Lazada Malaysia

Showing posts with label review movie. Show all posts
Showing posts with label review movie. Show all posts

July 26, 2013

Jemputan pratonton Filem Adnan Sempit 3 T___T

i is sedihhhhhh T____T sebabbbbb, 


selalunyaa aku jaranggg layan cite melayu sebab laki aku conquer tv dekat rumah heyyy channel HBO jeee manjanggggg gewam tauuu ;P tak pon cite katun. ntah pape kennnn tua bangka layan cite katun muehehe ;p tapii, kalau cite adnan sempit haaa memang kitorang laki bini layan habiss. dari yang first tak pernah miss tengok dekat panggung. dekat tv pon layann. sekali dapat jemputan tengok pratonton adnan sempit 3 dekat panggung bersama-samaaa dengan pelakon-pelakon dorang babeee amagadddddd T__T

tapiii, kenapa mesti dekat TGV Sunway boleh tahan jauhhh dan jemmm (-___-'), kenapa mesti pukul 3 petang bukan pukul 5 petang sebab laki wa balik keje pukul 5 (-____-'), kenapa mesti bulan puasaa walaupun aku tau dorang kena buat pratonton time bulan puasa sebab cite ni keluar time raya nanti :p mihmihmih. kalau ikutkan boleh jeee aku pegi tengok tapi oleh disebabkan tak sanggupp denn nak jumpa artis semata sampai laki wa terbiarr bukak puasa dekat rumah sorang-sorangg heyy no no nooo. anyonyonyoo baiknyaa lahaii isteri sapewww la niiii kuikuikui:P tangandibahumatakeataskehkehkeh ;p 

jadi aku nak pass dekat mana-mana blogger yang boleh pegi gantikan aku. ada orang nak? dekat TGV Sunway, 30 July 2013, start pukul 3 petang. tiket wayang dan makan dorang sediakan. email aku eh, cepat tauuu. nadiafarahida@gmail.com. aku ada dua pass je ni. so first come first serve ye sorryyy. ;) lain laaa kalau aku David Teo, aku angkut semuaaa sekaliii :p hewhewhew.


May 15, 2013

One Cinemas Ampang dan tiket wayang free :)

 
aku rasa baik aku stop sekejap sehari dua cerita pasal sydney. dah naik kematu orang baca. berbulu pon ye kott ntahhh. :p aku pon kadang menaip sambil rasa nak termuntah babeee. T____T panjang dan detail sangat kena cerita. gigihh wa ingat balik semua benda. nasib baik catat dekat nota. (-__-') 

ok berbalik kepada One Cinemas, sebenarnya macam ni. untuk kesekian kalinya, Alhamdulillah. orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. kitorang dijemput secara personal sebagai media blogger untuk menonton tayangan cite Star Trek Into Darkness 3D dekat One Cinemas, Ampang. memang takkk la kitorang nak tolak kannn apetah lagi di hujung minggu. yeayyyy! ;)) 

macam biasaaa, kan aku dah cakap. kitorang datang dalam satu pakej lengkap. buy one free four. :p kuikuikui. kalau orang jemput aku, aku jemput sekali keempat-empat kawan blogger aku. senang keje babe bila minat kita samaaa. :) 

dan kenalkan, ni la encik ady. 


beliau adalah marketing, advertising and promotion executive di one cinemas ni yang mana encik ady la antara orang terpenting yang sudi menjemput kitorang ke one cinemas ni. thank you soo much encik ady! :) nanti jemput lagii eh eh :P



eh ehhhh, kak iera broframestone pon ada laa :)) hikhik. haah, kitorang ajak dia join sekali pon dah last minit. kesian dorangg. sorry bro last minit punya plan. dah la dorang baruuu je balik dari weeding aizul marcello dengan lynda. tapi dorang onn je. baik kann? :) boleh la menonton bersama-sama lagi nantiiii ;))
 
sebenarnya one cinemas ni baruuuuuu je tiga empat bulan bukak. no wonder ramai je lagi orang ampang sendiri pon tak tau. dorang ada 6 buah panggung digital termasuk 1 panggung 3D dan total keseluruhan seat adalah 767. besar kan? :) 


aku cakap terus terang eh dengan korang. kalauuuu la rumah aku dekat ampang, aku tak tengok dah wayang dekat tempat lain. dah tentu-tentu aku tengok dekat one cinemas ni jeww. sebab, bila dia baru, semua benda masih baru. semua benda masih dalam tip top condition. kaw tak perlu beratur panjang nak beli tiket bagai sebab belum ramai orang tahu tentang kewujudan panggung ni. parking pon senang dan tak perlu bayar. bilik air pon sangatttttt la bersih. heyy kaw jangan main-main. ni bukan entry bodek, ni aku cite pengalaman aku dan takde sape pon tau aku tersilap masuk bilik air lelaki masa dorang semua tengah kusyuk tengok cite. kuikuikui. :) jadi dua dua bilik air yang aku masuk, dua-dua tip top. 


dan part paaaling best, spek mata 3D dia langsungg tak menyakitkan mata dan hidung aku. sebab aku pernah tengok wayang dekat big cinema, dia punya spek 3D heyyyyyy rasa berat gile atas hidung aku. spek ke batu. sakit gile okehh. T___T


heyy korang dah tengok cite Star Trek Into Darkness 3D ni? bapakkk bestt serius. seumur aku hidup, aku tak pernah mengikuti dan melayan episod-episod cite ni. aku rasa macam heloo cite ape ni tak pahammm laa. no wonder masa mula-mula masuk panggung, aku, ieda dan nory siap boleh gelak-gelak bersembang sebab tak menghayati pon. ida lagi laa, sape ni yaya sape. heyy mana wa tauu. :P wa tak pernah tengok. kesian kann kitorang. nory lagi siot, siap tdo lepas tu. tapiiiiii, bila sampai satu babak, watak Khan muncul. haaaaaa sudahhhhh. aku nak kencing sanggup tahan babee. nory dari tdo terus segar bugar. siap penuh emosi. muncul je watak khan, aku teruss kusyuk layan cite ni. masa ni dah best gile! khan ni baik ke jahat. kenapa dia macam baik, tapi macam jahat jugak. kenapa dia dah hidup 300 tahun tak mati-mati. heyy banyak betul soalan kannnn. mungkin 10 minit permulaan cerita ni sedikit boring, tapiii percayalah. watak khan keluar jeee, kaw dah tak boring dah. langsung. nak nak kaw layan 3D, heyyy real sangattt.


dan part paaaling besttt untuk semua orang, ye semua orangggggg :) korang nak tiket wayang free? senanggg je babe. seriusss FREE. no hidden fee, no hidden reason. :) korang click je LIKE page facebook one cinemas ni. lepas LIKE, terus pm dorang nama penuh dan contact number. nanti dorang reply. konpemmmm semua dapat. senang kan? kalau dua tiga hari korang pm encik ady tapi encik ady tak reply, korang boleh call encik ady terus di 03-4270 3395. nanti cakap dengan encik ady, korang dah like page dan nak redeem voucher free, dah pm tapi no reply. haa nanti encik ady tolong. 1 tiket untuk satu like dari satu akaun facebook sahaja harap maklum. :) maknanya kalau korang nak pegi tengok berdua dengan boyfriend atau girlfriend korang, sila la suruh dia pon like sekali. nak angkut satu rumah pon boleh. tapi jangan lupa, 1 like untuk 1 tiket. oraitttttt? benda free sape tak nak babeee. sila redah laju-laju sebelum kehabisan stok. ;p pass la entry aku ni dekat sape-sape kawan korang. kott la dorang tak percaya kannnn. :) 
   
dan ohhhh, ni alamat panggung wayang ni. kan nanti jenuhhh pulak korang nak cari.

One Cinemas,
3rd Floor, Spectrum Shopping Mall,
Jalan Wawasan Ampang 4/2,
Bandar Baru Ampang
56000 Ampang


dia dekat dengan balai polis ampang. kalau korang dari bandar kl, korang akan jumpa balai polis ampang sebelah kanan kita kan, korang terussss je sikit, ada trafik light, korang masuk kanan. jumpaaa. :))

macam biasa dari kiri mila dan mcdee, nory, ieda, encik ady orang kuat one cinemas thank you encik ady :), kak iera, broframestone, eazy izzuddin, dan fauzi aryaan. first time jumpa dengan dorang berdua ni. haiii selamat berkenalan. :p duduk paling kiri andi ieda, syafiq dan aku. :)

terima kasih one cinemassssss! :))
 
     

January 08, 2011

gambar percubaaannnnn..

hai! ;)
gambar pertama guna kamera besar gabak. tp xberapa nk cun. gambar xberapa cun atau aku yg memang xcun? huuuuu~ *nasib baik sedar diri.. =)


dan gambar kedua time kitorang kat panggung wayang. tengah tunguu nak tengok cite season of the witch.
cite dier boleh tahan laaa... bedebau2 jugak la jntung aku ni. nak cite lebih2 kang xbest plak nnti.. tapi cite ni lebih macam nak hapuskan sihir tapi part yang xberapa nak gemar bile majoriti cerita ni berkaitan and berlatar belakang salib dan tentang agama dorang..


nnti korang g tengokk la yeee.. klu nak aku gambarkan tahap mana kelazatan dan kenikmatan cerita ni, lebih kurang 3.5 star star kott...

December 08, 2010

mana satu nk tgk ni?

korang dah tgk wayang? klu blom, moh la kt sesama pegi tgk wayang hari ni sbb bile hari rabu, harga wayang adalah separuh harga. klu big cinema RM6 je, cinema lain aku xpasti. rasanya mmg separuh harga semua.

dan utk mlm ni, aku tgh terpikir nk tgk ngangkung ke rapunzal.
ikut hati aku, mmg nk tgk ngangkung sbb blom tgk lagi walaupon kutipan dier dah cecah
10 juta tp aku baru hegeh2 nk g tgk. =) ataupon tgk cite rapunzal lagi sbb adik2 aku nk tgk cite cartoon.

vs


fenin nk fikir mane satu. =)

November 29, 2010

Review cite Rapunzel..

Rapunzel


kepada kwn2 yg masih blom tgk, sila tgk dgn kadar segera. sbb.. ni adalah cerita terakhir dari disney world yg bertemakan puteri2. lepas ni cite dorang dah xde katun puteri2 mcm ni lagi da. dah xde snow white ke, cinderella ke, semua dah xde dah. 

time aku g tgk hari tu, hari pertama kluar panggung. punya la ramai yg beratur nk beli tiket ni dan panggung adalah penuh. sabau je la. dan majoriti adalah mak2 yg bawak anak masing2. heee.. ~ ni anak nk tgk ke mak yg nk tgk? konpius jap. =)

November 13, 2010

Review cerita 'SKYLINE'..

 hai semua! =) kan semalam aku ada gtau aku g tgk cite skyline kan? ok..hari ni adalah hari mereview crite tersebut. bg aku, cerita skyline xberapa best langsung sangat.

  kenapa aku ckp cerita skyline ni xbest?

1. jln cerita xmasuk dek akal langsung. terlalu fantasi. 
ada ke robot2 akan kluar dari langit and sedut segala manusia atas muka bumi? dan robot tu plak sedut semua manusia utk amek otak2 manusia. bile robot2 yg kuar dr langit tu di tembak atau di bom, dorang mati dan hancur. tp lepas tu bercantum n hidup balik. mati hidup, mati hidup, dah bila nak abis cite?

2. jln cite terlalu ringkas.
hero plak ntah pape. penakut gile. menyorok dlm rumah je keje. 

3. ending xbest langsung!
semua disedut oleh robot2 langit tu. termasuk hero and heroin. robot tu cabut otak hero utk kasi kat robot yg baru dibuat. last2, robot yg guna otak hero td jadi baik. selamatkan heroin dari kena cabut otak. eh tak tau la aku nk ckp mcm mane eh, terlalu merapu.

4. cerita 1 jam 25minit.

4 dah la ye? kasi bnyk2 kang lebih2 plak aku ni. heee~ time aku g tgk, panggung adalah penuh. mmg full. tp, sepanjang cerita ni, aku xde dgr langsung suara org dlm panggung. sama ada cerita ni terlalu best sampai dorang terlalu kusyuk ataupon cerita ni xbest langsung smpai dorang pon diam seribu bahasa. huhu.
kesimpulannya, xberbaloi aku bayar RM19 utk 2 orang. =)

November 05, 2010

Review cerita 'UNSTOPPABLE'..



Unstoppable.
korang! da tgk blom cerita ni? aku xnak cakap bnyk. cerita ni, aku kasik terus 5 bintang! serious best gile!!! oh tidak!! nak tgk lagi! lagi! dan lagi! serius xrugi korang g tgk. panggung kan sejuk. tgk cerita ni, siap berpeluh2 lagi ktorg. xpernah kot aku ckp mane2 cerita adalah 5 star. cerita ni, terus xnak ckp bnyk. 

utk cerita2 terbaru di panggung, aku da tgk cuti2 cinta, red, rise of mummy, dan upstoppable ni yg ktorg baru tgk smlm. antara ke empat2 cerita ni, semua xleh lawan cerita ni. korang, tgk la! tgk la! =) dan yg paling penting korang kena tau adalah, 
cerita unstoppable ni adalah berdasarkan cerita benar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...