Lazada Malaysia

Showing posts with label kes rogol. Show all posts
Showing posts with label kes rogol. Show all posts

November 27, 2010

korbankan diri rela dirogol demi selamatkn anak.

Kasih seorang ibu.


SEORANG ibu yang diberi pilihan oleh dua penjenayah sama dirinya atau anak gadis suntinya berusia 12 tahun yang patut dirogol.

Akhinrya ibu berkorban untuk anak, terpaksa  membiarkan tubuhnya diratah penjenayah. pilunya perbuatan itu dilakukan penjenayah di depan mata anak gadisnya itu!

Kejadian berlaku jam 4.30 pagi kelmarin apabila dua penjenayah bertopeng memasuki rumah mangsa di Kampung Baru Subang, Petaling Jaya.

Sebaik mengejutkan mangsa dan anaknya, ibu muda berusia 34 tahun itu diikat tangannya. Ketika itu dia diberi pilihan supaya memilih sama ada dia atau anaknya yang akan dirogol. Bimbang anaknya menjadi mangsa, ibu berkenaan merelakan dirinya dirogol.

Paling celaka, ketika penjenayah terbabit merogolnya di depan anak sendiri, seorang lagi penjenayah merakam perbuatan rakannya menggunakan telefon bimbit.

Ketika kejadian, suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja giliran malam.  Kedua-dua penjenayah melarikan diri selepas kejadian. Mereka turut melarikan barang kemas dan wang tunai sebanyak RM2,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamed, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 376 Kanun Keseksaan.

October 15, 2010

to all ladies, BEWARE! kang kena rogol..


ni aku copy paste dari email yang aku dapat beberapa hari lepas ye.


Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. 
Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. 
Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. 
Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. 
Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. 
Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. 
Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan 
wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, 
dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. 
Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. 
Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. 
Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. 
Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.



note: tibe2 aku teringat kes kat kampung aku dulu. 
seorang remaja tingkatan 2 kena rogol dgn 14 orang lelaki secara bergilir2 dkt hutan mane ntah dan salah seorang laki tu adalah boyfriend dier sndri. 
korang ingat ni main lari pas baton bergilir2 ke ape nak bergilir2 14 orang?
siapa yg patut dipersalahkan?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...