Lazada Malaysia

Showing posts with label procedur membeli rumah. Show all posts
Showing posts with label procedur membeli rumah. Show all posts

February 20, 2014

Kos dan Panduan membeli sebuah rumah


aku percaya memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri tu macammmm impian setiap orang cumaaaa tak semua berani try and error sebabnya proses membeli rumah ni bukan macam proses membeli nasi goreng satuuu! :p ni melibatkan duit yang puluhan dan ratusan ribuuuuuu babe kaw biar betullll (-___-') 


kadang ada setengah orang, gaji dia mampu je beli rumah tapiiiii dia tak berani dan takde keyakinan diri untuk membeli. dan kadang ada je sesetengah orang, slip gaji dia tak cukup syarat untuk dia membeli sebuah rumah tapiiii sebenarnya banyakkk cara yang membolehkan dia tetap cukup syarat untuk memiliki sebuah rumah. contohnyaaaaa, slip gaji laki tak cukup syarat. kaw boleh je combinekan slip gaji suami dan isteri dan bila dah dapat rumah tu nanti, automatik rumah tu akan ada dua penama. satu nama suami, satu nama isteri. tapii kadang slip gaji ni bukan boleh percaya sangat sebab ramaiii je yang buat bisnes sampingan. so sertakan sekali semuaaa bank statement 6 bulan terakhir korang tunjuk dekat lawyer nanti. atau kalau korang ada ASB, haa kepilkan sekali jumlah simpanan atau loan ASB korang sebab benda-benda ni semua sangattt membantu. 

macam kes proses membeli rumah kitorang dulu, alhamdulillah senangg je bank approve loan syafiq sebab dia belum pernah terikat atau belum pernah ada sebarang loan sepanjang dia hidup ;) so, loan rumah sepenuhnya under nama dia sorang. tak perlu add on nama aku sekali sebabb so far kitorang memang rancang rumah pertama just under nama syafiq sorang jee sebab kott la mana tau lepas ni ada rezeki nak beli rumah kedua senang sikitt. rumah kedua boleh letak under nama aku. so takde la kemungkinan kedua-dua di black list bank atau kedua-dua diisytihar muflis hanya kerana sebuah rumah. lagipon aku rasa adil kott sebab setiap bulan, syafiq just handle semua bayaran untuk rumah, aku handle semua bayaran yang melibatkan kedua-kedua kereta kitorang. fair and square ;) 

to be exact, kitorang beli rumah pada awal March 2011. korang bayangkan dari mula kitorang start beli sampaiiiiii la ke hari semalam, ada je sedara mara ke, kawan rapat ke, pakcik makcik ke yang tanya, sebenarnya macam mana proses nak beli rumah? berapa duit yang kena ada dulu sebelum beli rumah? berapa lama dorang akan proses pembelian kita sampai betul-betul dapat kunci rumah? (-___-') sejujurnya kadang-kadang berpeluh kitorang nak jawab satu-satu. bukan sebab taknak berkongsi takkkkkkkkkkkk. T___T ni sebab mak aiiii, banyakkk gile proses step by step nak beli sebuah rumah sampai kadang kitorang lupa dah step-step dia dan berapa peruntukan sebelum beli rumah. lagipon nak terangkan satu-satu detail yang melibatkan duit bukan boleh bawak main-main kannnn. 

soo meh aku berkongsi dengan korang pengalaman kami suami isteri beli sebuah rumah condominium dan alhamdulillah, rezeki kitorang kott time tu. lokasi dia terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur yang mana harga time kitorang beli tu baruuu RM188,000. tu harga time tahun 2011 ye harap maklum. :) sekarang? RM450,000++ T_____T rezekiii kannnnn. nasib baikkkkkkkk. (-___-') dan rumah ni adalah rumah second hand. bukan yang baru siap membangun tu. bukannn. kalau yang baru siap konpem-konpem lagi mahal. 


T____T so bila kita kena beli rumah second hand, mind set kena set awal-awal, ini bukan rumah baru walaupun kita baru beli. rumah mungkin banyak defect, rumah mungkin banyak kerosakan yang kita kena baiki, rumah mungkin memerlukan pengubahsuaian sebab ye la kita beli rumah orang yang dah pernah tinggal dekat sini kannn. mesti la dah teruk. so yes. betul aku jangka. ni rupa rumah hari pertama kitorang dapat kunci T_______T




walaupun dia adalah sebuah condominium, aku tetap buat major renovation sebab perpaipan dia banyak tersumbat dan rosak, tile dia dah banyak tertanggal dan taste dia 100% tak sama macam taste aku. previous owner adalah india so no wonder. :p jadi once dah dapat kunci rumah, aku peruntukkan sebulan untuk merenovate semua sekali dan total renovatioan adalah lebih kurang RM60,000. to make it clear, kos renovation adalah takde kaitan dengan harga rumah RM188,000 tadi. ni duit simpanan sendirii. aku just nyatakan dekat sini supaya korang tau, risiko membeli rumah second hand adalah boleh ke korang tinggal dekat rumah yang banyak kerosakan? kalau tak boleh, sediakan duit untuk renovate. haaaa gituu. :) dan ni rupa selepas sepenuhnya di renovate. korang boleh tengok sini, Tips Dekorasi. alhamdulillah :)
 
ok sekarang kita proceed pada proses membeli sebuah rumah. sebelum membeli rumah, antara dokumen-dokumen penting yang korang kena sediakan adalah, 

1. IC copy
2. Latest 3 month payslip
3. Latest 3 month bank statement with front page. 
4. EPF Statement
5. Later from employer
6. EA Form

ok lengkap ni semua sekali baruuuuuu first step boleh proceed sebab ni dokumen yang konpem-konpem lawyer akan mintak sebelum start proses. 

tapiii, sebelum korang decide untuk membeli sesebuah rumah tu, pastikan korang kena tau rumah tu title type dia Freehold ke Leasthold. sebab ada beza dia Freehold dan Leasthold ni. 


# Freehold: walaupun harga dia mahal sikit dari Leasthold tapiiiiii, rumah tu akan jadi milik kita sepenuhnya sampaiiii bila-bila. dia rumah yang spesis pegangan bebas. beli je, sepenuhnya milik kita. kerajaan tak leh usik walaupun tiba-tiba dia nak buat pembangunan dekat tapak rumah kita. 

# Leasehold: dia murah sikit tapiii keburukan rumah spesis ni adalah pegangan sementara. memang rumah ni akan jadi milik kita cumaaa, selepas 99 tahun umur rumah tu, kalau tiba-tiba contohnya kerajaan nak amek untuk buat pembangunan, yes kita terpaksa lepaskan sebab had dia sampai 99 tahun je. kira kita macam takde hak nak halang dan belum tentu dorang akan bayar pampasan. memang tak kemungkinan besar kita takkan hidup sampai 99 tahunn tapiiii, sekurang-kurangnya kita boleh wariskan dekat anak cucu cicit generasi akan datang kannnnn. ;) 

kalau tanya aku, konpem-konpem aku pilih Freehold. tapi terpulang la pada individu. 

once dokumen-dokumen tadi semua dah ada, rumah pon dah dapat yang Freehold, so sekarang boleh proceed untuk membeli. pastikan korang pegi tengok rumah dulu tau dan fikirlah semasak-masaknya. :p once dah masak, terus proceed. jangan tunggu lama. sebab harga rumah ni setiap masa boleh semakin naik. T___T ok meh aku cerita berdasarkan pengalaman aku yang beli sebuah rumah condominium berharga RM188,000 dengan agent hartanah ye. bukan straight dari tuan rumah. boleh percaya ke dengan agent hartanah? tawakkaltuallah sebab time kitorang dulu, bulat-bulat kita percaya sebab tak tau nak refer sape kan tapi alhamdulillah, tak kena tipu dan proses berjalan lancar. nama agent hartanah aku dulu adalah Mr. Raja dari RG Properties.

rumah dekat kl ni semuaaa macam goreng pisang panas. selepas kitorang tengok rumah, Mr.Raja just bagi masa sehari je untuk kitorang fikir konpem nak ke tak sebab ramaiii yang nak tengok rumah tu lagi since dia iklankan di Mudah.my. aku pon jumpa rumah ni dekat website Mudah.my je ;) bayangkannnn, dalam masa sehari, aku laki bini kena fikir paaaaling hidup mati sebab ni melibatkan proses ratusan ribu ringgit dan time tu umur aku baruuu 22 tahun, syafiq 24 tahun. very the mentah tak tau apa-apa langsung tentang hartanah tapi alhamdulillah, kitorang sepenuhnya dapat sokongan dari mama papa aku. (-__-') bak kata papa aku, duit takkan pernah cukup tapi percayalah pada rezeki Allah. Allah ada. baiklahhhh (-__-') so bermula la proses step by step pembayaran. 

once kita dah confirm nak beli, kita kena bayar 3% dari 10% down payment sebagai deposit pembayaran untuk lock buyer lain dari beli jugak. so macam harga rumah aku, harga rumah adalah RM188,000. 3% dari harga rumah adalah RM5640. jadi pada 1.3.11, firsttt payment kitorang kena bayar adalah RM5640 kepada RG Properties tadi. haa pastikan korang nanti, semua pembayaran mestiii guna cheque atau bank draft. wajib! jangan guna cash sebab tak berapa secure. once dah bayar, selalunya agent hartanah tadi akan amek masa lebih kurang 14 hingga 30 hari untuk start submit dekat mana-mana bank semua dokumen-dokumen yang aku listkan dekat atas tadi. so dalam tempoh ni, korang tunggu je panggilan dari mana-mana bank. selalunya kita akan amek bank yang paling cepat call kita sebab lagi cepat bank call, lagi cepat pihak bank boleh start proses loan kita. jadi dalam masa ni, once bank call bagitau ok anda layak untuk apply loan, korang dah kena standby downpayment lagi 7% dari keseluruhan harga rumah tadi sebab 7% ni korang kena bayar dekat owner rumah. 

30.3.11: agent terus call bagitau loan dah lulus dan akan proses segera. jadi aku kena jelaskan baki 7% downpayment pada tuan rumah yang mana 7% tu adalah sebanyak RM13,160. so bayarlah dalam bentuk cheque kepada tuan rumah asal. 


dan pada hari yang sama, kitorang kena terus bayar sebanyak RM2937.95 untuk Fees & Disbursements termasuk stamp duty segala kepada Muthu Suppiah & Association yang mana mereka merupakan S&P (Sales and Purchase) Lawyer kitorang. lawyer ni semua Mr Raja agent hartanah yang cari. kitorang just follow the flow. untuk Fees & Disbursement dan stamp duty segala ni, jumlah yang korang kena bayar bergantung pada harga rumah korang. jadi semakin tinggi harga rumah, semakin banyak la duit yang korang kena sedia untuk lawyer. 

18.4.11: staff dari Jordan Lee & Jaafar Sdn Bhd yang mana merupakan sebuah syarikat menilai harga hartanah call bagitau nak jumpa dekat rumah yang kitorang nak beli tu untuk ukur, amek gambar lokasi dan check harga market value semasa. untuk beli sesebuah rumah, dia kena balance dengan market value price. tak boleh mahal sangat. tak boleh murah sangat. dorang ni datang check adalah arahan dari pihak bank yang kita apply loan tadi. jadi dekat sini, aku kena bayar RM620 untuk proses menilai hartanah kepada Jordan Lee & Jaafar tadi. 


19.4.2011: dapat call dari Anuar Hong & Ong yang mana merupakan Loan Lawyer kitorang untuk menjelaskan bayaran sebanyak RM5438.96 untuk bayaran semua Legal Fees dan disbursement. Legal Fees and disbursement ni macamm semua bayaran sepanjang dorang proses agreement jual beli rumah dengan pihak bank. jumlah kena bayar ni pon bergantung pada harga rumah korang. semakin tinggi harga rumah, semakin banyak korang kena bayar. 


25.5.2011: S&P Lawyer iaitu Muthu Suppiah & Association tadi call suruh jelaskan bayaran terakhir proses sale and purchase iaitu sebanyak RM2760. dan once semuaaaa bayaran-bayaran dekat atas ni selesai, korang dah tak perlu bayar pape sebab semua dah settle. just tunggu dapat duit loan dan kunci rumah. yeayyyy. :)) dan selalunya, proses nak dapat duit loan dan kunci rumah tadi adalah tiga bulan dari hari pertama korang sign agreement dengan S&P Lawyer tadi. jadi dalam kes aku, aku sign agreement dengan S&P Lawyer adalah pada 30.3.2011. jadi, sepatutnya by 30.6.2011 aku dah boleh dapat kunci rumah. 

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii T___T

23.8.2011: atas kelembapan dan ke tak profesionalnya Loan Lawyer dari pihak Anuar Hong & Ong, ntah ape ke sengalnya dorang, kan loan aku RM188,000. ni kan rumah pertamaku, jadi automatik bank akan bagi 100% loan. si pihak loan lawyer ni tadi boleh bagi RM159,064.89 je dulu. selebihnyaa, dorang hold. aku tak tau kenapa dorang kena bagi dua kali tapi yang aku bengang, sepatutnya 30.6.2011 tu semua payment loan dah clear. dah boleh dapat kunci rumah. bila tanya napa tak clear, alasan dorang staff yang handle loan kitorang berhenti kerja. dia tak pass file loan kitorang pada sape-sape. jadi terbiar gitu je sampaiiiii bila setiap hari aku call maki-maki. time tu baruuu la hegeh-hegeh nak cari file loan la ape la. hoiii korang jangan tak tauu. kalau ikutkan, kalau lebih dari 3 bulan dari tarikh kita sign agreement tak dapat bayar full lagi dekat tuan rumah asal, kita boleh dikenakan penalti per day tau. serammmmmmm. tapi ni semua bergantung pada budi bicara. dan jangan tak tauuu, tuan rumah tu akan keluar rumah sharp pada 30.6.2011 seperti tertera dalam agreement. jadi dari tempoh tu sampai la ke tarikh kaw dapat kunci, kita dah kena start bayar setiap bulan potongan gaji dekat bank. T____T dan percayalah, walaupun time tu kitorang belum dapat anak kunci rumah lagi tapi dah terpaksa start bayar dari bulan 7, 8, 9, 10 dan 11. bank dah mula potong gaji syafiq. sedangkan, kunci rumah belum dapat pon lagiiii. T___T dan time ni la wa bengang nak mati. kena bayar rumah yang kita belum duduk dan kena bayar rumah yang kitorang tengah sewa sebab kesalahan dari pihak Loan Lawyer. tapi ape boleh buat, maki dah, sound dah, tunggu je laa. T____T

14.11.2011: time ni tarikh paaling lega aku rasa sebab dorang dah clearkan baki loan iaitu sebanyak RM28,935.11. jadi, aku dah dapat keseluruhan duit loan kitorang iaitu sebanyak RM188,000. ni loan lawyer passkan terus pada s&p lawyer. kaw tunggu je s&p lawyer call suruh datang office amek duit dan kunci rumah. 

15.11.2011: S&P Lawyer iaitu Muthu Suppiah & Association call suruh datang office dorang untuk collect duit dan kunci. so time ni, semuaaaa file file penting yang berkaitan dengan rumah korang akan dapat termasuk geran sume sebab time ni rumah ni dah officially jadi milik korang sepenuhnya. jadi, first payment loan iaitu sebanyak RM159,064.89 tadi awal-awal lagi s&p lawyer dah serahkan pada owner asal rumah. 

harga rumah RM188,000. kan aku dah bayar 10% down payment awal-awal dulu pada tuan rumah iaitu sebanyak RM18,800. jadi selepas semuaaaa duit loan 100% dah dapat, s&p lawyer akan serahkan hanya 90% dari jumlah loan kepada owner asal rumah rumah. jadi selebihnya 10% dari jumlah loan akan dapat pada kita balik. ni la namanya prosedur skim rumah pertamaku. memang full loan 100% dari harga rumah kita akan dapat. tapiiiiii, kita kena sediakan dan dahulukan duit kita dulu untuk bayar 10% downpayment kepada owner asal. 

dannn jangan lupaa, once dah dapat kunci rumah, terus pegi TNB untuk dorang sambungkan elektrik balik dan sediakan duit untuk bayar cadangan elektrik adalah sebanyak RM300. 


jadi, meh aku totalkan berapaaa duit yang aku keluar sepanjang proses membeli rumah ni tapi tak termasuk dengan kos renovation sebab aku tak sanggup nak kira sekali. boleh pitam pat hari pat malam. 

# (1.3.2011) = 3% downpayment: RM5640
# (30.3.2011) = 7% downpayment: RM13,160
# (30.3.2011) = S&P Lawyer: RM2937.95
# (18.4.2011) = Penilaian Market Value: RM620
# (19.4.2011) = Loan Lawyer: RM5438.96
# (25.5.2011) = S&P Lawyer: RM2760
# (5.12.2011) = Cagaran Elektrik: RM300
____________________________________
TOTAL = RM 30,856.91 
____________________________________
 

haaa ni total semua duit yang kena standby sebelum proses membeli sebuah rumah kalau rumah korang berharga RM188,000. tapiiii bila dah dapat duit loan, kan 10% downpayment tu korang akan dapat balik, jadi total duit simpanan yang memang akan burn terus adalahhh,

# Total duit keluar tadi: RM30,856.91
# (-) 10% duit downpayment dapat selepas urusan beli rumah: RM18,800
_______________________________________________
Jumlah duit hangus sepenuhnya adalah: RM12,056.91
_______________________________________________ 

cuma risiko membeli rumah condominium atau apartment dia adalah kalau contohnya loan korang lambat dapat duit, selain dari bank dah start potong gaji bulan-bulan, lebih malang adalah korang pon still kena tanggung segala bayaran maintenance setiap bulan yang tertunggak. untuk rumah aku, owner asal kan akhir bulan 6 dah keluar. jadi sepanjang bulan 7 hingga bulan 11, sepenuhnya kitorang kena bayar walaupun kitorang tak tinggal dekat situ pon lagi. semua salah Loan Lawyer si Anuar Hong & Hong tadi! choiii sangat. so tunggakan maintenance adalah sebanyak RM1098.90. T______T jadi, total duit hangus sepenuhnya kitorang adalah sebanyak RM13,155.81. pasrahhhhhh. janji dapat rumahhhh. wiiiiiiiii~ ;)) Alhamdulillahhhhh :) settle semuaaa cerita proses kitorang beli rumah dari A sampai Z. moga korang tak pening tengok nombor banyak sangat. dan selamat membeli rumah semuaaaaa. sila beli cepat-cepat. tahun depan confirmmmmmmmm harga mahal lagiiii. rakyat malaysia kan kaya :p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...