Lazada Malaysia

Showing posts with label mingguan wanita. Show all posts
Showing posts with label mingguan wanita. Show all posts

June 11, 2013

Konvensyen Inspirasi Usahawan Mingguan Wanita


Bagi semuaa yang berminat untuk menyertai Konvensyen Inspirasi Usahawan Mingguan Wanita pada 29 June 2013 ini, sila daftarkan diri korang sekaranggg! :) Banyakkkk tips, perkongsian ilmu dan bagaimana mahu menjadi seorang usahawan kaya dan berjaya yang korang bakal dapat melalui perkongsian ilmu bersama para panel terpilih. Antara panel yang akan bersama adalah Usahawan jutawan tersohor Dr. Azizan Osman, Dato' Dr Hussamuddin dan beberapa lagi usahawan berjaya yang akan bersama-sama memberikan ilmu, motivasi dan tips kejayaan mereka.

Terbuka kepada semuaaa peserta lelaki dan wanita. sarapan pagi, makan tengahhari dan minum petang disediakan. dan paling bestt, dapat goodie bag menarik bernilai lebih RM50 setiap peserta. wiwiwi :) dapat ilmu, dapat makan dan dapat barang. yeayyyy! :) Tempat adalah terhad, cepattt daftarkan diri korang untuk merebut harga promosi RM200 bagi 200 orang peserta terawal. :) korang boleh contact 

Akhmal di 017-250 5721
atau
Raul di 013-630 1836 

untuk sebarang pertanyaan. Selamat menjadi usahawan berjaya! :)

 

April 13, 2013

nadiafarahida dalam majalah Mingguan Wanita.

errrr tak tahu nak mula macam mana. poyo tak? mihmihmih. :p kak atie, thank you sooo much sebab tolong bagitau nadia. masa kak atie inform nadia ni, nadia pon tak sangka akan keluar dekat website mingguan wanite secepat tu sebab time tu baruuuu dua hari dorang interview. nadia bajet seminggu dua lagi. nadia buat dono je laa. :p nasibb baikkkk kak atie bagitau. 

bila dah tauuu, 



menipu sangattt kalau iols cakap iols buat-buat tak tahuu. cepat-cepat snap buat koleksi tunjuk dekat anak cucuewww. kehkehkeh. ;) oleh disebabkan rumah i is kecik 1200 kaki jeww tapi punya tuan rumah yang berangan manjanggg tak sudah, dah tentu-tentu tajuk dia akan jadi 'tips hias rumah yang sempit'. nahh korang boleh baca sini eh. Website Mingguan Wanita.  thank you sooo much kak nadia sebab sudi datang dengan kak amy hari tu. ingatkan untuk majalah je, sekali untuk website pon ada ye. rezeki jangan tolak, ye dakk? (x___x) 

ceritanya bermula beginii, :)

i would say, ni pon salah satu rezeki untuk aku. tak kesah la biasa-biasa je kalau bagi korang tapi untuk aku dah luar biasa habisss. ;) kan aku pernah bagitau dalam entry ini, lebih aku mungkin kekanan, kurang aku mungkin kekiri. lebih korang mungkin kedepan, kurang korang mungkin kebelakang. :)

berbalik kepada email dekat atas ni, macam biasaaa. asal dapat offer menggigil sorang-sorang, kepala running sampai tak leh tdo malam. rasa nak menyental lantai rumah biar sampai bersinar duapuluhpat jam. over sangat kaw. muahaha. :) tapi tak dapat menyental lelame sebab lepas jee dapat email, dua tiga hari lepas tu dorang terus datang shoot dekat rumah. dan macam biasa lagi, kalau wartawan datang time keje, dah tentu-tentu laki i is keje. dan nanti mesti buat muka konon sedih sebab muka dia takde dalam majalah. muka aku sorang je terpampang gila kuasa. kehkehkeh :) heyy rasa nak flush jeee dalam lubang jamban. nasib baik laki wa limited edition. (x_______x)

dan akhirnya, 

perasan tak frame gambar ayat quran dorang blurkan? ye laaa, nanti orang beli buku ni main baling-baling ke, pijak-pijak ke, kannn. 

kak amyyy, tajuk nukilan dari hati tu ye mungkin sesuai. tapi dekorasi indah mungkin tak berapa nak sesuai sebab nadia rasa ni stok rumah indah khabar dari rupa. mihmihmih ;)


'menurut pemilik, keinginan untuk menjadikan kediamannya ini seolah-oleh hotel membuatkannya melibatkan diri dalam setiap pembelian material agar bersesuaian dengan kehendaknya.' -mingguan wanita.

kaw nampak tak tahap berapa aku punya berangan? T____T berangan je manjang. tak dapat buat hotel betul, buat ala-ala pon jadi lahh. kesian kann. wa orang kampung je babe. lu betul nak lu usaha la. lu kena set dalam kepala, dalam hidup ni, tak de satu benda pun yang mustahil. usaha je. kalau usaha sikit tak jadi, lu up lagi sikit. sikit-sikit, lama-lama dapat la. wa tak cakap wa anak orang berada tapi wa rasa, kalau wa anak orang berada sekalipun, yang berada nya mak ayah wa. wa nak berada wa usaha babe. bukan main petik je.

terus terang aku bagitau korang, ikhlas. bila korang pernah hidup susah, dendam untuk taknak hidup susah tu sangat meronta-ronta, kaw akan gigih berusaha. percaya tak kalau aku cakap kecik-kecik dulu aku pernah kayuh basikal jual kuih? konpem tak. sebab takde sape pon tau melainkan keluarga aku. sebab dulu aku malu nak mengaku aku orang susah. takde la susah gile sampai tak cukup makan tapi takde la sesenang sekarang. keji kan perangai. T___T 

seingat aku, aku tak pernah memberontak kalau mak ayah aku suruh aku kayuh basikal hantar kuih kekedai-kedai sebab aku takut dorang kecik hati. tapi wallahi, kalau kaw tanya aku macam mana aku boleh jadi siapa aku sekarang, semua sebab jual kuih. T___T tahu tak keadaan tu buat aku jadi pendendam dengan kehidupan aku sendiri suatu masa dulu. aku rasa macammmm errr maluuuu babe tak hot langsung kecik-kecik jual kuih. dah la kawan-kawan sekolah rendah aku dulu stok mengejek manjang. T__T jadi, aku nekad. walau apa jadi, aku tetap nak hidup senang suatu hari nanti. emm dia macam 

dendam--nekad--usaha--putus asa. teringat dendam balik--heyy tak boleh jadiii, usaha lagi--kerja kuat--usaha--kerja kuat--Alhamdulillah. :)
 
heyy ni baru cerita kisah aku, belum masuk kisah syafiq. mau pat hari pat malam tak khatam khatam. tak perlu tak perlu. cukup orang tau, nilai aku siapa aku sekarang. bukan aku suatu masa dulu. terlalu dalam untuk aku berkongsi. terlalu emosi untuk aku hayati. dah, aku tak nak apa-apa dah. mewah sangat Allah mewahkan aku. terlaluuu. asal cukup makan, cukup kasih sayang, nak apa lagi? ;)

heyy jap aku konpius, entry ni entry sedih ke entry gembira? entry pasal mingguan wanita ke entry motivasi diri? silap isi kandungan ni babe. kohkohkoh. :)  
dari kiri photographer, abang J, baju biru kak amy, paling kanan kak nadia. 

kak amy, thank you sooo much untuk story akak buat ni. ohsem sangat. paling ohsem nadia rasa. :) tak sabar nak frame kan. melampau tak? kuikuikui :p gambar semuaaa bapak cantik. abg j punya shoot power gile ah. hari tu lupa bagi nadia bussiness card kannnn? mana tau boleh rekemen sape-sape perlukan photographer lepas ni. 

emmmm dengan tak malunya aku nak paksa korang, sila la beli Mingguan Wanita bilangan 1534, keluaran 12-18 April 2013. cover depan dia macam ni, 

silaaa silaaa. RM3.30 je babe seketul, takkan dengan aku pun nak berkira. *tibe-tibe. :p muahahaha. :))


    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...