Lazada Malaysia

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

December 03, 2014

Burger Bakar Abang Burn turun harga, yeaayyy! ;)



ehhh, starting cerita terus letak gambar makanan kaw kenapaaaa nadiaaaaa? :p hewhewheww. sebenarnyaaa aku nak cerita, beberapa hari lepas kid ada ajak aku dan beberapa orang blogger lain pergi makan dekat Restoran Burger Bakar Abang Burn Shah Alam. 

 isaac, i pinjam gambar you yeee hihii ;))

haiiii kak yanaaa ;)) bau australiaaaa belum hilang lagiiii laaaa kikikiii :P yaya pinjam gambar jugak tauuu. halal ehhh ;)

kebetulan time tu dorang tengah buat promosi seketul beger RM0.50 jeeeeeee. T__T



ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnn, punyaalahhh ramai umat manusia beratur. 50 sen kannnnn, sape taknakkk cuba cakap? :p 



senanggggg jeee nak cari kedai ni. dia dekat dengan area jakel shah alam seksyen 7 tuuu. betul-betul setentang seberang jalan dengan subway dan kedai dia betul-betul sebelah cosway ;) haa mesti jumpa punyaa ;)


dan kenalkan, ni la Encik Khairul selaku pengurus restauran Burger Bakar Abang Burn jajahan Shah Alam. tapii yang pasti, dia bukan Abang Burn yang mana sampai kehari ni takde sape punnnn tauuu sapeee sebenarnyaaaaa Abang Burn tu huhuuuu ;) 

time ni Encik Khairul ada bagitau, mereka telah bersepakat menurunkan harga beger bakar di jajahan shah alam niii kepada RM5 sahajaaaaaaaa seketul. haaa murahkannnnnnn ;) selalu belas-belas ringgit. time dia buat announcement tu aku macam terkejut, ehh turun harga? orang lain sibuk naik harga, dia turunkan harga. bagusnyaaaa. hihi. ;) seperti kata big bos, biar semuaaaa dapat merasa. kalau semuaaa nak naik harga, mantiklah nakkk. :p




RM5 untuk seketul beger yang patty dia kemainn gemukkk aku rasa dah berbaloi sangatttt dahh niii. korang boleh dapatkan dari pukul 6 petang-8 malam & 10.30 malam-12.30 malam yee. 

so far hanya jajahan shah alam ni je yang baru start turunkan harga. tapiii abang burn ada pesan, kann dorang ada banyakkkkkkkkk cawangan antaranya dekat Ampang, Kajang, Nilai, JB, Seremban, Seksyen 7 Shah Alam, Klang, Melaka, Pasir Gudang, Cheras Bandar Sri Permaisuri, Kuantan, Danau Kota, Kemaman, dan Selayang. haaaa kalau korang nak restoran beger bakar abang burn yang berdekatan dengan korang pun turunkan harga, jemputtttlahhh isi petisyen saya sokonggggg harga burger bakar abang burn turun dekat sini yeeeee, Saya Sokong Harga Turun :)

http://www.abangburnturunharga.gr8.com/

jemput menyokong semuaaaaa ;) aku bab turun-turun harga ni sokong ajeeeee. ;) kan best kalau ada petisyen turunkan harga minyak kereta separuh harga. ehh? tibe-tibe. :P okbaiii. 



July 10, 2014

Resepi Nasi Briyani paaaaaling cepat dan senang! :)

kalau korang same spesis macam aku, skill masak takde la hebat mana ponnnn tapiii berangan nak suami puji wahhh hebatnyaaaa isteri abanggggg masakkkk padahallll kuikuikuiii :p haaaaa meh aku share satu rahsia resipi dengan korang muahahaha ;p korang pernah masak nasi briyani?? aku pon baruuuuu je beberapa kali masak nasi briyani sepanjang aku hidup. tu ponnn selepas aku jumpa rempah yang instant punya. HAHAHA. 


haaa nampak takkkk. ni laaa perencah nasi briyani yang aku guna. kalau kaw spesis semua bahan perencah nak sediakan sendiri, rempah ratus sume nak tumbuk sendiri, ok jangan baca entry ni. :p ni hanya resepi aku untuk memudahkan kerja para isteri yang kadang-kadang pemalas macam aku. hihi. ok meh kita proceed. bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan nasi briyani adalah semudah ABC. ;) ohh sebelum terlupa, time aku masak nasi briyani ni, aku guna separuh je perencah dia sebab masak hanya untuk 3 orang makan untuk time berbuka je. time sahur memang takkkk la perut aku boleh terima nasi briyani hohoo. ;P


ok bahan-bahan dia adalahhhh, 

# beras yang telah siap dicuci bersih.

# sepaket perencah nasi briyani cap maggi
# 3 sudu besar minyak sapi
# isi ayam di potong dadu suka hati nak letak banyak mana. 
# setengah labu bawang besar dipotong bulat.
# rempah 4 beradik macam dalam gambar dekat atas (seketul kayu manis, dua ketul bunga cengkih, dua bijik pelaga hindi, dua ketul bunga lawang) 
# kismis suka hati banyak mana nak letak. :)

beras yang telah siap dicuci tadi korang asingkan letak dalam bekas lain dulu tau sebab periuk nasi kita nak terus guna untuk tumis sume bahan-bahan dekat atas ni. ok mula-mula kita panaskan 3 sudu minyak sapi tadi dulu. agak-agak dah panas, masukkan bawang besar dan rempah 4 beradik tadi. kalau nampak macam minyak sapi tadi macam tak berapa cukupp jee sebab guna 3 sudu je, takpe. korang masukkan air sikit. jangan masuk minyak dah. takut berminyak sangat nasi kita nanti. okk tumiss dulu sekejap. kemudian masukkan semuaa isi-isi ayam tadi. tuangkan separuh perencah nasi briyani ni. masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.


agak-agak dah rupa pecah minyak dan ayam pon nampak macam dah masak sikit-sikit, korang tuang je kesemua beras yang korang dah basuh bersih tadi. tambah air ikut kuantiti yang korang selalu sukat untuk masak nasi. kacauuu sebati dan terus angkat periuk nasi ni letak dekat plug rice cooker macam biasaaaa. biarrr je dia dekat situuu sampaiii dia masak sendirinyaaa. 

lastttt sekali, bila nasi dah masak, korang taburkan semuaaaa kismis tadi dalam nasi. gaul biar rata. siapppppppppppp! ;) haaaa, senang kannnnnnnn? ada setengah orang suka letak gajus, terpulang la. aku tak letak sebab aku tak makan. hihihi. settleeeee laa masak nasi briyaniii. untuk lauk, terpulang pada korang la. selalu kalau aku masak nasi briyani, lauk dia mesti kari ayam, telur masak merah dan papadom. acar takde sebab kitorang laki bini mana makan sayurrr. huhuuu :p kalau malas, korang buat satu lauk pon dah cukup. contohnya, nasi briyani dan kari ayam. haaa dah sedap dahhh. :)


ohh sorryyyy gambar selepas siap dimasak tak berapa nak gah manaa sebab time ni kalut orang dah azan. mana nak berbuka puasa, mana nak amek gambar. hihihi ;) selamat memasak semuaaaaaaa! ;))

May 16, 2014

Tempat Makan Best dan Sedap di Wangsamaju


kalau orang lain update blog pasal makanan food review segala mestiii terus tepek gambar makanan kannn dengan harapan gambar pertama mampu membukak selera dan mengecurkan air liur orang yang tengok hihii. :p tapiii aku tak masal awal-awal dah tepek gambar muka aku selabu dengan harapan mampu membuka mata korang sebab terkejut tengok aku sebesar iniii mihmihmih :p





haaa sebenarnya ni cerita dua minggu lepas hari tu. macam biasaaa laa. sekarang baru hegeh-hegeh nak cerita. :P lepas settle event Yoga bersama Whisper under Nuffnang hari tu, kitorang terus menuju ke Wangsamaju untuk mengisi perut. 



sebenarnya aku dah selaluuu pergi Wangsa Walk nii tapiiiii tak pernah pon try makan dekat U-Cafe sebab tempat dia nampak wahhhhhhhh eksklusifnyaaa. mestii mahal ni. :p berdebar tauuu poket ahkak sebelum nak masuk muehehehe :P sekaliiiiii, bila dah masuk, oiii rasa macam tak nak keluar. sedappnyaaa makanan diaaaaa. :)) harga consider standard price tak mahal sangat, tak murah sangat sebab harga tu sangattt sesuai dengan portion setiap makanan yang dorang hidangkan. sedap dan banyakkkk! ;)




haaa nanti kalau korang pegi sini, korang order air ni tauuuuuuuu. Chocolate Banana Shake nama dia. oiiii ni air paaaaling beruntung namanya sebab siap boleh refill, air lain tak bolehhh hikhikhik. :P dalam dia ada aiskrim coklat dan pisang. sedappppp yaa hamatttt. seketul RM9.90.



aku rasa, sepanjangg aku bergelar seorang blogger yang boleh dikatakan selalu jugaklaaa join event food review gini, ni adalah pertama kali dalam sejarah makanan yang disediakan non stoppppp dihidangkan sampai rasa nak marahhhh sebab terlalu kenyang HAHAHAA. ;) nak tolak sayangg weiiii kang balik sampai rumahh emmm teringat-ringat ruginyaa tak rasa tadiii. :P heyyyy sedap gileee setiap makanan diaa jangan cakapppp. meh aku tunjuk satu-satuuuu siap harga sekali senang korang nak refer nak pegi makan dekat sini nantiiii. :)


 
Combo Platter RM26.90


Popcorn Chicken Green Salad RM14.90


 
Fried Prawn with Salted Egg-yolk (Big) RM38.90

haa tiga makanan appertizer dekat atas ni dia macam makanan pembuka selera laaa. satu plate ni boleh kongsi 2-4 orang sebab portion dia besar. kalau kaw makan sorang, konpemmm tak nak order makanan lain dahhhhh :P


Spagheti Aglio-Olio with seafood RM26.90


Salmon Fillet RM39.90


 
Classic Chicken Carbonara RM18.90


oleh disebabkan tekak aku adalah tekak melayu asli :P, bila kaw bagi aku rasa spagetti atau makanan mat salleh segala, aku tak berapa reti sangattt perbandingan tahap kesedapan dia sebab aku memang jarang makan tapiiiii ramaiii yang cakap Classic Chicken Carbonara ni adalah yang paaaaaaaaling sedap. 



Nasi Lemak RM13.90

haaaa nasi lemak nii korang wajib try sebab dia punya sedap, aku tak bagi orang lain makan. :p dengan tamaknya makan sorangg jeeee muehehehe. kalau korang suruh aku cakap jujur, kalau korang tanya aku makanan ape paaaaaaling yang paaaalinggggg sedap dekat sini, aku jawab Nasi Lemak ni. dia punya sedap kalahhhhhh nasi lemak dekat Old ********. opsssss :p 


Nasi Bonjori RM13.90


Fried Rice in Japanese Style RM 7.90


Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop RM17.90


 Stir Stewed Chicken with Three Cups Sauce (Big) RM20.90


Fried Prawn with Salted Egg-yolk & Season Vegetables in Yam Baskets Rice RM20.90


 Fried Kailan with Salted Fish RM13.90


Penang Curry Laksa RM13.90

dan haaa dalam banyak-banyak makanan, bila aku tanya syafiq makanan manaaa paaaaaaling sedap, dia kata tekak dia cakap penang curry laksa ni. paalingg yang palinggggg. :) dia hadap satu bowl besar ni dua orang je dengan Andi suami ida. :) kan aku dah cakap portion dia besarrrr. satu mangkuk ni makan berdua pon belum tentu habis tauuu. 


Penang Char Kway Teow RM10.90


Pan Fried Kway Teow with Beef Rm10.90

haa dua-dua kue tiaw ni paling sedap nombor dua dekat tekak aku selepasss nasi lemak tadi. sedapnyaaaa. (-__-')


Fried Vermicelli with Sambal Sauce & Mussel RM17.90


Stir Fried Glass Noodle with soft shell crab RM17.90

oii jangan tak tauu, sambil taip entry sambil telan air liur akuu teringat-ingatt kesedapan semuaaa makanan-makanan dekat sini. T___T selain dari korang boleh terus walk-in untuk makan dekat sini, kott tibe korang nak tempat catering atau buat party atau event ape-ape dekat sini pon bolehhh sebab sangatt la sesuai dengan environment dia. kedai ni dua tingkat sebenarnya. betul-betul depan pintu masuk utama WangsaWalk. senanggg je nak cari. ;) ni alamat dia, 


U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No9 Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-4131 9686
019-3133 668 (Rachel)
 



antara blogger-blogger yang terlibat memenuhkan perut bersama :P ida idaaa yaya curikkk gambar idaaa :p, nory, ieza, rara, ainaa, mastura, lyza, wiida, nanie, abg pap pap pap :p, abg man, rawlin, kid, abg jamar halal ehhh yaya amek gambar abg jamar, kak julia dan abg eizil.

jangan lupa ajak aku sekali tauuuu nanti kalau korang nak gi makan sini lagiiii. hihiiii ;)) thank you U-Cafe, thank you Ida. lain kali ajak lagi ehh ehh ;p








June 11, 2013

cara masak nasi lemak senang dan sedap :)


boleh tak hari ni entry kita entry main masak-masak? :p aku kan bukan sokmooo rajin masuk dapur jadi kaw layankan je laaaa sekali sekala. (x__x) HAHA. hari ni aku nak share dengan korang resepi memasak nasi lemak sedap dan senang. dan jangan tak tau, curlassss. :p aku siap namakan nasi lemak aku ni Nasi Lemak Cinta Sayang. muahaha. :p kenapa bercinta sayang bagai, sebabbbb setiap titik peluh yang keluar time aku masak ni ibarat setitik kasih sayang aku yang mengalir. over sangatttttttttttt. HAHAHAHA. senangggg je ni babeee. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
# Beras
# Santan Kara
# Halia
# Bawang merah
# Daun pandan
# Ikan bilis
# Telur
# Timun
# Ayam
# Bawang putih
# Bawang merah
# Cili boh
# Tomato puree jenama Leggo's
# Lada
# Kunyit
# Garam
# Gula
# Ajinamoto

meh aku pecah-pecahkan kerja supaya senang korang paham. :) untuk memudahkan kerja korang, better korang start dengan masak nasi dulu siap-siap sebab nasi kan lama sikit nak masak. :) bahan-bahan yang diperlukan untuk masak nasi adalah, 

beras, halia, satu ketul bawang merah, tiga helai daun pandan dan satu kotak santan kara. 

kenapa aku pilih santan jenama Kara sebab dia adalah tanpa kolestrol dan dia punya rasa, heyy sedapnyaaaaaaa. bau dan aroma je pon boleh buat makan bertambah-tambah tahuuu. :)


so senangg je. basuh beras siap-siap dan masukkan kuantiti air secukupnya. campakkan semua bahan-bahan tadi dan tuangkan satu kotak santan kara dan secubit garam. gaul sebati dan siapp dah boleh masak. senang kan? settle bab nasi. 

untuk accessories, kita perlukan timun, ikan bilis dan telur. timun tu potong last-last takpe sebab senang je dan kita nak jaga tahap kesegaran dia. :)



untuk memudahkan kerja, goreng dulu telur siap-siap, settle. :)


kemudian goreng ikan bilis, settle. :)


nasi settle, accessories settle. sekarang masa untuk masak ayam masak merah. mula-mula perap ayam dengan sedikit kunyit dan garam sebab ayam tu nanti kita nak goreng dulu baru sedapppppppp. :)

 
 dan gorengggg,


angkat dan biarkan dia dekat tepi dulu sebab kita nak siapkan kuah dia pulak. bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuah dia adalah, 


bawang merah, bawang putih, cili, cili boh, bawang kisar, gula garam ajinamoto secukup rasa dan tomato puree keluaran Leggo's.


kenapa aku guna Tomato Puree Leggo's sebab dia punya rasa tomato lagi piorrr. tak perlu tambah sos tomato bagai lagi dah. cukup rasa masam manis dia. so mula-mula tumbuk bawang putih dan tumiskan sampai keperang-perangan.


lepas tu masukkan bawang kisar empat sudu dan cili boh empat sudu. tumis sehingga pecah minyak. 


kemudian masukkan 5 atau 6 sudu tomato puree Leggo's. 


campakkan bawang merah yang dah siap dipotong tadi, lada, gula garam dan ajinomoto secukup rasa. kacau sehingga sebati dan last sekali, campakkan ayam yang dah siap digoreng tadi. siapppppppppp :)


haaaa senang kannnnnn :)) siapppp. Nasi Lemak Cinta Sayang muah muah sedia untuk dimakannnnnnn. kehkehkeh :))


nanti korang buat ehhhhh baru kita boleh rasa cinta sayang kasih mesra sama-sama. :p selamat mencubaaaaaaaaaaa :)) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...