Lazada Malaysia

Showing posts with label #bungaadeliasyazwina. Show all posts
Showing posts with label #bungaadeliasyazwina. Show all posts

December 22, 2017

Pengalaman dan kos pendaftaran tadika Brainy Bunch International Islamic Montessori


pejam celik pejam celik, dah nak masuk 4 tahun umur bungaa. amagadddd T__T sekejapnyaaaa masa berlaluuuu. kalau berdasarkan pengalaman hidup aku dulu-dulu, mama start hantar aku masuk tadika time umur 4 tahun. dan percaya tak kalau aku cakap, antara pengalaman di tadika time 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun, pengalaman tadika time 4 dan 5 tahun adalah yang paling best kikiki. mungkin sebab time 4 dan 5 tahun tu aku tadika omputih. bestnyaaa. kawan-kawan baik, teacher-teacher pun best, belajar pun seronokkk jee. seee, betapa seronoknya sampai ke hari ni aku masih ingat kenangan di tadikaaa ituewww. ;) hari-hari speaking mat saleh dekat tadika dan mungkin sebab tu jugakkk proses pembelajaran dekat tadika omputih ni la yang membuatkan aku ada basic bercakap omputih time kecik-kecik duluuuuu. helloooooo, kemahenn. zaman mak dulu pun dah ada tadika omputih dah tau nakkkkk bukan sekarang jewww. muehehehe. cuma bayaran dulu idoklaaaa mencekik macam sekarangg. (-__-') tapi tak dinafikan jugak sebabbbb proses pembelajaran dulu tak samaaa dengan tahap pembelajaran budak-budak sekarang. jadiiii mak is redhooooo. :p time masuk 6 tahun, mama tukarkan aku ke tadika kemas. kemas pun ok jewww wakkkk. terpulanglahhhhh. bab sekolah anak-anak niii bergantung kepada ibubapa. nak cakap lebih-lebih pun tak berani jugekkk. janji baik untuk kita, baiklah untuk anak-anak kita, gituewww. 


dari tahun lepas rasanya aku selalu berbincang dengan syafiq nak hantar bunga dekat sekolah mana time tadika nanti. tadika sekarang kan banyak pilihannn. berbulan-bulan mak mengoogle pro and cons setiap tadika terutama dari segi jarak dari rumah kitorang, dari segi proses pembelajarannyaa dan dari semua aspeklah senang cakap. dan akhirnya, kitorang bersepakat untuk hantar bunga ke Brainy Bunch International Islamic Montessori. 

bila kaw ada seketul anak yang tiap masa 24 jam dia depan mata kita, tak pernahhh ada orang lain jagaa, tak pernah anta pengasuh mana-mana tuppp-tupppp, ehhhh dah nak masuk sekolah amagadddd T_T baru aku tauu macam mana beratnya hati seorang ibuuu. T__T ada jugak yang cakap ehhh awalnyaa nak anta bunga sekolah, baruu 4 tahun. orang tak tauu yang mak bunga dulu pun bersekolah seawal 4 tahun. kalau mak aku boleh, kenapa aku tak boleh. my mother is my idol, gituewww. kikiki :P sebenarnya takde pun konsep hantar awal salah, hantar lewat betul, hantar lewat salah hantar awal betul. takde. yang ada adalah, semua mak bapak tentu tentu nak yang terbaik untuk anaknya. jadi ini anak saya, saya yang tentukannyaaa mihmihmih. ;p mungkin yang salah itu adalah bila awak rasa awaklah yang paling betul dan apa yang orang lain buat semua adalah salahh. #ehhh :p tersasar kita wakkkk. :p

untuk rujukan dimasa akan datang mana tahu tahun-tahun depan aku nak daftarkan anggun dekat sini atau mungkin boleh dijadikan rujukan korang yang mana tengah survey dan planning untuk hantar anak kesekolah jugakkk kann, so step untuk mendaftarkan anak-anak di brainy bunch adalahhhh, 

1. Daftar kemasukan secara online di, 



dekat website ni nantii korang boleh pilih cawangan mana yang kita nak hantar anak kita dan isikan semuaaa detail background ibubapa dan pelajar dalam borang tu siap-siap secara online sebabbbb borang ni auto submit ke hq brainy bunch, satu lagi salinan kita kena print out dan bawa bersama ke tadika. dah siap isi borang semua, dah print, settle. 



2. bawa dua keping gambar passport anak, satu keping gambar passport ibu dan satu keping gambar passport bapa.



dan jangan tak tauuuu, punyalahhhh drama nak amek gambar passport seketul bunga ni sebabbb dia adalah fobia kepada flash camera. (x_x)  nak nak bila shoot di kedai gambar yang memang guna camera dslr besar gabak yang tentu-tentu ada flash tala kemuka dia kannn. menangis selakkkk la beliauuuu kikikiii






last-last, jangan tak tauuuuu, pakcik yang tukang amek gambar tu suruh amek gambar pakai iphone aku jee kahkahkahh. kalauuuuuu aku tauuu, baik aku amek gambar dekat rumah jewww, konpemmm gambar bunga elok tercantik kejadiannya senyum sampai telingaaaa sebab iphone kan takde flash kikikiii. baikkk, settle bab gambar. 


3. duit pendaftaran

haaa untuk bab duit pendaftaran nii, korang boleh tengok pecahan harga dekat list bawah niii. untuk pendaftaran bunga, since januari 2018 ni umur dia adalah 4 tahun, korang tengok kolum yang telah dibulatkan itu okk.


bayaran pertama yang kita perlu jelaskan adalah Annual Registration fee (3-6 years old) iaitu sebanyak RM1700. ini adalah bayaran tahunan dia. so bayaran persekolah bunga untuk setahun adalah RM1700. 

bayaran seterusnya adalah bayaran bulanan. ok untuk bayaran bulanan dia ada 3 jenis pilihan. regular, star session dan full day. regular ialah sesi pagi sahaja dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahhari, RM340. star session dari pukul 8 pagi hingga 3 petang, RM540. full day dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang, RM640. since bunga baruu 4 tahun, aku pilih sesi pagi yang regular je dari pukul 8-12 tengahhari, RM340 setiap bulannn. 

bayaran seterusnya adalah Activities Fees RM350. ni adalah bayaran untuk sebarang aktiviti yang brainy bunch akan anjurkan sepanjang tahun termasuk lawatan sekolah, hari sukan, dan majlis graduasi. haa ni dah termasuk semua sekalii. sekali bayar sahaja untuk setahun. 

bayaran terakhir adalah untuk uniform tadika. dorang ada dua jenis baju. gala uniform RM50 sepasang, sport uniform RM50 sepasang. total uniform RM100. 




sesi try bajuuuu sekolahhh, anyonyonyoooo. kecik cenonet anak mummy. saiz paling kecikkkk nak, xxxs. kikikii :p jadi total bayaran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran adalahhh, RM2490. borang, gambar passport, duit pendaftaran. ohh lagi satu, salinan photostat muka depan buku rekod kesihatan dorang time bayi duluuu untuk simpanan pihak sekolah sebab dorang hanya terima kanak-kanak yang divaksinkan sahajaaaa. fuhhh legaa, settle bab pendaftaran sekolah bungaaaaaaa. :)













ni antara gambar dan suasana dekat tadika bunga nantiiii. kenapaaaaa brainy bunch? panjangggg kalau aku karang dari a sampai z ni kikiiki tapiiii antaraaaa sebabb kenapa kitorang pilih brainy bunch adalahhh, bunga dekat rumah bercakap bahasa inggeris. tak bermaknaa bila bunga bercakap bahasa inggeris, dia tak pandai cakap bahasa melayu. dia ada ayat bahasa melayu dia sendiriiii hihihi tapiiiiii dia lebih fluent dalam bahasa inggeris. bahasa melayu pun dia bercakappp cumaaa bergantung dengan siapa dia bercakap. ramaiiiiii yang tanyaa aku macam manaaa ajar bunga cakap englishhh sebab mak bapak bunga made in kampung jeww hahaha. nantilahh insyaAllah ada masa aku kongsikan dengan korang macam manaaa tapi rasanyaaa, takde la tips mana punn. biasa-biasa jeeeww jeewww wakkk. :P hihihi. jadi kenapa aku pilih brainy bunch, sebab dia tadika full english. so bunga senang faham dan dia akan lebih menguasai bahasa inggeris diaaa sebab mak dia ajar biasa biasa basic percakapan harian jeeewww. 

selain ituuuu, kenapa brainy bunch? sebab dia adalah tadika islamic. kadang-kadang bab ilmu agama niii, tak semestinya bila kita jadi ibubapa kita tahu semuanyaaa. tak salahhhh rasanyaaa dan lagi baguss sebab secara tak langsung, kita boleh belajar samaaaa. aku hantar bunga dekat tadika islamic bukan nak paksa dia bila besar esok haa pakai purdah, hafal 30 surah, jadi ustazah, takkkkkkk. tadika jeee pun, dapat basic agama belajar alquran kenal huruf alif ba ta, dapat hafal surah mak dah bersyukur sangat dahhhhh wakk. kita doakan yang baik-baik ajee untuk anak-anak kita, gitueww. sebab seterusnyaa adalahhh jarak dia tak jauh dari rumah kitorangg. lagi dekat lagi bagus sebenarnyaaa muehehee. senang mak bapak nak bergilir amek awak esok-esok kikiki. 

oklahhhh, dah panjang sangat ni karangan aku rasaaaaaaa. nak senaraikan semua kenapaaa sampai esok tak habis. :p doakan semoga semuaaa urusan sekolah bunga dipermudahkan yeeee. doakan semoga bunga sentiasa dikelilingi dengan orang yang baik-baik jugakkkk. T__T cikgu-cikgu yang baik, kawan-kawan yang baik, alaaaaaaa sebaknyaaa hati seorang ibuuu. risauuuu nakkkk mak tak pernah berpisahhhhh tolonglaaa pahammm. (-__-') T__T
kita siang malam menghadap muka dia wakkk. mummy sentiasaaa doakan yang indah-indah untuk keluarga kita, aminnnnnnn. 






June 05, 2017

Tips melayan anak sulung diawal kehadiran adik kedua :)


mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang adalah idaman semua dan rasanya mungkin ini adalah waktu yang paaaaling sesuai untuk aku kongsikan cara macam manaaaaa aku handle bunga time awal-awal kelahiran anggun haritu sebab awal-awal ni adalah kemuncak permulaan segalanyaa. hihii. boleh dikatakan awal-awal anggun lahir dulu semuaaa yang datang lawat aku akan tanya, bunga ok tak. mengamuk tak dia. cranky tak dia. usik adik tak dia. tantrum tak dia. jadi mari aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku dan aku bagitau siap-siap, ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri aku laki bini, jadi kalau katakan cara kita tak sama, korang abaikan je tauuu tips-tips ni nanti sebab rambut memang sama hitamm tapi hati memang lain-lain. ehhhhh. :p 

ok berbalik kepada cerita kita. aku disahkan mengandungkan anggun time umur bunga 1 tahun 10 bulan. oleh disebabkan kitorang dah kawen lamaa, 4 tahun lebihh baru dapat sorang anak jadi selepas je bunga lahir, aku memang takde mengamalkan sebarang kaedah perancangan sebabbbb aku takut effect dia jadi makin susah nak dapat anak. nak dapat seketul punnnn kemahenn lamaaa (-__-'), jadi aku berserah tawakkaltuallah. Dia sebaik-baik perancangg, makaaaaa, allah izinkan aku lagi sekali merasa nikmat mengandung time umur bunga 1 tahun 10 bulan. time ni soalan paaaaaaling bermain dalam fikiran aku adalah macam manaaaaaa laa bunga nanti bila ada adik. ok ke dia. kang nanti mengamuk tak cukup kasih sayang keee heyy seramnyaaa. paaaaling ngeri lagi adalah bila jumpa orang-orang yang dah berpengalaman anak 2 3 4 time tu masing-masing akan cerita si kakak tu nanti akan mengamuk laaa, protes sambil melalak-lalak la, baling-baling barang la, ketuk adik dia la, heyy bertambah-tambah laa seram akuuuu. jadiii mari aku kongsikan dengan korang, benda pertamaaaaa korang kena buat bila korang disahkan mengandung anak kedua adalah bertenangggggggggggg. yes, bertenang. percayalahh aku cakap. :) Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia maha mengetahui bilaaaa waktu yang paling sesuai untuk kita beranak pinak dan Dia maha mengetahui sejauh mana kemampuan kita. :) hewhewhew. bila anak pertama adalah masih kecil dan tibe-tibe nak beradik pulak, 1001 macam mak mak akan terfikir. tu baruuu nak masuk dua, belum tiga empat lima lagiii hahaha ewahh kemahenn :p jadi meh aku kongsikan dengan korang, antara yang aku laki bini praktikkan adalahh, 

1. Asingkan tempat tidur.


haaaa bunyi macam kejammm je kannnnn anak umur tak sampai dua tahun dah nak asing-asingkan tempat tidur pulekkkk. (x_x) haiippp, asingkan tempat tidur yang aku cakap ni bukan bermaksud kaw pegi letak anak kaw dalam bilik lainn sebatang kara sorang diriiiii tu bukannnn hahaha. ;) asingkan tempat tidur tu adalah asingkan dia dari katil korang. satu katil kita dan satu katil dia. macam dalam kes aku ni, bunga memang sejak lahir sekejap je duduk baby cot tu, selebihnya setiap malam memang dia akan tidur dekat katil kitorang laki bini. jadiiii, benda pertama aku pikir time awal-awal mengandungkan anggun adalah macam manaaaaa nak muat 4 ketul manusia atas seketul katil ni nanti amagaddddd. (-__-') yang bertiga ni punnn aku dah duduk sipi-sipi nasib tak tergolek kebawah apetah lagi berempat nantiii :p jadiiiii, benda pertama aku buat sebelummm anggun lahir adalah beli katil baru untuk bunga. kenapa? sebab aku nak biasakan dia tidur sendirii supaya nanti bila adik dia dah lahir, dia tak terkejut kaw apehall tidur dekat katil aku :p kang mengamuk semuaaa nak tidur dekat katil yang satuu itueeww :p haha. jadiii, aku beli katil baruuu dan letak sebelah katil kitoranggg. dan tiap-tiap malamlahh bunga akan tidur dekat situu sampaiiii sekarangg. macam manaaa dia berminat untuk tidur dekat situ walau sikit pun aku tak paksa? pasangkan cadar warna kesukaan diaa dan letak la segala haiwan-haiwan kesayangan dia macam teddy bear kee ape apelahh, janji katil tu boleh buat dia rasa wahhh bestnyaaa :) hihih. macam bunga dulu, aku letak segala bantal peluk, bantal busuk dan kain kesayangan dia je, terus settleee lena dibuai mimpi ke pagi hahahaha. 

bilaaa dia dah terbiasaa tidur tak sama katil dengan kita, bila anggun dah lahir, dia ok jeee tengok anggun dekat katil aku sebabbb dia dah ada katil sendiri. dah jadi macam satu habit, nak tidur malam mesti dekat katil dia. haaa gituewww. so dia takde mengamuk ke ape ke takde. cumaaaa, hati mak bapak yang tak berapa nak ok. rasa macam kesiannyaaaa bungaaa tidur sorang-sorang T__T jadiiii, syafiq akan main peranan. dari hari pertama anggun lahir, walaupun bunga ok jeee tapiii apa yang dia amalkan adalah masuk je bilik setiap malam, selepas tutup lampu aku akan baring dengan anggun dekat katil aku. syafiq akan temankan bunga tidur dekat katil bunga dulu. selalunya sekejapp je sebab alhamdulillah bunga dan anggun takde masalah bab tidur, gelap je terus sodakollahulazimmmm hahaha. jadi once bunga dah tidur, syafiq akan tidur dekat katil kitorang balik. dan kadang-kadang bunga tak kasi pun syafiq teman dia tidur, dia nak tidur sorang-sorang dekat katil dia. mungkin peningggg agaknya ada daddy berzikir dekat telinga kahkahkah. jadi begitulah rutin harian kitorang laki bini bab mentidokan bunga supaya dia tak rasa sepi seorang diriii. :)


2. Sama-sama mainkan peranan.

ikhlas aku bagitau korang, masa paaaling kritikal bila kehadiran anak kedua adalah 30 hari pertama selepas kelahiran. time ni kann badan kita still belum kuat, still sakit-sakit, still makan pun jaga-jaga jadi adalah sangat pentingg seorang suami memainkan peranan beliau. benda macam ni sebenarnya tak payah bagitau pun takpe sebenarnya sebab command sense kotttt. kaw buat anak sama-sama dah tuu, tak retiii nak jaga anak sama-sama? emoo tibe-tibee sebab aku selaluu dengar dan baca cerita suami pesen tak berapa nak cakna nii. hellooo. cuba ada rasa kesian sikit dekat binii tuuu. siang malam mengerah tenaga jaga anak-anak yang kaw boleh bantai pegi lepak dengan kawan-kawan ehh ewahhhh sangatttt. hahaha. maaf ye, mukaddimah panjang sikit dan terlebih emo puleww :p

berbalik kepada tajuk kita, dalam bab ni rasanya aku sangattttttttttttt bersyukur sebab syafiq sangatttt membantu sama-sama bahagi tugas jaga anak. bila anak dua ni kita dua dua pun kena saling mainkan peranan. contohnyaaaa macam kalau aku handle anggun, syafiq handle bunga. time syafiq tak keje, kalau aku mandikan anggun, syafiq akan mandikan bunga. time aku masak dekat dapur, dia akan layan anak-anak dia main sama-sama. sama jugak time berjalan dekat shopping mall keee, selalunya memang macam tu lah. kita kena saling tolong-menolong supayaaa kebarangkalian bini kaw bertukar rupa menjadi mak lampir adalah rendah kuikuikui. :p dan dalam masa yang sama, kita tak nak anak sulung kita rasa tersisih. sikit-sikit si adik, apa-apa si adik, yang si kakak terpinggir takde orang layan kesudahannya nah hp ngadaplah nak 24 jam sebagai peneman penghibur duka lara kesiannyaaaa. noo noo nooo. jadi bila dua dua mainkan peranan, takde la si kakak rasa macam dia sebatang kara bahkan rasa seronok lagi adalah sebabbb, keluarga dia dah besar dan meriahhhh. percayalahhh :)


3. Bahagikan masa seboleh mungkin.


masa awal-awal anggun lahir dulu, syafiq amek cuti 20 hari semata-mataaaa untuk membantu aku berpantang dan membiasakan kami dengan rutin harian baru. ye la sebelum ni kan bertiga je, aku boleh je nak handle bunga sorang diri. so kali ni dah berempat dan bersalin kalini aku berpantang dekat rumah sendiri. jadi boleh dikatakan syafiq kena mahir semuaaaaa benda bab jaga anak bini sebab dia adalah tunjang utama muahahah. cuma aku bersyukur time 14 hari pertama anggun lahir tu mak aku ada sama sebab time tu cuti sekolah, so mama boleh duduk rumah aku. bila sekolah dah bukak mak aku kena balik rumah dia balik sebab adik aku yang bongsu still bersekolah hihihii. jadi bila mama dah balik kampung, syafiq yang take over sepenuhnya jaga aku dalam pantang sampaiiilahh selepas hari ke 20 aku bersalin, dia dah masuk keje balik dahhh. 

percayalahh, time ni aku sangatttlahh berdebar sebab pertama kali aku kena handle dua ketul anak secara sorang diri dikala baruu 20 hari. bukan berdebar apeee, aku risau dua dua mengamuk kee tapi alhamdulillahhh. dua dua baik sajeee. awak tahu macam mana saya handle? :) baiklahh, macam ni. tak dinafikan seorang bayi yang baru lahir ni keje dia asyik nak susuu jeee tapiii the best part adalah, bayi baru lahir hobi dia adalah tidur. betul? jadiiii, untuk mengelakkan si kakak berasa tersisih 24 jam si mak melekat dengan si adik, selesai je aku susukan anggun dan anggun tidur, aku terus menghadap bunga. bercakap dengan dia. mandikan dia. main sama-sama dengan dia. sepenuh masaaaa layan dia sepanjang adik dia tidur sebab masa tu je yang ada untuk kita buat semua benda. jadiii, katakan kaw nak layan si kakak ni dan dalam masa yang sama kita nak makan. dari tak sempat nak makan langsung bila si adik dah bangun nanti jadi awak tau saya buat macam mana? saya letak nasi dalam pinggan siap-siap dan suruh bunga suap saya. jadi secara tak langsung kita boleh makan dan dalam masa yang sama, kita still melayan anak kita yang pertama. perut kenyang hati senangggg hahahaha. 

haaa dah siap makan si adik belum bangun, ok bonus. katakan kerja seterusnya nak buat adalah mengangkat kain di jemuran. aku panggil bunga skali tolong angkatkan kain untuk aku. ;) aku bagi dia sehelai dua, selebihnya aku yang buat. terkedek-kedek la dia mengikut aku kesana kemariiii. jadi secara tak langsung boleh dikatakan semua kerja kita buat bersama-sama. dah selesai beberapa kerja sekali si adik dah bangun contohnyaa. haaa kaw jangan tinggal si kakak terus terpinga-pinga sorang diri pulak sebab nak menyusukan makan masa jugak. dalam setengah jamm kan. jadi bila sampai masa untuk menghandle si adik, kaw bagi si kakak kusyuk main pape permainan dulu contohnyaaaa, aku selalu bagi bunga main crayon kee, main watercolor kee, main stiker ke, main lego kee, main je la apa-apa yang boleh mengkusyukkan dia. so bagitau dia elok-elok sekejap ye bunga, mummy tolong anggun, sian anggun lapar. bunga main ni duluu, jap lagi mummy tolong bunga okkk. terus dia terujaaaaa sebab boleh menyepahkan rumah, percayalahhh. :p hahahaha. 


4. Dahulukan dia. 

dalam bab ni rasanya satu kelebihan bunga adalah dia cepat paham ape kita cakap dan dia cepat boleh jawab ape kita tanya. dia cepat bercakap. jadi bila awal-awal ada adik haritu, kita boleh tahu bila dia sedih sebab dia akan bagitau, mummy im sad. hahahaha. haah, dia memang akan bagitau. bila kita tanya ok tell me why you so sad. so dia akan jawab la kenapa kenapaaa. jadi secara tak langsung bila anak kaw dah pandai memberitahu, amek peluang membaiki kelemahan diri contohnyaaa, kalau buat pape aktiviti silaaaa dahulukan dia. contohnyaaa bagi dia makan duluu sebelum kita menghadap si adik kee. mandikan dia dulu sebelum kita mandikan si adik kee. bagi dia susu dulu sebelum mengsusukan si adik kee. bermain dengan dia dulu sebelum mengsusukan si adik ke. peluk dia duluu sebelum peluk si adik kee. haaa semuaanya dahulukan dia dahuluuu untuk tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran adik kedua sebabbb, si adik belum faham pape jadi dia ok okk jee sedangkan si kakak sedang memahamii situasi baru dan dia sekarang dalam suasana baruu. jadi bila dia dah terbiasa dengan adanya adik dia 24 jam dalam keluarga nanti percayalahhh, 24 jam dia nak adik dia depan mata walaupunnnnnn dia tengah mandi. (-__-') gigih suruh aku angkut anggun letak depan pintu bilik air sebab dia nak mandi percayalahhhh hahahah ;)



5. Tunjukkan keseronokkan mempunyai adik.



masa awal-awal anggun lahir kan aku dalam tempoh berpantangg. so aku terperap je dekat rumah. mungkin bunga pun bosan sebab dia pun terperap sama. jadiiii bila abisss je pantang, terus aku bawak dia pegi playground supaya dia tahuuu, ada adik tu tidak pernah membataskan dia. ada adik itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. :) nanti anggun dah besar boleh main sama-sama lagiiii. dan yang paaaaling penting adalah, walau dah beradik, mak masih dan sentiasa menyayangi muuuu gituewwww. :p selain dari playground gini, kita boleh jee bawak dia pegi taman main layang-layang ke, main buih-buih sabun tu keee, tak kesah lahh aktiviti apee janji tak terperap dalam rumah. 

rasanyaa tu je la kotttt yang kitorang amalkan sehingga la sekarang. dua dua dah well behave dan sekarang dua dua beradik dah saling melengkapi, alhamdulillahhhhhh. seperti yang sedia maklum, ni aku berkongsi berdasarkan pengalaman aku. semoga sikit sebanyak membantu korang bila dah anak dua nantiii. ;) good luckkk dan selamat datang ke kelab mak anak dua kikikii :p




February 28, 2017

harga tiket ke playground The Parenthood sunway piramid

kalau dikira dari lahir, harini genap 77 hari umur anggun. since anggun kecik lagi, setiap kali kitorang planning untuk keluar berjalan macam shopping barang dapur keee, salah satu point yang paaaling kitorang menitikberatkan adalah keselesaan dia. aku takut kalau dia tak selesa, kang meragam pulak nanti. baby kan unpredictable. hihiii. tapi so far anggun sangattttlah senang dijagaaaa. alhamdulillahhh. :) dan dalam masa yang sama jugak, aku nak didik bunga supaya dia tahu dan rasa bahawa ada adik itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. semua benda mestiiii bersama-sama. jadi sebagai tanda terima kasih sebab jadi anak yang baik, kitorang bawak bunga pergi main dekat playground yang besarr. playground yang mak bapak pun boleh main samaaaa ;) 





selalu playground kecik dan biasa-biasa je. tak pun paling tidak playground dekat taman layang-layang :p muahahaha. tapi since anggun kecik lagi, aku prefer playground yang dalam bangunan tertutup dan beraircond. kang berpanas hujan pulak anak aku. jadi marilah kita ke The Parenthood dalam Sunway Piramid Shopping Mall. first time sampai, wahhhh bestnyaaaaaa. yang tak bestnya adalah ramai gileee oranggg. T__T time tu dalam pukul 3 lebih. tapi i is ok jeeee. dah bayar mahal-mahal kannnn, takkan tak nak mainnn (-_-')





gembiranyaaaaa hati tengok bunga kemainnnn happy. :) ye laaa playground tu kan besar. boleh lari-lari sana-sini. sekejap dia ajak main slide, sekejap dia ajak main bola, sekejap dia ajak main melompat. nasib baik syafiq seorang bapak yang jenis melayan.



bila anak dua ni, masing-masing kena pandai mainkan peranan. take turn gituewww. time syafiq handle bunga, aku jaga anggun. bagi susu kenyang-kenyang. bila syafiq jaga anggun, aku handle bunga. haa macam tu. kena saling tolong menolong dan tau peranan masing-masing, kalau tidokkk, anak kemana, mak bapak kemana. silap haribulan bergaduh laki bini masing-masing malas punya pasal eh noo nooo nooooo :))



since ada yang menanya, meh aku bagitau harga dekat sini siap-siap. senang korang nak pergi nanti. untuk hari biasa, dorang caj RM40 untuk sorang kanak-kanak manakala untuk hujung minggu, dorang caj RM50 untuk sorang kanak-kanak. harga untuk dewasa adalah percuma untuk dewasa pertama manakala tambahan RM5.30 untuk dewasa kedua dan seterusnyaaa. haa nampak tak, dah mcam kaunter pertanyaan jawapan aku muehehehe :p haa nanti korang jangan lupa bawak stokin siap-siap seketul sorang tau. tapi kalau tak bawak pun takpe, boleh beli dekat kaunter the parenthood ni. RM7 sepasang. bab makanan dan minuman pun korang jangan risau sebab sebelah the parenthood ni memang ada cafe dorang. Aku makan kuew tiau goreng haritu dalam RM9 lebih kalau tak silap. mineral water RM2.50 sebotol. kemainnnn mencekik harga air mineral. T_T  better bawak air dari rumah siap-siap. yang aku pulak peel bawakkkkkk je air tapi tertinggal dalam kereta pulekkk. parking kereta pulak nun jauhhhh di sana. (-_-') pasrahhhhhhh laaa hihiii.



tapiiiii, mungkin ramai yang tak tauuuu sebenarnyaaa kalau nak jimat, korang boleh beli voucher playground ni dekat application FAVE. :) haaaaa  korang pergi search FAVE dekat smart phone masing-masing dan install dekat hp yeee. nanti dah siap install, korang search theparenthood sunway piramid. dia ada dua the parenthood ni. satu dekat sunway putra mall, satu dekat sunway piramid shopping mall ni. aku prefer dekat sunway piramid sebab playground dia lagi besar berbanding dekat sunway putra mall. bila korang beli dari fave, korang akan dapat harga RM35 untuk sorang kanak-kanak tak kisah untuk hari biasaaa kee atau hari hujung minggu. dan nak lagi jimat, time nak beli tu korang masukkan kod diskaun TRYFAVE atau WELCOME. haaa nanti dari RM35 tu, korang akan dapat harga RM29.40 jeeeeeee. jimat kannnn. dah save banyakk tu dari harga asal RM50. :) hihiii. cumaaa satu smartphone hanya valid untuk satu pembelian voucher je. nak lebih kena bayar RM35 balik. tak dapat harga RM29.40 dahhh. cara nak guna voucher ni nanti time korang dah sampai dekat playground, sebelum masuk bagitau dia saya dah beli voucher dari FAVE. tunjukkan application FAVE korang dekat dia sebab nanti dia nak swipe hp kita untuk amek code pengesahan. itu ajeee. selesaiiiii. haaa jemputlah main sepuas-puasnyaa dari pukul 10 pagi hinggaaa la 10 malam :)) so far dah dua kali aku bawak bunga main dekat sini. so far berbaloiii laaa untuk merewardkan bunga supaya bunga tau, walau dah beradik, mak masih dan sentiasa menyayangimuuu gitueeewww ;))






August 23, 2016

Bunga 1st birthday party di Mcdonald


aku rasa sebelum aku beranak pinak dengan lebih ramaii :P, better aku post entry birthday bunga ni secepat mungkin. (-__-') dah setahun terkandas di pertengahan jalan. dari anak aku umur setahun, dah 2 tahun dah bunga bulan lepas. (-_-') dari anak sorang, dah nak masuk dua dah punnn muahahaha :P 

lamaaa gila aku peram cite ni. sebenarnya masa 1st birthday bunga dulu, aku yang beria nak buat dekat Mcdonald sebab kecik-kecik dulu mak nye tak sempat merasa :P lagipun Mcdonald pun takde lagi dekat kampung aku time tu muahahaha. so bila ada anak, aku jadikan anak sebagai alasan untuk sambut dekat Mcdonald. bunga cakap nak sambut dekat Mcdonald daddyyyy :P so bila dapat sejenis daddy yang sejenis pasrah, senang keje aku. kikikiii :P





dalam banyak-banyak Mcdonald di KL dan Selangor ni, aku pilih Mcdonald Titiwangsa sebabbbbb, dia mempunyai party room yang palingg besar berbanding mcdonald mcdonald yang lain. aku risau nanti padat sangat dengan umat manusia lain yang makan-makan dekat mcdonald tu. so once aku book mcdonald ni, dia terus tutup dua bilik party khas untuk majlis kita sahaja. so takde la bersepah dengan orang yang tak berkenaan kann. :) 



yang bagusnya bila celebrate dekat mcdonald ni, semua preparation dari A sampai Z dorang yang handle. mana nak deco belonnya, mana nak setup mejanya, mana nak siap-siapkan game untuk kanak-kanaknya, haa senang cite semuaaa benda la senang cakap. part kita hanyalah korang tunggu untuk tadah bayar je. :P just bagitau dorang yang akan datang makan nanti berapa orang dewasa dan berapa orang kanak-kanak untuk memudahkan dorang sediakan makan minum dan segala mak nenek goodie bag untuk kanak-kanak ituewwww. 







sepanjang majlis akan ada sorang hos mcdonald yang handle keseluruhan acara. jadi takde la aku kelam kabut mana nak handle majlis, mana nak layan tetamu, mana nak handle bunga (-__-') bagus kan, so aku boleh bersenang lenang bersorak tengok kanak-kanak riang main game. kikikii




cumaaaaa, part yang paaling tak best bila kaw celebrate di mcdonald adalah, masa dorang sangat fix. dorang bagi dalam 2-3 jam jeee untuk satu-satu majlis. tu pun sebab aku mintak extend sampai 3 jam. kalau tak 2 jam jewww T__T kalau start pukul 2, mesti abis pukul 4. kalau start pukul 4, mesti abis pukul 6. aku rasa macam alaaaaaa, 2 jam nak menyembang dengan semua tetamu punnnn tak sempat wey. nak bukak point untuk mengumpat jauh sekali, baruuu mukadimmah, terus times up. kuikuikui :P 




untuk pengalaman pertama sambut birthday untuk bunga ni, birthday girl tak berapa nak ada mood sebabbbbbb dia adalah takut dengan orang. (-__-') dah nama pun lagi birthday awak bunga. tentu-tentu semua orang nak datang cuit sorang sikit kannn. :P dia kan tak biasa dengan orang. dia kenal mak bapak dia jewww, so dia cranky lewww :P nak nak time potong kek ada benda alah pop yang meletup tu. terkejut sampai meraunglah anak aku. jangan kata bunga, aku pun terkejut sekali. jakun kenn. :P hahaha. 












thank you sooo much pada semuaaaa yang sudi hadir. maaf yeeee kalau ada terkurang terlebih papeee sepanjang majlis. maaf jugak tau pada yang aku termiss nak jemput. sorryyyy pleaseeee T__T 


terima kasih tak terhingga pada semua yang dari duluu sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk bunga. terima kasih banyak-banyak untuk setiap hadiah dan sumbangan korang untuk bunga. :) tak terbalas rasanya kami suami isteri. semoga Allah sentiasa melimpah ruahkan rezeki korang tauuu :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...