Lazada Malaysia

Showing posts with label featured in. Show all posts
Showing posts with label featured in. Show all posts

April 29, 2015

Photoshoot model testimoni Ephyra :)


haiii semuaaaa ;)) kemainnnn kannn tajuk entry akuuu hari ni. :p rasa macheamm heyyyy poyonyaaa kaw nadiaaaaa tapi lantakkk :p aku nak cerita jugak dekat sini untuk kenang-kenangan. kaw ingat senangggggg orang nak approach kaw untuk jadi model kalau agak-agak muka macam kapal pecah. T__T nak nak kalau muka macheamm aku. (-__-') kapal tu bukan takat pecah jeee, siap karam lagii dahhhh. mueheheh :p so haruslahhhhh aku sedikit teruja dan terharuuu :p


masa bulan februari hari tu, pihak Oceanlife Marketing selaku pengeluar Ephyra ada approach aku untuk jadikan aku sebagai model testimoni dorang. kalau korang dah lama baca kisah perjalanan hidup aku dari penulisan blog aku sini, korang mestiiiiiiiiii tahu aku antara berjuta pengguna tegar Ephyra bermula time awal-awal dorang dikomersialkan lagi. seingat aku firstttt time aku guna produk Ephyra adalah pada 29.7.2013. dan dekat bawah ni korang boleh baca pengalaman ikhlas aku sepanjang aku menggunakan Ephyra. :)

29.7.2013: Sana sini Kolagen EPHYRA :)  
27.8.2013: Ephyra sangattttt berkesan :)  
30.9.2013: EPHYRA sangatttttttt bestt! :)  
7.11.2013: Majlis Makan Malam EPHYRA bersama Memey Suhaiza & Norman Hakim :) 
2.1.2014: mengandung sebab Ephyra?  
23.4.2014: EPHYRA terbukti berkesan :)


dalam banyak-banyak entry perkongsian aku sepanjang menggunakan Ephyra, entry mengandung sebab ephyra? antara entry yang ramaiiii gileee orang mesej aku tanyaa betul keee aku mengandung betul keeee. dah memang betullll aku mengandunggggg yang mana sepanjang aku tak tau pun aku sedang mengandung, aku tak amek sebarang ubat-ubatan punnn kecuali Epyhra dan jamu ketat nenek moyang akuu :p tuu jeee. jadi kalau korang tanya aku, yesss. Ephyra sangattttt membantuuu. jadi bila pihak Oceanlife Marketing tanya sudi tak bekerjasama dengan pihak Ephyra, jangan cakap tapak tangan, dengan tapak-tapak kaki sekali dan semua tapak yang ada nadia tadahkannnn. mihmihmih ;)


beberapa ketul gambar disebalik tabir. ;)




kenalkannnnn, ini innanie ariffin selaku Marketing & Communication Executive Oceanlife Marketing. 


dan kenalkannnnnn, inilah kak miza CEO Oceanlife Marketing. cantikkannnnn. ;) satu sikap yang aku dari duluuuuu respect kak miza, walau setinggi mana dia terbang, dia tak pernahhhh sombong. kalauuuu aku dekat tempat dia, belum tentuuu aku tak takbur. muka cantik, poket tebal, mustahilll aku tak riak muahahahaha :p


dan inilahhhh hasilnyaaaaaaaaaaaaaa, taraaaaaaaa. ;))

 
kalau dekat ig berderu-deruuu dahh orang tag aku. dari hari pertama pihak ephyra2u post gambar ni sebagai testimoni sampaiii laa ke hari ni boleh dikatakan semuaaaa dealer-dealer ephyra repost gambar nii. mula-mula macam makkk aiii, segannyaaaaa. (-__-') tapi takpelah, bukan orang kenal aku punnn hewhewheww :p nanti kalau tiba-tiba korang ternampak dekat surat khabar keee, majalah kee tv mana-mana keee pasal testimoni aku ni, kalau ada sedara mara korang yang kurang percaya dengan iklan tersebut, suruh dorang khatamkan kisah mengandung aku okkkk ;p kihkihkih. 




terima kasih naniee, terima kasih kak mizaaa, terima kasihh pihak Oceanlife Marketing sebab sudi bekerjasama dengan nadiaaaa. ;) nanti kalau ada project baru jangan lupaaa roger nadia lagii ehhh. hihihi. jemput minum ephyra semuaaaaaaaaaaa. ;)



credit photo studio sepenuhnyaaa hakmilik Oceanlife Marketing. :) thank you boss ;)

 

April 10, 2015

nadiafarahida dalam Harian Metro

korang rasa kalau tiba-tiba korang diberi peluang untuk masuk surat khabar keee, majalah kee ape-ape je la tak kesah walau sekelumit muka, agak-agak korang akan terima kee akan tolak? mustahillllllllllllll korang akan tolakkkkkkk kennn. :p *sambil kelip-kelip mataaa hihihi. haaaa sama jugak dengan akuu. :p walau kadang aku rasa mungkinnnn ada yang dah start berbuluuuu tapiiii dah nak buat macam manaaa, orang offer akuu. takkan aku nak tolak muehehe. ;p lainlaaa kalau aku yang terhegeh-hegeh pegi cari dorang untuk offer diri. hihi :)

asalnya wartawan Harian Metro contact aku melalui email. oleh disebabkan jadual masing-masing terlalu packkk dan masa tidak mengizinkan untuk interview secara depan-depan, interview soal jawab dalam telefon pun bolehhh kikiki :p


sebenarnya cerita ni dah basi sangattt dahhhh cuma aku je baru nak publish dekat blog sini sebagai kenang-kenangan. :) agak-agak korang dah muak, meh sini aku tolong tadahkan muak korang. sweetttt gituewww :p kikikii. ok berbalik kepada cerita masa hari mula-mula cerita ni keluar dekat surat khabar, haa aku langsung tak diberitahu cerita ni akan keluar bilaa tarikh apaa sekian sekian takdeeee. T__T sampaiii la satu pagi, ada sorang reader blog merangkap customer whatsapp aku,


terus macam ehhh kak zura ni biar betulllll, salah orang kottt sebab takde pulak wartawan tu inform aku pape. (-__-') kok ye punnn inform la sepatah dua ye dakkk. T__T atleast boleh la aku terus keluar rumah makeup tebal pat inci sambil buat lambaian ratu konon-konon bajet orang akan mintak sign aku keee. :p HAHAHA. hoii kaw ingat orang kesah kaw nak masuk paper pat hari pat malam pun nadia? hover tauuu. muahaha. haa terus seram sejuk badan aku time ni. belum sempat suruh syafiq keluar pegi beli paper, sekali naik notification dari abang man dekat facebook, 


makkk aiiiii, berderauuuu darah aku. segannyaaaaaaaaa. (-__-') sooo sweettt tauu abang man ni. terharu gile rasaaaa. nasib bukan muhrim, kalau tak jumpa nanti aku dah main laga-laga pipii. kikiki :p thank you soo much abg man. nadia pun tak tauuu rupa gini story yang keluarnyaaaa. :p terus suruh syafiq pegi beli paper. hihihi. 


benda pertama selepas aku tau cerita dah publish di surat khabar, terus aku call mama papa suruh pegi beli surat khabar jugak. ;) macam mana ehh, susahnyaa lahai describe perasaan ni. (-__-') setiap kali masuk surat khabar keee, majalah ke, ape-ape je la melibatkan publisiti media sosial, takde benda lain yang terlintas dalam hati sanubari aku selainnnnnn perkataan ni, 'kakak harap mama papa bangga ada anak macam kakak.' tu je. T__T kaw takkan dapat rasa betapa hancurnya hati aku time tengok reaksi mak ayah aku masa terima result SPM aku suatu masa dulu sedangkan dorang letak harapan tinggi kottt. T__T sebab hancurnya sekeping hati tulahhh buatkan siapa aku sekarang. dari situ aku didik hati, kalau duluu aku pernah kecewakan mak ayah aku sebab tak dapat sambung belajar ke luar negara, aku harap setiap kaliii mak ayah aku tengok muka aku dalam surat khabar atau majalah mampu buat mereka bangga, eh anak saya niii. itu dah cukup lebih dari segalanya bagi seorang anak. T_T 

aku kadang pun tak sangka dari blog aku boleh pegi sejauh ni. rezeki kan, Allah dah aturkan setiap perjalanan hidup kita secantik yang mungkin. jatuh bangun sebuah kehidupan dan dari sebuah kejatuhan tu la yang akan membuatkan kita semakin matang. :) wallahiii ikhlas dari hati aku, terima kasih semuaaaa pembaca blog nadia, terima kasih semua yang mengenali nadia. :) ewahhhhh over kemahinnn speechhhh, gaya macam menang award oskar gituuueww HAHAHA. ;P i love you to the moon to the skyy to the ocean to the star and come back to the earth dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung kikikikiki. okbaiii semuaaaaa. :p 

 

March 10, 2015

nadiafarahida dalam majalah Harmoni

haiii semuaa. ;) ehhh lamanyaaa tak update blog. berkurun dah rasa. sorryyyyy. :p mihmihmih. sebenarnya aku dalam proses menstabilkan pembahagian masa. asyikkkkkkkkkkk laaa kaw membongak nadiaaaa dari dulu tak pernah-pernah nak stabil masa aku. HAHAHA. :p haa ada sape-sape beli Majalah Harmoni bulan lepasss? haahh bulan lepasss punyaa. (-__-') huhuu. bulan lepas punya cerita tapi hari ni baru hegeh-hegeh nak bagitauuu. kikikiii. alaaaa takpee, bukannya penting sangatt punnn kennnn. :p ni harmoni yang cover depan dia muka Lisa Surihani. keluaran 15-28 Februari 2015. ehhh kalau takdeee takpeee. ;) aku sajeee cerita dekat sini untuk kenangan peribadi aku. hihi


asalnya wartawan majalah harmoni ni contact aku 24hb december lagi untuk dorang shoot keluaran Januari tapi oleh disebabkan time tu aku busyyyyy gilee banyak urusan kena settle down, aku hold dulu dan postponekan ke keluaran seterusnyaa. 


dorang datang berdua je time ni. sorang kak Huda yang bahagian interview aku, sorang lagi adik cantik photografer ni sorryyyyyyyyyy akak lupa nama. huhuu ;)
 
lalu selepas beberapa minggu, maka terhasillahhhhh hasil kerja dorang. hihii ;)



sebenarnyaa, memiliki sebuah kediaman condominium di tengah bandar Kuala Lumpur tak pernahhhh ada dalam senarai impian aku kecik-kecik dulu. (-_-') tapi aku sentiasa percaya, Allah dah aturkan setiappp perjalanan rezeki hidup kita secantik yang mungkin. berusahalah. rezeki takdenya dia datang bergolek. ;)) 

kitorang beli rumah ni dari sebuah rumah yang hancur. tak cantik. rumah second hand kannn. bukannya beli beli dah wahhhh bestnyaaa cantik! takkkkkkkkk takkk. ;) pelan pelan kayuhhh. semuaaa bab-bab dekorasi rumah korang boleh tengok dekat link ni ye, semuaaa aku cerita sini. Tip Dekorasi. :)

dannn ohh ye kalau korang perasan, muka syafiq takde dalam majalah Harmoni ni. :P sorryyy daddyyy. bunga dah take over. mihmihmih. ;)) sepatutnyaa syafiq pun ada time shoot untuk majalah ni tapi last minit dia ada meeting. so aku proceed je laaa walaupun tanpa syafiq. janji anak binti syafiq ada. kikikiiii ;p

 
thank you kak huda dan semua team Majalah Harmoni. ada job roger nadia lagi ehhh ;p muehehehe


October 25, 2013

disebalik tabir Wanita Hari Ini

tak dinafikan aku antara spesis paaaaling kuat berangannn T__T tapi selalunya aku berangan sorang-sorang laaa. :P takdenya aku dengan konon kaya kemainnn pegi post dekat fb ehh nanti nak beli nii, nanti nak beli tuu, nanti nak pegi sinii, nanti nak pegi sanaa konon nak cakap aku banyak duit, helooo ada orang heran? sikit pon takkkk. :P kang nanti orang pitamm menyampah berbulu dengan aku semua ada babee. belum pape berlagak kemainnnn mintak jauhh nauzubillah huuhuu. ;)

aku mula berkecimpung dengan dunia berangan ni dari hari pertama keluar dari perut mak aku lagi HAHA. :P nak kereta mewah laa, nak rumah besar la, nak duit banyak laa tapi dalam banyak-banyak angan-angan aku, tak pernah sekali pon terdetik terlintas dalam hati aku nak berangan masuk tv. tak pernah langsungggg T___T sebab aku rasa tu bukan tahap aku. tak layak langsungggg wey dengan hidungnya macam serombong kapal, jerawatnya macam bontot kuali, badan macam tong dram ada hati nak masuk tv memang tak la kannn. nak sekilas pandang pon belum tentu orang tv nampak bayang aku tahuuu sadis takk T__T mihmihmih. 



wallahi, 24 tahun aku hidup, tak pernah sekali ponnn aku terniat nak masuk tv. sampaiiiii la satu saat staff tv3 contact aku ajak jadi tetamu untuk rancangan wanita hari ini dan percayalah, dia contact aku dua hari sebelummmmm kitorang masuk tv. dua hariii T___T hari jumaat masuk tv, hari rabu baruu dia bagitau. dan selama dua hari tu la aku bernafas tak cukup udara, berjalan pon tak berpijak di dunia nyata sebab dia punya berdebar ya hampunnnnnnn, ni palingggggg berdebar sepanjang aku hidup. nak kawen dulu pon takde la berdebar macam ni sekali, mungkin sebab kawen tu besttttt kuikuikui :p masuk tv pon bestttt tapi aku takde pengalaman langsung babe. T__T kepala otak aku macam-macam pikir, dah la live. lain la boleh record rewind cancel. kannnn. tapi being seorang nadiafarahida, percayalah. aku terima offer masuk tv hanya untuk lihat mak ayah aku bangga ada seorang anak macam aku. ooohh ni anak sayaa dalam tv ni. cukuppp. ucapan tu priceless tahu takk. apa sahaja yang aku buat, wallahi, semuaa demi keluarga aku, mak ayah aku. (-__-') 



dan ohhhhh sebelum terlupa, terima kasih pada kak ira ohalmaree yang sudi nak sponser nadia baju untuk pakai time live ni tapiiii sorryyyy kak, masa sangatt la semputt nak pegi test baju segala. thank you tauuuu. ;)) lantakk la orang nak cakap ape, aku tibai pakai baju raya hari tu. mihmihmih. sampai je studio, dorang terus makeupkan aku laki bini dan nama pon jurumakeup artis kannnn, 5 minit jeee touch up terus siap. hebatttt gileee :)



masa tengah sambung microfon dalam tudung ni tuhan je tahu betapa menggeletarnya badan aku. lagi 5 minit nak on air semua dah standby lepas tu aku tiba-tiba blur, ada 6 kamera live akan shoot tapi nanti nak tengok kamera mana satu. hadoiiiiiii lagiii aku cuakkk. macam mana nak tau kamera mana satu aku perlu tengok cepat-cepat tanya dorang. dorang bantai cakap alaaa buat biasa jeee, anggap macam bukan live, anggap macam sembang dengan kawan-kawan. okk fineee aku cool balik. :P terus istigfar tarik nafas hembusss huhu. aku try nak cover cuak aku dengan main fb ke instagram ke tapi spoillll tauuuu, once kaki melangkah je dalam studio ni, semua line internet termati dengan sendiri sebab dorang tak nak menggangu masa live. fineeeee! :p 

startttt je on air, dorang cakap je standby 10 second, aku dapat rasa darah gemuruh naik sampai atas kepala. rasa nak pitam dan dan jeww. HAHAHA. tapi kaw gile dah live baru nak pitam. aku dapat rasa masa mula-mula dorang tanya aku soalan, aku punya kejung dah gaya tiang elektrik weyyy. kahkahkah. ;) kaku gilee. aku cuba tenangkan diri sampaiii laa masa break sekejap, ustaz sebelah syafiq buat lawak. okkkk masa ni urat tegang aku dah kendur, aku dah boleh gelak macam orang waras, hilang la sikit kekakuan aku. haaa time ni aku pk apa nak jadi, jadi laaa. aku bila dah tak control sangat, habis segala pizza telur goreng bagai keluarrrrr. kahkahkah. vodo tauuuuu. ;)) habis je setengah jam slot kitorang, keluar je dari studio, aku laki bini bantai menyesali diri masing-masing. sayanggg, ape abang merapu tadi. abang, apa saya mencarut dalam tadi kahkahkah. ;p kalauuuu la boleh undo cut edit balik kan baguss :p haaa keluar je studio, hp aku berbunyii jangan cakapp. berderu-deruuu dan gambar pertama yang kitorang tertengok adalah dari fb mila, terus macammm hoiiii gemuknyaaaaaa akuuu! T____T :p dan thank you nuha sudi snapkan untuk kak yaya dengan gigihnyaaa muah muah :p





lepas tu gambar kak nad tag, gulpppp telan air liur :p thank you kak naddd :))


masa mila tag, aku tak terharu sangat sebab dia kawan rapat aku mihmihmih :p dan dia antara yang terawal tahu kitorang akan masuk tv tapi bila tengok berderu-deru orang post dekat wall aku. allahhhhhh. memang la malueww gile rasa nak hempap-hempap je muka dekat dinding :p tapi wallahi, masa tu aku rasa macam alaaaa terharunyaaa. rasa disayangii walaupun hakikatnya korang tak sayang aku pon kennnnn kuikuikui :p



thank you sitiiiii :))



thank you diniiii dengan ucapan sila update blog :p

thank you wawaa :)



thank you pejaa yang hensem segak bergayaaa :p



thank you kak fizaaaa :))



thank you nazemannnnnn :)) ohh ye, sape tengah cari specialist kereta caldina cari nazeman ni ye sebab kereta aku hanya dia je yang usik dari awal kitorang beli sampaiiii ke saat ni dan aku sangattttt berpuas hati. :)



thank you kak miza bos ephyra yang sangattt humble ya rabbi padahal hoiii kaya niiiii bos besar kannn ;)) baik dan cantik pulak tuuuu :) boleh bluetoothkan cantik akak dekat nadia sikit tak? mihmihmih :p



 thank you ct huwaina classmate kite zaman muda remajaeww :p


ni part paling kejammmm kahkahkah :p kak atyyy, yaya deborr kak atyyyy :p


 
kak pink lagiiiii laaa, siottt :p tapi pizza domino sedap kan kakkk? jommm. muehehehe. 


terharu sangattt T__T thank you oniee :)


thank you anis :))

pada semua yang sudi tengok wanita hari ini, sudi tag, sudi komen, sudi sms whatsapp segala, walaupun ada yang cakap aku gemuk pipi bulat segala hakak pasrahhhh :P thank you sooooo muchhhh. terima kasih sebab sudi shoot time kitorang tengah live boleh la buat kenang kenangan tua tua esok merasa masuk tibiiii sebab aku rasa peluang ni sekali je seumur hidup kottt :p thank you soo much korangggg muah muahhhh :p  

pada yang belum tengok tapi sudi nak tengok, korang boleh tengok di website tonton ye, www.tonton.com.my. terus taip dekat kotak search 'wanita hari ini', kemudian pilih wanita hari ini 2013



pilih tarikh Friday, Oct 18 macam dalam bulatan warna biru ni :)



dan jemput la tengokkk kalau korang dah register akaun dengan tonton ye :) kalau belum register, jemput la register hewhewww. alaaa free jee, bukan kena bayar ponnnnn :p 


October 17, 2013

nadiafarahida live di Wanita Hari Ini (-___-')


korang pernah tak rasa macammmmm jiwa meronta-ronta nak terberakkk tapi air takde. T____T nak terkencing sangattttt jangan cakap tapi toilet full. terkemut-kemut paksa diri menahan dari terkentut tapi orang sekeliling ramai. (-________-') haaaa tak senang duduk kannn. heyyy aku ni tengah menggetar satu badan jangan cakappppp. berderauuu darah seram sejuk kaki tangannnn semua adaa. huhuuu :) 

aku tak pasti syafiq menggelabah macam aku tak tapi aku tengok dia rilekkkkk je buat masa sekarang. sekarang je laaawww :P tapi kaw tunggu la hari kejadian esokkkkk. haaa aku kenal sangatttt dahhh laki akuuuuu mihmihmih :P nantiiiiiii dia punya berdebar boleh buat aku rasa nak pitam sebab belum pape dia yang akan tanya aku macam-macam. HAHAHA. pang nak? :P

liveeeee babe liveeeee! (-___-') kaw gile aku tak berdebar? (-_________-') dalam kepala aku macam-macam tengah running. dibuatnya time on air tengah sedap-sedap dorang tanya, aku bantai tersedak sebab berdebar punya pasal heyyy maluuuuuu. permudahkanlah urusan aku Ya Allah. :) huhuu. aku tak pasti nanti kitorang akan keudara berapa minit dan minit keberapa sebab keje aku manjang menggelupur nak pitam :P tapi yang pasti, kitorang adalah tetamu untuk rancangan Wanita Hari Ini untuk topik asam garam rumahtangga, 'duit atau cinta, mana lagi penting?'. :) korang rasa aku jawab ape? aku pon tak pasti sebab aku belum jawab lagiiii ;) muehehee. :P tapiiii kalau korang memang follower atau reader tegar blog aku, aku tak jawab pon korang dah boleh agak kannnnnn aku pilih mana satu :)) nanti ehh nanti. korang tengok tauuu. jumaat 18.10.2013, pukul 12 hingga 1 tengahhari, TV3 ;) tapi nanti kang kalau korang tengok, korang jangan bagitau dengan aku tauuu. aku spesis penyegannnn ya hampunnnn kohkohkoh :p titewww maluewww :p *tangankedadamatakeataskuikuikui* 


August 10, 2013

www.nadiafarahida.com di Utusan Malaysia, 10.8.2013

wallahi T_T ikhlas dari hati. terima kasih untuk semuaaaaaa yang sudi baca blog www.nadiafarahida.com. (-_-') semoga selama aku bercerita, kaw boleh rasa disetiap jiwa. dengan harapan moga aku peroleh pahala walau sebarang dua. terima kasih korangggggggg ;) jangan jemu baca blog nadia yeeee. :)) meh beratur amek duit raya mehh. :p hewhewheww. 



May 31, 2013

nadiafarahida dalam Majalah Anjung Seri, Mei 2013 :)

sepatutnya cerita ni keluar awal bulan hari tu tapiii biasa laaa, aku kan kaki memerammm. :p lamaa kott aku pikir nak publish tak nak, nak publish tak nak. nanti aku publish confirmmmm ada yang mengata heklehhh poyooo sokmoo dia dia. :p selepas sebulannn aku peram, tak daya dahhh aku nak peram sorang-sorang. :P lagipun dah takde lagi dahhh keluaran ni dekat pasaran sebab dua tiga hari lepas Anjung Seri dah keluar keluaran Jun. time aku masuk ni time keluaran mei. jadi korang anggap je la ni untuk koleksi tatapan peribadi aku. tapi kalau kaw tetap nak mengata, aku pon tak daya nak tolong tutupkan mulut korang. kennnn. :p 



sebenarnya, dalam banyak-banyak temuramah, ceahhhh bajet retisss nak temuramah bagaiii, kohkohkoh. :P takk, maksud aku, dalam banyak-banyak kali wartawan surat khabar atau majalah contact aku untuk menemuramah, dengan Anjung Seri yang keluaran ni lah adalah yang paaaling pertama-tama kali dalam hidup aku ditemuramah oleh wartawan majalah. dan percayalah, it happened on November lasttt year. kuikuikuiii. tengokkkk, betapa lamaaanyaaa dorang peram jugakk macam aku. :p tapi i is ok jewwww. heyyyy orang offer nak temuramah pon dah bersyukur nak pitam nak pengsan habisssss ok. jangan macam-macam nak demand bagaii. :P bagi yang follow tips dekorasi dekat blog aku, aku rasa bahagian ruang tamu sofa hitam tu aku belum cite kottt kann? nanti laa ada masa aku share ehhh. ;)


dari aku kecik sampaiii dah tua bangka, aku membesar dengan majalah Anjung Seri. mak aku minat habisss babe dengan majalah ni. konon berangan la kami anak beranak nak rumah macam dalam majalah ni. :p jadi bila kaw diberi peluang untuk diinterview oleh krew majalah yang kaw dari kecik sampai besar admire habis, will you say no? aku apetah lagii :P aku rasa macam nak pitam kottt pat hari pat malam lepas dorang email aku. lagipon time tu kan first time. harus la iolsss teruja lebihh.


sebenarnya tak de ape pon nak cerita sebab majoriti pasal dekorasi rumah ni aku dah banyakk cerita dekat blog ni under tajuk tips dekorasi. jadi yang keluar dekat majalah ni macam sekali harung punya cerita secara kesimpulan. :P


kalau dulu aku sokmoo berangan nak rumah cantik macam dalam majalah Anjung Seri tapi sekarang aku rasa macam heyyy tolongggg laaaaa. menipu sangattt rumah aku ni dalam anjung seri. dalam gambar je cantik padahallll dekat luar biasa-biasa je sebenarnya. :)) 


tapiiiii, mungkinnn laa, dalam banyak-banyak part, aku paaaaling sayang dapur. sebab dekat dapur felling-felling macam orang palinggg hebat memasak tapi percayalahhhh, boleh kira berapa kali je seminggu dapur rumah aku berasapp. banyak berasap dikedai dari berasap dirumah. kohkohkoh. (x____x) lepas tu tiba-tiba semalam dapat email jemputan ke pertandingan memasakkk. sampai saat ni aku tak reply-reply lagi. heyyyy kaw jangan macam-macammmm. aku masak nasi reti laaa. ni nak western food bagai amagadddd. T______T nanti aaaa pikirrr. berdebar pulak rasaaaaa. huwaaaaa. 

ok takmau cakap pasal pertandingan. haa korang tau tak betapa jauhhhyaaa persahabatan blogger boleh pegi. seriusss. aku pon tak sangka. untuk pertama kali dalam hidup, dia tak kenal aku sape di dunia nyata dan aku punnnn tak kenal dia siapa di dunia nyata, tapi tiba-tiba ida bagitau, yaya tau takkk ada sorang kakak ni, dia buat entry pasal rumah yaya. aku macam Allahhhhhhhhhhh, terharuunyaaaa. speechless saya kakkkk. jangan baik sangattt bolehhhh. T_____T terima kasih kak masya ikhlas dari hati nadia untuk entry akak yang buat nadia rasa ooooooo ada jugak orang sudi baca blog nadia dan rasa apa yang nadia cerita. terima kasih kakk. (-___-')

dan lagi satu part, aku memang tak bagitau sape-sape pun cerita ni keluar dekat Anjung Seri selain mak ayah aku sampaiii la ke hari ni tapi sampai la satu saat dua tiga minggu lepas, 


kak koi, senior aku time belajar dekat uitm dulu tag gambar ni dengan caption, 

" Nadia Syafiq omg..kak koi duk umh sorg belek2 mjlh anjung seri abah kak koi jumpe gamba ni..ak tepik sorg dri mcm jumpe aron aziz.... mu jgn perasan ya..ak bukn hppy sbb tgk gamba mu..tp happy tgk gamba boyfriend! ahahaha...sapikkkk.....proud of u lovely sister...doakn kakak mu ni mmpu masuk mjlh jgk...ahahaha..rindu yaya tp rindu sapik lg."

againnn, why i should ask for more kalau begini baik dan penuh kasih sayangnya orang di sekeliling aku. T___T kak koiiiiii, kak koi sokmooo rinduuu syafiq, panggg nak? :P perempuan kalau desperate, laki orang pon dia terliur walaupun dah sah sah tau takde teruna. muahahah. :p ehhh tapi yaya tak kata kak koi desperate. kehkehkeh. eh korang, jangan salah anggap. kitorang memang bergurau kasar tapi dalam hati yaya tauuu kak koi sayang yaya. :P muah muah muahhh. yaya pon sayanggg kak koi. yaya doakan semuaaa yang sempurna dan indah untuk kak koi. kawen should be the first in list sebab selagi kak koi tak kawen, selagi tu kak koi nak rindu rindu syafiq. choiiiiiii :p 

dan sebelum terlupa, thank you soooo much kepada Kak Onlia wartawan dan editor majalah Anjung Seri sebab sudi menemuramah nadia. thank you sooo much kak on. tapi sayanggg, hari tu betapa speechless dan berdebarnya nadia sampai terlupa nak amek gambar kita sama-sama. lain kali ehh? :p


April 13, 2013

nadiafarahida dalam majalah Mingguan Wanita.

errrr tak tahu nak mula macam mana. poyo tak? mihmihmih. :p kak atie, thank you sooo much sebab tolong bagitau nadia. masa kak atie inform nadia ni, nadia pon tak sangka akan keluar dekat website mingguan wanite secepat tu sebab time tu baruuuu dua hari dorang interview. nadia bajet seminggu dua lagi. nadia buat dono je laa. :p nasibb baikkkk kak atie bagitau. 

bila dah tauuu, 



menipu sangattt kalau iols cakap iols buat-buat tak tahuu. cepat-cepat snap buat koleksi tunjuk dekat anak cucuewww. kehkehkeh. ;) oleh disebabkan rumah i is kecik 1200 kaki jeww tapi punya tuan rumah yang berangan manjanggg tak sudah, dah tentu-tentu tajuk dia akan jadi 'tips hias rumah yang sempit'. nahh korang boleh baca sini eh. Website Mingguan Wanita.  thank you sooo much kak nadia sebab sudi datang dengan kak amy hari tu. ingatkan untuk majalah je, sekali untuk website pon ada ye. rezeki jangan tolak, ye dakk? (x___x) 

ceritanya bermula beginii, :)

i would say, ni pon salah satu rezeki untuk aku. tak kesah la biasa-biasa je kalau bagi korang tapi untuk aku dah luar biasa habisss. ;) kan aku pernah bagitau dalam entry ini, lebih aku mungkin kekanan, kurang aku mungkin kekiri. lebih korang mungkin kedepan, kurang korang mungkin kebelakang. :)

berbalik kepada email dekat atas ni, macam biasaaa. asal dapat offer menggigil sorang-sorang, kepala running sampai tak leh tdo malam. rasa nak menyental lantai rumah biar sampai bersinar duapuluhpat jam. over sangat kaw. muahaha. :) tapi tak dapat menyental lelame sebab lepas jee dapat email, dua tiga hari lepas tu dorang terus datang shoot dekat rumah. dan macam biasa lagi, kalau wartawan datang time keje, dah tentu-tentu laki i is keje. dan nanti mesti buat muka konon sedih sebab muka dia takde dalam majalah. muka aku sorang je terpampang gila kuasa. kehkehkeh :) heyy rasa nak flush jeee dalam lubang jamban. nasib baik laki wa limited edition. (x_______x)

dan akhirnya, 

perasan tak frame gambar ayat quran dorang blurkan? ye laaa, nanti orang beli buku ni main baling-baling ke, pijak-pijak ke, kannn. 

kak amyyy, tajuk nukilan dari hati tu ye mungkin sesuai. tapi dekorasi indah mungkin tak berapa nak sesuai sebab nadia rasa ni stok rumah indah khabar dari rupa. mihmihmih ;)


'menurut pemilik, keinginan untuk menjadikan kediamannya ini seolah-oleh hotel membuatkannya melibatkan diri dalam setiap pembelian material agar bersesuaian dengan kehendaknya.' -mingguan wanita.

kaw nampak tak tahap berapa aku punya berangan? T____T berangan je manjang. tak dapat buat hotel betul, buat ala-ala pon jadi lahh. kesian kann. wa orang kampung je babe. lu betul nak lu usaha la. lu kena set dalam kepala, dalam hidup ni, tak de satu benda pun yang mustahil. usaha je. kalau usaha sikit tak jadi, lu up lagi sikit. sikit-sikit, lama-lama dapat la. wa tak cakap wa anak orang berada tapi wa rasa, kalau wa anak orang berada sekalipun, yang berada nya mak ayah wa. wa nak berada wa usaha babe. bukan main petik je.

terus terang aku bagitau korang, ikhlas. bila korang pernah hidup susah, dendam untuk taknak hidup susah tu sangat meronta-ronta, kaw akan gigih berusaha. percaya tak kalau aku cakap kecik-kecik dulu aku pernah kayuh basikal jual kuih? konpem tak. sebab takde sape pon tau melainkan keluarga aku. sebab dulu aku malu nak mengaku aku orang susah. takde la susah gile sampai tak cukup makan tapi takde la sesenang sekarang. keji kan perangai. T___T 

seingat aku, aku tak pernah memberontak kalau mak ayah aku suruh aku kayuh basikal hantar kuih kekedai-kedai sebab aku takut dorang kecik hati. tapi wallahi, kalau kaw tanya aku macam mana aku boleh jadi siapa aku sekarang, semua sebab jual kuih. T___T tahu tak keadaan tu buat aku jadi pendendam dengan kehidupan aku sendiri suatu masa dulu. aku rasa macammmm errr maluuuu babe tak hot langsung kecik-kecik jual kuih. dah la kawan-kawan sekolah rendah aku dulu stok mengejek manjang. T__T jadi, aku nekad. walau apa jadi, aku tetap nak hidup senang suatu hari nanti. emm dia macam 

dendam--nekad--usaha--putus asa. teringat dendam balik--heyy tak boleh jadiii, usaha lagi--kerja kuat--usaha--kerja kuat--Alhamdulillah. :)
 
heyy ni baru cerita kisah aku, belum masuk kisah syafiq. mau pat hari pat malam tak khatam khatam. tak perlu tak perlu. cukup orang tau, nilai aku siapa aku sekarang. bukan aku suatu masa dulu. terlalu dalam untuk aku berkongsi. terlalu emosi untuk aku hayati. dah, aku tak nak apa-apa dah. mewah sangat Allah mewahkan aku. terlaluuu. asal cukup makan, cukup kasih sayang, nak apa lagi? ;)

heyy jap aku konpius, entry ni entry sedih ke entry gembira? entry pasal mingguan wanita ke entry motivasi diri? silap isi kandungan ni babe. kohkohkoh. :)  
dari kiri photographer, abang J, baju biru kak amy, paling kanan kak nadia. 

kak amy, thank you sooo much untuk story akak buat ni. ohsem sangat. paling ohsem nadia rasa. :) tak sabar nak frame kan. melampau tak? kuikuikui :p gambar semuaaa bapak cantik. abg j punya shoot power gile ah. hari tu lupa bagi nadia bussiness card kannnn? mana tau boleh rekemen sape-sape perlukan photographer lepas ni. 

emmmm dengan tak malunya aku nak paksa korang, sila la beli Mingguan Wanita bilangan 1534, keluaran 12-18 April 2013. cover depan dia macam ni, 

silaaa silaaa. RM3.30 je babe seketul, takkan dengan aku pun nak berkira. *tibe-tibe. :p muahahaha. :))


    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...