Lazada Malaysia

Showing posts with label tentang nadia. Show all posts
Showing posts with label tentang nadia. Show all posts

February 03, 2016

SAYA BUKAN PELACUR

Mungkin sudah tiba masanya saya menceritakan siapa saya yang sebenar. Nama saya Nadia Farahida. Seorang bekas pelajar lepasan Pengurusan Hotel dari sebuah university tempatan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2 Besut, melanjutkan pelajaran Tingkatan 1 hingga 3 di MRSM Kuala Lipis, Tingkatan 4 & 5 di MRSM Bitara Pengkalan Chepa. Bunyi macam wah hebatnyaaaa lulusan asrama penuh tapi percayalah, asrama penuh inilah yang mengajar aku erti sebuah kehancuran. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang aku lalui 10 tahun dulu sehinggalahh saat ini, saat aku menceritakan dari sekeping hati yang jiwanya pernah mati.
Aku mula menjadi harapan mak ayah aku time aku darjah 6. Tersenarai dalam Top 5 Pelajar Cemerlang sekolah, menjadi Penolong Ketua Pengawas, mendapat keputusan 5A dalam kesemua mata pelajaran UPSR aku cukupppp membuatkan mak ayah aku bangga. Tipulah kalau aku cakap aku tak bangga, kembang setaman babe :P kaw ingat senang nak dapat 5A? Hihihi. Baikk sambung cerita. :P life was sooo wonderful. Straight A UPSR, Straight A PMR, maka aku ditawarkan pula ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa. Sebuah MRSM terkemuka yang rasanya rata-rata semua mak ayah nak anak dorang masuk MRSM Berbitara ni termasuk la mak ayah aku.

Once aku masuk ke MRSM ni, aku semakin memikul 1001 harapan keluarga aku. yes, i have a big dream too. Plan aku time tu adalah abis je spm nanti, aku nak sambung pelajaran dekat luar Negara. Australia terutamanya. Tak kesah jurusan apeee, janji belajar luar Negara. Supaya bila orang tanya mak ayah aku nanti, anak awak belajar mana sekarang. Oooo luar Negara. Confirm orang akan kagum dan mak ayah aku mesti bangga. Seronoknyaaa! Tapii, semuanya musnah.

1001 harapan keluarga aku berkecaiiiiii sampai result SPM pun sampai ke sudah aku tak pegi amek. Kaw faham tak macam mana sakitnya aku rasa bila aku hancurkan harapan tinggi melangit mak ayah aku. semua sebab sebuah maruah aku yang hancur.

Sampai aku mati, mustahil untuk aku lupa ketika aku diuji dengan tohmahan yang paaaaling berat aku pernah pikul. Setahun babe, aku lalui seorang diri. Duduk di asrama, pegi makan dekat dewan makan sorang diri, pergi kelas sorang diri, pergi prep sorang diri, pergi mandi seorang diri, pergi padang sorang diri. Takde kawan dan takde sape sudi kawan dengan aku. Dan kerana setahun berseorang diri ni lah menjadikan siapa aku sekarang.

Mustahil aku boleh lupa, lepas siap makan di dewan makan, sekumpulan ‘kawan’ yang pernah menjadi kawan membaling semuaaa sisa-sisa makanan pada aku time aku tengah berjalan di depan semuaaa pelajar lelaki dan perempuan. mustahil aku boleh lupa semuaaa yang ada dalam dewan makan tu berteriak keseronokan memboooookan aku. mustahil aku boleh lupa wajah jelik disetiap muka di dewan makan itu memandang aku. Mustahil aku boleh lupa meja dan buku aku dalam kelas sentiasa menjadi mangsa air dan sampah sarap oleh sekumpulan kawan itu. Kaw minum air, air selebihnya kaw tuang dekat meja kerusi aku kenapa. Kaw makan kenyang, kaw pegi sapu meja kerusi aku dengan sisa lauk pauk kaw kenapa.

macam manaa aku boleh lupa bila kejatuhan aku adalah sebuah kemenangan bagi korang. Mustahil aku boleh lupa, hampir disetiap public phone sekolah ada nombor hp aku. mustahil aku boleh lupa hancurnya sekeping hati aku bila depan mata sendiri tengok terpampang


 ‘NADIA PELACUR 012-92902**’

di beberapa tandas awam sekolah. Allahurabbii. Kenapa korang menzalimi akuuuu. Satu sekolah memandang aku hina. Setiap hari aku menyendiri. People keep talking and never stop. Nama saya buruk, maruah saya hancur. Setiap hari lelaki mana ntah telefon aku ajak main sebab aku pelacur. Nama aku nadia pelacur. Sape-sape boleh call sebab dah terpampang dekat toilet nama aku gitu. Allahurabbi, masa ni aku dah zero. Aku rasa nak bunuh diri supaya aku dah tak perlu nak hadapi semua ni sorang diri. Tapi nak tak nak, aku kena lalui sebab time tu dah penghujung tingkatan 5. Nak tak nak, aku kena lalui sampailah habis exam SPM.

Aku still ingat macam mana rasa bila kaw tak mampu dah berhadapan dengan semua orang yang tak henti-henti menjaja fitnah kita, aku still ingat macam mana takutnyaa nak keluar beli makanan banyak kali sebab setiap kali orang nampak aku, orang akan membooookan aku. end up, aku mencatu sebungkus nasi itu. Aku still ingat macam mana rasa bila orang yang menzalimi aku sentiasa ada dengan aku. di depan mata aku. sebilik, sekelas. End up, aku menyembunyikan diri di dorm kosong yang takde sorang manusia pun duduk situ. Aku soranggg jeee. Tidolah aku dekat situ, makanlah aku dekat situ. Sebab takut dicaci lagi.

Aku still ingat macam mana seronoknya korang bergelak gembira menghala iron panas betul-betul depan muka aku, demi sebuah keseronokan kemenangan. Aku tak faham. Dan sampai kesaat ni aku tak faham. Mungkin seronok bagi korang tengok aku macam orang bodoh terkebil-kebil sikit pun tak bersuara. Mungkin seronok bagi korang setengah jam sebelum exam paper Kimia SPM start, korang bantai sorok kasut sekolah aku. sampai kesudah korang tak bagi aku. aku jalan kaki ayam babe macam orang bodoh cari kasut nak gi exam. End up, aku kutip kasut koyak buangan dekat tong sampah. Abis je exam, korang boleh letak balik kasut sekolah aku tanpa sikit pun rasa bersalah betul-betul depan mata aku sambil bergelak ketawa. Allahuuu.

Seumur aku hidup, aku tak pernah jumpa manusia sezalim korang. Koranglah yang paling. Korang jaja cerita aku, korang fitnah aku bertalu-talu sampai satu sekolah tak sudi pandang aku, mungkin time tu korang lupa, Allah itu satu.

Sejak time tu, aku memilih untuk tidak dikenali lagi. Aku memilih untuk menyendiri. Aku tak suka orang kenal aku, aku tak suka orang tahu sejarah hidup aku. aku tak suka orang tanya betulkan awak nadia yang pelacur itu. I had depression and it was very severe. It kills me. Dia membunuh seluruh jiwa aku dari dalam sampai pernah satu tahap, aku rasa kosong. I kept asking, kenapa Allah uji aku dengan ujian maha hebat ini disaat permulaan untuk aku berjaya. Takde sorang pun sudi kawan dengan aku unless, dia adalah seorang lelaki. Yang mana aku percaya, dorang berminat untuk melanggan aku. bukan menjadi kawan aku. at this moment, aku tak percayakan lelaki. Aku tak percayakan sape-sape. Aku tak nak berkawan dengan sape-sape. Sebab? Sebab kawan baik sendiri yang menzalimi aku.

Berbulan-bulan aku amek masa untuk memulihkan dalaman aku, bertahun tahun aku amek masa untuk percaya tak semua orang jahatnya begitu. Kenapa aku post cerita ni dan macam mana aku pulih? Jadikanlah pengajaran supaya kita tahu, tak semua orang tu baik dan tak semua orang tu jahat. Allah cipta bermacam jenis bentuk supaya hidup kita lebih meriah :P To be honest, dalaman aku tak pernah pulih pun Cuma kejatuhan mendorong aku untuk buktikan yang aku boleh. dendam luka yang ada dalam hati aku memaksa untuk aku lebih gigih. Supaya satu hari nanti, walaupun aku tak mampu membanggakan mak ayah aku dengan belajar ke luar negara, memadai mak ayah aku bangga bila tengok muka anak dia di surat khabar dan majalah-majalah dan mengaku, anak sayalah itu. itu lebih mengubati dan membahagiakan aku.

Kadang-kadang, kita mungkin lupa. Ibubapalah kunci sebenar kebahagiaan kita. Jangan terlalu mengejar perhubungan sebuah persahabatan sebab ketahui, satu-satunya manusia yang terus tetap akan mengutip setiap serpihan jatuh bangun buruk baik kita hanyalah ibubapa kita. Satu-satunya manusia yang tak pernah berhenti mengasihi kita dengan ikhlas hanyalah ibubapa kita. Selebihnya, ingat. Walau seakrab mana pun kawan kita, hati manusia boleh berubah. Tak mustahil yang paling baik dengan kita akan menjadi duri yang paling tajam memusnahkan hidup kita.

Stop asking kenapa Allah uji kita tapi selalulah ingatkan diri kita, setiap apa yang kita lalui dan bakal lalui mesti ada hikmahnya. Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita. Cukup menghukum manusia lain dari sejarah lampau mereka sebab di setiap masa lampau mereka, hanya mereka je tahu apa sebenarnya yang mereka lalui.

Kegagalan adalah guru terbaik untuk seseorang terus bangkit. Jiwa aku pernah mati. Maruah aku pernah dijual beli. People starts to pay attention bila at the age of 22, aku mampu beli sebuah rumah condominium with major renovation di tengah Bandar Kuala Lumpur. Aku mampu memiliki beberapa buah kereta tanpa sorang pun tahu jenis-jenis perniagaan apa yang aku miliki.

Listen, kesakitan yang aku pernah lalui dulu mengajar aku, orang akan pandang kita bila kita berharta. Orang akan menyanjung kita bila kita punya segala. Memang itu lumrah kehidupan manusia. Kalau kaw nak disanjung, then work hard. Thats it. Full stop.

To those who put me into all these kesakitan yang bertahun-tahun aku tak boleh lupa dan mustahil aku boleh lupa, thank you so much. Aku percaya Allah ada.

3A's in spm, nama saya nadia, ini kisah benar saya. Dan saya bukan pelacur itu.





January 20, 2016

Tips kurus paling mudah dan mujarab :)

haiiii semuaaaaaaaa! ;) awak rinduuu sayaaa takk? :p harini saya kembali bersiaran selepas hampir setengah tahun mood saya menyepiii :p hihii. ok setelah sekian lama, mungkin korang dah lupakan aku. :p so mari saya kenalkan diri saya terlebih dahulu ;) nama saya nadia farahida :P awak boleh panggil saya nadia ;) untuk pembuka tirai tahun 2016 ni, since ramaiiii yang pm dan whatsapp aku tanya, so marilah aku berkongsi cerita. :) sebenarnya aku tak gemar sangattt nak berkongsi tip-tip episod kehidupan segala bagai ni sebab rasa macam helloooo, good good sangat ke kaw niii nak kongsi tip tip segalaa. :P tapi memandangkan ramai yang tanya, baiklah. mari aku kongsikan. poyo tak statement gini? :P muntah hijauuuu katekaw HAHAHA :p 





sebelum ada anak ;)

paling kiri dalam gambar, sebelum ada anak jugek ;)

ok berbalik kepada tips kita, since ramai yang tanya macam mana aku boleh kurus. hamboii sentap makkk, nampak sangat sebelum ni aku gemuk gileee khennn tapi takde sape pun berani cakap :P HAHAHA. tapi takpe, i is redhoooo :p hihi. sebenarnyaaa bagi aku takde la kurus mana sebab badan asal aku sebelum kawen dulu berat 44 kg je. berat naik mencanak-canak selepas kawen sampai 60kg ++. kemahinnn bahagia sampai sikit punya payah nak turun. last-last tak turun-turun pun sampaiii laaa aku selamat mengandung. so makin bertambah la berat aku kan. tapi time tu tak risau mana dah bab gemuk-gemuk ni sebab dengan harapan bila orang cakap, mak aii gemuknya kawww. boleh la aku jawab takpeeee, gemuk ada isi. kikikiii :p tapiiiii dalam hati seram sejuk jugakkk. macam mana kalau bila dah bersalin nanti tak kurus-kurus. dah tu nak bagi alasan ape pulak, isinya dah keluar. kurusnya idok :p HAHAHA. jadiii, antara tips yang aku amalkan adalah,

1. no ais
aku tak pasti badan korang macam mana tapi kalau kaw tanya badan aku, since bunga fully breastfeed, ais adalah milk killer aku. sebelum ni aku tak pernah tahu pun yang ais boleh menganggu penghasilan susu badan tapi dulu time mula-mula habis pantang, kemain indahnya rasa dapat minum ais. sekali susu aku drop. hoiii serammmmmmm. (-__-') so dari situ baru aku tahu, selagi bunga fully breastfeed, selagi itulahh aku tak boleh minum ais. sedangkan kalau korang nak tahu, sebelum aku bersalin dulu, akulah spesis ais dan aku berpisah tiada. setiap kali minum air, wajibbbbbb letak ais. walaupun air tu dah sejuk. walaupun waktu bersahur. semuaaa mesti ada ais. :) mula-mula mind set aku tak kuat jugak sebab ye laa kita dah terbiasa minum ais kan, mana hilang dahaga kalau tak minum ais. kaw tahu cara aku hilangkan dahaga macam mana? minum air panas. bukan suam, panasssss. takde yang tengah mendidih tuuu idokleee, kaw gileee :p hihi. tapi panas yang kaw kena hirup sikit-sikit. baruuu hilang dahaga. aku syak air panas tu la kott yang mencairkan lemak-lemak aku :p so sekarang aku dah terbiasa minum air panas. hihi.
 

2. fully breastfeed
aku pernah baca time mengandung dulu, breastfeed membantu pembakaran kalori dalam badan kita tapi nawaitu kita menyusukan anak kena betul. kaw menyusukan anak sebab nak kurus kee kaw menyusukan anak sebab memang kaw nak menyusukan dia. haa gitueww. so kalau korang tanya aku, bila aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang takde seorang pun dalam sejarah keluarga tersebut disusukan dengan susu ibu sepenuhnya sampai umur 2 tahun, aku terus berkobar-kobar nak cuba try and error dan buktikan aku boleh. sebenarnya aku takde la kuat mana pun. pernah je beberapa kali sepanjang tempoh penyusuan bunga susu aku drop dan aku give up, tapi ntah. macam ada satu benda yang menghalang aku untuk terus sua susu tepung pada bunga. so aku sambung mengepam balik. walaupunnnn time tu dapat 1 oz jee ('-_-), aku tetap gigih mengepam sejam sekali kee. setengah jam sekali kee. janji susu aku. dan alhamdulillah, bunga still fully breastfeed sampai ke harini. dan percayalahhhh, sepanjang 1 tahun 6 bulan umur bunga ni, susu yang dia minum setiap 2-3 jam setiap harini adalah hasil pam manual sahajaaaaa. :) gigih kannn. padahal ada je pam elektrik tapi suction pam elektrik tak sekuat dan secepat pam manual. so sampai sudah aku serasi dengan pam manual je walaupun kadang-kadang rasa tangan dah kejang. hihiii. so dalam tips ni, aku rasa pam manual la kott banyak membantu tangan aku mengecik sebab dah kerja aku mengepammm je tiap jam :P mengepam secara manual ni lebih kurang macam bersenam jugak laa sebab dia memerlukan tenaga.


3. reverse psykologi 
sebenarnya tips ni aku tak pernah kongsi dengan sape-sape sebab aku rasa cara aku ni teruk gile. HAHAHA. tapi sebenarnya, reverse psykologi ni la yang banyak membantu aku. reverse psykologi ni adalah sejenis mind set yang aku sokmooo bercakap dengan diri aku sorang-sorang. macam manaaa kalau satu hari nanti tiba-tiba syafiq tinggalkan aku dan alasan dia tinggalkan aku adalah sebab aku gemuk. amaigadddd. T__T lelaki babe, aku tahu syafiq tak sekejam itueww :P tapii dah lumrah mereka dicipta sejak azali memang suka dan akan tengok perempuan cantik dan slim. :') so atleast, bila aku sedar aku tak cantik, aku kenalah berusaha kearah itueww supaya cantik dimata suami aku pun jadilahhhh :P


4. dendam kesumat
HAHAHA. ni tips paling kejam. aku kumpulkan kata-kata perlian orang untuk jadikan pemangkin untuk aku kurus. duluuu, sebelum aku mengandung, aku pernah beberapa kali kena perli dengan beberapa hamba allah yang sokmo cakap aku macam kakak syafiq. T_T ye laaa, bila kita berisi, kita akan nampak lebih berusia. syafiq pulak jenis takde la gemuk mana. kurus melidi pun tak. tapi mungkin sebab aku gemuk sangat kottt dulu, so aku dapat la gelaran kakak syafiq. (-__-') sentappp, tapi aku diamkan aje laaa. so dari situ aku terus simpan nekad untuk kurusssssss supaya dengan harapan nanti orang akan cakap aku anak buah syafiq pulewww :P mueheheh


5. welcome back
sambungan dari tips dendam kesumat tadi, jenis aku, bila aku nekad, aku mestiiii dapat ape yang aku nekad. so sepanjang tempoh kenekadtan aku, aku takkan post sebarang post atau share apa-apa yang berkait dengan impian untuk kurus aku kat facebook atau blog atau pada sape-sape je sebabbb, aku takut sampai sudah tak kurus-kurus. T__T lagi haru sebab konpem-konpem nanti orang akan gelakkan aku. kemainn beria misi nak kurus, diet seimbanglah bagai, sekali kurusnya idok. nanti banyaklahh anasir-anasir yang akan gelakkan aku dari belakang. so aku diamkannn dulu nekad aku supaya bila dah berjaya kurus nanti, baru la aku boleh memoyokan diri. contohnya dengan mengarang entry macam sekarang. :p muehehe. nauzubillahhhhh. tak baik nadiaaaa. allah tarik balik baru tahuu. (-__-') :P 


6. jangan makan makanan berat lewat malam
duluu aku sokmo dengar orang cakap, bila kita fully breastfeed, kita akan cepat lapar. aku ingatkan main-main atau mitos semata-mata tapi percayalah, bila aku lalui, baru aku tahuuuu. rupanya bila kaw breastfeed, kaw akan melantak macam hantu raya. hahaha. mak aku sokmooo terkejut macam mana aku boleh habiskan makanan yang banyak gileee dalam satu masa contohnya syafiq makan sepinggan je dah kenyang, aku boleh bantai dua pinggan dengan selamba. breastfeed la jawapannyaa. :P tapiiiii, walau sehantu raya aku makan, aku tak makan nasi dah lewat-lewat malam. duluuu sebelum mengandung, aku suka makan nasi lewat malam. dalam pukul 11 kee, 12 kee, kadang sebelum tido makan nasi lagi. so aku syak ni antara punca aku senang gemuk dulu. makan lewat malam. so bila ada anak, tengah malam still lapar, tapi aku takkan makan nasi. aku makan makanan ringan yang mengenyangkan jee macam roti kee, biskut kee. janji makan. tapi pukul 8 atau 9 malam wajib makan nasiiii. tengah malam je tak bantai nasi dahh.  


haaa rasanya ni je la kottt tip-tip yang aku amalkan sejak bunga lahir sampai sekarang. takde la tip mane punnn sebenarnyaaa :P try and error jeee. janji nekad untuk kurus tu ada dan jangan bagitau sape-sape. :) so bila kaw kurus sikit, konpemmmm orang akan perasan daripada kaw asyik laa bagitau orang kaw tengah berdiet nak kurus tapi sikit pun idok berganjak, itu lagi kesiann. kang kaw jugak yang sentap bila orang perli. hihiii. baiklahhh, sekian duluuu untuk episod kali inii dari saya si emak beranak satu. ;) 





baiiiii ;)



April 03, 2015

turun 30kg dalam 80 Hari

ikhlas aku bagitau korang, aku tak pasti contohnya kalau seorang lelaki dari kurus menjadi gemuk, dia akan rasa masalah kegemukan yang semakin menggemuk tu menghantui hidup dorang atau tak tapiiii aku percaya, wa berani potong kuku babeee :p kalau kaw perempuan, dari asalnya seorang kurus, tiba-tiba jadi semakin menggemuk dan semakin mengembang dengan jayanya :P, aku boleh bayang macam mana menghantuiiinyaaa lemak-lemak degil korang nii sebab aku dulu pun pernah lalui fasa yang sama. T___T 

selalunyaaa kalau berdasarkan pengalaman aku, badan aku start membesar dengan jayanya selepas aku kawen. konon orang kata bahagiaaaaaaanyaa sebab tu pasrah je badan macam tong drum :p kikikii. sebelum kawen berat aku 44kg jewwww. manis kan? :p  muahaha.



heyy boleh pitam masuk troli tolak sendiri ni. mihmihmih. selepassss je kawen, hoii. dari 44kg tiba-tiba jadi 50kg lebih. T_T


aku pakai baju putih paling kiri. T__T




lepas tu jadi 60kg lebihhhh. T__T





heyyy serammmnyaaa. T__T sampaii laaa ke saat aku mengandung





dari berat 60kg lebih terus cecah 70kg lebihhh. paaaaling kritikal naik mendadak tapii time ni tak susah hati dah bila orang cakap aku gemuk sebab atleastttt, gemuk ada isiii :p kikikii. adaaa jeww alasan aku. padahal time tu dah fikir dah, sekali dah bersalin esok tak kurus-kurus jugak mantikkk aku. (-__-') 

haaaa korang nampak tak kronologi dari zaman kurus ke gemuk aku? (-__-') rasa macam nak terjun lombong bila tengok balik. huhuu. ikhlassss aku bagitau korang, sebenarnya untuk betul-betul kurus ni, mind set kita kena kuat. mind set kaw down, seluruh saraf dalam badan kita akan down. aku dulu pon amek masa babeee. hati kena cekal wa cakap luuu. kita tak boleh bergantung dengan ubat kurus kee, supplement pelansingan semata kee dengan harapan makan seminggu, terus drastik kurus mendadak, tak boleh babeeee. kalau macam tu, seronoklahh dalam dunia ni semua kurus sebab semua makan ubat kurus seminggu terus langsing kaw paham takkkk. :p 

benda kalau nak cantik, kena pelan pelan kayuh. :p ecehhhhh. kemahinnn aku punnnn :p HAHA. takk, maksud aku, kita kena disiplinkan diri. kaw tak bolehh mentang-mentang nak kurus, terus tak makan berbulan-bulan. ehh bahaya tuuu. aku dulu ada sorang kawan, kisah benar ni. time sama-sama belajar diploma dulu. nak kurus punya pasal. dia berat dalam 80kg, nak kurus punya pasallll kennnn. setiap hari dia akan makan macam biasa. selepas elok selesai makan, dia akan pegi tandas dan korek balik tekak dia dengan jari dengan harapan semua makanan tadi keluar balik. setiap kaliii dia makan. percayalah cakap aku. (-__-') menjadiiii. kurus laa diaaa tapi azab la aku tengok. berbulan-bulann asal makan, korek. asal makan, korek. dah bila badan kaw nak cukup zattt. terus cengkung. T__T suruh excersize taknakkk. sukahatilahh. 

dan selalunyaa jenis aku, kalau aku nak kurus contohnya, aku suka mementorkan orang dari jauh. contohnya macam masa berat aku 70kg lebih haritu, aku akan bandingkan diri aku dengan mak aku. aku selalu akan bagitau diri sendiri, mak aku anak empat berat baru nak cecah 60kg. takkan aku yang baru anak sorang berat nak 70kg dahhh! tak boleh jadi ni. paling-paling koman pun aku mestii kena kurang dari mak aku. haaa kaw nampak tak macam mana aku set dalam kepala? :) hihi. kita kena ada sorang perbandingan untuk jadikan sebagai sumber inspirasi untuk kurus gituewww. kikiki ;))



dan untuk kurus, aku tak rasa dengan kawal pemakanan sahaja kee, dengan senaman sahaja kee boleh buat badan kita terus mengurus dengan sihat sebab berdasarkan apa yang aku baca dari buku 30 kg Dalam 80 Hari ni, kita memerlukan kaedah dan strategi untuk betul-betul kurus secara sihat dan sempurna. bayangkannn, dalam masa 80 hari kita boleh turunkan 30kg. heyyyyy gembira sangattt tuu. ;)) 

aku rasa sepanjang aku hidup, ni adalah buku pertama yang aku jumpa tentang kajian kaedah dan teknik eksperimen macam manaaaaa nak kurus dalam masa 80 hari dengan jayanya tanpaaa sebarang pil dan supplement tambahan. penulis dia sangattt berpengalaman dan buku ni adalah hasil pengalaman sebenar beliau sepanjang melatih seorang pelatih yang mana berat asal beliau adalah 82kg dan berjaya turun sehingga 45kg dalam masa 80 hari. amazing kannnn? ;)) 



bak kata Encik Sufian selaku penulis buku ni time aku jumpa haritu, korang follow jee semua step by step yang dia guide dalam buku ni, confirmmmmm korang boleh kurus. mesti boleh. syarat dia mesti istiqamah. tu je. ni buat seminggu dah putus asa tak bolehhhhhh. bagus gileee buku ni bagi aku sebab memang tersusun cantik dah setiap step dari awal sampai akhir apa yang kita perlu buat duluu, apa next step, apa langkah seterusnya. 







yee betul kita kena bersenam, tapi Encik Sufian kata hari tu tak boleh la sepanjang bersenam tuu main dekat treadmill je. dia mesti ada berselang seli baru badan kita akan kurus cantik. bukan kurus yang lembik. haaa korang tengok, baguskannn. completeee, satu-satuuu dia ajar.





orangg kalau takde pengalaman, dia tak boleh tulis buku sehebat ni. cerita sebenar dari kajian sebenar selama hampir tiga tahun. susahhh kita nak jumpa buku-buku macam ni. sangattt detail, sangatt spesifik setiap bab dia, sangattt step by step la mat salleh cakap. hihiii. 



no wonder laaa sebab ni adalah buku ketiga hasil penulis Encik Sufian Sulaiman ni. first buku yang beliau tulis adalah Cergas Fizikal Solat Sempurna. buku kedua beliau adalah Tips Sihat ke Tanah Suci dan buku ketiga beliau ialah 30kg dalam 80 Hari. kalau korang perasan, ketiga-tiga buku tulisan beliau lebih kearah kesihatan kan. tak mustahill la dia boleh tulis buku sehebat ni hasil kajian beliau sendiri sebab beliau merupakan seorang Jurulatih Kecergasan dan Sukan, pernah berpengalaman sebagai petugas di Hospital UKM selama 5 tahun, berpengalaman bertugas di Kementerian Belia dan Sukan dan sekarang beliau menjalankan perniagaan sendiri sepenuh masa di Mulhaam Consultant yang mana sebuah syarikat yang fokuskan kepada fitness. kalau ada mana-mana jabatan, persatuan atau sesiapa je la yang tengah mencari trainer tak kesah untuk bagi talk ke, untuk mengajar kelas senaman ke, korang boleh contact Encik Sufian. highly recommended! :)



berbalik kepada buku 30kg dalam 80 hari, buku ni baruuuu je dilancarkan bulan lepas. dan yes, dah jadi antara buku top seller dahhhh di kedai buku Popular. :) haa korang akan dapat rebet 20% kalau beli di Popular Bookstore. sebelum aku terlupa, harga buku terbitan Alaf 21 ni adalah RM29.90 untuk semenanjung malaysia dan RM32.90 untuk Sabah dan Sarawak. jadii kalau beli di Popular, boleh dapat murah lagii laa ;)) hihi. korang nanti boleh dapatkan buku 30kg dalam 80 Hari ni di kedai buku POPULAR dan mana mana kedai buku berhampiran atau untuk online contohnya, korang boleh beli di mall.karangkraf.com dalam bentuk e-book atau boleh terus beli melalui penulis sendiri di page facebook rasmi beliau, Gemuk2Kurus. jemput likeeee semuaaa sebab banyak maklumat berguna ;)



atau untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, korang boleh contact Encik Sufian di 019-2401729. 

haaa mesti korang tak zabarrrr nak kurus kannnn. ;) goo gooo gooo! ;)) dalam masa 80 hari jeee, bestnyaaaa! aku haritu rasanya 90 hari kottt untuk dapat berat sekarang. istiqamah babeeee. jiwa kena kental. kikiikii ;))





kalau aku bolehh, takkannnn korang tak bolehhh. pegang kata-kata aku ni. :) korang mesti boleh punyaa! ehh takburnya ayat, subhanallahhh (-__-') mengucap mak aku baca ni esok. muehehehe. haaa pegi dapatkan buku ni sekarang, confirmmmmm boleh! ;) hihihi


February 11, 2015

zaman jerawat teruk aku dulu-dulu T__T

aku sebenarnyaaa tak tergamakkk nak bukak aib sendiriiii tapii selepasss ramaiii kawan-kawan time belajar dulu tanya, siniii aku share dengan korang. tapiii korang janji tauu dengan aku. jangan geli tauuu selepass tengok beberapa keping gambar aku dulu-dulu. :p janjiii ok? HAHAHA. sebenarnyaa jangan cakap korang, aku sendiri pon geliii. T__T apetah lagi orang yang menengoknya. huhuhu. korang kutukkkk muka akuuu siapppp :p 

sebenarnyaaaa, duluu muka aku takde masalah papee. standard la kann kalau naik jerawat barang seketul duaa. :p sampaiii la satu ketika, aku kena pegi PLKN. haaaaa time dekat plkn muka aku still ok je under control. tapiiiii, selepasss balik plkn, tiga bulan berjemur panas siang malam, legammmm babeee muka. T__T aku asalnyaaaa takde la seputih saljuuu mihmihmih :p tapiiii kaw pahamkannn kalau kita dah biasa cerah, tiba-tiba dia punya legam macam rentung habis. (-__-') stresss tauu. kaw ingat senangggg ke nak putih balik? makan masa okkkk. T__T 

jadi aku yang jenis spesis bijak pandai tak menyabo ni sangattt tak tahan godaan bila satu hari beberapa hari selepas keluar dari plkn, kebetulan time tu aku pegi supermarket, ada orang kempen jual krim pemutih. dia macam dalam bekas bulat-bulat, dalam tu ada krim warna putih. si promoter tu ponn bijakkkkk pegi sapu dekat lengan aku yang legam tadi kan, sental sental sental, ehh haah laa. putihhh. berbeza dengan lengan satu lagi yang dia tak sental tu. berbunga rianggg hati aku time tu. ;) terus beli dengan harapan pakai seminggu, konpem kulit aku cerah balik. malangnyaaa, selepas tiga kali pakaii kottt aku dah lupa, tiba-tiba episod ngeri aku bermula. sebijikkkk sebijikk jerawat tumbuh macam diternak elok. T__T hoiiii seremmm. terus aku stop pakai krim pemutih tadi. aku syak konpemm krim tu dahh penyebabnyaa sebab aku memang bukan spesis suka pakai pape dekat muka. pencuci muka pun takkk pakai sebab muka aku spesis agak sensitif kalau pakai sebarangan. bedak pun sapu bedak debu baby johnson jewww. kikiki. ;))

selepasss tiga hari stop pakai krim tadi, aku ingatkann jerawat pun stop la membiakkk tapi malangnya, dia semakin banyak dan tak benti-bentiii. huwaaaaaaaaaaa. sedihnyaaa. haa masa ni la permulaan episod muka aku teruk gile. dari jerawat kecik jadi jerawat besar. dari jerawat pasir jadi jerawat batu. T__T heyyy ngerinyaa ingat balik. ramaiii gilee sedara mara tegur napeee muka jadi teruk macam tu. meratapi dia rasa macam nak terjun lombongg kaw paham takk sebab benda tu dekat muka kann :p tempat pertama orang tengok. napeee laa kaw tak nak tumbuh dekat celah ketiak kee, dekat perut keee. senang sikit nak sorok takdelah orang tengok :p haaa korang dah standby nak tengok muka aku duluuu-duluu? :p amaran, jangan teruskan pembacaannnn kalau anda adalah seorang penggeliii. kikiki :p







haaa terukk kann? T__T dia macam sejenis jerawat yang merahh pat batu orang dah boleh nampak. (-__-') besar besarrr pulak tu. bila tekan ada yang keras seketul macam batu, ada yang lembikkk. bila picit kaw bayang sendiri la apa yang keluar. tak tertaipp aku takut korang geliii. kuikuikui :p ni dalam gambar yang handphone cap ayam time tu. kalauuuu laaa korang tengok depan-depan, dah macam bontot kuali muka aku. T__T HAHAHA. dekat dahi berpasirrr jangan cakap. pipi kanan kiri merah ketul-ketul besar. dagu pun kadang tumbuh yang besar. kadang tumbuh yang kecik. tapi the best part is kalauu korang perasan, walau sebontot kuali manaaa muka aku, syafiq tetap terima aku seadanyaaa. soo sweetttt :p puiii. HAHAHA. ye laaa, dia kenal aku dari zaman aku kanak-kanak kott. dari zaman sebelum aku tau period tu apee sampai dah beranak sorang dia tetap terima aku membulat kee, mensegitiga kee, membujur kee, dia hadapppp je semuaaa. muahahaha :p kalau laki lain aku tak rasaaaa dorang boleh terimaaa muka berbatu bata gini. T__T

ehh berbalik kepada kisah jerawat, bukan kisah syafiq. hahaha. haa jerawat ni membiak dengan jayanya time aku umur 18,19, dan 20 tahun. haaaaaa tiga tahun yang cukupp panjang yang aku dah try macammm-macammmm takdenyaaa hilang jugak jerawat-jerawat nii sampaii la satu ketika, nenek aku amek maid filipin baru dekat rumah dia. si maid tu tanya aku tak pakai ubat pape kee? dalam bahasa omputih. aku cakap dah macam-macam aku pakai tak jadik-jadik. kadang gigih menyental kulit kayu manisss kaw jangan tak tauu. (-__-') tapi tak hilang punn. terus dia kata ehh anak saya dulu lagi teruk muka dia sebab dia suka picit. nanti saya bagi u cuba produk anak saya pakai niii. aku iyekan je laa sebab dah laliii bila dengar orang rekemen macam-macam tapi idoknyaa pernah menjadiii dengan kulit aku. (-__-') dua minggu lepas tu dia terus bagi aku try. you jangan pakai apa-apa krim pada muka buat sementara waktu ok. selepas mandi pagi terus sapu dia. petang pun selepas cuci muka pun sapu dia. malam sebelum tidur pon sapu dia. sapu macam toner. lepas satu biarkan dia kering sendirinya. tak perlu basuh dah. nanti dia akan meresap masuk kedalam liang-liang roma untuk kecikkan jerawat-jerawat you. aku iyakan aje tak beria-ria sangatt sebab takut harapan tinggal harapan tapi takpe, kita cuba. :)

selepasssss dua minggu aku pakai, ehh ehhhh. haah laaa. firsttt time selepas bertahun-tahun, jerawat batu yang besar dan merah tu kecut. yang dekat dahi punnn wowwww bestnyaaaa. takde la hilang terus menipu sangattt kaw dalam seminggu dua dah boleh jelitaaa :p tapi atleast bila dia dah start kecut, aku dah lega banyakkkkk. yeayyy. terus call maid nenek aku bagitau yeayyy, nak order lagilahh sebab menjadi dengan akuu thank you soo much :)

kalauu korang tanya aku, aku pakai apeee untuk hilangkan semuaa jerawat batu aku, demi Allah, dari dulu sampaiii sekarang, satu-satunya yang aku berani pakai dan sapu dekat muka adalah benda alah ni jeeee. percayalah. 



seketul RM25. Acne Cleanser nama dia. dah bertahunn aku pakai. ni firsttttt time selama aku hidup aku reveal rahsia jerawat akuuu sama macam selepas bertahunnn aku pendam pasal jamu ketat harituuu HAHAHA 'kembali ketat dan anjal seperti anak dara huhuuu :p'






haa ni antara gambar terbaru aku. tak edit pape pun. korang boleh zoomm palingg dekat kikiki. :p aku tonyoh lipstik je. Alhamdulillahhhh. kaw paham takk nikmat jerawat hilang selepas bertahunn menderita muka teruk gilaa? hanya orang berjerawat dan pernah berjerawat je pahammm. maluu kan? T__T aku pahammm sebab aku dulu pon maluu jugak. T__T gigihh la dulu tepek foundation tebal-tebal konon nak sorok jerawat tapi tetappp tak dapat cover sepenuhnya. (-__-) sedihnyaaa. aku taklaa cakap muka aku dah licin jelita tu takkkk. :p menipu sangatt kennn. ;) still ada segala parut jerawat tapi atleast, dah abis dah episod segala jerawat batu bata aku. (-_-') nanti kalau korang nak cuba, meh sms atau whatsapp aku ye. 019-7564019. selagi maid tu bekerja dengan aku, selagi tu produk acne cleanser ni ada. seketul RM25. sekian, pilihlah lelaki yang boleh terima kita walau seburuk manaaa rupa kita. ehh? :p tibe-tibe. HAHAHAA. okbaiii.


February 14, 2014

kisah sebenar perjalanan cinta nadia dan syafiq :)


ramaiii yang tanya, syafiq tahu tak tentang kewujudan blog akuuu? syafiq tahu tak aku suka cerita kisah rumah tangga kitorang dalam blog? syafiq tahu tak kadang-kadang aku suka cerita lucah kitorang laki bini? and the answer is yesssssssss. :) kaw gilee dia tak tau. dia setiap hari laaa baca blog akuu. kalau aku tak update, dia orang pertama yang akan membebel potpetpotpet kalah mak aku. :p aku kan pemalas ya rabbiiii. :p tapi korang jangan risauuu, walaupun kadang-kadang aku melucah, aku tahuuu batas dalam kain kitorang laki bini. apa yang boleh kita bercerita aku cerita. yang tak boleh memang takkkk la aku nak cerita. kaw gileee nak kongsi ohhh hari ni saya menyondol 4 kali, ohhhh semalam saya tido pakai baju seksi hoiii ape ke faedahnyaaaa aku cerita dekat korang. T__T haa kaw jangan tak tau, mak ayah aku hari-hari baca blog aku, kawan-kawan mak ayah aku pon baca, pak sedara mak sedara sepupu sepapat sedara mara aku pon baca. tapi kotttt laaa kannnn kalau ada yang kurang selesa dengan jalan penceritaan dekat blog aku yang kadang-kadang very the detail, i is ok jewwww. ;)) dengan penuh merendah diri aku nak tanya, kenapa baca? muehehehe :p 


aku mula kenal siapa lelaki bernama nik asyraf syafiq ni dari tahun 2000 lagii. yes trust me. dalam ramai-ramai lelaki yang aku kenal sepanjang aku hidup, kalau kaw tanya aku kenapa aku pilih dia, 4 helai A4 paper pon belum tentu cukup aku nak hurai satu-satu. ;)) aku tak nafikan walaupun syafiq ni bukan spesis romantik sikit-sikit bagi bunga, sikit-sikit bagi hadiah, sikit-sikit buat suprise tapi dia punya kebaikan anyonyonyooo jauhhh lagi banyak untuk tutup segala kekurangan dia. :) 

kekurangan dia ape jeee ponnnnnn. malas kemas rumah dan tak tau masak. muahahaha :p yang lain tiptoppp bombastik misterlobaloba. :p standard la kannn. bila kita kawen, kita akan saling melengkapi. kalau dua dua pandai masak, tak ke haruuu berebut dapur dua dua nak masak kuikuikui :p sebab tu Allah cipta setiap hamba Dia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. haaa satu lagi kalau korang perasan, yang mana mengenali aku di dunia nyata, syafiq kurang pandai bercakap kalau dengan orang dia tak kenal. bukan tak peramah. dia peramah tapi kurang confident untuk bercakap di khalayak ramai. sebab tu Allah ciptakan aku sebagai isteri dia sebab aku spesis tak tau malu asyik bercakapppppp jee kahkahkah ;) kaw bayangkan kalau aku laki bini dua dua tak suka bercakap, bohsannnya malam-malam awak sayangggg diam je kaku u stiff dua dua kahkahkah ;p tapi satu benda aku paaaaaling salute dengan syafiq, dia paaaaaaaling hormat orang tua. dia sangattttt la suka berborak dengan orang tua. kaw boleh tinggal je dia 5 jam berborak dengan nenek mana ntah tak kenal pon tapi dah gaya macam nenek dia. seriuss. :))


aku tak tau rumahtangga orang lain macam mana tapi aku sentiasa doakan yang terbaik jugak untuk semua. :) ye tak dinafikan dalam dunia yang semakin mencabar, kaw ingat senang nak jumpa pasangan hidup yang betul-betul boleh menjadi seorang pasangan seumur hidup? takkkkk. aku ada beberapa kawan dan syafiq pon ada beberapa kawan yang bertahun-tahun couple dari sekolah menengah bermadu kasih bersulam cinta tapi at the end, pada usia 25 tahun, pada usia 27 tahun, tiba-tiba masing-masing memilih untuk hidup sendiri. hoiiiiii tragisnyaaa. T___T bagi aku, seorang perempuan di usia 25 tahun baruuu lepas patah hati, kaw ingat senang nak cari pengganti semudah petik jari. susah babe. kadang boleh makan diri sebab kita akan rasa, angka 25 untuk seorang perempuan dah cukup tua. mana nak cari boyfriend baruu, mana nak kenal hati budi betul ke dia suka aku, mana nak cari cinta yang satu. tapiiiiiiiiiiiiiii, percayalah dengan kuasa Allah. pleasee. Dia lebih tahu yang terbaik untuk setiap hamba dia kadang tanpa kita jangka dan tanpa kita duga. :)


and this happened to me too. ye aku couple dengan syafiq dari tahun 2000. tapi bukan dari tahun 2000 sampaiiiiiii 2014. noooo actually :) kuasa Allah kan semua. aku pendekkan cerita ye sebab kalau nak cerita satu-satu, sebulan belum tentu habis. kitorang couple dari tahun 2000 hingga akhir 2001. aku mintak breakup dengan alasan konon nak fokus UPSR. puiii. :p UPSR jeeewww ponnnn eksyennn kemain. muehehe. syafiq tua dua tahun dari aku. jadi time ni, aku darjah 6, dia tingkatan dua. :)

yes aku mintak clash bodo bodo gituuu jee kesian tauuu abang syafiq i merana siap tumbuk-tumbuk dinding berdarah tangan tak rela berpisah oiii geli nak muntahhh kuikuikui :p oleh disebabkan aku yang mintak clash, jadi aku tak merana sangat. steadyyyy kehkehkeh :p dan kebetulan ayah aku baru beli rumah time tu, terus kitorang pindah rumah. so takde lagi istilah kita berjiran hari-hari boleh pandang. kesian syafiq. T____T kejam gilee aku rasa. aku langsung tak kontek dia dan dia pon satu! nape time tu tak terus bagitau yang saya ni cinta pertama awakkkkkkk. kalau tak takde la saya tinggal awak bodo-bodo gituuuuuuewww :p paling-paling pon saya mestiii contact awak. mana saya tahu awak merana sebab awak tak bagitau kannnn. saya assume awak takde hall laaa. lelaki kann. petik jari je boleh cari perempuan lain. so time form 1, aku dapat masuk MRSM Kuala Lipis. dah nama pon MRSM kannnn. dan tentu-tentu kena duduk asrama. dia tak tau rasanya aku kena duduk asrama. jadi dengan gigihnya laaaa boleh dikatakan setiap hari dia mestiiiii pegi makan dekat kedai nenek aku semata-mata nak jumpa aku tapi sampai sudah tak jumpa-jumpa sebab aku kan duduk asrama. aku tau tu pon time cuti semesta pertama. nenek aku cite boleh dikatakan setiap hari akan ada sekumpulan budak-budak laki, habis je waktu sekolah akan datang makan lepak-lepak dekat kedai nenek aku tapi ada sorang ni selaluuuu tanya pasal aku. mungkin laaa selepas beberapa bulan dia tunggu-tunggu tak jumpa-jumpa, last-last budak laki tu dah tak datang makan dekat kedai nenek aku dahhhhhhh. T____T 

dan bermula la episod syafiq patah hati sepatah-patahnya tanpa aku tauuuu. T_____T so semasa cuti semesta pertama tu, aku memang hari-hari pergi kedai nenek aku sebab dah terbiasa dari kecik sampai besar kannnn. so time tu la nenek aku cerita pasal budak laki tadi. kaw gileee aku takde perasaan. terus rasa kejamnyaaaaaa akuuuuu. rinduunyaaa. sayangnyaaaaa. T_____T masa tu mana ada facebook email hp segalaaaa. macam mana nak cari dia balik. tiba-tiba aku teringat nombor telefon rumah dia. gigihhhh cari public phone takut kantoi dengan mak aku kannn. :P terus call rumah dia dengan 1001 harapan, harap-harap dia yang jawab. sekali, ibu dia yang jawab. aku berdebar jangan cakap. terus tanya ibu dia syafiq ada kat rumah tak. dan percayalah, selama berbulan-bulan aku cuba telefon rumah dia, dia tak pernahhhhhh jawab telefon dan setiap kali ibu dia jawab, mesti ibu cakap syafiq takde kat rumah. T________T dan sekarang, berlalu la episod aku pulak yang patah hatiiiiiiiii macam nak mati.

selepas putus asa yang betul-betul putus asa, aku bawak diri yang lara. sampai laaaa aku naik form two. awal-awal form two, selepas berbulan-bulan tak telefon rumah dia, ntah tergerak hati nak telefon lagi dan kali ni, ibu dia bagitau syafiq baruuu je masuk asrama sekolah teknik dekat kuantan. huwaaaaa T_____T hancur harapannnnnnn tapiii tiba-tiba ibu dia bagitau, syafiq baruuu pakai hp. jadi apa-apa terus contact dia la. aku berbunga-bunganya hatiii jangan cakapppppppppppppp. terus berdebar-debar nak pitam nak pengsan sume ada. hoiii mau takkk, ni nak call macam jejak kasih tauuuu :p akhirnya, selepas setahun lebih, aku dengar suara seorang lelaki yang paaaaaling aku rindu, 'Hello'. hoiii bergetar jiwa waaa babeee jangan cakap. aku terus terdiam. kelu kan. tak tau nak mula macam mana. aku pon dengan bodohnyaa pegi letak ganggang public phone. alaaaaa vodonyaaa ingat balik. macam cite hindustan muahahahah :p

keesokannya, aku gigih pegi beli kad telefon baru sebab konon nak meluahkan segala perasaan kannn kena la telefon bercakap lama-lama. sekali bila aku call, dia jawab 'Hello', aku terus cakap emmm saya nadia. saya nak mintak maaf sebab saya tinggalkan awak dulu tapi saya tak pernah berhenti cuba contact awak tapi awak tak pernah jawab telefon rumah. kaw tau dia jawab ape? 
'aku tahu sebab rumah aku tak pernah ada orang perempuan lain tahu no telefon. tapi sekarang aku tak berminat. sorry.' 

dia terus letak telefon. T______T esak-esak aku nangissssssssss. hancurnyaaa sekeping hati tuhan je tahu. dan percayalah, aku bangsa tak tau erti putus asa. selepas kejadian tu, aku tetap telefon dia boleh dikatakan setiap minggu selama 2 bulan berturut-turut tapi asal dia dengar suara aku, mestiii dia letak telefon atau suruh kawan dia jawab sampai la satu hari, hari terakhir aku telefon dia, sorang perempuan yang jawab dan perempuan tu kata dia adalah girlfriend syafiq dan tolong jangan ganggu syafiq. mulai dari saat tu, percayalah. bila seorang perempuan patah hati, dia akan betul-betul patah hati. hancur gileee hati aku kaw jangan cakap. so selepas beberapa bulan proses recovery menyembuhkan hati terluka, dah sembuh je bermula la episod aku kapel dengan orang lain, dia pon mungkin akan kapel dengan orang-orang lain. :p kuikuikui. 

yes, dari aku form two sampaiiiiiiiiii la aku akhir form 4, aku tak dengar lagi sebarang berita tentang lelaki bernama nik asyraf syafiq ni. time form 4 dan form form 5 ni, aku sambung belajar dekat MRSM Pengkalan Chepa. syafiq masa ni aku tak tau pon dia sekolah mana ke buat ape ke aku tak tau langsung. walau seinci aku tak tau sebab aku kan tengah konon bahagia bercouple dengan orang lain kahkahkah :p sampaiiii la satu ketika, aku tengah outing dengan kawan-kawan aku dekat Mydin Kota Bharu. time tu aku baruuuu nak masuk mydin. tiba-tiba aku terpandang syafiq dengan seorang perempuan yang baruuuuuuu nak keluar mydin. masing-masing tengah berjalan tapi aku nampak, dia berhenti. aku? memang takkk la aku nak berhentiiii konon sedih merintih merayu. :p aku kannn dah patah hati. so aku buat angkuhnya terus berlalu meninggalkan mu terkapai-kapai disitu. HAHAHHAAH :p tapi dalam hati kaw jangan tak tau, seram sejuk berdebar menggigil sume ada. aku tak tau celah bedah mana syafiq pegi tinggal awek dia tadi. lepas dah kawen baru dia bagitau, rupanya dia masuk mydin tu balik cari aku tapi tak jumpa dah. nak contact tak tau. sweet laaa konon? choiiiii :p 

so episod tu berlalu macam tu jeeeeee. still tak berhubung dan terputus hubungan macam tu je. sampaiiii la satu ketika, time tu dah akhir-akhir aku form 5. kuasa Allah kan semua. time tu aku tengah berebut-rebut naik bas untuk balik ke besut dari kota bharu. time tu hari khamis, cuti hujung minggu. bas tu padat gileeee dengan manusia. aku antara orang terakhir naik bas tu dan sepanjang perjalanan aku berdiriiii je takde seat. aku kan naik bas tadi dalam keadaan berebut-rebut, naik-naik je terus pandang depan sebab aku berdiri betul-betul sebelah driver bas. bas tu bawak laju kottt. bergoyang-goyang, dah la penuh umat manusia berdiri. tiba-tiba, ada orang cuit bahu aku dari belakang. aku pandang la, sekali kaw tau sape? syafiqqqqqqqqqqqqqqqqqqq! (-___-') dia berdiri betul-betul belakang aku. aku pandang, dia senyum. aku pon senyum je la. sebab terkejut kan. takde kata-kata. dua dua terdiam sebab rasa Allahhhhh keciknyaa duniaaaaaaa. kenapa dalam bas dan kenapa kaw yang berdiri belakang aku. T_____T berdebarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. mungkin la dia pon berdebar. so sampai sudah kitorang tak borak pon. langsung. dia cuit semata nak bagitau, dia ada belakang aku. so sweetttttttttt :')) selepas 1 jam perjalanan, dia turun dulu sebab bas tu lalu depan rumah dia dulu. aku? still tak bercakap apa-apa. dia pandang aku, aku pandang dia. baiiii :)

hari sabtu, dia datang kedai nenek aku dan kebetulan time tu, aku ada dan aku tengah bersiap-siap nak balik asrama sambil tunggu bas. sekali dia ikut aku naik bas balik kota bharu. dan pertama kali selepas bertahun-tahun lamanya, dia duduk sebelah aku dalam bas. yes dia sengaja duduk sebelah aku. tapi kitorang tak borak pon. diammm macam biasa. percayalah. sampaiiiii la di Kota Bharu, turun-turun je bas, perkataan pertama dia cakap, jom minum air. aku tak sampai hati nak tolak sebab hati aku pon tengah bergelora kannnnnn, so aku ikut je minum air. 

dan di kedai ni la segalanya bermula. habissssssss semua benda dia luahkan dari episod tahun 2001 sampai la tahun 2006 tu. dan jangan tak tau, masa ni la pertama kali syafiq setelah sekian lama, dia merayu tolong jangan tinggal dia lagi. aku? egooo kann. diamm je tak cakap ape. :) sampai la tiba-tiba kaw tau dia buat apa? dia ludah air milo yang dia tengah minum atas meja dan dia sedut balik air milo tu guna straw. euuuuwwwww. aku geli campur terkesima. awak ni kenapa? kotorlahhhh. dan kaw tau apa dia jawab? 

'selepas awak tinggalkan saya, saya pernah berjanji dengan diri sendiri. saya takkan jilat balik apa yang saya ludah. tapi hari ni, saya mintak maaf. saya tarik balik kata-kata saya. saya menyesal. saya sanggup jilat balik ludah saya, janji awak tak tinggalkan saya.'T___T

yess, selepas 5 tahun, tu pertama kali aku dengar syafiq meluahkan perasaan sambil bergenang air dekat kelopak mata dia. :') aku nampak muka dia penuhhhh mengharap. aku jawab ye saya sayangkan awak tapiiiii saya tak boleh terus terima awak bulat-bulat gitu je sebab saya ada boyfriend. haaaa kaw nampak tak hindustannya kisah kitorang. HAHAHA. dan jangan tak tau, syafiq pon still ada awek time ni tapi mungkin laaaa kesakitan yang kitorang lalui membuatkan kitorang lebih memahami. time tu aku fikir, mustahil aku nak tinggal boyfriend aku bulat-bulat gitu jeee tanpa belum ada jaminan pon syafiq betul-betul nak dekat aku sebab dia kan ada awek jugak. so kitorang memilih untuk teruskan berkawan tapi bukan sebagai pasangan bercinta. dia amek nombor hp aku, aku amek nombor hp dia. 

dan bermula la episod setiap hari dia sms aku, 'Hai'.. tu jee. aku? balas Hai jugak la. tu jee. hahaha. :P kan dah ada boyfriend, setia la kononnnn puiiii. :p syafiq ni dari dulu sampaiii saat ni, dia sangatttt memahami. dia tak suka paksa-paksa orang. dia jenis follow the flow. janji takkan lost contact lagi dah. sampaiiiiiiiiiiiii la satu ketika, aku kena pegi plkn, sambil-sambil tengah tunggu bas plkn, dia datang dan jumpa mama papa aku dekat stesen bas tu. kenalkan diri dia walaupun mama papa aku dah lama kenal. kata dulu jiran kannn kuikuikui. :P aku tak sembang pon dengan dia. sampai la bila bas tu bergerak, dia sms, 

'saya akan buat apa saje untuk dapatkan awak. sape cepat dia dapat walaupun saya tau awak ada boyfriend. saya tunggu awak balik plkn. saya serius. saya dah bagitau mama papa.' 

aku jawab ok dan sepanjang 3 bulan, aku kan dekat plkn, kitorang tak contact pon. dan percayalah, selepas 3 bulan, keesokan harinya selepas aku balik dari plkn, dia mesej cakap on the way nak datang amek aku jumpa ibu dia. aku ingat main-main sekali betul-betul. so bermula la episod syafiq bersungguh-sungguh menawan hati aku dan dia sangattt pandai membeli hati mama papa aku. dia kalau nak ajak aku keluar, dia terus datang rumah jumpa mama dulu. samaada kitorang keluar kejap minum-minum atau dia lepak je dekat rumah aku dengan adik-adik dan keluarga aku.


jenis aku, yes aku akan pilih lelaki yang sanggup berusaha untuk aku. aku akan pilih lelaki yang mampu mencurahkan kasih sayang sepenuhnya pada aku. aku akan pilih lelaki yang kaw boleh terima seadanya siapa aku. aku akan pilih lelaki yang kaw tak hipokrit langsung dengan aku. aku akan pilih lelaki yang bukan duit yang datang dulu. aku akan pilih lelaki yang manjakan aku tanpa rasa jemu. aku akan pilih lelaki yang utamakan keluarga dulu. aku akan pilih lelaki yang bukan memilih aku kerana nafsu. aku akan pilih lelaki yang tau siapa sebenar aku. dan awak la suami saya ituuuuuu. :)) and yes, you are the best husband in the worldddddddddddddd. :)
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...