Lazada Malaysia

Showing posts with label tips makan. Show all posts
Showing posts with label tips makan. Show all posts

January 21, 2015

persediaan first solid food untuk bunga :)

kalau ikutkan kiraan hari dari hari pertama bunga lahir, hari ahad ni genap umur bunga 180 hari yang mana nurse ada bagitau aku hari tu, 25hb januari nanti dah boleh start bagi dia makan slow-slow. aku macam wahhhhhhh, besttttnyaa! ;)) teruja gilaaaa nak bagi anak try makanan tapiiiii dalam masa yang sama, aku rasa macam ehh 6 bulan dah keeee umur bunga? (-__-') cepatnyaaa bunga besar. T__T rasa macam baruuuuuu bulan lepas keluar hospital huhuuu. mummy rasa bunga macam bayii-bayii jeeewww lagiii tolonggg la pahamm. :p

jadi sebagai seorang mak untuk pertama kali, haruslahh aku terkinja lebih. :p gigihhhhhhh aku studyyyy dekat dua minggu pasal first solid food untuk baby. selain study segala jenis makanan untuk bayi, haruslah dalam masa yang sama aku study jugak apaaa kelengkapan dan peralatan yang diperlukan untuk menyediakan makanan-makanan bayi ni nanti. hihii. ;) antaranyaaaaa adalah,


paaaaaaaaling penting adalah blender. dalam banyak-banyak baby food blender, aku paaaaling berkenan dengan tommee tippie explora baby food blender ni sebab cute miut sangatttt design dia. rasa macam konon-konon setiap kali aku blender makanan tu nanti, makanan-makanan tu semua akan keluar cute miut jugak hewhewhew :P 


dalam banyakkk-banyakkk kedai yang aku survey jual blender tommee tippee, ni paaaaaling murah aku jumpa. aku beli dengan inaz, roomate aku time belajar mrsm kuala lipis dulu huhu. :) the cheapest in town, percayalahh! rata-rata orang jual RM110 keatas. belum masuk postage lagi selalunyaaa. (-__-') nanti kalau korang nak beli, cakap tau dari blog aku ye. nanti inaz bagi harga RM100 with free postage.


weaning spoon tommee tippee ni pon aku beli dengan inaz. still the cheapest in town sebab selalunya orang jual satu pack weaning spoon yang dalam ni ada 5 ketul sudu RM30. belum masuk postage. dengan inaz korang boleh dapat RM25 with free postage. haaaa, jimat kann? ;)) korang boleh contact dia dekat facebook ni, Inaz Ramlee sebab selain dari barang tommee tippee, dia ada jual jugak barang-barang dan baju kanak-kanak lain. kalau korang nak beli papee je nanti, try mention tau blog nadia. insyaAllah inaz bagi diskaun. ;) eh ni bukan iklan berbayar tau. :p ni aku share berdasarkan pengalaman aku beli barang persediaan untuk bagi bunga makan nanti dengan harga paling murah. hikhikk ;)) 

selain blender dan sudu, ada beberapa ketul barang tommee tippee yang aku beli dari Lazada antaranya,

Explora Cool And Mash dannnn

2 Tommee Tippee Pop Up Weaning Pot.

explora cool and mash tu sangatt menarik perhatian aku sebab dia sejenis mangkuk makanan yang tertutup tanpa perlu keluarkan atau sepahkan sudu letak merata. dia memang ada tempat khas untuk letak sudu selepassss suap baby makan. contohnyaa laa suap 10 minit, baby tak nak dah. so stop kejap, jap lagi sambung balik tanpa meletak sudu tu merata-rata dan still dalam keadaan bersih. tu paling penting. selain tu, mangkuk cool and mash ni best sebab contohnyaa laa kita blend buah dan ada beberapa ketul yang belum hancur, dekat dalam bahagian tepi mangkuk ni ada tempat melenyekkann. so takde la risau baby termakan yang seketul-seketul besar. ;) untuk pop up weaning pot, dia lebih kepada bekas simpan makanan yang kita nak buat stok dan dia senang nak keluarkan makanan dari bekas tu nanti walaupun makanan tu still beku. untuk dua barang dekat atas yang aku beli dengan Lazada ni, aku beli yang combo set. dua ketul barang ni RM55.90.

http://www.lazada.com.my/best-price-of-2-tommee-tippee-pop-up-weaning-pot-44650238-explora-cool-and-mash-44670238-free-heros-mug-774583.html

untuk botol tommee tippee explora soft spout dekat bawah ni, aku dah lupaaa dekat facebook apa aku beli tapi seketul RM25 kalau tak silap. 



untuk bib-bib ni, semua dapat hadiah masa bunga lahir hari tuuu. ;) hihi

dan selain barang-barang tommee tippee ni, tak perluuu pon sebenarnyaaa tapi aku kan sokmoooo overr :p 


ada anak kee takde anak kee, rumah aku memang ada segala pinggan mangkuk plastik ikea ni sebabb aku tak sukaaaa makan atau minum dalam pinggan atau gelas kaca T___T jadi bila ada anak, boleh laa kita guna untuk bunga. :) nenanti laaaa, bukan sekarangg :p kihkihkih. 

selainnnn dari segala barang-barang dekat atas ni, dari apa yang aku stady laa, benda penting lain yang diperlukan semasa proses penyediaan makanan untuk bayi adalah penapis dan steamer. penapis guna selepassss kita blend makanan tu nanti sebab mungkinn ada makanan yang tak dikisar sepenuhnya dan steamer di perlukan untuk setiap kali sebelum blend makanan tu, kita kena steam dulu. takkan nak goreng pulak ye dak? :p hihihi. 

ok settleee bab barang-barang keperluannn. untuk makanan pulak, makanan apakahhhh yang diperlukan oleh perut bayi untuk pertama kali makan? sebenarnyaaaa, dari apa yang aku baca dan belajar, makanan untuk bayi semasa 6 bulan ni bukan fokus kepada untuk mengenyangkan. dia sebenarnya lebih kepada melatih baby tu start menggunakan deria rasa dia. nak kenal rasa manis keee masam keee dan melatih perut baby untuk terima benda baru. tapii korang jangan salah konsep, bagi makanan banyak-banyak supaya baby kenyang lama jadi susu pun boleh dikurangkan. tidakkkkkkkk. (-__-') susu stillllllllll makanan paling perlu dan utama mereka. sebab tuuuu makanan untuk 6 bulan adalah buah-buahan atau sayur-sayuran semataaaa. semua buahan-buahan dan sayur-sayuran ni mesti dipureekannn terlebih dahulu dan untuk 6 bulan, adalah dinasihatkan oleh doktor untuk kita amalkan konsep 4 Days Rule ni. 


maksud four days rule ni adalah empat hari pertama yang kita bagi dia makan, kita bagi satu jenis buah sahaja duluu contohnya untuk hari pertama hingga hari keempat, kita bagi puree apple sahaja. habisss empat hari apple, kita bagi puree pisang. habis empat hari puree pisang, kita bagi puree carrot. dannn seterusnyaa sampaiii habis sebulan. kenapa kena bagi satu satu macam ni? sebabbb, kita dalam proses mengenal pasti buah atau sayur manaa yang sesuai dengan baby sebab ada setengah bayi, perut dorang sensitif kalau main makannn jee. so at least, bila kita try satu-satu macam ni, bila kita nampakk ada something wrong somewhere macam naik bintik-bintik merah ke, alahan pape ke, atau baby kita tak suka dengan makanan tu, kita boleh stop dan tukar buah lain. haaa gituuu. :) bila masuk 7 bulan dan bulan-bulan seterusnya baruuuu kita boleh start bagi baby makan bubur nasi. time tu usus perut dia dah terlatih sedikit untuk terima pepejal selepas sebulann makan puree. jangan terus bagi bubur nasi time 6 bulan. T__T kesiannn perut dia nanti. kita macam memaksa dia untuk terus terima sesuatu yang mengenyangkan sedangkan usus baby belum ready sepenuhnya lagi untuk pepejal.(-__-')

tiba-tiba rasa macam ehhh napee skema sangattt entry aku hari ni? :P haha. rasa macam entry cikgu-cikguu yang sedang mengajar tentang pemakanan yang sihat sangatttttt ;p muahaha. ohh sebelum terlupaaa, untuk menyenangkan kerja, tak salahhh kita bagi baby makan nestum tetapiiii sebenarnyaaa, cuba kita bayangkannnn nestum tu adalah meggi. :) sejenis makanan segera yang mengenyangkan tetapiiii tak berkhasiat. agak-agak zat ape baby nak serap masuk dalam badan dia dari nestum tersebut sedangkan time bayi niii laaa dorang perlukan segala zat-zat besi untuk menambah vitamin dalam badan. eh nestum ada vitamin ke? macam pelikkkk jeee. hewhewhew. magi ada vitamin? (-__-') :p aku sebenarnya bangsa paaaaaaaaling malas nak masak, tapi demi anak, kita cubaaa usahaa. nak seribu daya, taknak seribu dalih. eh ehhh? :p ewahh ewahh ehhh :p

 

December 03, 2014

Burger Bakar Abang Burn turun harga, yeaayyy! ;)



ehhh, starting cerita terus letak gambar makanan kaw kenapaaaa nadiaaaaa? :p hewhewheww. sebenarnyaaa aku nak cerita, beberapa hari lepas kid ada ajak aku dan beberapa orang blogger lain pergi makan dekat Restoran Burger Bakar Abang Burn Shah Alam. 

 isaac, i pinjam gambar you yeee hihii ;))

haiiii kak yanaaa ;)) bau australiaaaa belum hilang lagiiii laaaa kikikiii :P yaya pinjam gambar jugak tauuu. halal ehhh ;)

kebetulan time tu dorang tengah buat promosi seketul beger RM0.50 jeeeeeee. T__T



ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnn, punyaalahhh ramai umat manusia beratur. 50 sen kannnnn, sape taknakkk cuba cakap? :p 



senanggggg jeee nak cari kedai ni. dia dekat dengan area jakel shah alam seksyen 7 tuuu. betul-betul setentang seberang jalan dengan subway dan kedai dia betul-betul sebelah cosway ;) haa mesti jumpa punyaa ;)


dan kenalkan, ni la Encik Khairul selaku pengurus restauran Burger Bakar Abang Burn jajahan Shah Alam. tapii yang pasti, dia bukan Abang Burn yang mana sampai kehari ni takde sape punnnn tauuu sapeee sebenarnyaaaaa Abang Burn tu huhuuuu ;) 

time ni Encik Khairul ada bagitau, mereka telah bersepakat menurunkan harga beger bakar di jajahan shah alam niii kepada RM5 sahajaaaaaaaa seketul. haaa murahkannnnnnn ;) selalu belas-belas ringgit. time dia buat announcement tu aku macam terkejut, ehh turun harga? orang lain sibuk naik harga, dia turunkan harga. bagusnyaaaa. hihi. ;) seperti kata big bos, biar semuaaaa dapat merasa. kalau semuaaa nak naik harga, mantiklah nakkk. :p




RM5 untuk seketul beger yang patty dia kemainn gemukkk aku rasa dah berbaloi sangatttt dahh niii. korang boleh dapatkan dari pukul 6 petang-8 malam & 10.30 malam-12.30 malam yee. 

so far hanya jajahan shah alam ni je yang baru start turunkan harga. tapiii abang burn ada pesan, kann dorang ada banyakkkkkkkkk cawangan antaranya dekat Ampang, Kajang, Nilai, JB, Seremban, Seksyen 7 Shah Alam, Klang, Melaka, Pasir Gudang, Cheras Bandar Sri Permaisuri, Kuantan, Danau Kota, Kemaman, dan Selayang. haaaa kalau korang nak restoran beger bakar abang burn yang berdekatan dengan korang pun turunkan harga, jemputtttlahhh isi petisyen saya sokonggggg harga burger bakar abang burn turun dekat sini yeeeee, Saya Sokong Harga Turun :)

http://www.abangburnturunharga.gr8.com/

jemput menyokong semuaaaaa ;) aku bab turun-turun harga ni sokong ajeeeee. ;) kan best kalau ada petisyen turunkan harga minyak kereta separuh harga. ehh? tibe-tibe. :P okbaiii. 



July 10, 2014

Resepi Nasi Briyani paaaaaling cepat dan senang! :)

kalau korang same spesis macam aku, skill masak takde la hebat mana ponnnn tapiii berangan nak suami puji wahhh hebatnyaaaa isteri abanggggg masakkkk padahallll kuikuikuiii :p haaaaa meh aku share satu rahsia resipi dengan korang muahahaha ;p korang pernah masak nasi briyani?? aku pon baruuuuu je beberapa kali masak nasi briyani sepanjang aku hidup. tu ponnn selepas aku jumpa rempah yang instant punya. HAHAHA. 


haaa nampak takkkk. ni laaa perencah nasi briyani yang aku guna. kalau kaw spesis semua bahan perencah nak sediakan sendiri, rempah ratus sume nak tumbuk sendiri, ok jangan baca entry ni. :p ni hanya resepi aku untuk memudahkan kerja para isteri yang kadang-kadang pemalas macam aku. hihi. ok meh kita proceed. bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan nasi briyani adalah semudah ABC. ;) ohh sebelum terlupa, time aku masak nasi briyani ni, aku guna separuh je perencah dia sebab masak hanya untuk 3 orang makan untuk time berbuka je. time sahur memang takkkk la perut aku boleh terima nasi briyani hohoo. ;P


ok bahan-bahan dia adalahhhh, 

# beras yang telah siap dicuci bersih.

# sepaket perencah nasi briyani cap maggi
# 3 sudu besar minyak sapi
# isi ayam di potong dadu suka hati nak letak banyak mana. 
# setengah labu bawang besar dipotong bulat.
# rempah 4 beradik macam dalam gambar dekat atas (seketul kayu manis, dua ketul bunga cengkih, dua bijik pelaga hindi, dua ketul bunga lawang) 
# kismis suka hati banyak mana nak letak. :)

beras yang telah siap dicuci tadi korang asingkan letak dalam bekas lain dulu tau sebab periuk nasi kita nak terus guna untuk tumis sume bahan-bahan dekat atas ni. ok mula-mula kita panaskan 3 sudu minyak sapi tadi dulu. agak-agak dah panas, masukkan bawang besar dan rempah 4 beradik tadi. kalau nampak macam minyak sapi tadi macam tak berapa cukupp jee sebab guna 3 sudu je, takpe. korang masukkan air sikit. jangan masuk minyak dah. takut berminyak sangat nasi kita nanti. okk tumiss dulu sekejap. kemudian masukkan semuaa isi-isi ayam tadi. tuangkan separuh perencah nasi briyani ni. masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.


agak-agak dah rupa pecah minyak dan ayam pon nampak macam dah masak sikit-sikit, korang tuang je kesemua beras yang korang dah basuh bersih tadi. tambah air ikut kuantiti yang korang selalu sukat untuk masak nasi. kacauuu sebati dan terus angkat periuk nasi ni letak dekat plug rice cooker macam biasaaaa. biarrr je dia dekat situuu sampaiii dia masak sendirinyaaa. 

lastttt sekali, bila nasi dah masak, korang taburkan semuaaaa kismis tadi dalam nasi. gaul biar rata. siapppppppppppp! ;) haaaa, senang kannnnnnnn? ada setengah orang suka letak gajus, terpulang la. aku tak letak sebab aku tak makan. hihihi. settleeeee laa masak nasi briyaniii. untuk lauk, terpulang pada korang la. selalu kalau aku masak nasi briyani, lauk dia mesti kari ayam, telur masak merah dan papadom. acar takde sebab kitorang laki bini mana makan sayurrr. huhuuu :p kalau malas, korang buat satu lauk pon dah cukup. contohnya, nasi briyani dan kari ayam. haaa dah sedap dahhh. :)


ohh sorryyyy gambar selepas siap dimasak tak berapa nak gah manaa sebab time ni kalut orang dah azan. mana nak berbuka puasa, mana nak amek gambar. hihihi ;) selamat memasak semuaaaaaaa! ;))

June 26, 2014

Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort


boleh tak mukaddimah cerita terus letak gambar kambing seketul berbogel mesra gini? :P HAHA. konon menggodaaaaa selera laa ni start start cerita terus letak gambar kambing golek kennn. hihihi. ;)) ehhh tapi betul apa, aku peghatiiiiii jee selalunya stall kambing golek mestiiiiii antara yang palinggggg ramai orang beratur. sedappp kann. dan percayalah, dalam banyak-banyak hotel atau resort yang menyajikan kambing golek time berbuka puasa, Bangi Golf Resort adalah satu-satunya resort yang berani menjanjikan, kambing golek dorang takkannnn habisssss. selagi ada permintaan, selagi itu dorang akan hidang kambing ni. takde istilah maaf ye dikkk, kita peruntukkan 2 ekor kambing je sehari. jadi kambing untuk hari ni dah habissss sebab ramai sangat yang beratur tadi. haaaa takde takde. ni Chef Kamarudin selaku ketuaa chef dekat sini yang bagitau time media tasting hari tuu. ;) kan cheffff? hihi. ;))


jadi sangatttt la berbaloi kalau korang berbuka puasa dekat sini nanti sebab boleh makan kambing sepuas-puasnyaaaaaaaa. ;) ehh korang jangan risauuu, bayar mahal-mahal takdenye dorang hidang kambing golek semataaaaa. :) ada beratussss jenis makanan yang dorang akan hidangkan. nama lagi buffet ramadhan kann. makan laa beratus-ratus makanan tu sepuas-puasnyaaa. :) mantik aku nak tepek beratus gambar makanan dekat sini huhu. tapi korang jangan risau, dorang serve semuaaa jenis makanan termasuklah masakan western ke, masakan melayu ke, ehh semua ada la senang cakap. 













dan haa sebelum aku terlupaa, dalam beratus makanan dekat sini, telur dekat bawah ni adalah antara dorang punya makanan treadmark. ni nama dia Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma. dia telur separuh masak jee sebenarnya tapiiiiii ntah dia punya sedap aku tengok sorang-sorang makan sampai 3-4 mangkuk sorang kottttt. ada yang rasa blackpepper, ada yang rasa kicap. ehh ada rasa macam-macam laaa. sedap sangattttt niii. menyesal tak sempat rasa sebab aku sibuk bergosip kejadah sangattt HAHAHA. ;p nanti korang try tauu!




oiii seronokk kemainnn masing-masing dekat meja kitoranggg. sambil tangan menyuap, sempat lagiiiiiiii kannn kita bergosip. HAHAHA. semua gambar makanan meletup devasss dekat atas ni adalah jasa dari blog abam pojie pappappap sebab gambar kitorang entah macam mana boleh error tak boleh bukakk je semua sadis tauuu. T__T thank you abammm seluar hijau hensem kpop kpop gituuuuwww. ;) hihihihi. haa nanti 5hb julai ni insyaAllah kalau aku belum bersalin lagi, kalau takde aral melintang kitorang pegi makan dekat sini lagii. jommmmm laa sape-sape nak join mehhh. jumpa dekat sana yeee. kalau korang nak pegi nanti, korang call dulu untuk beli voucher tau sebab kalau beli voucher dewasa sorang RM50 nett, kanak-kanak RM25 nett. kalau korang walk in main terjahhh je harga dewasa adalah RM65 nett. beza RM15 kannnnnn sorang banyakkk tuuuu. ;) so adalah better korang beli voucher siap-siap. 


untuk tempahan, korang boleh terus call 03-89253728 atau 03-821000265. 

ni alamat dorang ye, 

Bangi Golf Resort Restoran
No. 1 Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
 
 

July 17, 2013

Cara masak Ayam Percik palingg senang dan sedapp! :)

to be honest, aku tak pernah masak ayam percik seumur hidup. percaya tak? kesian kannnnn T____T huhuuu. so boleh tak hari ni kita main masak-masak lagi sebab aku nak share dengan korang cara masak ayam percik paaaaling senang, cepat dan sedapppp! ;)) senangg jeww rupanyaa, aku pun baru tahu mihmihmih. :p aku ingatkan susah gilaa. nama pon ayam percik kannn. bahan utama dia dah tentu-tentu ayam. ;) ok mula-mula, 

kaw gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. garam jangan banyak sangatt tau. nanti masin sebab kuah percik nanti pon nak letak garam jugak kannn. so garam sekadar cukup rasa je. gaul macam selalu kita gaul untuk goreng ayam tu jeewww cuma beza dia, untuk ayam percik kita kena panggang. tu jeee ;) siappp gaul terus panggang. api kecik je tauuu kan rentungg ayam! HAHA. almaklumlaaa titeww kennn xde pemanggang ajaibbbb T__T pemanggang tradisional besi kepit-kepit pon jadi. muehehe :p settle bahagian panggang ayam.


nextttt, kaw blender je semua sekali bahan-bahan ni.


bawang besar, bawang putih, halia dan tiga batang serai. kuantiti setiap bahan kaw agak-agak je la janji sedapp. :P huhu. letak air sikit dalam blander tauu kang tak terblend barang-barang ni sebab kering sangat kenn. settle blender 4 jenis bahan tadi, tumissssss. :)


sesambil menumis, kaw sediakan 4 barang ni untuk campak jeee semua dalam kuali tadi. ;)


halba setengah sudi kecik, seketul asam keping, 3 sudu besar cili boh dan 3 batang serai ditumbuk sebagai penyeri bau dan pencantik mata. :p campakkkk jeee semua sekaliii dalam tumisan tadi :) 


kemudian tuangkan 1 kotak santan. gaul sebati dan biarkan sampai dia pecah minyak. kalau nampak macam pekattt sangat, tuang air kosong sikit-sikit ye dalam kuah ni bagi tak pekat sangatt. tapi jangan cair sangattt tauu, cair tak sedap.


masukkan garam dan gula secukup rasa. masukkan ayam yang dah siap dipanggang tadi dalam kuali yang sama. 


siapppppp! ayam percik sedia untuk dihidangkannnn. ;))



seee, senang kan? ;)) sila buat esok untuk berbuka dan konpemmm korang akan kagum dengan diri sendiri macam mana aku kagum masuk bakul keluar sendiri. kehkehkeh. first time buat babeee nasib baikkk menjadi. ni la resepi ayam percik mama sayaaaa! :)) senang kannnnn. selamat main masak-masakkkk semua :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...