Lazada Malaysia

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

August 15, 2013

selamat hari raya semuaaa :)

tahuuu takkkkk raya ke 8 baruuuu hegeh-hegeh nak buat entry ucap selamat hari rayaaaa kesian kannnn :p tapii takpeee kotttt, selagi syawal tak habis, selagi tuuu boleh cakap selamat hari rayaaa. hewhewheww ;)

selamat hari raya koranggggggg :) sepenuh jiwa raga aku nak cakap, mintak maaf mintak ampun sepanjang korang kenal kitorang andai kata pernah terkasar bahasa, terguris hati terluka jiwa :p tak kesah la secara depan-depan atau bacaan dari apa aku tulis dekat blog keee facebook keee kannn. :) halalkan makan minum kitorang kotttt laaa kannn kitorang terover makan minum tak pandang dahhh depan belakang kiri kanannn :p

dalam 4 kali raya sepanjangggg tempoh 3 tahun kitorang kawen, tahun ni paaaaaling aku stress. T___T sebabbb, datang sorang heyyyy gemuknyaaa sekarang. T__T datang dua orang, mak aiiii nape semua membesar bagai juara ni. muahahaha (-__-') datang tiga, duluuuu kurussss jee. sekarang haaaa bulatnyaaaa. (-___-') fineeeeeeee gugur jantunggg tahuuu. :p tapi aku sendiri tak nafikan, ni berat badan paaaling berat sepanjang aku hidup. T__T tapiii spesis malas bertindak, nantii nanti la dietttt. kuikuikui. heloooo, bagusnya jadi gemuk ni dia bukan gemuk dekat perut jeeeww okehhhhh. dia gemuk semua tempatttt. :p pakej all in one. itu syafiq paling sukaaa. muahahahahah :p kaw sukaaa kaaannn semua part besar besar kannn, nahhh hadappp, dengan perut-perut sekali besar sorryyyy. kohkohkoh. ;)) nampak tak tersasar jauh dari topik raya? (x___x) kahkahkah. ok sambung. 


syafiq kann, spesis dia malas betull nak bersampin bagaiiii. pakai sampin pegi sembahyang raya jeeeww. lepas tu balik semua togel. jangan cakap syafiq, boleh dikatakan semuaaaa lelaki dalam keluarga aku peel gituuu. songkok kopiah ketayap bagai apetah lagiii memang takkk la nak pakai lama-lama dekat kepala kannn. 


kenalkannn semuaaa, ni la keluarga sayaaa :) ni baruuuuuu sebelah adik beradik mama yang ada 5 beradik dan nenek aku ada 10 orang cucu. haa nampak tak kenapa aku duduk paling depan? sebab aku cucu paling tua harus la gile kuasa. kuikuikui. ;p ni belum masuk sebelah nenek aku lagi, belum masuk sebelah atuk aku lagi yang mana setiap kali raya, semuaaaaaaaa wajib datang rumah ni sebab moyang aku tinggal dekat sini. mauuu tak penuhhh rumahh. dan rasanyaaa, ni gambar ramai-ramai paaaaling sopan dalam banyak gambar-gambar. heyy kaw bayangkan laaa, kecohh tauuu sebab time sibuk bergambar laa ada yang sibuk nak berak la, nak makan laa. HAHA ;)


setiap kali aku tengok gambar ni, aku mesti terbayang mungkin ginii la kottt rupa esok-esok kalau aku laki bini ada anak 6 orang. feninggggg rasa nak baling-baling okkk dengan sorang tengah menangis nak susu laa, sorang tengah buat peace dekat belakang laa. tu belum masuk part bapak mintak susu. muahaha. (x___x) heyyy shawl yang belit-belit ni pon rasa nak tertanggal semua dah tauuuu. HAHHAHAHA.


tapi dalam banyak-banyak gambar, aku rasa gambar ni muka syafiq paaling stress. sebabb, empat kali raya, empat kali belum balik modal bab duit raya. kehkehkeh. siapppp aaa korang nantiiii siapppppp. ;p dedikkk kannnn amek gambar sondol-sondol giniiii. mihmihmih. :p standard laaaaa korangg, sebulan babeee berpantang siang hariii ingat senang keee? ;p muahahaha. dah bolehhhhhhh line clear kaw hadapp je laaaaaa. kohkohkoh. haaa nampak takk cerita tersimpang jauh lagi. heyyy tak nak sambung dahh bahayaa. kbai. HAHHAHAHHAA ;P


January 20, 2011

kl & selangor je ke cuti? laaa...

selamat hari thaipusam! tapi lebih kepada yang menyambutnya sahaja la tapi bagi yang tak menyambut, selamat bercuti semua! heeeee~ ;)


bila thaipusam, konpem-konpem jalan jem. dan aku boleh bayangkan macam mane sibuknya jalan kat area batu caves. thaipusam dengan deepavali, thaipusam lagi meriah kot sebab dorang ada acara main pecah-pecah kelapa la, pijak-pijak kaca la, cucuk-cucuk badan la. xsanggup aku nak nengok. ngeri~

eh, aku baru tau. rupanya bukan 1 malaysia bercuti ye?
laaaaa.. aku mati hidup ingatkan semua orang cuti. tang kl dengan selangor je rupanya....
jap, yang kerja hari ni, dapat double pay tak? ke biasa-biasa je? klu double nak mintak sikit! ;)
 

September 22, 2010

Raya kedua raya carpet.

raya xbape best bile balik beraya di rumah nenek sebelah papa.
sbb ape, sbb terpaksa terperap je kat rumah nenek aku. 
tnggu org dtg. sbb nenek aku da xbape sihat. n xde gmbr pon aku amek. 
tp, petang raya kedua, oleh disebabkan sebelah rumah nenek aku tu adelah gudang segala mak nenek carpet, harus aku rembat sekeping dua. =)
see.. banyak kan. ni baru 1/6 dari bahagian gedung carpet ni.
 harga mstila macam2.

mula2 nk amek carpet dam aji ni, tp xjadi. sbb mcm xsesuai je.
last2, aku pilih patern lain skit. tp tetap made in turki. nape suke carpet made in turki. sbb bulu2 carpet dier padat. xde cabut2 n xde terkeluar2 dan lembut aje. 
mcm carpet yg dam aji ni. 
mula2 makcik bangla tu letak harga RM1k++, tawar punye tawar sbb jiran tetangga, 
dier bagi RM950. okla, deal! lagi 1 carpet utk mama, utk tempat sembahyang. RM250.
terus angkut masuk kete. gmbr carpet yg aku beli xamek. sbb takut basi. boleh? hahahahh

afiq n kak g tgh layan nenek aku belek2 alas kaki. udah2 ler tu syg, moh la kt balik.
kang xpasal2 dgn makcik2 bangla kita angkut. huhuh =)
 kesimpulannya, raya kedua adalah beraya di kedai carpet.

Raya pertama

Oh! baru hengeh2 nk cite tntg raya. =)
malam raya adalah tidur di rumah ibu mertuaku. xde amek gmbr. sbb xsempat. 
k'gg, boleh terima ke alasan xsempat? xsempat ke xde org? huhu
lepas semayang raya, terus gerak balik kampung aku. kat sane happening skit. 
smpai kdg2 naik fenin pon ade.
time aku sampai, sesi bersalam2an n sesi bergambar da ciap.
agak xsopan sbb xtnggu aku! huhu
tp xpe, bile aku sampai, sume adik2 sepupu kekupu nk salam dgn aku. 
sbb ape, sbb thn ni aku terpaksa bg duit raya. wlaupun tnpa rela. hahaha

time ni baru je sampai di kampung aku.
kuar kete, adik aku trus snap gmbr. 

 mula2 sampai, harus ngadap mereka berdua terlebih dahulu. mama tok n tokki aku. 
mereka adalah grandfather and grandmother aku ye. utk sblh mama. hehe
siap2 salam sume, bg duit raya bagai, xboleh tunjuk gmbr bnyk2. sbb bile time salam je, semua mate mcm masuk air lada. xsuke tau! =) aku x.. maintain..

mama selalu over bab2 nangis. ratu nangis. blom pape da nangis da. hahhaha =)
sorry mama. and hari raya, mama saya adalah rock. see..anak2 pkai tudung. mak ai gembel je. ma, thn ni kakak baik skit. sbb kate dari rumah mak mertua. msti baek2 ajo. huhu
oh lupa, adik aku lagi sorg name adam terlalu sibuk main game. ngamuk2 xnak amek gmbr. masuk kaki berseluar melayu putih pon cukup.

ok now adam da masuk gmbr. tp muka blom siap. adik2 aku mmg sesaje je dorg. 
time aku nk bergambar romantik berdua la dorg ni kendeng2 nk amek gmbr skali. sj je!

tgk, ni pon same. xkan dapek nyo mak nk amek gmbr berdua nak oii.
belum ada anak lagi tp macam anak da sepl0h!

last2, hari da ptg. bile petang raya, the next house adalah rumah nenek aku sblah papa.
si encik suami da xselesa pkai bj melayu lame2. last2, ko pakai la tshirt syg ye! =)



note: gmbr raya thn ni byk xbest. sbb ramai yg xbalik. tnggu raya thn dpn, kaw2 aku kasik!

September 21, 2010

Persepsi tntg baju cotton, kmpung vs bandar.

gambar raya tahun ni bnyk xbest. sbb masing2 mcm mood bersedih. aku pon xtau nape.mgkin sbb masing2 mengenangkan, duit bnyk yg habes. huhu
korg bnyk ke bj raya? korg xpe la, stok gaji xabes2. aku ni miskin je tau. eh jp, mmg tahun ni musim beraya baju kurung kain cotton eh? kenapa ek? 
sbb aku slh sorg pencinta baju kurung cotton sejak da lame da.
since time aku belajr dulu lagi. sbb sng nk iron n sedap je pakai. tp, xsilap aku,dulu selalu org duk ejek2 aku, kain cotton ni takat bt kain cadar kanak2 je. xpon bt langsir. xmaen bt baju2 kurung bagai ni. amek ko, skali kuar trend, baju kurung cotton btol2.
klu g jalan tar, jgn ckp. siap 3 pasang rm100. haa..kan btol aku ckp, best kan pkai kain cotton?
tapi raya tahun ni, aku ade selai je cotton. tp ok la.
korg nk tau 1 bnde x? berdasarkan pengalaman aku sndri la ni. beza antara org kampung dengan org bandar. persepsi dorg tntg kain cotton.

 situasi 1: situasi org kampung
" ek eleh, ko ni ape klass raya pkai bj kain cotton. xde duit ke nk beli baju mahal2 skit. 
yg ade belian2 ke, kerawang2 ke, sulam2 ke, baru kelas..
xde nye org pkai bj kain cotton ni. masing2 bt baju tidur anak2 je. xpon, bt cadar. 
ko plak siap bt baju. hish..lain kali beli la baju mahal2 skit."

situasi 2: situasi org bandar a.k.a org kaya
" eh, mane nk cari ek baju kurung kain cotton? i teringin giler nk pkai bj kain cotton ni. 
i tgk kawan2 i yg lain pkai cantek je. klu boleh beli banyak, mau i terus angkat dozen. 
sbb susah la nk jumpa skrg bj jenis mcm ni. datin kawan mak aii pegi umah mak i semalam pon pkai kain cotton, canteknye! u boleh tlg belikan 5 pasang x?"


hahah.. situasi di atas adalah fakta. 2 situasi berbeza antara persepsi org kampung dgn org bandar. ah, pedulik ape org nk ckp, yg pntg, bkn dorg yg tlg ironkan baju korg.
so, cotton ttp dihati! =)


kesimpulannya, jgn jadi terlalu kaya and jangan jadi terlalu kampung, kena fleksibel. huhuhu..oh lupe, ni baju raya time raya ke3. kain cotton ye kawan2. =)
and kampung halaman di belakang adalah di kampung afiq yg hensem ye. klu merajuk, sng. main pusing2 pokok mcm citer hindustan. 



hi semua! =)


sekali lagi, hiii sEmua!!! 
sorry.. sedikit excited sbb da lame xupdate blog
and maaf la, aku bl0m switch off mo0d beraya ni. =) mungkin hari2 aku akan cerita pasal raya, kott.. raya kan sebulan, ye x? hahha
ni ha, aku tepek dulu sekeping gambor kami di pagi raya.. =) tahun ni tema merah. i like!
tp, tema utk kami berdua aje la.. family2 yg lain, tema pelangi yg meriah, paham? huuhu
aku tepek sekeping dulu, nnti kang yg lain akn menyusul sampai la k0rg rasa mcm nk muntah hijau, boleh? huhuh
oh, sebelom terlupa, korg perasan x layout baru aku? ok x? chantek kan? hehe..kate bile raya serba harus baru, so blog aku pon harus nk layout baru jgk..=)
and di design sepenuhnya oleh 
sbnrnye, bnyk sngt aku nk cite.. tp, xbest la klu entry skali harung je.. nnti la aku citer..slow2 k. klu korg b0san, boleh terus klik kat tanda, X, dihujung sblh kanan window masing2 k. =)
korg da abs beraya blom? sape2 yg nk dtg beraya kat umah aku, sila2.. tp bgtau dulu tau. kang aku takut ktorg xde kat rumah. tahun ni ktorg xbuat open house secara rasmi kot. just sekadar open house yg mmg sntiasa open.=)
first time beraya sebagai seorg isteri ni, bnykkkkk gileee aku belajar n kena belajar.
maklum la, mungkin sbb faktor umur masih muda. ceh!
sblom ni, pagi raya xpernah pon nk sibuk2 masak kat dapur.
tau2, balik masjid, makanan sume da siap. tp raya kali ni, mak aii...
aku yg kena masak. sbb pagi raya adalah beraya di umah ibu mertuaku.
baru tahu langit ni tinggi rendah. =)
nasib baik pkol 10 pagi da gerak balik beraya kat kampung aku.
nk bt mcm mane, kmpung kitorg kan dekat je. 20 minit pon xsampai. =)
tu la untung bile kawin dgn org dekat2 ni. sng lari sane sini.
kesimpulannye, pada yg da kawin, duk diam2. bt aturan btol2.
pada yg blom kawin, sila cari pasangan sbelah rumah korg, lagi sng. hahhahah


September 10, 2010

Selamat Hari Raya!

assalamualaikum and selamat pagi semua!
Saya, Nur Nadia Farahida binti Mohd Sabri,
ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan batin 
kepada semua kawan2 blogger, wlaupon xpernah jumpa, tp mgkin sepanjang aku duk syok sorg2 menaip setiap entry blog ni, 
aku ade bt korang terasa ati, terkecik hati, tergeli hati dan termenyampah dgn aku. 
huhu.. maaf zahir dan batin.
kepada semua saudara mara aku, family aku..family sblh afiq..
terutama kak jiji and abg azim, yg tibe2 xjd balik sbb ade urusan penting, 
nadia n afiq nk ucap selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 
nnti kt beraya kat kl bersama2 ye kak. jaga kesihatan n jgn bt kerja berat2.
kepada sahabat2 aku yg xdapat balik kampung, 
terutama ayu aka minah indon dan farah aka mek perancis, 
syg2, selamat hari raya. maaf zahir batin. jgn sedih2 ye. wlaupon korg jauh, raya kt ttp same. sbb korg da prepare awal2 kn baju raya bagai. =P nnti aku pos ketupat lemang segala tu ye. =) yo yo oii je.. korg jauh da. mau basi dulu.
sng citer, kepada SEMUA
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

ikhlas dari hati yg sungguh ikhlas, 
Nadia & Afiq.

September 08, 2010

Entry pertama dari kampung, yey! =)

alhamdulillah..
aku ngn afiq da selamat sampai kat uma da.
korang bygkan la, kan aku ade ckp, biasa dari kl ke kelantan lalu ikut
gua musang dlm 7, 8 jam je. tp, oleh disebabkan musim raya ni,
aku gerak shape pkol 12 tghmlm smlm, aku sampai uma pkol 11.30tghari td.
hampir 12 jam perjalanan.amek ko! lagipon ujan xbnti2. so, slow2 je la gerak.
 tp xpe la. jnji kami selamat sampai! =)
kpd semua yg nk balik ikut highway karak, terutama pd yg nk balik kelantan n terengganu, mmg jln da jem. bkn tnggu mlm raya je. da start jem da dari smlm lagi k.
 hati2 ye kawan2!

serius jem giler! excident ade 2 tempat.
 bas rosak ade 3 tempat. hujan sngt lebat. jnji kami da selamat. =)


tgk..bukit bukau dipeluk kabus2 yang sngt nyaman.
tp klu kat kl ni, bukit bukau ditutupi asap motor n kereta.
moh semua kt balik kampung beramai2 ye!

September 07, 2010

Serba dua.

see..lepas kawin, ape2 je yg dibeli, harus beli dua.
sebab ape, 1 utk family aku. 1 utk fmily ibu mertuaku. contohnya klu beli baju utk family aku, pon same. ttp kena beli utk family afiq. mcm smlm, g shopping kek raya. harus beli 1 utk aku and 1 utk afiq. baru la fair n square... kate menantu kesygan kn?? =)
oh, kueh2 raya aku da dapat da. beli 8 jenis. 4 utk mama papa, 4 utk ibu ayah.
xsabar gile da ni nk balik kmpung mlm ni!! yey!!
ni cheese cake dgn xtau kek name ape lagi satu.
aku panggil kek belang2 zebra crossing. =)

dkt plastik tulis ketupat. padahal nasi impit. korg same je ke ketupat dgn nasi impit?
klu aku, lain2.
paaling beeesstt..
chocolate moist..

August 26, 2010

Jom kita ber KAD RAYA kembali!

jom kita main balas2 kad raya nak?
sape nk aku antar kad raya kat korg? aku on je..
aku rasa mcm da lame gile aku xtulis and xterima kad2 raya ni.. last time form 3 dulu la...
rindu and best jgk kan klu dapat kad raya lagi... duk tunggu je pak posmen datang..
jom la kt berkad raya kembali.. mntg2 la sekarang zaman da canggih, wish raya through fesbuk, twitter,email n sms je.. tp xsalah kan klu kt keep on adat resam berkad raya? 
bagi la posmen2 malaysia ni keje lebih skit..=)
ok, pada sapa2 yg nk aku antakn kad raya, boleh aje..
korg tinggalkan komen kat entry ni and gtau aku korg nk aku bg kad raya atau nk sng, terus bg name pnuh and alamat..
ataupon, klu korg takut kang ape plak jadi klu letak name and alamat bagai kat sini, 
korg boleh email aku name pnuh and alamat korg ye..
email aku
nadiafarahida@gmail.com
ok, tq kwn2 blogger!

 
note: bestnye dapat kad raya bnyk2 mcm dulu2.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...