sapa pengantin lelaki ni. klu ckp xkenal pengantin perempuan aku boleh consider lagi sbb aku pon xkenal. huuuu~

tp, klu korang ckp korang xkenal zaibo, mungkin sngt pelik.. ok dah, aku just nk bgtau, beliau, iaitu zaibo, dah selamat bergelar 'suami'  selepas berpuluh2 tahun beliau mmbujang. 
mungkin dah smpai jodoh mereka kan. moga mereka berbahagia dan terus bahagia hingga akhir hayat.. amin.


November 23, 2010

korang kenal pierre?

korang kenal pierre andre?
anak pelakon khatijah tan yg belakon jadi mak ngah dlm cite pi mai pi mai tang tu dulu2.


oh! sekarang dier adalah sdg hangat bercinta dgn seorang gadis kerabat diraja Terengganu. berumur 23 tahun. dah mereka telah berkenalan selama 2 tahun. rasanya, dah xlame dah ni nk ikut jejak langkah elyana dan raja farah.

eh, korang tau x sblom ni dier kapel dgn sape? gile busy body kan aku? huuuu~
xkira. nak gtau korang jgk! =) sblom ni dier becinta dgn siti kelembai. :D


tapi itu dulu la. skrang masing2 dah bahagia dgn jalan hidup masing2. =)
cantek kan yana?

November 20, 2010

musim artis kawin.

sekarang adalah musim artis kawin. =)
sblom ni raja farah dan megat kan?

sekarang turn elyana yang chanteknye pulak kawin.



artis ni lagi sorang dah lame dah kawin tp xde pon masuk paper2 bagai ni. saje xnak heboh2. dier kan low profile. :p


oppss.. eh, alamak! silap upload picture! larikkksss.... =)
bg chance la kunun jd artis jap. :D

November 17, 2010

kisah qasha dan nabil lagi..


Qasha, atau nama sebenar Nik Uqasha Senrose Nik Sen tetap nekad dier dan nabil tidak akan memberi sebarang kenyataan dan penjelasan berkaitan dgn gambar kissing iras2 mereka berdua. katanya lagi, dier tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana dier yakin, lama kelamaan, berita hangat ni akan reda dgn sendiri. mereka memilih untuk berdiam diri.

tapi, mungkin qasha dan nabil xtau kot bahawasanya, ada segolongan peminat2 mereka akan tampil utk buat laporan polis jika nabil dan qasha xnak bt laporan polis. kira mcm dorang nak nabil tampil berani kerana benar. bkn hanya dgn berani duk diam je.
 
cinta sekarang.

tiada lagi cinta.

 
kcian irma kan. bertubi2 dugaan dtg dpn mata. semoga dier tabah.

November 15, 2010

gara2 gambar nabil lagi skali..

hari pertama aku publish entry pasal gambar nabil adalah hari sabtu. xterfikir pon nk kejar SEO bagai. hanyalah entry terkejut lepas tgk gmbar tu. smlm adalah hari ahad. biasanya hari sabtu dan ahad dunia bebelog ni agak sepi. lagipon smlm aku hny bt 2 entry je. hny bt syarat utk ada entry di hujung mggu. =) tapi, yg bt aku terkejut utk kali ke berapa ntah apabila tgk trafik aku. 

dari pkol 12 tgh mlm hari sabtu hingga 9 mlm hari ahad. blom sampai 24 jam.

unique: 663
pageview: 1229


bukti lagi,



mmg sah semua dtg utk cari nabil. =)


berlaku tanpa dirancang. terima kasih nabil! =) heee~

November 14, 2010

gara2 gambar panas nabil bercium!

mak aii.. first time, dihujung mggu, jumlah visitor aku xmcm dihujung mggu langsung. ni semua gara2 penangan gambar nabil. huu~ mmg 1 malaysia nak tau cerita ni kan? mula2 aku plik gak, mane dtg visitor ramai2 dihujung mggu ni. 

skali bile aku try google dgn tajuk 'gambar nabil bercium', xsangka page aku yg teratas. aku xtpk pon nk kejar SEO time aku bt entry tu smlm. tu entry terkejut semata2. =)

dan skali, bile aku check acc nuff aku, sah! mmg majoriti yg dtg ke blog aku hari ni adalah gara2 semua nk tgk gmbr kissing iras2 si nabil..



femes jgk si nabil ni. semua nak tgk gmbr dier. dan bile jd mcm ni, bertambah2 femes la si nabil ni. sama ada btol ke nabil dlm gambar ni, lu pk la sndri! =)

November 13, 2010

panas! gambar nabil bercium..

terkejut beruk aku bile aku bc entry pakcik bekas penulis surat khabar ni. siap ada gambar lagi beb. gambar panas nabil bercium dgn qasha. semua duk pelik mcm mane gmbr ni boleh tersebar. kawan2 nabil semua xberani bg komen pape. 

nabil ckp,
"Omak den kata bukan superimposed tapi superimpossible!"

kpd nabil,
aku pon harap lelaki dlm gmbar ni bkn lu bro.. klu btol lu beb, gua yg cuak.. =)

November 12, 2010

takziah utk keluarga allahyarham..

 
dulu kumpulan fotograf adalah sngt femes kan? lagu dorang semua mmg tangkap lentok. mcm mane aku tau? sbb dulu saya adalah minah jiwang berkarat. skrg da rock beb! huhu. =) ok, kembali kpd niat asal entry ni.
Allahyarham Shamrin Abdul Samat, bekas vokalis utama kumpulan Fotograf tlh kembali ke rahmatullah smlm lepas dier diserang sakit jantung semasa dier tgh bermain bola sepak dan menyebabkan dier rebah secara tiba-tiba. 
takziah bt semua anggota keluarga allahyarham..

November 08, 2010

sah, mereka sudah putus

beberapa hari lepas, masing2 konpius. Btol ke irma dgn nabil da clash? tibe2 je. setakat bc dlm majalah, mcm2 cerita boleh dibuat. lepas tgk melodi smlm, br aku percaya. mmg dorang btol2 clash. tu pon bile si wartawan melodi g jumpa irma dan dgr pengakuan dari irma sendiri. ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan. semoga Irma tabah. beb, u cantik sayang. jgn sedeh2 okeh! berderet2 lagi tgh tunggu turn nk masuk line. =)

cinta tiada lagi cinta


November 02, 2010

musim artis mengandung..

kan aku da ckp. mgkin skrg musim bulan mengambang penuh. memasing pregnant je keje. =P aku? maintainn...=) 

see.. Darling pregnant.. da 2 bulan..
 

sazzy pong dah pregnant.... =)
tahniah! semua..
dan kepada korang yg tgh pregnant juga.. =)
korang bt mcm mane ha? asal aku xmnjadik? cer ajar.... =)

nabil and irma da clash ke?

Dgr kata, oleh disebabkan gambar ni dan beberapa sbb lain, hubungan Nabil dan Irma di katakan bagai telur dihujung tanduk.

Irma kata,
"Apa yang boleh saya jelaskan dengan jujur, sudah hampir sebulan saya dan Nabil tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Hampir 3 tahun kami bercinta, semua orang tahu tapi hari ini semuanya sudah berakhir." 


oppss.. what hepeng bebes? =)

October 29, 2010

Nmpk gemuk, Raja Farah salahkan baju..

“Pakaian yang dibuat untuk saya itu menampakkan saya lebih berisi. Ramai yang jumpa saya secara realiti memberitahu badan saya tidak seperti yang mereka lihat di televisyen. Saya juga sedih dengan perkara ini tetapi saya malas nak fikir tentang pandangan orang tentang saya itu."

October 28, 2010

dia lagi..

cerita dier lagiii hari ni.....


“Saya menjadi keliru dan terkejut apabila Aidil dilaporkan pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memfailkan permohonan sulh sedangkan sewaktu pulang untuk memulihkan kembali hubungan baru-baru ini, Aidil menyatakan dia menyayangi saya dan anak.

Bukan itu saja, dia turut berjanji akan menjaga rumah tangga kami dan memastikan kandungan saya yang baru berusia tiga bulan dalam keadaan baik. Bukankah permohonan dibuat Aidil itu untuk pasangan yang sudah bercerai. Masalahnya kami masih lagi suami isteri. 

Saya hairan apabila perkara ini berlaku selepas Aidil pulang bertemu keluarganya. Saya tidak mampu hendak berkata apa lagi, kini terpulanglah kepada Aidil untuk membuat keputusan. Sebagai isteri saya tidak mampu berkata apa. Lagipun pada fikiran saya kami tidak berhadapan dengan apa-apa masalah. Hubungan kami baik” 



**kahwin tu sng,tp.. dugaan lepas kawin tu kt xboleh duga. bile da kwin xsama dgn time bcinta. dugaan tu dtg lain mcm. klu time bercinta dugaan dtg bergolek.. tp bile da kwin, dugaan dtg meloncat. =) heee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...