Lazada Malaysia

Showing posts with label deco. Show all posts
Showing posts with label deco. Show all posts

December 21, 2017

Showroom Intech Kitchen Sdn Bhd


haiii semuaaa. ;) kalau korang follow blog nadia dari dulu, mesti korang familiar dengan nama company Intech Kitchen Sdn Bhd ni sebabbb, boleh dikatakan majoriti kabinet dekat rumah nadia ni adalah hasil air tangan merekaaaa. Kitchen kabinet dengan dorang, rak kasut dengan dorang, tv kabinet dengan dorang, kabinet office dengan dorang. Haaa nampak takkk betapa setianyaa seketul nadiafarahida dengan intech kitchen nii kikikii. ;)

hellooo, sebenarnya takde la sesetia mana sebab aku still survey, tanya dan bandingkan harga dengan tempat lain jugak :p tapiiiiiii, haa ada tapi diaa. Walauuuu tempat lain lebih murahh, stillll tak boleh lawan tahap kualiti keluaran intech kitchen nii. Seriusss.


Benda yang melibatkan kabinet kayu kayan ni dia ibarat pelaburan sekali rentung dalam masa berpuluh tahun dan mungkin untuk selama-lamanyaa haaa kaw pakailahh kabinet ituewww. Dia takde ehhh bulan depan tukar baru laa. Ehhh bulan lagi satu nak tukar table top lain laaa haa takde. Melainkannn keje kaw adalah cop duit hari-hari jadi suka hati kaw la nak buat tukar tiap minggu sekalipun kikikii. Dalam kes aku, since duit aku yang tak berapa nak ramai ni, jadi alang-alang buat, biar kualiti dia betul-betul puas hati, tahan lamaaa, dan berbaloi dengan nilai setiap sen yang kita keluar. Ehh jangan tak tauuu, sepupu aku buat kithen kabinet yang dekat pameran mall ape ntah lupa nama, elokk cantikkk terletak semuaaanyaa. Lepas 5 bulan, permukaan kabinet dia terkopak. Macam alah pada air gituu. Bila tanya company yang dia buat, dorang taknak ganti baru. Sebabbbbbbb? Pakej murahhhhh katanyaaa dan sebarang kerosakan selepas 3 bulan, mereka tidak bertanggungjawabbbb. hellooooo, pakej murahhhh apeeee nyee wakk kalau bayar rm8000 dikatanya murahhhhhh, ya ampunnnn. Siannnn sepupu kita wakk. Tapiiii nak buat macam manaaaa, duluuuuu kita cakap dia taknak dengar muehehehe.


Kalauuuuu intech kitchen jangan kata 3 bulan, bertahun-tahunnn wey dorang stilllllll menjagaaaaa customer merekaaaa. Kalau ada pape rosak contohnyaaa dorang still akan datang baiki secara percumaaaa tapiiii ikhlas aku bagitau korang, sepanjang 5 tahunnnn hasil keje tangan dorang dekat rumah aku, stilllll belum pernah berlakuu sebarang kerosakannn walauuu seinci. Percayalahh. Sebab tuuu aku banyak kaliii hire dorang untuk buat papeee sebab kualiti dorang memang tip top.


Kebetulan haritu aku freee, aku singgahlaa showroom Intech Kitchen ni lagi sekaliiiiiiii. Ya ampunnnnnnnn, gigil-gigil kaki kita wakkk. kenapalahh poket kita tak tebal. Kalau poket kita tebal, kita terus tempah macam-macam kabinet build in yang baruuuuuu (x_x)



balik dari showroom dorang siang malam aku berzikir dekat telinga syafiq, bangg. saya dah tahu dahhh kalau kita beli landed house nanti, kitchen kabinet kita macam mana. saya dah tahu dahh kalau kita beli landed house nanti, walk in wardrobe kita macam mana. saya dah tahu dahh kalau kita beli landed house nanti, bilik bunga dan anggun macam manaaaa. hoiiiiiiiiiii nampak takkkk aku punya angan-angan gah-gah ajewww tapi jangan tak tauuu, jangan kata landed house, tanah sekangkang kera pun mak belum ada nakkk. T__T kikikikii. tapiiii takpeeeee, beranganlahhh sebab berangan tu percuma jewww. :P kohkohkoh.


nanti nak kira duit syiling dulu lahhhhh. agak-agak cukup, mak nak terus beli tanahh nak buat rumah. rumah ape? rumah mainan untuk bunga dan anggun. kohkohkoh. :p tapi aku serius niiii, aku ada satu angan-angan besar yang masih belum tercapai tapiiiiii taknak cite sini duluuu. berangan yang indah tu kena sorang-sorang duluu, kang orang tauuuu mauuu digelakkan ajeee. (-__-') baikkk, kesimpulannyaaaa dekat sini aku nak bagitau, to those yang sedang mencari interior designer bab-bab kabinet ni, yes Intech Kitchen Sdn Bhd boleh bantuuu. Korang boleh😍bolcall Jess untuk Free Consultation dan nanti pihak Intech Kitchen datang kerumah kita untuk ukur dan bentang bajet harga segalaaa atau korang boleh pegi sendiri ke showroom mereka di Semenyih. Dorang memang cover seluruh malaysia. bestkannnnn. ;)

Thank you so muchhhhh Jess, Jeff dan semuaaa team Intech Kitchen Sdn Bhd yang bertahun-tahunn sudi bekerjasama dengan nadia. Sebarang pertanyaan korang boleh terus contact Jess di 012-6670706 atau datang terus ke showroom mereka di,
.



Alamat Showroom : 
Intech Kitchen Sdn Bhd, 47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega, 43500 Semenyih
Business Hour : 10am-6pm
Contact Person : Jessica 012-667 0706 
Jeff 0126252528
Email : jessica@intechkitchen.com


October 21, 2014

Wall of fame :p


oiii kemainn tajukkkkk, wall of fameee lah sangattttt mihmihmih. ;)) kaw ingat kaw artisssss nadiaaa nak fame fame segalaa? :p sebenarnyaaaa, sepanjang aku hidup, tak pernah terlintasssss pun walau seinci dalam kepala aku akan masuk surat khabar kee, masuk tv kee, masuk majalahh kee tak pernahhh. sebab rasa macammmmm emmm macam mana eh nak cakap, heyyy kaw biar betullll. jangan nak berangan lebih sangatlah. :p 

sampaiii la satu ketika wartawan anjung seri kott rasanya yang pertama approached aku untuk interview pasal rumah. haaaa time tu aku dah menggelupur rasa nak pitam patharipatmalam. kuikuikui. :P bila orang jakun dapat masuk majalah, haruslah aku framekan beso-beso drill dekat dinding rumah akuuu. alaa rumah aku je punnn. biarlahh aku berangan seindah kayangan sampai kebulan sorang-sorang HAHAHAHA. ;)) lainnnn la kalau aku drill tampal dekat dinding papan kenyataan condominium ni tu dah sawan namanya. :p kahkahkah. mula-mula aku rasa macam ehh poyonyaaaaaaa siap nak tampal dekat dinding segala tapii ye la, laki aku spesis melayan jee. :P kesiannn tengokk bini dia tak pernah masuk majalah kan. ye sayang kita tampal yeee. HAHAHAHA. sekali tak sangka pulak dari hanya majalah anjung seri dia merebak sampai ke utusan, mingguan wanita, wanita hari ini dan lain-lain. sedar-sedar dah penuh dinding rumah aku. HAHAHAHA. pasrah laaaa nak. mak memang dilahirkan teruja setiap masa. :p


pada asalnya kitorang just tampal frame-frame hitam ni je yang mana frame hitam ni la semuaaaa koleksi sepanjang kitorang pernah featured dalam sebarang majalah ke surat khabar ke tapiiii bila dah ada anakkk ni, tibe-tibe datang idea nak buat bahagian anak pulakkkkk. :p jadi untuk bunga kita buat pakai warna merahhhhh supaya lebih berseri gituewww. ;)


maka terhasil lah wall of fame untuk bunga jugakkk hikhikhik ;) cuma dinding frame bunga ni betul-betul dinding menghala ke toilet. jadi setiap kali orang nak masuk toilet mestiii terpaksa tengok muka bunga dulu dengan harapan lancarlah segala proses pembuangan nanti. HAHAHA. ehh haa aku baru perasan, dah lamaaaa kan aku tak berkongsi cerita pasal dekorasi ni. asyikkk pasal bunga jee hari-hari hihihi. banyakkkkkkk benda sebenarnyaaa aku nak cerita tapi nantilahhhhh. :p mak busy menyesuaikan diri. seronok rupanya jadi mak orang ni. hihihi. ;))


July 02, 2014

dekorasi ruang tamu

lamanyaaa tak cerita pasal dekorasiiii. boleh tak hari ni aku nak sambung cerita pasal deko-deko? hihi ;) asyik cerita pasal anakkk jee kang orang kematu nak baca blog aku. muahaha ;) ok hari ni aku nak cerita pasal dekorasi ruang tamu. sebenarnya rumah aku ada dua ruang tamu. satu ruang tamu untuk kitorang melepak tengok tv, satu lagi ruang tamu yang jarang guna sebab jauh sikit dari TV. tapiiii kalau kalau datang peel malas aku, ruang tamu yang jauh sikit dari TV ni akan jadi tempat pengumpulan gunung ganang baju yang belum dilipat muahahaha. ;p haa ni la ruang tamu yang jauh sikit dari TV tuuu. 


dulu ramai yang pernah tanya aku pasal sofa L-Shape merah ni. korang boleh baca dekat entry ni ehhh. aku pernah share sebelum nii. manakala untuk satu lagi ruang tamu, aku pilih warna malap-malap sikit sebab nama lagi ruang tamu untuk family kann. bila malap-malap ni tenangg je tengok tv sambil baring-baring huhuuu. :D


untuk ruang tamu sofa hitam ni, aku banyak bermain dengan warna warni sebab kang kalau semua malap, kelam hidup aku bosan tak berseri. :P huhu. sebenarnya tip aku senang je, sebelum aku beli ape-ape perabot untuk rumah aku dulu, pemilihan warna perabot adalah bergantung pada warna dinding. contohnya, sebelum aku beli sofa hitam ni, aku aim siap-siap dulu dinding ni nanti warna apa. ok aku pilih warna kelabu. bila dah set dalam kepala nak warna kelabu, aku akan imagine warna apaaa yang boleh masuk dengan warna kelabu. dalam kepala aku masa ni sofa yang sesuai dengan dinding warna kelabu antara merah, putih atau hitam. tu jee. putih senang nampak kotor, merah dah ada untuk ruang tamu lagi satu. jadi tinggal hitam jeee. ok deal dinding warna kelabu, sofa hitam. bila gabungkan bersama, dia nampak cantikk tapiiii macam tak berseri sangattt sebab dua dua warna macam dullll je. T___T sebab tuuuu laa frame gambar yang sangatttt bewarna-warni macam tadika tu memainkan peranan untuk menaikkan seri untuk ruang tamu niiii. :P hihihi. cuba bayangkan aku pasang frame hitam atau putih jugak. oiiiiiii kelammmm. T__T tapi bergantung pada taste masing-masing la. taste aku memang macam tadika sikit. mihmihmih. 



untuk sofa hitam ni, aku memang sengaja pilih yang jenis recliner boleh bukak tutup ni sebabb senang boleh duduk sambil berlunjur kaki konon macam selesa sangatttttt laa siap boleh baring-baring segalaaa :p time sakit pinggang asyik duduk je, terus tarik button recliner dia. agak-agak dah tak sakit pinggang boleh tutup balik dan kembali kepada bentuk asal gituuuuewww :p agak-agak nak selesa lagi baik kaw amek bantal baringgg je dekat bawah nadia tak payah nak recliner sangatttttt lahhh muahaha. ;)) haa jangan tanya aku berapa harga sofa hitam ni tauuu sebab dah lupaaa. (-__-') tapi seat dia jenis 3+1 je. bukan 3+2+1. asalnya dia 3+1+1. tapiii oleh disebabkan space ruang tamu ni ngam-ngammm je dengan 3+1, jadi lagi 1 kerusi lebih aku bagi dekat kawan aku. huhu ;) ok tu je pembelajaran pemilihan warna sofa kita untuk harini, selamat berdekorasi koranggggggg. ;))


April 18, 2014

Almari baju babyyy ;)

kalau semalam kita cite pasal katil baby, hari ni kita sambung pembelajaran seterusnya dengan cite pasal almari baby. :) aku kalau cite bab dekorasi susah nak benti. sorryyyyyyy. ;) hihi. kalau ikutkan, almari baju baby takde pon dalam senarai keperluan aku buat sementara waktu sebab selalunya baby bukannya ada banyak baju sangat kannn. tapiiiii, oleh disebabkan almari baju aku laki bini dah penuh padat mampat segala, aku terfikir kalau ada anak esok, baju-baju bersih dia nak letak mana. takkan nak biar berlonggok bertingkat-tingkat lepas lipat gitu je tanpa simpan dalam almari? kang nanti berdebu kee. sekurang-kurangnya kita ada satu tempat simpan segala barang dan keperluan dia. tak perlu nak cari baju dia sekejap-sekejap selonggok depan tv, sekejap-sekejap selonggok atas katil aku, sekejap-sekejap selonggok atas sofa. jadi dengan secara tak tersengaja aku pon terbeliii laaa sekali almari ni time pegi beli katil dekat ikea hari tuuuuuu. mihmihmih. ;) 


terrrrrbeliii ponnn selepas aku terfikir alasan-alasan dekat atas tadi dan terbeliiii sebab nak nampak satu set dengan katil yang ala-ala pwincesssss ituewwww ;) lagipon memang la sekarang mungkin tak nampak sangat keperluan almari ni tapiiiii dia tetap akan jadi satu keperluan bila anak dah besar esok. mestiiii tetap kena beli jugak kannn untuk simpan baju dia. jadi alang-alang, kita terus beli yang besar untuk jangkamasa panjanggg. ;) 

haa nampak tak kerawang dekat atas almari tu. tu kan kerawang yang sama jugak dekat katil baby. sebab tu laaa aku cakap nampak satu set dan nampak ala-ala mahkota pwincessss. hihihi. ;) hoiii kaw jangan tanyaaaa berapa jammm syafiq pasang almari niiiii. T____T dalam banyak-banyak perabot ikea yang kitorang pernah beli, almari ni adalah yang paaaling lama dan cerewet kena pasang step-step dia. (-___-') kalau katil baby tak sampai satu jam pon dah boleh siap. almari? 4 jammmm babeee laki aku bertungkus lumussssss! setiap saat aku tanya abang ok, penat tak, stress tak, nak tolong pape tak. HAHAHA. aku risau takut syafiq emo stress aku paksa dia pasang tengah malam buta tu jugak tapi syafiq kannnnnn, peel dia tak tunjuk terkinja-kinja teruja nak dapat anak tapiii aku cukup kenal laki akuuuuu. ;) dia tak tunjuk dari percakapan hoyehh hoyehhh saya nak dapat anak takkkkkk. :p tapi dia tunjuk dari perbuatan sebab aku tau, dia tahan kemut-kemut maluuuu. KAHKAHKAH :P thank youuuuu sayangggg muah muaahhh! ;)

kesiannnn anak mummyyy, dalam almari kosongg je lagiii. ada sape-sape sudi nak tolong isi untuk penuhkan almari? :p kuikuikui. 

kenapaa aku cakap pasang almari ni sampai 4 jam? sebabbbbb dia ada beratussssss skru untuk pasang setiap pembahagi-pembahagi ni dan supaya almari ni betul-betul kukuh stabil kedudukan dia. dan kenapa aku pilih almari ni berbanding banyak lagi almari baju kanak-kanak jenis lain? sebab dia dah siap-siap ada tempat baju yang boleh disangkut dan ada tempat yang boleh kita susun baju-baju yang dilipat. jadi nampak la tersusun dan kemas sikit kannn. tak de la yang kena sangkut kena menumpang almari baju aku, yang lipat kena letak sini. :) sebelum aku terlupa, meh aku letak harga dia siap-siap. senang nanti korang nak refer kott la kan korang nak beli samaa. hihi. ;)


dan hasilnyaaaaaaaaaaa ;) taraaaaaaaaa!


haaa nampak satu set kannn? ;)) wiiii tak sabarnyaaaaaaaaaaa. syafiq junior is on the wayyyyy everybodyyyyyyyyyyyyyyyyy. hikhik. ;p



April 15, 2014

Sliding door dan cermin dinding murah dan berkualiti

to be honest, aku kalau bab renovate rumah nak mendeko segala sangattt menitikberatkan kualiti. orang cakap mahal takpe janji tahan lama. lagipun kalau deko-deko rumah ni selalunya sekali je kita buat dalam satu tempoh jangka masa yang panjang. takdenya kaw setiap bulan nak upah orang sekejap-sekejap nak pecah dinding buat baru, sekejap-sekejap nak upah orang suruh pasang pintu baru kuikuikui. :P 

dan spesis aku, sekali tukang rumah buat kerja dan aku puas hati, aku akan tetap menggunakan servis dari orang yang sama untuk kerja-kerja seterusnya. sebab kita dah tau macam mana dorang buat kerja dan kita dah tahu tahap mana kualiti dorang. takdenya aku membuang masa pergi cari kontraktor atau pakar lain untuk merenovate rumah aku semata-mata nak lagi murah tapi at the end, kaw sendiri makan hati. haaa kata nak murah kan, dapat la hasil yang setanding dengan harga murah. hewhewhew T____T jadi hari ni, aku nak kenalkan korang dengan satu-satunya kontraktor pakar cermin yang mana bukan rumah aku je dia buat, dengan rumah sepupu aku sekali sume adalah hasil tangan dia. hoii memang tiptop la dia buat kerjaaaaaa. kalau dekat rumah aku, Aluminium Glass Work ni dah buat cermin dekat dining hall ni,



dan sliding door dekat dapur. tapi gambar sliding door dekat dapur rumah aku takde dalam pc ni pulak sorryyyy. :) dan bulan lepas, sepupu aku diam-diam baca blog aku lepas tu sekali dia bagitau, dia upah adam dari Aluminium Glass Work ni pasang cermin dekat rumah dia. aku ok jee tak kesah sebab dah nama pon aku cerita dekat blog kann. sape-sape boleh order huhu. sekaliiiii, bila aku pegi rumah dia, mak aiiiii. nak pitammmmmmmmmmmm. T___T bukan cermin seketul je dia buat. boleh dikatakan segala mak nenek yang berkaitan dengan cermin dekat rumah besar gedabak dia ni sumeee hasil kerja adam. hoii cantiknyaaaaaaaaaaaaaa. T___T 



haa korang nampak pagar kaca ni? yesss ni adalah hasil tangan dari Aluminium Glass Work. smart gileeeee. moden kannn. ;)



ni ponnnn dari Aluminium Glass Work. ni veranda je asalnya tapi bile dah pasang pagar kaca macam gini dah gaya padang golf dekat atas rumah aku tengok. oi cantiknyaaaaa. 



haa kan betul aku cakap, dah boleh jadi padang golf mini. pasang rumput carpet, siappppp :)



haa asalnya sepupu aku cakap dia nak buat pintu bilik air ni jee dengan adam aluminium glass work. sekaliiiiii, dia bantai buat satu rumah punya cermin. kan aku dah cakap kualiti kerja aluminium glass work tiptop. harga pon still mampu bayar dont worryyyy. ni kan pelaburan sekali jeeee untuk jangka masa panjang. bukannya setiap bulan awak tukar bilik air kannn :p



ni cermin dekat ruangtamu yang lebih kurang dengan aku punya dekat dining hall tadi. 



dan ni sliding door dekat bilik tidur utama. kalau dekat rumah sepupu aku ni, dia pilih sliding door yang versi cermin pantulan kan. kalau dekat dapur rumah aku, aku pakai sliding door jenis lutsinar yang nampak terus tu. dua dua Aluminium Glass Work boleh buat korang jangan risau. as per request gituuu bagitau je adam :) 





haa sebelum terlupa, pintu bilik air macam ni pon dorang ada jual. dan ni contoh pintu bilik air rumah aku





sebenarnya Aluminium Glass Work ni bukan pakar dalam buat cermin je, dorang still buat pagar, grill dan sume-sume la. korang boleh tengok antara hasil kerja dorang dekat facebook Aluminium Glass Work dekat sini eh 



atau korang boleh terus contact adam di 012-3279932.

dan haa jangan tak tauu, untuk harga terbaikkkkk, percayalah. sila la mention korang tau dari blog aku time contact dengan adam nanti sebabbbb sepupu aku bagitau, time dia deal dengan adam sebelum close deal hari tu, dia saje-saje test market bagitau dia tengok dekat blog aku yang mana aku adalah sepupu dia. tiba-tiba adam bagi diskaun dan banyakkk kottt dia dapat diskaun. haaa pandaiii tauuuu. HAHAHA :p tapi xpe, untuk mendapatkan harga terbaik, aku izinkan je korang mention kita kawan ke sedara mara ke sepupu sepapat ke janji korang dapat harga murah kennnnn ;) jangan mention kaw suami aku sudahhh aku pang karang. HAHAHA. ok dah, pergi order sekarang. dia bukan hari ni tempah hari ni boleh siap. kata custom made ikut citarasa sendiri kannn. :))








April 04, 2014

Alcano Design, tempat beli perabot dengan harga kilang

kepada sesiapa yang dalam proses sedang mencari sofa ke perabot ke set katil ke ape-ape je laa yang berkaitan dengan perabot rumah, aku sangattttt merekemen korang untuk beli dekat kilang Alcano Design. 





dan kenalkan, ni laa Mr.Chai dan Angel, pemilik dan pengurus besar Alcano Design :)



dah nama pon kilang kannnn.  tentu-tentu harga dia jauhhhhhh lebih murah berbanding korang beli dekat mana-mana showroom dalam mana-mana shopping mall sedangkan bendanya sama je sebenarnyaaaa mihmihmih. ;) selalunya yang showroom tu pon order dari kilang jugak. markup sikit sebanyak kos sewa kedai ke kos sewa tapak showroom ke, boommmmm meletup harga dua tiga kali ganda tapi curlasss laa bila orang tanya, beli dekat mana? ohh ni saya beli dekat showroom pavilion :p berapa harga? RM9000 jewwww :p pitammmmmmmmm T___T HAHA ;) 

ok berbalik kepada Alcano Design, antara perabot custom made yang aku pernah tempah dengan dorang adalah set sofa merah hitam L shape ni,



korang boleh baca dekat sini dan seketul katil ala-ala jepun korang boleh baca dekat sini :)



tapi sekarang aku dah tak pakai dah katil ni sebab orang cakap, katil setiap tahun seelok-eloknya kena tukar sebab try and error mencari posisi baru katanya. kohkohkoh :P 

ok berbalik kepada kilang Alcano tadi, haaaaa sekarang dorang dah advance habissss. macam-macam produk dan perabot baru dorang ada. smart gileeeee. senang cite sumeee perabot dorang ada jual kecualiiiii kabinet dapur. yang lain, ready made kee custom made ke semua ada. dan the best part is semua adalah harga kilang yang mana jauhhhhhh lagi murah berbanding harga pasaran. percayalah. :) dan dalam banyak-banyak perabot, antara perabot yang paaaaling terbaru korang boleh dapati dekat Alcano Design ni adalah

 built in cabinet tv




ni meja makan dekat rumah sepupu aku. dia pon tempah dari Mr. Chai. hoiii smart gileeeeee! moden kannnnn lekuk lekuk gituuu. 

namaaaaa jeee kannnn koman koman bunyi dari kilang tapiiiiii cuba kaw pegi tengok katalog dekat kilang dia. hoii rambang mataaaa. sume yang up to date punya perabot. siap duitt jeeeee mihmihmih. :p

haa pada semuaa yang berminat untuk tempah perabot dengan harga kilang, korang boleh contact Mr. Chai di 012-396 6621 / 03-6140 1371 atau korang boleh pegi terus ke kilang beliau di 

Alcano Design
Lot 2770 M, AL220, Kampung Baru, 
Sungai Buloh 47000, Selangor.


February 06, 2014

Harga built in TV Cabinet

dalam banyak-banyak major renovation dekat rumah kitorang, built in tv cabinet adalah antara projek paling lasttttt ada dalam kepala aku sebabbbbbb rak tv asal memang dah sedia ada jadi buat lambat-lambat sikit pon takpe kotttt. :) lain la kalau tv tu tersadai je atas lantai kannn. lagipon tv kitorang biasa-biasa jewww. lain laa kalauuuu tv led 52 inci keee, touch screen tv keee mihmihmih. :P kalau ikutkan perancangan asal, kitorang nak beli tv baru dulu baruuuuuu buat built in tv cabinet tapi rasa macam membazir pulak sebab tv kan dah ada cuma kecik jeww. T_____T jadi kita pakai je la dulu apa yang adaa jangan membazir. hihi. kita buat yang belum ada jeww muahahaa :P

sebenarnya built in tv cabinet ni aku buat sama-sama dengan mini office dalam masterbed room hari tu. sehari pasang mini office, sehari pasang built in tv cabinet. untuk mini office korang boleh refer dekat entry ni ye, dekorasi dan kos membina pejabat di rumah

so untuk built in tv cabinet ni, meh aku tunjuk keadaan sebelum ye :p



dan ni gambar selepas wiiiiiii~ ;))



ohhh sorryyy, versi malam tak berapa nak clear sangattt sebab amek gambar dalam gelap kannnnn. ni cuma nak tunjuk, lampu biru belakang tv board tu dah termasuk sekali dengan pakej harga yang aku bayar dekat Jeff. dia sebenarnya ada macam-macam warna. ada warna kuning, ada warna putih, ada warna biru. aku pilih warna biru sebab downlight rumah aku dah warna putih, lampu syiling dah warna kuning. so kita pilih warna yang belum ada. hihihi.



haaa ni versi siang hari. sebenarnya dalam contoh gambar asal takde pon tiang seri dua batang dekat sebelah rak tv tu tapi aku saje gatal suruh jeff tambah konon-konon dengan harapan nampak lagi smart aaaaa mihmihmih. :p tapi oleh disebabkan tiang tu warna putih, dinding ruang tamu aku memang sedia asal warna putih, jadi tiang tu tak berapa nak nampak sangat. nanti la ada masa upah orang cat ruang tamu balik. buat masa sekarang i is pemalas sebab lagi suka tidur dari buat kerja. :P nak nak kerja kemas rumah huhuuu :p 

bawah tv gantung tu ada 3 drawer kan. kanan kiri warna putih. tengah-tengah warna hitam. semua boleh bukak cuma yang warna hitam tu material dia kaca. haaa kebanyakan built in cabinet dekat rumah aku ni aku banyak bermain dengan warna hitam putih je sebab nampak moden dan senang nak matchingkan dengan apa-apa dekorasi contohnya kabinet dapur, mini office, bilik air, tv kabinet ni. haa senang cakap majoriti tema rumah aku hitam putih la huhu. 

ni adalah projek ketiga hasil tangan Intech Kitchen dekat rumah aku. yang first kitchen kabinet, second mini office dalam masterbed room. haaa nampak tak betapa puas hatinya aku dengan hasil kerja dorang. aku kalau tak berkualiti, takdenya aku nak hire banyak-banyak kali. harga dia setaraf dengan kualiti yang dorang providekan. lagipun ada warranty dan customer servis dorang memangggg tiptop. jeff sangatttttt menjaga customer dia. tu aku paaaaaling suka! :) 

untuk built in tv cabinet dekat rumah aku ni, aku dapat harga RM4000 siap sume. kalau korang nak sebijik sejibon macam aku punya, nanti korang bagitau jeff eh. takpon dari sini korang dah boleh buat anggaran kasar berapa duit korang kena sediakan kalau nak buat rak tv pasang siap. dia lain ukuran lain harga, lain pattern lain harga. haa senang cite korang contact je dorang terus. jangan tanya aku, aku tak tauuuuuuu. hihihihi :p

ok dahhh, pergi order sekarang. :))




0126252528 / 03-87243528



atau boleh pegi terus ke showroom dan kilang dorang di, 



47, Jln Mega 1A, Tmn Industri Mega, 43500 Kajang.




December 06, 2013

dekorasi dan kos membina pejabat di rumah

sebenarnya dah lamaaaaa aku planning nanti bila ada rumah sendiri, konon nak ada office sendiri dalam rumah kemainnnnn hewhewhew. :P impiann sahngatttt. tapi renovation rumah ni tak boleh la kaw nak buat sekaligus sekelip mata semua terus siap tiptop kann sebab duit ni kalau habis, dia bukan boleh main petik-petik je macam petik daun kehkehkeh. ;p

jadi kitorang pon buat la step by step slow-slow. awal-awal masuk rumah dulu, kitorang siapkan yang major punya renovation dulu. lepas tu baruuu simpan duit balik untuk buat yang minor-minor ni. untuk mini office, aku prefer buat dalam bilik tidur kitorang sebab lebih private and confidential gituuewww :P dah nama pon mini office, dah tentu-tentu semua dokumen-dokumen yang penting hidup dan mati semua disimpan dekat sini kannnn. ;) tapi takde la mini office skema sangat macam pejabat-pejabat dah rupa sebab kadang syafiq suka je pasang movie apa-apa dekat pc sambil baring atas katil. jadi menyenangkan kerja aku laki bini, kita pasang je dalam bilik. :)

ni rupa asal space untuk buat mini office. betul-betul sebelah toilet. hihihi.



dan ni lakaran masa jeff datang ukur hari tu. 



bulan lepas rasanya dorang datang ukur dan bagi harga semua. bila kaw buat benda yang built-in ni, kaw kena ada kesabaran yang tinggi sebab selalunya, dorang memerlukan 14 hari untuk menyiapkan sesuatu tempahan berdasarkan permintaan kita. 14 hari jewww aku sangguppp janji cantikkk. hihiihii. lain la kalau pergi beli dekat kedai perabot kannn. hari ni beli, esok lusa dah tentu boleh dapat tapiiiiiii, kadang kalau beli yang dah siap, aku risau bab ukuran dia. tak ngam-ngam orang cakap. kalau tempah macam ni, dah tentu-tentuuu dia akan buat ikut space rumah kita dan percayalah, kualiti Intech Kitchen memangggg tip-top. aku kalau tak bagus, memang takkkk la aku rekemennn. dalam banyak-banyak company yang aku berurusan sepanjang renovation rumah, Intech Kichen punya kerja aku paaaaling puas hati. starting dari dorang buat kitchen kabinet dekat rumah aku lagi. 

dan ni hasil dia. gambar selepas wiiiiii ;))





antek takkkkkkkkkkkkkkkk? ;)) yeayyy! haa sebelum ada orang email aku tanya berapa ketinggian kelebaran aku punya ni semua meh aku cakap siap-siap. untuk aku punya mini office, ketinggian dia adalah 7 kaki setengah dan kelebaran dia adalah 7 kaki. tema dia sepenuhnya warna putih sebab warna putih senang nak mix and match dekorasi dia nanti :)) 

aku tak pasti kalau ukuran lain jeff kira berapa harga tapiii yang aku punya ni, dorang bagi best price RM2200. nak kata mahal sangat pon tak, nak kata murah sangat pon tak. ni standard price laa orang cakap selepas banyakkk tempat aku dah survey tapi aku tetap pilih buat dengan Intech Kichen sebab kualiti dorang tiptop dan dorang sangattttt menjaga customer. percayalah. 

kalau korang nak tempah, aku tak pasti berapa harga sebab keluasan mungkin tak sama tapii sekurang-kurangnya, korang dah boleh buat anggaran kasar kannnn. ;) ok dahhh, pergi order sekarang. :)) jadi, kalau korang berminat nak tempah, korang terus deal dengan Intech Kitchen dekat sini ehhh. 

0126252528 / 03-87243528

atau boleh pegi terus ke showroom dan kilang dorang di, 

47, Jln Mega 1A, Tmn Industri Mega, 43500 Kajang.


jangan tanya akuuuu, aku tak tauuu. :P aku tau harga rumah aku jeww hihihi ;)) 

December 04, 2013

again. rumah sedang dipecahkan. T____T

aku bab-bab dekorasi ni memang in love habissss wa cakap luu tapiiii kalau bab nak mendeko rumah sendiri, suka tu sukaaaa tapiii, untuk mendapatkan sesuatu yang cantik, kita kena lalui sesi memecah rumah terlebih dahulu T___T bab ni aku paaaaaaling tak sanggupp huwaaaa. 






jadi alang-alang sesi memecah rumah macam kapal pecah, aku lebih suka pecahkan sekaligus kuikuikui. contohnya planning asal aku adalah nak buat built in tv kabinet je tapiii bila pikir-pikir balik, sekaligus kan je laa buat mini office sekali senanggg. nanti senang lori sekali datang je. dorang pon sekali pasang je. aku pon sekali kemas jeee. kannnn. aku spesis suka betul perabot-perabot yang jenis built in sebab dia akan buat macam apa kita nak dan ukuran tu nanti ngam-ngam dengan keluasan rumah aku yang tak seberapa ni. :) kalau beli yang dah siap, kadang ada yang terlebih kecik, kadang ada yang terlebih besar. jadi alang-alang buat, biar puas hati orang cakapp sebab benda built in sekali je seumur hidup pelaburan dia mihmihmih. :P takde nya aku buang tebiat setiap tahun nak tukar macam katil dalam bilik aku asal bosan tukar, asal abis posisi kita tukar katil baru je la banggg kohkohkoh :P 


untuk hari ni, sekarang dorang tengah settlekan mini office yang tak seberapa dalam bilik dulu. kalau sempat siap, dorang terus buat kabinet tv. kalau tak sempat, esok la jawabnyaaaaa. T_____T i is pasrahhhh dua hari kena kemassss huwaaaaaa. ada sape-sape tengah planning nak buat meja komputer ke, mini office ke, kabinet tv? nanti aku share dengan korang the best company ever ni ehhhh. harga best, hasil kerja tiptop, kualiti mavelossss. ni company yang sama aku buat kitchen kabinet hari tuuuuu. :) nantiii ehhhhhh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...