part paaaalingg ditunggu-tunggu, part paaaling ramaiii yang tanya. korang jangan ingat aku nak show off pulak. kejadah sangattt kalau aku nak show off setakat bercuti tido dekat hotel 30 hinggit je. kehkehkeh. ;) ni untuk memudahkan korang bajet, berapa yang perlu korang sediakan kalau contohnya korang nak pegi bercuti ke uss secara bajet macam kitorang ni. :) janji, dapat amek gambar dekat globe golek-golek ni dahhh. kuikuikui :P
oleh disebabkan percutian ni dirancang last minit, kitorang memilih untuk naik kereta jewww. pegi dua kereta. satu caldina, satu gentu. nory dan zul naik flight, jadi yang naik kereta adalah 8 orang. ida dan andi naik satu kereta dengan aku and syafiq. mila, mcdee, sheila dan hadi naik satu kereta. maknanya setiap kereta ada dua pasang suami isteri. jadi, aku akan bagitau korang bajet untuk sepasang terus ye senang cite.
peruntukan minyak untuk setiap kereta adalah RM50 pegi, RM50 balik. peruntukan tol untuk setiap kereta adalah RM50 pegi dan RM50 balik. jadi, total untuk sebuah kereta untuk pegi balik adalah:
# minyak kereta pegi dan balik: RM100
# tol pegi dan balik: RM100
______________________________
Total untuk sebuah kereta: RM200
kan sebuah kereta ada dua pasang suami isteri. jadi setiap pasang hanya perlu bayar RM100. :)
sesampainya di johor, kan kitorang tido dekat hotel murah bajet gile nak mati. total untuk sepasang untuk satu malam di Hotel Culture City Inn adalah RM30. :)
keesokan paginya, kan kena naik bas odyssey untuk masuk terus ke uss. harga tiket bas odyseey adalah RM30 sorang pegi balik. jadi aku sepasang, total adalah RM60. untuk book, boleh terus call Encik Sufian di 07-2323 092 :)
settle urusan bas, dah boleh bergerak menuju ke uss. yeayyy :)
sesampainya di uss, kaw bukan boleh main masukkkk je. kena beli tiket dulu babe. samaada kaw beli awal-awal melalui online atau kaw boleh je kalau nak walk in. cuma risiko kalau main walk in je, kebarangkalian untuk tiket sold out adalah sangat tinggi. kang sia-sia je korang datang jauh-jauh tapi xleh masuk. T______T dan percayalah, meh aku nak share. ni adalah cara dan tips paaaaaaaling murah untuk beli tiket uss. biasa standard harga paling murah dengan agen atau matta fair sekalipun dorang boleh bagi best price RM165. tapi ida kan bijakkk. sokmo rajin menggodek. dapat la harga sorang RM157.50. korang boleh klik sini ye. dia palinggg gigih buat tuto bagai. aku malassss. :P
jadi, total untuk 2 orang tiket masuk ke Universal Studio singapore adalah RM315.00.
sepanjang aku dekat dalam uss ni dari pukul 11 pagi sampai 7 petang, selain dari main-main-main, aku sempat beli beberapa ketul barang. Antaranya,
# dua helai t-shirt USS = 26.90 sgd sehelai X dua helai= 53.90 sgd
# beli dua helai t-shirt USS FREE skirt pink ;)
_______________________________
TOTAL: 53.90 sgd
dalam ringgit malaysia= RM134.75
# sehelai t-shirt USS warna putih saiz L= 23.90 sgd
# sehelai t-shirt USS warna putih saiz S= 29.90 sgd
# beli dua helai t-shirt FREE sehelai t-shirt kanak-kanak warna hijau. :)
_______________________________
TOTAL: 53.80 sgd
dalam ringgit malaysia: RM134.50
# seketul fridge magnet transformer = 7.90 sgd
# dua ketul fridge magnet shrek = 3.90 sgd x 2 = 7.80 sgd
# dua ketul fridge magnet globe universal studio = 5.90 sgd x 2 = 11.80 sgd
_______________________________
TOTAL: 27.50 sgd
dalam ringgit malaysia: RM 68.75
# botol air bini shrek comey gile sebab warna pink :p = 10.90 sgd
________________________________
TOTAL: 10.90 sgd
dalam ringgit malaysia: RM 27.25
# poskad transformers 0.60 sgd seketul x 2
________________________________
TOTAL: 1.20 sgd
dalam ringgit malaysia: RM3.00
tragedi betulllll time nak beli botol air bumble bee ni. T____T nasib baikkkk ada mcdee and mila. thank you koranggg muah muah :p seketul 28.80 sgd.
________________________________
TOTAL: 28.80 sgd
dalam ringgit malaysia: RM72.00 T______T
makan di uss
Set Pharoah
Set King Tut Mutton
# 1 set king tut mutton ( briyani rice, jalfrezi, papadum, archar with mutton masala) = 13.80 sgd
____________________________________
TOTAL: 39.20 sgd + 2 sgd refill air coke
dalam ringgit malaysia: RM 103.00
# seketul keychain transformers, 8.90 sgd. gambar keychain transformer tak snap sebab tertinggal dalam kereta
____________________________________
TOTAL: 8.90 sgd
dalam ringgit malaysia: RM 22.25
habisss bahagian shoppping dalam uss. :) keluar uss, terus check in tune hotel. total 2 hari 1 malam di tune hotel adalah RM79.28.
TOTAL KESELURUHAN 3 HARI 2 MALAM UNTUK SEPASANG SUAMI ISTERI :)
# minyak kereta dan tol: RM100
# penginapan satu malam di Hotel Culture City Inn: RM30
# tiket bas odyssey: RM60
# tiket Universal Studio Singapore: RM315.00
# Shopping souvenir dalam uss: RM462.50
# makan minum dalam uss: RM103
# penginapan satu malam di Tune Hotel Johor Bahru: RM79.28
# 2 helai raincoat beli siap-siap dekat guardian jeww: RM7.00
_________________________________________________
TOTAL: RM1156.78
mungkin murah bagi aku mahal bagi kaw, mungkin mahal bagi aku murah bagi kaw. tapi aku rasa ni bajet habissss dah ni. asal nawaitu datang anyonyooo comeynyaaaa nak beli ahh, terus eh tak boleh tak bolehhhh. ni percutian bajet. sampai tahap tu. muahaha ;)
nahhh, aku rasa cukup details dah ni aku bagi. nanti pepandai la korang bajet sendiri eh berapa korang nak bawak atau berapa korang kena sediakan untuk pegi ke uss ni. tak de la mahal mana ponnnn. :) dah, pegi sekarang. esok kan weekend. kohkohkoh ;)
# Entry perkaitan Universal Studio Singapore :)
settle entry uss, yeayyyyy ;) nexttttt :p