Lazada Malaysia

Showing posts with label villa nadiasyafiq. Show all posts
Showing posts with label villa nadiasyafiq. Show all posts

December 21, 2017

Showroom Intech Kitchen Sdn Bhd


haiii semuaaa. ;) kalau korang follow blog nadia dari dulu, mesti korang familiar dengan nama company Intech Kitchen Sdn Bhd ni sebabbb, boleh dikatakan majoriti kabinet dekat rumah nadia ni adalah hasil air tangan merekaaaa. Kitchen kabinet dengan dorang, rak kasut dengan dorang, tv kabinet dengan dorang, kabinet office dengan dorang. Haaa nampak takkk betapa setianyaa seketul nadiafarahida dengan intech kitchen nii kikikii. ;)

hellooo, sebenarnya takde la sesetia mana sebab aku still survey, tanya dan bandingkan harga dengan tempat lain jugak :p tapiiiiiii, haa ada tapi diaa. Walauuuu tempat lain lebih murahh, stillll tak boleh lawan tahap kualiti keluaran intech kitchen nii. Seriusss.


Benda yang melibatkan kabinet kayu kayan ni dia ibarat pelaburan sekali rentung dalam masa berpuluh tahun dan mungkin untuk selama-lamanyaa haaa kaw pakailahh kabinet ituewww. Dia takde ehhh bulan depan tukar baru laa. Ehhh bulan lagi satu nak tukar table top lain laaa haa takde. Melainkannn keje kaw adalah cop duit hari-hari jadi suka hati kaw la nak buat tukar tiap minggu sekalipun kikikii. Dalam kes aku, since duit aku yang tak berapa nak ramai ni, jadi alang-alang buat, biar kualiti dia betul-betul puas hati, tahan lamaaa, dan berbaloi dengan nilai setiap sen yang kita keluar. Ehh jangan tak tauuu, sepupu aku buat kithen kabinet yang dekat pameran mall ape ntah lupa nama, elokk cantikkk terletak semuaaanyaa. Lepas 5 bulan, permukaan kabinet dia terkopak. Macam alah pada air gituu. Bila tanya company yang dia buat, dorang taknak ganti baru. Sebabbbbbbb? Pakej murahhhhh katanyaaa dan sebarang kerosakan selepas 3 bulan, mereka tidak bertanggungjawabbbb. hellooooo, pakej murahhhh apeeee nyee wakk kalau bayar rm8000 dikatanya murahhhhhh, ya ampunnnn. Siannnn sepupu kita wakk. Tapiiii nak buat macam manaaaa, duluuuuu kita cakap dia taknak dengar muehehehe.


Kalauuuuu intech kitchen jangan kata 3 bulan, bertahun-tahunnn wey dorang stilllllll menjagaaaaa customer merekaaaa. Kalau ada pape rosak contohnyaaa dorang still akan datang baiki secara percumaaaa tapiiii ikhlas aku bagitau korang, sepanjang 5 tahunnnn hasil keje tangan dorang dekat rumah aku, stilllll belum pernah berlakuu sebarang kerosakannn walauuu seinci. Percayalahh. Sebab tuuu aku banyak kaliii hire dorang untuk buat papeee sebab kualiti dorang memang tip top.


Kebetulan haritu aku freee, aku singgahlaa showroom Intech Kitchen ni lagi sekaliiiiiiii. Ya ampunnnnnnnn, gigil-gigil kaki kita wakkk. kenapalahh poket kita tak tebal. Kalau poket kita tebal, kita terus tempah macam-macam kabinet build in yang baruuuuuu (x_x)



balik dari showroom dorang siang malam aku berzikir dekat telinga syafiq, bangg. saya dah tahu dahhh kalau kita beli landed house nanti, kitchen kabinet kita macam mana. saya dah tahu dahh kalau kita beli landed house nanti, walk in wardrobe kita macam mana. saya dah tahu dahh kalau kita beli landed house nanti, bilik bunga dan anggun macam manaaaa. hoiiiiiiiiiii nampak takkkk aku punya angan-angan gah-gah ajewww tapi jangan tak tauuu, jangan kata landed house, tanah sekangkang kera pun mak belum ada nakkk. T__T kikikikii. tapiiii takpeeeee, beranganlahhh sebab berangan tu percuma jewww. :P kohkohkoh.


nanti nak kira duit syiling dulu lahhhhh. agak-agak cukup, mak nak terus beli tanahh nak buat rumah. rumah ape? rumah mainan untuk bunga dan anggun. kohkohkoh. :p tapi aku serius niiii, aku ada satu angan-angan besar yang masih belum tercapai tapiiiiii taknak cite sini duluuu. berangan yang indah tu kena sorang-sorang duluu, kang orang tauuuu mauuu digelakkan ajeee. (-__-') baikkk, kesimpulannyaaaa dekat sini aku nak bagitau, to those yang sedang mencari interior designer bab-bab kabinet ni, yes Intech Kitchen Sdn Bhd boleh bantuuu. Korang boleh😍bolcall Jess untuk Free Consultation dan nanti pihak Intech Kitchen datang kerumah kita untuk ukur dan bentang bajet harga segalaaa atau korang boleh pegi sendiri ke showroom mereka di Semenyih. Dorang memang cover seluruh malaysia. bestkannnnn. ;)

Thank you so muchhhhh Jess, Jeff dan semuaaa team Intech Kitchen Sdn Bhd yang bertahun-tahunn sudi bekerjasama dengan nadia. Sebarang pertanyaan korang boleh terus contact Jess di 012-6670706 atau datang terus ke showroom mereka di,
.



Alamat Showroom : 
Intech Kitchen Sdn Bhd, 47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega, 43500 Semenyih
Business Hour : 10am-6pm
Contact Person : Jessica 012-667 0706 
Jeff 0126252528
Email : jessica@intechkitchen.com


April 27, 2015

fridge magnet sebagai hiasan dapur ;)

sejak ada anak ni, aku rasa lamaaaa gile dah aku tak bercerita pasal dekorasi. :P kalau duluuu blog aku sokmooo takde cite lain dahhh, asyikkkk la pasal dekorasi je sampai aku rasa mungkin ada yang dah jemu hewhewwheww :p haaaa hari ni aku back on track pasal dekorasi okehhhh. ;)) haaa aku nak tanya korang, selalu kalau korang pergi melancong mana-mana, fridge magnet tu satu kewajipan tak untuk dibeli? :p dan bila balik dari bercuti nanti, fridge magnet yang konon-konon satu kewajipan tadiiii korang tampal dekat manaaaaaa? aku dari duluuuu sokmoo dilemaa, idokkklerrr banyakkk fridge magnet aku sebab fridge magnet yang ada dekat rumah aku ni majoritinya mestiiii tempat yang aku dah pegi. aku tak pasti korang macam mana tapi kalau spesis aku, aku jejak tempat tu baruuuuu aku beli supaya dengan harapan, aku boleh bajet aku ni spesis kuat berjalan ke takkk. kalau masih sikit fridge magnet, bawak-bawak la sambung berjalannyaaaa muehehehe. :p 


selalu aku tengok orang tampal koleksi fridge magnet ni dekat depan pintu peti ais kannn. yang jadi satu masalah bagi aku kenapaaa setiap kali nak tampal fridge magnet sokmoooo tercicir adalahhh pintu peti ais rumah aku bukan spesis bolehhh menarik dan melekatkan magnet. pintu peti ais rumah aku spesis kaca. T__T sadis betul. memanggg takkkkk laa fridge-fridge magnet tu akan melekat. (-__-') lepas tu mulaaaaa la letak merata kemudian kesimpulannyaaaa, hilanggg lupa ntah letak dekat manaaaaa. huhuuuu.

sampaiiii la satu hari tu aku pegi Ikea. selama-lama aku hidup, tak pernah pulak aku perasan menatang papan magnet ni ada juallll dekat Ikeaaaaaa. (-__-')


selalu aku perasan jenis yang macam whiteboard dan blackboard jeeee. tak pernah pulak nak nampak jenis yang macam niii. kalau tau dari dulu kan senang. :p takde laaa setengah aku tampal tepi cpu komputer, setengah dalam plastik, setengah dalam dashboard kereta, ehhhh merata laaaaa. :p kikikiiii. terusss beli yang Ikea punyaaa malas pikir panjang dahhhh. seketul magnet board ni RM49. aku rasaaa macam dah murah dahhh sebab duluuu aku pernah ternampak ada orang jual online pesen yang macam ni la jugak lebih kurang, sekeping papannn gituu dalam RM100 lebihhh. belum masuk postage segala lagiii. nasib tak beliiiii muahahaha :p haaa nanti korang boleh la pegi beli dekat Ikea jugak. dia memang ada satu warna ni jeeee. bolehhh je kalau korang nak sangkut dekat dinding mana-mana supaya nampak lebih elegant dan cantik cuma masalahnyaaaaa dapur rumah aku takde tempat yang boleh dipaku dahhh. T___T semua kena pakar yang drill. kalau takkk hancurrr berkecaiiii tile-tile dindinggg. T__T jadi cara paling selamat untuk mengekalkan kecantikan dapur tanpa memecahkan sebarang dinding :p aku tenggekkan jeee benda alah ni dekat meja bar betul-betul dekat dapur. kikikiii :p 


tak praktikal sangat sebab aku letak nonong-nonong gituuu jee tapiii takpeee laaa. ;)) buat sementara waktu ni biar je dia bertenggek dekat situuuuu. :p bukan aku kena pikul tiap masa punnn. hikhikhik. ;)) kecualiii bila bunga dah besar sikit nanti, bila dia dah start pandai berdiri tarik-tarik barang segalaaaa, confirmmm aku akan pertimbangkan celah mana pulakkk aku nak letak benda alah niii. kang jatuh berderai hempap anak aku mau aku terjun lombong menyesali keranamu sekeping papan besi. hihiiii. haa korang punya fridge magnet tampal manaaaa? dah penuhhh dahhhh pintu peti aisss? ;) kalau belum jommm kita sambung berjalan hanya semata-mata untuk penuhkan pintu peti ais. mueheheheh :p






April 10, 2015

nadiafarahida dalam Harian Metro

korang rasa kalau tiba-tiba korang diberi peluang untuk masuk surat khabar keee, majalah kee ape-ape je la tak kesah walau sekelumit muka, agak-agak korang akan terima kee akan tolak? mustahillllllllllllll korang akan tolakkkkkkk kennn. :p *sambil kelip-kelip mataaa hihihi. haaaa sama jugak dengan akuu. :p walau kadang aku rasa mungkinnnn ada yang dah start berbuluuuu tapiiii dah nak buat macam manaaa, orang offer akuu. takkan aku nak tolak muehehe. ;p lainlaaa kalau aku yang terhegeh-hegeh pegi cari dorang untuk offer diri. hihi :)

asalnya wartawan Harian Metro contact aku melalui email. oleh disebabkan jadual masing-masing terlalu packkk dan masa tidak mengizinkan untuk interview secara depan-depan, interview soal jawab dalam telefon pun bolehhh kikiki :p


sebenarnya cerita ni dah basi sangattt dahhhh cuma aku je baru nak publish dekat blog sini sebagai kenang-kenangan. :) agak-agak korang dah muak, meh sini aku tolong tadahkan muak korang. sweetttt gituewww :p kikikii. ok berbalik kepada cerita masa hari mula-mula cerita ni keluar dekat surat khabar, haa aku langsung tak diberitahu cerita ni akan keluar bilaa tarikh apaa sekian sekian takdeeee. T__T sampaiii la satu pagi, ada sorang reader blog merangkap customer whatsapp aku,


terus macam ehhh kak zura ni biar betulllll, salah orang kottt sebab takde pulak wartawan tu inform aku pape. (-__-') kok ye punnn inform la sepatah dua ye dakkk. T__T atleast boleh la aku terus keluar rumah makeup tebal pat inci sambil buat lambaian ratu konon-konon bajet orang akan mintak sign aku keee. :p HAHAHA. hoii kaw ingat orang kesah kaw nak masuk paper pat hari pat malam pun nadia? hover tauuu. muahaha. haa terus seram sejuk badan aku time ni. belum sempat suruh syafiq keluar pegi beli paper, sekali naik notification dari abang man dekat facebook, 


makkk aiiiii, berderauuuu darah aku. segannyaaaaaaaaa. (-__-') sooo sweettt tauu abang man ni. terharu gile rasaaaa. nasib bukan muhrim, kalau tak jumpa nanti aku dah main laga-laga pipii. kikiki :p thank you soo much abg man. nadia pun tak tauuu rupa gini story yang keluarnyaaaa. :p terus suruh syafiq pegi beli paper. hihihi. 


benda pertama selepas aku tau cerita dah publish di surat khabar, terus aku call mama papa suruh pegi beli surat khabar jugak. ;) macam mana ehh, susahnyaa lahai describe perasaan ni. (-__-') setiap kali masuk surat khabar keee, majalah ke, ape-ape je la melibatkan publisiti media sosial, takde benda lain yang terlintas dalam hati sanubari aku selainnnnnn perkataan ni, 'kakak harap mama papa bangga ada anak macam kakak.' tu je. T__T kaw takkan dapat rasa betapa hancurnya hati aku time tengok reaksi mak ayah aku masa terima result SPM aku suatu masa dulu sedangkan dorang letak harapan tinggi kottt. T__T sebab hancurnya sekeping hati tulahhh buatkan siapa aku sekarang. dari situ aku didik hati, kalau duluu aku pernah kecewakan mak ayah aku sebab tak dapat sambung belajar ke luar negara, aku harap setiap kaliii mak ayah aku tengok muka aku dalam surat khabar atau majalah mampu buat mereka bangga, eh anak saya niii. itu dah cukup lebih dari segalanya bagi seorang anak. T_T 

aku kadang pun tak sangka dari blog aku boleh pegi sejauh ni. rezeki kan, Allah dah aturkan setiap perjalanan hidup kita secantik yang mungkin. jatuh bangun sebuah kehidupan dan dari sebuah kejatuhan tu la yang akan membuatkan kita semakin matang. :) wallahiii ikhlas dari hati aku, terima kasih semuaaaa pembaca blog nadia, terima kasih semua yang mengenali nadia. :) ewahhhhh over kemahinnn speechhhh, gaya macam menang award oskar gituuueww HAHAHA. ;P i love you to the moon to the skyy to the ocean to the star and come back to the earth dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung kikikikiki. okbaiii semuaaaaa. :p 

 

March 10, 2015

nadiafarahida dalam majalah Harmoni

haiii semuaa. ;) ehhh lamanyaaa tak update blog. berkurun dah rasa. sorryyyyy. :p mihmihmih. sebenarnya aku dalam proses menstabilkan pembahagian masa. asyikkkkkkkkkkk laaa kaw membongak nadiaaaa dari dulu tak pernah-pernah nak stabil masa aku. HAHAHA. :p haa ada sape-sape beli Majalah Harmoni bulan lepasss? haahh bulan lepasss punyaa. (-__-') huhuu. bulan lepas punya cerita tapi hari ni baru hegeh-hegeh nak bagitauuu. kikikiii. alaaaa takpee, bukannya penting sangatt punnn kennnn. :p ni harmoni yang cover depan dia muka Lisa Surihani. keluaran 15-28 Februari 2015. ehhh kalau takdeee takpeee. ;) aku sajeee cerita dekat sini untuk kenangan peribadi aku. hihi


asalnya wartawan majalah harmoni ni contact aku 24hb december lagi untuk dorang shoot keluaran Januari tapi oleh disebabkan time tu aku busyyyyy gilee banyak urusan kena settle down, aku hold dulu dan postponekan ke keluaran seterusnyaa. 


dorang datang berdua je time ni. sorang kak Huda yang bahagian interview aku, sorang lagi adik cantik photografer ni sorryyyyyyyyyy akak lupa nama. huhuu ;)
 
lalu selepas beberapa minggu, maka terhasillahhhhh hasil kerja dorang. hihii ;)



sebenarnyaa, memiliki sebuah kediaman condominium di tengah bandar Kuala Lumpur tak pernahhhh ada dalam senarai impian aku kecik-kecik dulu. (-_-') tapi aku sentiasa percaya, Allah dah aturkan setiappp perjalanan rezeki hidup kita secantik yang mungkin. berusahalah. rezeki takdenya dia datang bergolek. ;)) 

kitorang beli rumah ni dari sebuah rumah yang hancur. tak cantik. rumah second hand kannn. bukannya beli beli dah wahhhh bestnyaaa cantik! takkkkkkkkk takkk. ;) pelan pelan kayuhhh. semuaaa bab-bab dekorasi rumah korang boleh tengok dekat link ni ye, semuaaa aku cerita sini. Tip Dekorasi. :)

dannn ohh ye kalau korang perasan, muka syafiq takde dalam majalah Harmoni ni. :P sorryyy daddyyy. bunga dah take over. mihmihmih. ;)) sepatutnyaa syafiq pun ada time shoot untuk majalah ni tapi last minit dia ada meeting. so aku proceed je laaa walaupun tanpa syafiq. janji anak binti syafiq ada. kikikiiii ;p

 
thank you kak huda dan semua team Majalah Harmoni. ada job roger nadia lagi ehhh ;p muehehehe


October 21, 2014

Wall of fame :p


oiii kemainn tajukkkkk, wall of fameee lah sangattttt mihmihmih. ;)) kaw ingat kaw artisssss nadiaaa nak fame fame segalaa? :p sebenarnyaaaa, sepanjang aku hidup, tak pernah terlintasssss pun walau seinci dalam kepala aku akan masuk surat khabar kee, masuk tv kee, masuk majalahh kee tak pernahhh. sebab rasa macammmmm emmm macam mana eh nak cakap, heyyy kaw biar betullll. jangan nak berangan lebih sangatlah. :p 

sampaiii la satu ketika wartawan anjung seri kott rasanya yang pertama approached aku untuk interview pasal rumah. haaaa time tu aku dah menggelupur rasa nak pitam patharipatmalam. kuikuikui. :P bila orang jakun dapat masuk majalah, haruslah aku framekan beso-beso drill dekat dinding rumah akuuu. alaa rumah aku je punnn. biarlahh aku berangan seindah kayangan sampai kebulan sorang-sorang HAHAHAHA. ;)) lainnnn la kalau aku drill tampal dekat dinding papan kenyataan condominium ni tu dah sawan namanya. :p kahkahkah. mula-mula aku rasa macam ehh poyonyaaaaaaa siap nak tampal dekat dinding segala tapii ye la, laki aku spesis melayan jee. :P kesiannn tengokk bini dia tak pernah masuk majalah kan. ye sayang kita tampal yeee. HAHAHAHA. sekali tak sangka pulak dari hanya majalah anjung seri dia merebak sampai ke utusan, mingguan wanita, wanita hari ini dan lain-lain. sedar-sedar dah penuh dinding rumah aku. HAHAHAHA. pasrah laaaa nak. mak memang dilahirkan teruja setiap masa. :p


pada asalnya kitorang just tampal frame-frame hitam ni je yang mana frame hitam ni la semuaaaa koleksi sepanjang kitorang pernah featured dalam sebarang majalah ke surat khabar ke tapiiii bila dah ada anakkk ni, tibe-tibe datang idea nak buat bahagian anak pulakkkkk. :p jadi untuk bunga kita buat pakai warna merahhhhh supaya lebih berseri gituewww. ;)


maka terhasil lah wall of fame untuk bunga jugakkk hikhikhik ;) cuma dinding frame bunga ni betul-betul dinding menghala ke toilet. jadi setiap kali orang nak masuk toilet mestiii terpaksa tengok muka bunga dulu dengan harapan lancarlah segala proses pembuangan nanti. HAHAHA. ehh haa aku baru perasan, dah lamaaaa kan aku tak berkongsi cerita pasal dekorasi ni. asyikkk pasal bunga jee hari-hari hihihi. banyakkkkkkk benda sebenarnyaaa aku nak cerita tapi nantilahhhhh. :p mak busy menyesuaikan diri. seronok rupanya jadi mak orang ni. hihihi. ;))


July 02, 2014

dekorasi ruang tamu

lamanyaaa tak cerita pasal dekorasiiii. boleh tak hari ni aku nak sambung cerita pasal deko-deko? hihi ;) asyik cerita pasal anakkk jee kang orang kematu nak baca blog aku. muahaha ;) ok hari ni aku nak cerita pasal dekorasi ruang tamu. sebenarnya rumah aku ada dua ruang tamu. satu ruang tamu untuk kitorang melepak tengok tv, satu lagi ruang tamu yang jarang guna sebab jauh sikit dari TV. tapiiii kalau kalau datang peel malas aku, ruang tamu yang jauh sikit dari TV ni akan jadi tempat pengumpulan gunung ganang baju yang belum dilipat muahahaha. ;p haa ni la ruang tamu yang jauh sikit dari TV tuuu. 


dulu ramai yang pernah tanya aku pasal sofa L-Shape merah ni. korang boleh baca dekat entry ni ehhh. aku pernah share sebelum nii. manakala untuk satu lagi ruang tamu, aku pilih warna malap-malap sikit sebab nama lagi ruang tamu untuk family kann. bila malap-malap ni tenangg je tengok tv sambil baring-baring huhuuu. :D


untuk ruang tamu sofa hitam ni, aku banyak bermain dengan warna warni sebab kang kalau semua malap, kelam hidup aku bosan tak berseri. :P huhu. sebenarnya tip aku senang je, sebelum aku beli ape-ape perabot untuk rumah aku dulu, pemilihan warna perabot adalah bergantung pada warna dinding. contohnya, sebelum aku beli sofa hitam ni, aku aim siap-siap dulu dinding ni nanti warna apa. ok aku pilih warna kelabu. bila dah set dalam kepala nak warna kelabu, aku akan imagine warna apaaa yang boleh masuk dengan warna kelabu. dalam kepala aku masa ni sofa yang sesuai dengan dinding warna kelabu antara merah, putih atau hitam. tu jee. putih senang nampak kotor, merah dah ada untuk ruang tamu lagi satu. jadi tinggal hitam jeee. ok deal dinding warna kelabu, sofa hitam. bila gabungkan bersama, dia nampak cantikk tapiiii macam tak berseri sangattt sebab dua dua warna macam dullll je. T___T sebab tuuuu laa frame gambar yang sangatttt bewarna-warni macam tadika tu memainkan peranan untuk menaikkan seri untuk ruang tamu niiii. :P hihihi. cuba bayangkan aku pasang frame hitam atau putih jugak. oiiiiiii kelammmm. T__T tapi bergantung pada taste masing-masing la. taste aku memang macam tadika sikit. mihmihmih. 



untuk sofa hitam ni, aku memang sengaja pilih yang jenis recliner boleh bukak tutup ni sebabb senang boleh duduk sambil berlunjur kaki konon macam selesa sangatttttt laa siap boleh baring-baring segalaaa :p time sakit pinggang asyik duduk je, terus tarik button recliner dia. agak-agak dah tak sakit pinggang boleh tutup balik dan kembali kepada bentuk asal gituuuuewww :p agak-agak nak selesa lagi baik kaw amek bantal baringgg je dekat bawah nadia tak payah nak recliner sangatttttt lahhh muahaha. ;)) haa jangan tanya aku berapa harga sofa hitam ni tauuu sebab dah lupaaa. (-__-') tapi seat dia jenis 3+1 je. bukan 3+2+1. asalnya dia 3+1+1. tapiii oleh disebabkan space ruang tamu ni ngam-ngammm je dengan 3+1, jadi lagi 1 kerusi lebih aku bagi dekat kawan aku. huhu ;) ok tu je pembelajaran pemilihan warna sofa kita untuk harini, selamat berdekorasi koranggggggg. ;))


February 06, 2014

Harga built in TV Cabinet

dalam banyak-banyak major renovation dekat rumah kitorang, built in tv cabinet adalah antara projek paling lasttttt ada dalam kepala aku sebabbbbbb rak tv asal memang dah sedia ada jadi buat lambat-lambat sikit pon takpe kotttt. :) lain la kalau tv tu tersadai je atas lantai kannn. lagipon tv kitorang biasa-biasa jewww. lain laa kalauuuu tv led 52 inci keee, touch screen tv keee mihmihmih. :P kalau ikutkan perancangan asal, kitorang nak beli tv baru dulu baruuuuuu buat built in tv cabinet tapi rasa macam membazir pulak sebab tv kan dah ada cuma kecik jeww. T_____T jadi kita pakai je la dulu apa yang adaa jangan membazir. hihi. kita buat yang belum ada jeww muahahaa :P

sebenarnya built in tv cabinet ni aku buat sama-sama dengan mini office dalam masterbed room hari tu. sehari pasang mini office, sehari pasang built in tv cabinet. untuk mini office korang boleh refer dekat entry ni ye, dekorasi dan kos membina pejabat di rumah

so untuk built in tv cabinet ni, meh aku tunjuk keadaan sebelum ye :p



dan ni gambar selepas wiiiiiii~ ;))



ohhh sorryyy, versi malam tak berapa nak clear sangattt sebab amek gambar dalam gelap kannnnn. ni cuma nak tunjuk, lampu biru belakang tv board tu dah termasuk sekali dengan pakej harga yang aku bayar dekat Jeff. dia sebenarnya ada macam-macam warna. ada warna kuning, ada warna putih, ada warna biru. aku pilih warna biru sebab downlight rumah aku dah warna putih, lampu syiling dah warna kuning. so kita pilih warna yang belum ada. hihihi.



haaa ni versi siang hari. sebenarnya dalam contoh gambar asal takde pon tiang seri dua batang dekat sebelah rak tv tu tapi aku saje gatal suruh jeff tambah konon-konon dengan harapan nampak lagi smart aaaaa mihmihmih. :p tapi oleh disebabkan tiang tu warna putih, dinding ruang tamu aku memang sedia asal warna putih, jadi tiang tu tak berapa nak nampak sangat. nanti la ada masa upah orang cat ruang tamu balik. buat masa sekarang i is pemalas sebab lagi suka tidur dari buat kerja. :P nak nak kerja kemas rumah huhuuu :p 

bawah tv gantung tu ada 3 drawer kan. kanan kiri warna putih. tengah-tengah warna hitam. semua boleh bukak cuma yang warna hitam tu material dia kaca. haaa kebanyakan built in cabinet dekat rumah aku ni aku banyak bermain dengan warna hitam putih je sebab nampak moden dan senang nak matchingkan dengan apa-apa dekorasi contohnya kabinet dapur, mini office, bilik air, tv kabinet ni. haa senang cakap majoriti tema rumah aku hitam putih la huhu. 

ni adalah projek ketiga hasil tangan Intech Kitchen dekat rumah aku. yang first kitchen kabinet, second mini office dalam masterbed room. haaa nampak tak betapa puas hatinya aku dengan hasil kerja dorang. aku kalau tak berkualiti, takdenya aku nak hire banyak-banyak kali. harga dia setaraf dengan kualiti yang dorang providekan. lagipun ada warranty dan customer servis dorang memangggg tiptop. jeff sangatttttt menjaga customer dia. tu aku paaaaaling suka! :) 

untuk built in tv cabinet dekat rumah aku ni, aku dapat harga RM4000 siap sume. kalau korang nak sebijik sejibon macam aku punya, nanti korang bagitau jeff eh. takpon dari sini korang dah boleh buat anggaran kasar berapa duit korang kena sediakan kalau nak buat rak tv pasang siap. dia lain ukuran lain harga, lain pattern lain harga. haa senang cite korang contact je dorang terus. jangan tanya aku, aku tak tauuuuuuu. hihihihi :p

ok dahhh, pergi order sekarang. :))




0126252528 / 03-87243528



atau boleh pegi terus ke showroom dan kilang dorang di, 



47, Jln Mega 1A, Tmn Industri Mega, 43500 Kajang.




December 06, 2013

dekorasi dan kos membina pejabat di rumah

sebenarnya dah lamaaaaa aku planning nanti bila ada rumah sendiri, konon nak ada office sendiri dalam rumah kemainnnnn hewhewhew. :P impiann sahngatttt. tapi renovation rumah ni tak boleh la kaw nak buat sekaligus sekelip mata semua terus siap tiptop kann sebab duit ni kalau habis, dia bukan boleh main petik-petik je macam petik daun kehkehkeh. ;p

jadi kitorang pon buat la step by step slow-slow. awal-awal masuk rumah dulu, kitorang siapkan yang major punya renovation dulu. lepas tu baruuu simpan duit balik untuk buat yang minor-minor ni. untuk mini office, aku prefer buat dalam bilik tidur kitorang sebab lebih private and confidential gituuewww :P dah nama pon mini office, dah tentu-tentu semua dokumen-dokumen yang penting hidup dan mati semua disimpan dekat sini kannnn. ;) tapi takde la mini office skema sangat macam pejabat-pejabat dah rupa sebab kadang syafiq suka je pasang movie apa-apa dekat pc sambil baring atas katil. jadi menyenangkan kerja aku laki bini, kita pasang je dalam bilik. :)

ni rupa asal space untuk buat mini office. betul-betul sebelah toilet. hihihi.



dan ni lakaran masa jeff datang ukur hari tu. 



bulan lepas rasanya dorang datang ukur dan bagi harga semua. bila kaw buat benda yang built-in ni, kaw kena ada kesabaran yang tinggi sebab selalunya, dorang memerlukan 14 hari untuk menyiapkan sesuatu tempahan berdasarkan permintaan kita. 14 hari jewww aku sangguppp janji cantikkk. hihiihii. lain la kalau pergi beli dekat kedai perabot kannn. hari ni beli, esok lusa dah tentu boleh dapat tapiiiiiii, kadang kalau beli yang dah siap, aku risau bab ukuran dia. tak ngam-ngam orang cakap. kalau tempah macam ni, dah tentu-tentuuu dia akan buat ikut space rumah kita dan percayalah, kualiti Intech Kitchen memangggg tip-top. aku kalau tak bagus, memang takkkk la aku rekemennn. dalam banyak-banyak company yang aku berurusan sepanjang renovation rumah, Intech Kichen punya kerja aku paaaaling puas hati. starting dari dorang buat kitchen kabinet dekat rumah aku lagi. 

dan ni hasil dia. gambar selepas wiiiiii ;))





antek takkkkkkkkkkkkkkkk? ;)) yeayyy! haa sebelum ada orang email aku tanya berapa ketinggian kelebaran aku punya ni semua meh aku cakap siap-siap. untuk aku punya mini office, ketinggian dia adalah 7 kaki setengah dan kelebaran dia adalah 7 kaki. tema dia sepenuhnya warna putih sebab warna putih senang nak mix and match dekorasi dia nanti :)) 

aku tak pasti kalau ukuran lain jeff kira berapa harga tapiii yang aku punya ni, dorang bagi best price RM2200. nak kata mahal sangat pon tak, nak kata murah sangat pon tak. ni standard price laa orang cakap selepas banyakkk tempat aku dah survey tapi aku tetap pilih buat dengan Intech Kichen sebab kualiti dorang tiptop dan dorang sangattttt menjaga customer. percayalah. 

kalau korang nak tempah, aku tak pasti berapa harga sebab keluasan mungkin tak sama tapii sekurang-kurangnya, korang dah boleh buat anggaran kasar kannnn. ;) ok dahhh, pergi order sekarang. :)) jadi, kalau korang berminat nak tempah, korang terus deal dengan Intech Kitchen dekat sini ehhh. 

0126252528 / 03-87243528

atau boleh pegi terus ke showroom dan kilang dorang di, 

47, Jln Mega 1A, Tmn Industri Mega, 43500 Kajang.


jangan tanya akuuuu, aku tak tauuu. :P aku tau harga rumah aku jeww hihihi ;)) 

December 04, 2013

again. rumah sedang dipecahkan. T____T

aku bab-bab dekorasi ni memang in love habissss wa cakap luu tapiiii kalau bab nak mendeko rumah sendiri, suka tu sukaaaa tapiii, untuk mendapatkan sesuatu yang cantik, kita kena lalui sesi memecah rumah terlebih dahulu T___T bab ni aku paaaaaaling tak sanggupp huwaaaa. 






jadi alang-alang sesi memecah rumah macam kapal pecah, aku lebih suka pecahkan sekaligus kuikuikui. contohnya planning asal aku adalah nak buat built in tv kabinet je tapiii bila pikir-pikir balik, sekaligus kan je laa buat mini office sekali senanggg. nanti senang lori sekali datang je. dorang pon sekali pasang je. aku pon sekali kemas jeee. kannnn. aku spesis suka betul perabot-perabot yang jenis built in sebab dia akan buat macam apa kita nak dan ukuran tu nanti ngam-ngam dengan keluasan rumah aku yang tak seberapa ni. :) kalau beli yang dah siap, kadang ada yang terlebih kecik, kadang ada yang terlebih besar. jadi alang-alang buat, biar puas hati orang cakapp sebab benda built in sekali je seumur hidup pelaburan dia mihmihmih. :P takde nya aku buang tebiat setiap tahun nak tukar macam katil dalam bilik aku asal bosan tukar, asal abis posisi kita tukar katil baru je la banggg kohkohkoh :P 


untuk hari ni, sekarang dorang tengah settlekan mini office yang tak seberapa dalam bilik dulu. kalau sempat siap, dorang terus buat kabinet tv. kalau tak sempat, esok la jawabnyaaaaa. T_____T i is pasrahhhh dua hari kena kemassss huwaaaaaa. ada sape-sape tengah planning nak buat meja komputer ke, mini office ke, kabinet tv? nanti aku share dengan korang the best company ever ni ehhhh. harga best, hasil kerja tiptop, kualiti mavelossss. ni company yang sama aku buat kitchen kabinet hari tuuuuu. :) nantiii ehhhhhh.


August 03, 2013

peniaga cina VS peniaga melayu

sepanjang aku hidup, bila berkecimpung dengan dunia perniagaan, kita boleh kenal yang mana betul-betul berniaga untuk jangka masa panjang atau berniaga janji asal cukup makan tapi perut kaw yang kenyang sorang. T___T tak dinafikan berbisnes babe dah tentu-tentu ada turun naik dia. takkan semedanggg kaw mencacak naik kennnn. ;)

tapiiiii, dalam banyak-banyak part tentang urusan perniagaan, kita takleh lupaaa. kadang dalam rezeki kita ada rezeki orang. jangan kedekut babeee. berkira sangat pon tak boleh jugak. yeeee betul semua orang nak jadi kaya dengan cepat tapiii, korang jangan lupaa. makin banyak kita memberi, mestiiiii lagi banyak kita terima. cuma mungkin dia datang dalam cara berbeza dan cepat atau lambat je tempoh masa diaaa. semoga luahan ni terus mengingatkan aku dan korang semua, kadang bila kita kat atas, kita akan lupa sapeeee yang tolong kita semasa kita sedang naik ke atas ituewww. :) takde nyaaa orang lahir-lahir ehh ehh, dah kat atas dahhhh :p melainkann kaw anak orang kaya duit tak habisss. haaaa tu aku surrender, tapi bak laaa seketul duaa :p mihmihmih. ;)

to be honest, antara perniaga melayu dengan peniaga cina, jauhhhh aku lagi suka bekerjasama dengan peniaga cina. selama-lama aku hidup, aku tak pernah jumpa orang cina kategori tengah-tengah. takde. dorang samaada baikkk betul-betul atau jahat betul-betul. dorang xde stok yang buat-buat baikk kee, kadang hari ni je baik esok jahat pulak kee xdeeee. ni pengalaman aku laaa. pengalaman korang aku tak tauu sorryy. :) dalam ramai-ramai kawan-kawan cina yang aku ada, so far belum ada yang spesis bercakap gebanggg tak nak kalah pathari pat malam tak habiss tapiii kalau peniaga melayuuu haaa sudahhh, berlambakkkk okkk termasuk la akuuu. ;)) muahahaha. kenapaaaa ehhhh. kesian kannn. melayu ni senang betul lupa diri. nadia nadiaaa. istigfarrrrr nadia istigfarrr ;P 

dan sepanjang-panjang aku berkecimpung dalam dunia blogger ni, aku pon tak sangka dari blog kita boleh dapat duit. rezeki Allah dah bagi melimpah ruah babee kanan kiri hasil gaji kais pagi makan pagi laki bini takkan tu pon tak cukup lagiii. (-___-') sungguhh. aku buat blog bukan sebab duit. takkkk. dah memang minat aku menulisss berceritaa segala tiba-tiba ada ramaiiiii orang offer apa-apa yang datangnya dari blog. haa kalau ada yang sudi memberi bukan ke tu namanya rezeki ;) takkan kita nak tolakk ye tak? :p



sebelum ni ramaiii yang tanya aku tentang dekorasi, kos pengubahsuaian rumah termasukla kos buat kabinet dapur dan kos buat cermin dinding besar. haaa dua ni paaaaling ramai orang tanya.


dengan gembira aku kongsi pengalaman aku dekat blog siap buat entry semuaaa dengan harapan, semoga membantu korang dimasa akan datang sebab time aku buat dulu, aku pon nak yang terbaik untuk rumah kitorang. dan aku pikir korang pon mesti nak benda yang sama. tapi wallahi aku tak pernah duga, hanya dari entry perkongsian blog cabuk aku tentang pengalaman sepanjang aku berkecimpung bercerita tentang pengalaman aku menghias rumah kitorang, cukup membantu beberapa syarikat itu terus berdiri teguh. dan aku paaaaling speechless, dorang tak pernah lupa sedangkan aku tak pernah tahu, akan ada bahagian untuk aku. T____T thank youuu semuaaaaaa (-___-')

kesimpulannya, kalau kaw tanya aku, antara peniaga melayu dengan peniaga cina yang mana aku lagi suka bekerjasama, dahhhhh lamaaaa aku jawab aku pilih peniaga cina. tak cakap banyak. tiba-tiba dapat hasil. ni ikhlas dari hati aku bukan sebab ada sesetengah company bagi commission itueww tauu jangan macam-macam hahaha. tapi sebab dorang memang boleh buat kerja. tapii bukanla semua peniaga melayu mengchoiiikan kannn. ada jeee yang baik bagus budi bicara pandai jaga hubungan dengan pelanggann. :) cuma aku perasan, ada sorang tinggal komen dekat blog aku, 



korang ada pengalaman? cer citeee. mana tauuu boleh shareee jadikan panduan kannn. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...