dua minggu lepas aku ada buat satu pertandingan mencari tiga buah rumah untuk dimake over secara percuma. pertandingan ke ehh nama dia? ke segmennnn. ntahh mana-mana pon bolehh. :p nak pilih tiga buah rumah jeeewww tapiiii mak aiiii, 61 link entry aku ada. maksudnya aku kena pilih tiga buah rumah dari 61 buah rumah! amagaddddd. (-___-') boleh tahan susahhhhhhhh kerja sekolah ni okehhhh hewhewheww. :p kalau ikut hati aku nakkk jeee bagi korang semuaaa percuma teruss senang habis citeee :p tapii kalau semua nak free, memang boleh bukak syarikat amal jariah teruss. HAHAHA.
aku perasan, dari kesemuaaa peserta, boleh dikatakan dua design ni antara yang palingggggg ramai request. cantikk ehhh? aku pon sukaa. :) dua-dua nampak mewahnyaaaa macam hotel curlassss kan. ;)
untuk pengetahuan korang, aku bakal pilih pemenang bukan berdasarkan cantik dimata aku jadi aku wajib pilih dia takkkkkk. semua cantikkk. semuaa hebat. cumaaa, antara semua yang terbaik, aku akan pilih cerita yang betul-betul terbaik sampaiii feel korang aku dapat rasa. faham tak? alaaa macam kita dapat rasa ooo dia bersungguh-sungguh nak niii. ye semua bersungguh nakk, sape xsuka benda free kannn, aku pon nakkk babeee :p tapiii, keikhlasan dalam penulisan tu bukan semua orang ada. kalau setakat kaw puji aku kemainnnnn kannnn amek hatiii laatuewww :p tapiii kaw tulis acuh tak acuh jeee aku pon macam alaaa sayangnyaaa. kenapa tak lebihkan cerita keinginan korang. kenapa lebihkan cerita kaw kipas akuu. ni bukan pertandingan kipas sape paling kuat. HAHAHA. tapi dalam masa yang sama tak dinafikan manusia mana tak suka dipujiiii mihmihmih :p
korang bagi aku masa beberapa hari untuk pilih 9 entry yang terbaik ye sebab kita ada 3 hadiah utama iaitu makeover rumah secara percuma dan 6 stensil percuma sebagai hadiah saguhati. :) bagi aku masa untuk stadi belek satu-satu ayat korang okehhh. :) ni adalah semuaaaaaa 61 entry yang korang dah submit dekat entry ni hari tu ye. thank you sooo much. ;))
kalau ada yang aku tertinggal, termiss, terdouble copy paste korang tolong bagitau ehhhhhh. thank you korangggg. muah muah! :))
# cerita ni akan melekat di bahagian paling atas untuk beberapa hari. cerita baru sila scroll ke bawah pehlissss. ;)
kaw pernah tak dapat apa yang kaw tak pernah terfikir akan dapat? haaaa tu aku. aku jenis usaha untuk dapatkan apa yang aku nak je. :) tapiii, kalau Allah dah tetapkan ada bahagian lain untuk kita, takkan kita nak tolak kann. tu kan rezeki. bersyukurlah dengan lapang dada aku terima. :)) bagi la lagi bagi la lagiiiii. mihmihmih :p wallahi aku pon tak pernah sangka dengan blog aku boleh pegi sejauh ni. tak pernah. sebab pada mulanya niat aku berblogging adalah sekadar minat semata-mata. hewhewheww. selain dari nuffnang, aku pon tak sangka akan ada company besar lain sanggup ikat contract dengan blogger picisan macam aku. T____T lagipon aku menulis berdasarkan cerita aku je tak pandang dah kiri kanan. :P huhu. thank you sooo much Wall makeover by Na
orang tua tua cakap, kalau kita nak rezeki kita sentiasa murah, jangan pernah berkira walau dengan sesiapa. semakin banyak kita memberi, semakin banyak la jugak kita akan terima. cuma kita je tak perasan. cepat dengan lambat tu urusan Dia. jadi kalau aku dah terima bahagian aku, tak salah rasanya kalau aku berkongsi bahagian aku dengan korang. :) dengan berbesar hati aku umumkan, aku sedang mencari 3 buah rumah di kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang untuk di makeover cantik-cantik dan setiap satu makeover bernilai RM500 yang mana sepenuhnya ditaja oleh Wall makeover by Na! :)) heyyyyy bapak besttt, free kottt! ;) aku dulu pon kena bayar tauuu. kuikuikui :p untuk melayakkan rumah korang dimakeover sepenuhnya oleh Wall makeover by Na, senang jeee. cara-caranya adalah,
1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini.
2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini.
3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang.
4. Buat 1 entry di blog masing-masing, attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall makeover by Na tadi dan sambungkan ayat ini,
" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."
haaa kaw karang la berapa panjang aku tak kesah. ;) janji aku akan pilih pemenang berdasarkan keikhlasan dan kesungguhan korang untuk memiliki. oraittt?
5. settle semua empat step dekat atas ni, sila tinggalkan link entry korang dekat komen entry ni ye. :)) settle.
dan jangan tak tauuuu, tak semestinya orang Kuala Lumpur, Selangor dan Lembah Klang je boleh joinnn. orang negeri lain still boleh join sebab kita ada hadiah tambahan iaitu 6 Stensils dengan design menarik pilihan Madam Na bernilai lebih RM90 setiap satu untuk dimenangi! tak dapat bagi rumah untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na pon xpe sebab bila korang dapat stensil tu, korang pon boleh buat sendiri dan hasil dia mesti setanding kehebatan hasil tangan kru Wall makeover by Na. yeayyyy ;))
tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya Sabtu, 20 Julai 2013. cepattttt! ;)) dan heyy jangan tak tauuu, aku pernah pilih rumah kak mira sebagai pemenang untuk dimakeover sebelum ni.
tak percaya? korang boleh baca sini. :)) haaa nampak tak nampak tak, aku tak main-main kannn. ;)) sila siapkan entry korang cepat-cepat untuk kitorang makeover rumah korang pulak. oraiittt? ;)) good luck sayangggggnesss :D
bagi teaser sekeping dua dulu je boleh? ;) sebab belum dapat semuaa gambar sepenuhnya dari official photographer kita.
korang ingat lagi tak keadaan asal hall rumah anak yatim hari tu? tempat yang dorang guna untuk belajar, tempat tidur dan tempat bersantai? nahh gambar sebelum di makeover. :)
dan ni adalah gambar selepas di makeover oleh para blogger dan para sukarelawan yang sangattttttttttt ohsem! :))
seeee, cantekkkk sangatttt kan! :) meja stadi as per request dari ustaz. oleh disebabkan ruang ini takde la besar mana, ustaz cakap kalau boleh dia nak meja stadi untuk budak-budak ni sebab hari-hari memang dorang akan bergelimpangan dekat sini buat keje sekolah. jadi bila dah ada meja, dah tentu-tentu boleh kongsi guna sikit sorang kannnn. meja belajar ni ustaz request yang boleh bukak tutup sebab nak jimatkan space. time nak guna je baru bukak, tak guna boleh tutup. haaa, jimat ruang kan? :)
bukan hall ni je di make over, ada lagi 5 ruang. tungguuuuuuuuu. :)
heyyyy korang boleh bayang tak macam mana happeningnya dorang semuaa semalam? seriusssss, aku respect habissssssss. semuaaa sangattt membantu antara satu sama lain. ada lagi 15 orang takde dalam gambar. T____T kalau semua ada mestiii lagi best! kan? :)
orang kuat disebalik kejayaan Program Mesra Amal Blogger bersama Anak Yatim. sayanggggg korang sangat-sangat. T________T
dan ni, orang paaaling kuat, pendorang semangat siang dan malam saya. tiada kata yang mampu saya ungkap betapa bertuahnya saya punya seorang suami yang cukupppp memahami. cukup. saya tak mintak lebih. terima kasih sayang. malam nanti claim ot. kohkohkoh. #pitammmm. (x____x) :))
untuk gambaran keseluruhan majlis, nanti saya update slow-slow ye. :)
serius aku suka bila tengok rumah orang cantik-cantik tersergam indah. rasa macam wahhhhh bestnyaaaaaa. korang ingat lagi tak bulan lepas aku ada buat satu pertandingan siapa nak makeover rumah secara percuma? yang mana hadiah utama adalah aku sponser sepenuhnya satu dinding di rumah korang untuk di makeover oleh wall makeover by na bernilai RM299. :) nak tengok? meh aku tunjuk. hihi. ni gambar sebelum. kak mira, sowwyyyy. nadia try call kak mira nak tanya boleh tak nak publish gambar sebelum tapi no answer. nadia dengan memandaiinyaaa letak sini tanpa kebenaran. harap-harap kak mira tak sentap lemah jantung. hewhew ;)) sorry kak mira!
sebelum
dan ni gambar selepas.
tingggg! supriseeee! santekkkk kannn. ;)) dah nama pon bilik anak bujang umur 6 tahun, mesti la nampak aura kebudak lelakianya kannnn. tak kan nak polka dot pink, pengsan mak dia. hewhewhew.
ni bilik emir, anak kak mira. dalam banyak-banyak benda, aku palingggg risau emir tak suka. sebab kadang-kadang kanak-kanak ni unpredictable kan. di mata kita dah cantik, sekali kang dia mengamuk taknak macam tu. mantikkk aunty nadia emir! ;p tapi Alhamdulillah, emir sukaa. heyy dia gembira, wa yang teruja lebih babe. kuikuikui. rasa macam satu kepuasan walaupun bukan buat dekat rumah aku sendiri.
kenalkan, ni la kak mira. ibu kepada little emir yang muka veryyy the mat saleh. muka mixxx sangatttt ok. dah la hensem, speaking, nasib baik aku belum ada anak perempuan. kalau tak aku dah chop siap-siap. kehkehkeh. :D
kak mira, thank you sooo much untuk makan-makan. nadia bukan chef ;p, kak mira jangan risau. tapi kalau nadia chef sekalipun, kak mira memanggg masak sedappp. jangan risau. :) hihi. dan thank you sooo much for the gift. unexpected. nadia kasi akak, akak balas balik. macam buruk siku pulak rasa. hikhik.
little emir yang susah boleh tahan kalau nak amek gambar dia. mentang-mentang hensem. jual mahal eh. (x__X) paling kelakar, kalau suruh dia senyum sebab nak amek gambar, sah sah dia takkan senyum. takkan. tapiii, cer kaw sebut, 'emir, don't smileeee.' dan dan tu dia senyum. aku tak pahammmmm simpulan bahasa apakah ini. HAHAHAHA. kak mira pon baruuuu je siap buat entry pasal ni dekat blog dia. meh baca sini.
dari kesemua 11 pemenang pertandingan hari tu, hadiah utama dah settle. Alhamdulillah. 5 orang yang menang perhiasan rumah pon dah settle. semua nadia dah pos minggu lepas. suppost semua dah dapat rasanya sebab guna pos laju. :) lagi 5 yang menang stensil, sorryyyyy T__T kak na belum kasi nadia lagi. dia cakap takde stok. nanti dia buatkan. tunggu stok sampai. serius tak tenang jiwa raga aku selagi tak selesai lagi lima ni. korang sabar ye. maaf sangat-sangat. dapat je nanti nadia pos laju-laju. T____T
heyyy aku pulak rasa nak terkencing nak terberak ni ape kessss. T___T macam aku pernah bagitau sebelum ni, aku akan pilih 11 orang pemenang dan pemenang-pemenang tersebut akan dibahagiakan kepada 3 kategori.
11 orang yang aku pilih ni adalah 11 entry terbaikkkkkk yang aku baca. nampak kesungguhan, kemahuan dan kejatuhcintaran terhadap deko-deko rumah ni. kira kita sehati sejiwa gituueewww. tapi, terkangkang wa babe kalau wa nak bagi semua 11 orang hadiah utama dia kannn. jadi, wa dah bahagi kepada 3 kategori.
Grand prize: FREE makeover oleh wall makeover by na. bestnyaaa! :))
5 orang untuk hadiah stensil yang mana nanti korang boleh buat sendiri dekat rumah masing-masing sebanyak mana dinding korang nak buat, lantakkkk. ;p
5 orang lagi untuk hadiah yang aku akan beli sendiri tapi barang tu berkaitan dengan perhiasan rumah jugak don't worry.
Jadi moh la kita announcekan pemenangnyaaaa! (-___-)
5 orang cerita terbaik yang akan memenangi perhiasan rumah adalahhh, :)
5 orang cerita terbaik yang akan memenangi stesil polkadot adalahhhh,
dan pemenang utama yang rumah dia bakal dimakeover oleh wall makeover by na adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :)))
aku pilih dia bukan sebab boleh makan free nanti tauu kaw jangan macam-macam aku pok karangg. kehkehkeh. tapii, entry dia terbaikk antara yang terbaik. entry korang semua pon terbaikkk jugak tapi di hati aku, dia antara yang terperlu. tahniahhhh ibu emir! :))
kepada semua pemenang-pemenang, tolong email nadia di nadiafarahida@gmail.com ye. nak hadiah takkkkkkkkkkkkkkk? ;)) cepat email sekarang. wiiiiiiiiiiiii~ (x________X) kepada yang tak berjaya, korang jangan frustt and sentap dengan aii pehlisss T__T. nanti ai buat contest simple-simple lagi okeh. :)) alhamdulillah, selesai.