Lazada Malaysia

Showing posts with label buah adam hawa. Show all posts
Showing posts with label buah adam hawa. Show all posts

November 29, 2012

buah zuriat, kat mana jual?


lepas aku post entry buah zuriat ni hari tu, aku ada terima beberapa email tanya kat mana boleh dapatkan buah zuriat. ada sesetengah orang panggil buah adam hawa kan. macam yang aku punya, aku dapat buah ni pun sebab ada orang bagi lepas dia balik dari Mekah. tapi, ada dua tempat yang aku tau jual buah zuriat ni. satu jual online, satu jual dekat kedai. kalau kaw nak beli buah zuriat secara online, kaw boleh terus ke blog hamilcomel. blog dia memang sangat membantu untuk golongan TTC. 

tapiii, kalau kaw rasa kaw nak tengok dulu buah dia macam mana ke, nak pegang dulu baru nak beli ke, kaw pegi cari dekat satu kedai area chowkit. dekat jalan raja bot kalau tak silap aku nama tempat tu. kedai dia memang jual segala mak nenek akar kayu. kaw nak akar kayu ape, semuaaa ada. termasuk la buah zuriat ni. atau nak lagi senang, kalau kaw betul-betul nak gi beli, serious buyer sahaja, kaw terus call nombor hp mimi, 017-9080804. kaw bagitau dia siap-siap kaw tahu dari blog nadia tau. kang tibe-tibe dia terpinga-pinga mana kaw dapat nombor dia sebab aku tak bagitau dia pon aku letak nombor hp dia dekat blog aku. huhu. nanti kaw tanya dia jalan ke kedai dia macam mana ye. aku nak terangkan pon tak reti sangat. sorryyyy.

tak salah kita berusaha dan iktiar kan tapiiiiiiiiiiii, kaw jangan terlalu taksub. KITA, bukan kaw je, dengan aku aku sekali mesti ingat, semua kerja dan kejadian di dunia Allah yang tentukan. kita tak boleh fikir, nak anak kena minum air buah zuriat. bila minum buah zuriat akan dapat anak. heyyyy, kalau macam tu, xkan ada seorang manusia pon yang akan ada masalah nak dapatkan anak. semua kerja beranak. asal minum air buah zuriat je beranak, asal minum beranak. senangggg la hidup. hewhewheww. ;) bukan buah zuriat tu yang bagi kita anak. kan? kaw minum la ape pon, kaw makan la ape pon, selagi Allah belum izinkan rezeki di bahagian itu, kita kena redha. Dia mesti tau yang terbaik untuk kita. kan? kalau macam tu, jangan persoalkan.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia maha mengetahui bila waktu yang betul-betul sesuai untuk kita. tapi, Dia pasti suka kalau dia tau kita tak pernah berhenti ikhtiar, sebab Dia mesti tau niat kita. lagi banyak kita usaha, lagi banyak kita iktiar, lagi tinggi peluang kita akan dapat. sekian, moh la kita sama-sama beriktiar. kalau biasa seround, kaw buat marathon dua tiga round. iktiar kan? kohkohkoh. ;p




October 13, 2012

buah zuriat punya cerita

entri ni lebih kepada keperluan kerumahtanggaan. kalau rasa seksa jiwa raga, aku pesan awal-awal, jangan baca. ;p

6 bulan yang lalu. *tarikh macam dalam kotak merah dekat gambar*


yes, enam bulan lepas adalah kali pertama dan kali terakhir dalam hidup aku minum air buah zuriat. ada orang panggil buah adam hawa. mungkin aku lebih suka panggil air buah adam hawa sebab trending sekarang cerita adam hawa tengah fofuler. hewwheww. berbalik pada cerita buah ni, aku dapat buah ni pon sebab ayah kepada kakak ipar aku bagi. thank you abah. setahu aku, buah ni dekat mekah je ada. jadi alang-alang ayah kakak ipar aku gi mekah, aku kirim sekali. dia bagi aku 3 pasang. 23 April 2012 aku rebus sepasang buah ni dan minum bersama-sama syafiq. amagaddddd, tekak aku tak boleh terimaaaaa T___T. minum segelas je padahal tapi dia punya rasa boleh teringat-ingat sampai hari ni. dalam hati terus macam, errrr minum air sepasang ni dah la. lagi dua pasang simpan tahun-tahun depan. aku tak pasti air buah ni boleh minum time kita tengah period atau tak tapi yang pasti, aku minum air ni time aku tengah period dengan harapan abis je period ni terus boleh on your markkkk, get setttt, goooooooooo! (x__________x) kehkehkeh. 

yes, memang on your markkk gett settt gooo sunggohhhh! 6 bulan tanpa cuti walau sehari. *laki aku paling seronok siap hari-hari boleh menari ;p* sampai ke hari ni aku tak period-period lagi. 6 bulan babe 6 bulan. first time seumur hidup aku period terjejas. biasa lancar je. pelik kan? korang pernah jadi macam ni ke? cer share. dah berbelas klinik aku pegi, yang pasti jawapannya adalah -ve. jangan risau, aku kuattttt. :)) aku percaya rezeki Allah luas dan semua yang terjadi mesti ada hikmah dia. mak aii, entry ni bukan nak cerita pasal period aku sebenarnya  *sorryyyyy dah tersasar* tapi sejak dua menjak ni aku terfikir, ke antibodi aku tak serasi dengan air ni sebab semua ni berlaku lepas aku minum air adam hawa hari tu. mungkinnnn la kottt kan sebab lepas je minum, terus stop period. aku tak salahkan buah tu. langsung tak. saje tibe-tibe terfikir kelojikan. jadi aku pon memandai buat mazhab sendiri. kehkehkeh. "mungkin period aku tersekat sebab minum air adam hawa. jadi kalau nak dia clear balik, kena minum balik." boleh? HAHA. aku tak tau teori mane aku pakai. tapi aku rasa aku nak cuba. jadi malam ni gigihla aku laki bini rebus lagi sepasang buah ni sebab kejap lagi sebelum tido nak minum.*eeeuuuuuuuuwwwww*

ni rupa buah zuriat yang belum di pecahkan kulit dia. kulit dia kita tak nak. kita nak isi dia je.

ni anggaran saiz buah zuriat kalau dibandingkan dengan sebiji telur. lebih kurang saiz telur la. bila dah pecahkan kulit dia, isi dalam dia cinonett je. isi ni la yang kita rebus untuk minum. rebus secara berpasangan, mesti dua biji sekali rebus. 

punya suami, keluarga dan kawan yang sangat memahami cukup buat aku terharu. tak perlu tanya bila dan kenapa sebab kita kena percaya ketentuan Allah. anak kan rezeki Allah. kalau dia belum bagi, mesti Dia tau kenapa kannn. Dia tau mana yang baik untuk aku dan dia tau mana terbaik untuk kaw. jangan sesekali persoalkan. ok dah tersasul, berbalik pada kawan yang sangat memahami tadi. ;p dia balik dari umrah tibe-tibe dia mesej aku, 
"ya, saya doa untuk awak depan kaabah." 
ya allahhhh, sumpah saya terharu. saya tak tau ponnn awak pegi umrah. maafkan sayaaaa T__T saya tau awak baca blog saya. terima kasih diyana. doa awak sangat2 saya hargai. dan sekarang, saya ada 5 pasang lagi buah zuriat. 1 pasang balance ayah kakak ipar saya beli, 4 pasang yang awak bagi. saya tak tau bila saya akan minum sebab rasa dia eeeuuuuuuwww sangattttt. saya simpan untuk awak okeh babe? hiwwwhiwwhiww. ;))

dear diyana, i love you. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...