Lazada Malaysia

Showing posts with label krabi. Show all posts
Showing posts with label krabi. Show all posts

December 02, 2013

Bajet keseluruhan ke Krabi, Thailand


part paaaalingg ditunggu-tunggu, part paaaling ramaiii yang tanya berapa aku habis total dekat krabi ni mehhh aku list down satu-satu ye. 


nak pegi bercuti mana-mana pon dah tentu-tentu kena beli tiket kapal terbang kannnn. :) kalau rasa poket tak berapa tebal tapi bajet macam orang kaya nak keluar negara, kitorang laa tuewww mihmihmih :p sila baca entry aku Harga tiket flight ke Krabi, Thailand. kos tiket kapal terbang untuk tiga orang adalah RM1267.91.


untuk hotel, korang boleh refer entry ni ye, Hotel Murah di Krabi, Thailand. Kos penginapan di Aonang Goodwill Hotel selama 4 hari 3 malam adalah RM414.66.

 
Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama di Krabi korang boleh tengok dari entry-entry ni,
1. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1 
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2
3. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part
dan kos perbelanjaan untuk hari pertama adalah RM1030.98.


Jumlah perbelanjaan untuk hari kedua di Krabi korang boleh tengok dari entry-entry ni, 
1. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1   
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2
dan kos perbelanjaan untuk hari kedua adalah RM 498.95.


Jumlah perbelanjaan untuk hari ketiga di Krabi korang boleh refer dari entry-entry ni, 
1. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 1
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 2
dan kos perbelanjaan untuk hari ketiga adalah RM299.69.


Jumlah perbelanjaan untuk hari keempat di Krabi korang boleh refer dari entry ni, Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 4
dan kos perbelanjaan untuk hari keempat adalah RM28.40.


Total keseluruhan 4 hari 3 malam di Krabi, Thailand adalah: 
 
# tiket flight: RM1267.91
# Aonang Goodwill Hotel: RM414.66
# perbelanjaan untuk hari pertama di Krabi:
RM 1030.98
# perbelanjaan untuk hari kedua di Krabi:
RM 498.95
# perbelanjaan untuk hari ketiga di Krabi:
RM 299.69
# perbelanjaan untuk hari keempat di Krabi:
RM 28.40
_______________________________________________
TOTAL: RM 3540.59



nahhh, aku rasa cukup details dah ni aku bagi. nanti pepandai la korang bajet sendiri eh berapa korang nak bawak atau berapa korang kena sediakan untuk ke Krabi. kalau korang planning nak ke krabi, sila khatam kan semuaaaa entry-entry aku ni dulu baruuuuu hantar email atau tanya sebarang persoalan yang kurang jelas sebab aku rasa, aku cerita detail gile dahhh tiba-tiba ada orang email, 'saya akan ke krabi bulan sekian sekian nanti. berapa harga hotel yang awak menginap hari tu ye?' haaaa konpemmm aku rasa macam nak telan orang T____T huhuuuu. alaaa kan semua aku dah cerita. takkan nak kena suap lagi. T___T kecuali soalan yang betul-betul aku tak tulis dalam blog dan kecualiiii macam ada sorang kakak ni dia nak pegi sydney bulan 12 nanti, punya la sibuk dia teramat sangat sampai tak sempat nak stadi belek satu-satu blog aku, dan dia tau aku dah cerita details gile, kaw tau apa dia buat? 'nadia, akak bayar awak RM100, boleh tak awak email akak semua sekali entry-entry sydney awak bermula dari hari pertama sampai hari balik dekat akak.' aku mula-mula macam alahaiiiii, kesiannya nak amek duit dia tapi dalam masa yang sama, aku geram manusia spesis bersuap semua ni. tapi sekurang-kurangnya, dia bayar harga suapan aku kehkehkeh :p baik kakkkk, sekarang jugak nadia email akak. mihmihmih ;)) 

haaa, pasal bajet ke krabi ni, mahal murah sendiri tepuk poket sendiri jawab. hewhewheww :p legaaa gileee semuaa entry Krabi dah settle yeayyyy. kenapa kena settlekan cepat-cepat? sebab minggu depan nak pegi bercuti lagi yeayyyy yeayy yeayy sambil gelek-gelek bontot. :)) sekian, waltamatttttt semuaaaa 1001 kisah krabi legaaaaa baiiiiii :)

 
 

December 01, 2013

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 4

1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand         
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1         
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand       
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2     
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3      
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4  
7. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1   
8. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2
9. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 1
10. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 2

entry ni adalah entry untuk hari terakhir kitorang dekat krabi yang aku sangatttt laaa tak sabar nak habiskannn ni sebabbbb, minggu depan nak pergi bercuti lagiii wiiiiii ;))

time balik hari tu, oleh disebabkan flight kitorang adalah awal pagi, 7.55 pagi waktu thailand so kitorang awal-awal lagi dah sampai airport sebab takut terlepas flight punya pasal. walaupun booking semua dah buat web check in segala tapi untuk keselamatan, better kalau kita still sampai dekat airport 2 jam sebelum waktu perlepasan kennnnnn sebab aku dah serik gile vavi bermarathon dalam airport time pegi sydney hari tuu. T____T 

dalam pukul 6 pagi kitorang dah terpacak dalam airport. sekaliii, semua kaunter belum bukakkkk sadissss T____T takpeee takpeee, sambil menunggu, meh sambung tdo :p sharp pukul 7.55, byeeeee krabiiiiii. kami terpaksa pulang ke pangkal jalan selepas 4 hari lupa diri mihmihmih ;)) tak makan nasi lemak pak nasir tak sahhhhhhhh kalau naik airasia niiii :) 


siap makan, aku bantai mentido sepanjang perjalanan sedar-sedar dah sampai kl kuikuikui. 


sesampai je dekat airport, terus amek bas star shuttle ke jalan ipoh sebab rumah aku kannnn dekat jalan ipoh. tiket sorang RM8.00. so aku bertiga RM24.00. mila, ida, nory, sheila semua dah tentu-tentu kena pergi rumah aku dulu sebab acara paling penting kena buat sebelum masing-masing balik rumah masing-masing adalah, menyatukan semua gambar dari 8 ketul kamera kepada satu folder fengsannn berejamm. (-____-') 


sampai dekat jalan ipoh, bas tadi dia just berhenti tepi jalan je sebab takde nya dia nak terus hantar sampai ke depan pintu rumah muehehe. jadi, sila naik teksiiiii. :) dari tepi jalan mana ntah bas tu drop kitorang ke rumah aku, tambang teksi adalah RM4.40 jewww. dekat kannn? :)) jadi, total keseluruhan perbelanjaan kita untuk hari keempat yang mana adalah hari terakhir untuk percutian ke krabi ni adalah, 

Jumlah perbelanjaan untuk hari keempat di Krabi.

# bas star shuttle dari airport ke jalan ipoh: RM24
# teksi dari jalan ipoh ke rumah: RM4.40
_________________________________________________
TOTAL: RM28.40


fuhhh, legaaaaa wiiiiiiii. ;) settle semua cerita untuk keempat-empat hari di krabi. :) nexttttt, entry total keseluruhan percutian ke krabi yang ya hampunnnn, ramainya orang tanya! (-___-') semua nak pegi honeymoon dekat krabiii ehhhhh :)) pergi laaa pergi laaaa, cantik sangattttttt sampai tahap terlompat-lompat terkinja-kinjaa tiap kali amek gambar muehehee :P



esok pagi total bajet keluar yee harap maklumm dan selamat bercuti semuaaaa :))


November 25, 2013

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 2

1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand       
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1       
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand     
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2   
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3    
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4  
7. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1 
8. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2
9. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 1

finallyyyyyy T____T selepas berbulan-bulan diperam, nak tak nak aku tetapp kena habiskan jugak cerita percutian ke krabi dari awal hingga akhir walaupun mood nak update blog kadang kelaut, kadang kesungai. :p ok ni sambungan dari pengalaman bercuti ke krabi, thailand day 3 part 1 hari tu ye. untuk hari ketiga, bagi yang sedia maklum, aktiviti kitorang sepanjang hari dari pagi hingga pukul 3 petang adalah snokeling di 4 islands dan aktiviti berkayak. selepas pukul 3 petang, aktiviti adalah bebas. jadi sesampainya dekat hotel, kitorang bersepakat untuk rehat sekejap lepas tu sambung keluar balik jalan-jalan sambil cari makan. :)


kalau korang stay dekat hotel Aonang Goodwill macam kitorang ni, untuk cari kedai makan rasanya takde la susah mana sebab keluar je hotel, korang hanya perlu berjalan kekiri melalui depan masjid. haa jalan je terusss sampaiii la korang jumpa kedai makan nama sareefah.





gigihhhh kitorang berjalan cari kedai ni sebab tempat makan ni tokey kedai tempat kitorang beli baju yang rekemen. katanya murah dan sedap. fineee kita try :) lagipun tak jauh sangat dari hotel, jalan kaki jeww :) 



aku pon dah lupa dekat sini kitorang makan ape sebab dah berkurun peram entry krabi ni kennn :p tapi total dia aku catat jangan risauuu sebab kata nak tau total bajet keseluruhan percutian ke krabi kannn. dah tentu-tentu satu sen pon kena tulis. :p seingat aku, kitorang bertiga makan nasi yang pastinya :P, air sorang satu dan tambah satu pancake. kata krabi, asal nampak pancake, medanggg nak order. :P jadi, total keseluruhan makan di kedai sareefah adalah 320THB. convert duit mesia dalam RM33.44. untuk aktiviti malam ketiga di krabi memang kitorang awal-awal lagi dah planning nak try massage dekat krabi yang konon asal setiap kali kitorang study blog orang yang pernah pergi bercuti ke krabi mestiiiiiiiii dorang pegi spa buat massage. jadi, lepas je makan dekat sareefah ni, kitorang terus berjalan balik menghala ke arah hotel aonang goodwill sebab depan hotel ada tempat massage wiiiii~ ;) senang kerja tak perlu jalan jauh naik tuk-tuk segalaaa.




kitorang pilih kedai Dara Massage dengan harapan selepas dimassage kitorang akan kembali berdara kahkahkah :p sebenarnya kitorang pilih kedai Dara Massage ni selepas direkemen oleh guest dari malaysia yang stay dekat hotel yang sama dengan kitorang. haa korang boleh buat anggaran harga dari board dekat atas ni kalau korang nak berspa dekat sini ye. :)



thai massage antara urutan yang paaaaaling popular dekat thailand. dia macam kalau korang datang thailand tapi tak try thai massage ibarat minum air tanpa gula. kemainnnn perumpamaan hoverrr HAHAHA. jadi dalam kitorang bersebelas, semuaaaa try thai massage kecuali aku sebab aku adalah spesis bangsa penggeli. i is cannotttttttt main urut-urut main urat saraf segala sebab urat karen aku syafiq je pandai main. kohkohkoh. (x___x) jadi aku pilih la body scrub. body scrub pon macam seremmmmm jugak sebab tukang urut nanti tetap kena sental badan aku cuma aku terimagine dan terset dalam kepala, takpeee dia macam tolong mandikan sental sana sental sini jeww HAHAHA. kalau massage, dia akan bermain-main dengan urat saraf badan kita. 

oleh disebabkan space di dalam kedai adalah limited edition dengan kitorang ni yang bersebelas, jadi tokey kedai pecahkan kitorang pada dua sesi. satu jam pertama adalah sesi spa para isteri. siap para isteri baruuuu sesi para suami. aku ok jewww sebab tukang urut kitorang nanti adalah perempuan jugak tapi syafiq tetap pesan sayang kalau dia suruh awak bogel awak bagitau saya tau. kahkahkahkah :P spa dekat sini kita kena request kalau nak perempuan atau lelaki yang urut. bagitau siap-siap saya nak perempuan atau saya nak lelaki. kang nanti nayaaaaaa. wa tak sanggup laki wa dinodai sebab laki wa teruna lagi, choiiii HAHAHA. :p



aku nak cerita tapiiiii alaaa segan pon ye sebab lucah sangattt. T____T tapiiii pada masa yang sama, aku taknak korang lalui ape aku laluiiii T____T aku cite ehhh, tapi korang jangan imagine tauu aku pang karang. kahkahkah. 

kan dalam ramai-ramai, semuaaa buat thai massage kecuali aku. aku kan pilih body scrub konon nak menyental badannn finee meh aku cerita macam mana rupa body scrub tu. (-____-') sebelum ni aku pernah pergi spa tapi dekat kl ni laa kannnn. sebelum mula sesi mesti dorang bagi pakai panties yang jenis pakai buang tu tapi dekat thailand, dia bagi kain sarung je. takde baju dalam ke seluar dalam ke takde. (-___-') kain sarung pon tak berapa nak kain sarung laaa sebab tak berjahit dan semua dorang buat, aku main tadah. dalam keadaan aku pakai kain sarung yang tak berjahit, si tukang urut suruh meniarap sebab dia nak start menyental dari belakang. finee kita meniarap. tibe-tibe dia suruh aku tanggalkan kain sarung sebab dia nak tutup bahagian belakang badan je. dia macam kaw bogel sambil meniarap, tapi bahagian belakang di cover sepenuhnya oleh kain sarung tadi. ok layan je la sebab aku pikir dah nak menyental badan kan no wonder kena bukak. aku tak bogelllll sebab dia still tutup belakang aku dengan kain tapiiiiiiiii, dia macam bukak sikit-sikit ikut step menyental mula-mula sebelah kanan dulu, siap semua kanan baru buat sebelah kiri badan. haaa contohnya dia mula dekat kaki, dia akan bukak kain di sebelah kanan dan sental. siap sental bahagian kaki, dia up sikit sental bahagian peha kanan. siap sental peha kanan aku dah seram dahhhhhhhhhhhhhhhhhhh. bila kaw meniarap, kaw takkan nampak ape dia buat cuma dapat rasa la kannnn. tibe-tibe kaw tau ape aku rasa?? 

#$#%$^$%^%&%&&$*^&@#@$ 

demmmmmmm, hoiiiiiiiii kaw sental sekali celah bontot aku kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?! T____T aku time ni rasa macam wadefakkk betulllllll choiii gileee kaw main uli-uli celah bontot akuuuu laki aku pon tak pernah aku suaaaa macam ni tauuuu gileee maluuuu. habis ayat aku mencarut dalam hati kahkahkah. aku terus cakap ehhh ehhh stop stop jangan sental dekat celah kangkang aku tapi sepatah harammmmmmmmmm dia tak pahammm T__________T rupanya si tukang urut ni bahasa inggeris tak reti, bahasa melayu apetah lagi. bila aku cakap stop, dia bantai pegi senyum sengihhhhhh gelak-gelak tengok aku. kaw dah kenapaaaa T_____T ingat aku tengah menjerit kegembiraan keeee halahaiiii maluuuunyaaaa. aku cuba panggil tokey kedai tu tapiiii alaaa dia lakiii, takkan nak bagitau dia kang nanti bila nak bagitau, mestiii dia kena masuk tempat aku menyental tu. aku pasrah gilee vavi. kaw bayangkan la orang main sental-sental celah bontot korang ape korang rasa? aku rasa nak sepak-sepak je T_____T dah cakap pon tak paham, aku pasrah babeeee. rasa macam aku dinodai KAHKAHKAHKAH :P habis menyental belakang badan sebelah kanan, dia sental jugak belakang badan sebelah kiri dan acara menyental celah bontot sebelah kiri tetap berlaku T___T huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T____T

lepas siap belakang badan, dia suruh aku pusing depan sebab dia nak menyental bahagian badan sebelah depan. kira aku sekarang menghadap dia tapi dia tutup la mata aku dengan kain sebab dia tak bagi aku tengok dia menyental. aku pon tak sanggup nak tengok kahkahkah. ;)) macam biasaaa, dia akan mula dengan kaki kanan. sental kaki, peha semua sampai laaa dekat celah kangkang, hoiiiii no no noooooo. kaw paham bahasa omputih ke kaw tak paham bahasa omputih ke aku tetappp takkan bagi kaw sental aku punya tuttttttttttt. kaw tau aku buat isyarat macam mana nak bagi dia paham? kahkahkah. aku tutup tuuuuutttt aku dengan kain lepas tu aku tunjuk isyarat tangan macam lambai lambai, here cannot, noo nooo noo don't touch. kahkahkahkah. vodooo tauu. haaaaa baruuu dia pahammmmmm. HAHAHAHA. aku bagitau korang siap-siap tau, kalau korang spesis tak rela dinoda diuli uli selain dari laki atau bini korang, baik korang bagitau awal-awal. jangan sampai time menguli baru nak bersilat no no no bagai. HAHAHA. so time syafiq berthai massage, awal-awal lagiii aku dah pesannnnn. kaw jangan macam-macammmmm. :P walaupun tukang urut dia adalah lelaki jugak tapi aku tak percaya spesis thailand ni semua. :) 

tak dinafikan lelaki sukakan keganasan tapi percayalahhhh, keganasan thai massage ni buat aku gelak berdekah-dekahh sebab, spa ni dah rupa wad bersalin dahhhh aku dengar laki masing-masing terjerit-jerit, terpekik-pekik. kahkahkah. ;) laki aku palingggggggg hoverrrrr. empat batu nautika dah boleh dengar suara dia mengerang tahan sakit ke tahan geli ke tahan stim ke aku tak pasti. HAHAHHAHAHAA. dan percayalah, effect thai massage, tak masal laki wa jalan terkangkang kangkang sakit peha selama semingguuuu. muehehhehe :P jadi total habis di Dara Massage adalah 500THB untuk dua orang thai massage, 450 THB untuk body scrub. jumlah keseluruhan adalah 950THB. convert duit mesia dalam RM99.27.

settle bermassage segala, malam masih muda kennnn. moh la kita menghabiskan saki baki duit thai di ao nang. naik la tuk-tuk pegi ao nang seperti biasa 3 orang 60THB. convert duit mesia RM6.27.

sepanjang dekat ao nang town malam tu, sempat aku beli seketul tote bag 150THB, t-shirt chang redbull ape nama ntah adik aku punya 250THB, beberapa ketul FM 200THB, rokok ape ntah lupa 660THBB, roti 59THB, tuna tin 39THB, jajan ikan salai 20THB, red bull dua botol 20THB, satu botol air fanta oren 10THB. murah gilee air redbull dekat sana. kira seringgit je sebotol. kat sini? orang kaya jewww minum muehehe :P total untuk menghabiskan saki baki di aonang town adalah 1408THB. convert duit mesia dalam RM147.13. 


habis semua deretan kedai di aonang kitorang tawaf semata-mata sebab malam terakhir di krabi la katakannnn :P agak-agak penat dah berjalan, amek tuk-tuk untuk balik hotel. macam biasaaa, 3 orang tambang tuk tuk 60THB. convert duit mesia RM6.27. kitorang sampai hotel dalam pukul 12 malam tapi tak terus naik bilik. lepak-lepak dekat lobby hotel sampai pukul 3 pagi sebab taknak tdo punya pasal semata-mata takut terlepas flight. alang-alang pukul 5 pagi dah nak kena check out, baik tak yah tdo langsung kang sia siaaaaaa nak beli tiket kapal terbang baru untuk 11 orang muehehhehe :P

naik bilik kemas-kemas barang, pukul 5 pagi driver van yang kitorang booked masa hari pertama tiba di krabi pon sampaiiiii :)



Jumlah perbelanjaan untuk hari ketiga di Krabi.


# masuk toilet untuk dua orang di Phranang Cave: RM2.09
# 1 botol coke di Phranang Cave:RM2.09
# asam:RM3.13
# makan di kedai Sarefah: RM33.44
# sesi massage di Dara Massage: RM99.27
# tuk-tuk dari Dara Massage ke Ao Nang town: RM6.27
# shopping di Ao Nang town: RM147.13
# tuk-tuk dari Ao Nang town ke Goodwill Hotel: RM6.27
___________________________________________________
TOTAL: RM299.69




to be continueeee untuk hari terakhir di krabi dan total keseluruhan 4 hari 3 malam di krabi wiiiii ;)

July 28, 2013

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 1

1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand       
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1       
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand     
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2   
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3    
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4  
7. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1 
8. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2

aktiviti hari ketiga kitorang dekat krabi haritu adalah 4 Islands by long tail dan kayakking. kalau ikutkan, van akan datang pickup kitorang depan hotel pukul 8.30 pagi waktu krabi tapi pukul 9 pagi baru dorang sampai. takpeeeee, kitorang boleh breakfast puas-puas duluuu :p 


menu breakfast boleh dikatakan hari-hari sama T__T. jangan bermimpiii ada nasi lemak, mee goreng mamak, kuey tiaw goreng segalaa. HAHAH. korang hanya boleh pilih dari menu ni jewww,


takpe laaa, janji dapat alas perut dulu sebelum start aktiviti kannnn. ;) 



si van datang pickup dan terus hantar kitorang ke pantai Aonang. kemainnn penuhhh dia sumbat orang sampai syafiq dengan adik aku terpaksa berdiri. heyy bahaya tauuu berdiri gituu je tapi takpe laa dah besar kann. pepandai la jaga diriii :p amboiiiiiii bangg, kemain putihhh melepak bersewiii sewii muka yeee. berapa kilo sunblock tepek takut muka hitam? HAHA ;) masa mula-mula sampai dekat pantai, semua kena isi maklumat peribadi dulu untuk insurans nyawa kalau tak silap aku. 


lepas siap isi semuaa heyyy boleh tahan lama kitorang terpaksa menunggu untuk memulakan aktiviti pertama sebabb, van tadi kena pegi pickup orang dari hotel lain pulakkkk. dah alang-alang menunggu, takkan menunggu semataaa dorang nii. orang sekeliling naik herannn korang ni buat shooting apa terlompat-lompatt terkinja-kinjaaa tak malu keee. HAHAHA. 

miloo baruuuuuu nak kira satuuu duaaa tigaa lompat, yang orang lain tak menyaboo heyy lambat la milo ni kira. HAHAHA. 



kalau kaw tanya aku, tak semua lelaki senang masuk kepala. tak semua lelaki kepala sama gila. tak semua lelaki bila kaw suruh, dia akan buat apa saja. tak semua lelaki mampu real sehabis daya. aku kadang pon herannn. macam mana dorang ni boleh masuk kepala senang gilaa sebab pada asalnya bini-bini je kamcing habis. ramaiiiiiiiii yang tanya aku, ida, nory dengan mila. laki korang ni betul-betul kamceng ke buat-buat sebab macam tak berapa logik boleh jadi sekamceng ni bermula hanya dari blog bini tapi percayalah, this is real. :) mana nak cari babee time wa sakit laki masing-masing call syafiq tanya khabar. mana nak cari babee time berbuka kalau kebetulan aku bukak puasa dekat luar tak boleh dengar azan memasing call cakap dah boleh makan dah masuk waktu. mana nak cari babe merempit sama-sama pegi event bawak bini. HAHA. mana nak cari babe sorang je nyee bini period tapi semuaaaaaa laki pakat masuk 7E cari pad. KAHKAHKAH. ;)

 

aku rasa nasib baikkk si driver van tu buat kitorang menunggu lebih kurang dalam setengah jam jee. tu pon dah beratus gambar tak sanggup den nak letak semua sini kang ada yang berbuluuu mihmihmih. ;p sebelum naik long tail, si travel guide awal-awal lagi dah bagitau, masukkk je longtail terus kena duduk. tak boleh berjalan kesana kemari bahaya sebab potensi untuk sampan berenjin ni terbalik sangatt la tinggi sebab dia guna papan je babee. dah la bila kita mengharungi ombak, ombak kan besar. air betul-betul sebelah tingkap siap tangan boleh main air lagii heyy bahayaa. 


kalau korang tanya aku, antara speedboat yang kitorang naik masa buat aktiviti phi phi island masa hari kedua dengan longtail yang mana lagi mabuk, aku cakap longtail. aku alhamdulillah bukan jenis pemabuk laut tapi laki wa yang macho lagi gagah perkasa ituewww haremmmm asal naik boat mabuk, asal boat bergerak pening. kesian kesian kesiannn. HAHA. syafiq dia geng dengan ida, asal boat bergerak mintak asam. kuikuikui. ;p roller coaster uss yang kemainnn bahaya mintak nyawa boleh main, setakat longtail boleh mabuk choiii tauuu. HAHAHAH. 

destinasi pertama kita untuk pakej 4 islands with kayakking ni adalah Phranang Cave. 


ni la kottt cave nya ntahhh tapi gua ni memang boleh masuk kedalam tapi memang takkk la aku nak masuk kann sebab kalau tak silap dorang ada tulis 'Princess spirit house by local people' heyyy spirit spirit ni no no noooo. kang tak masal balik rumah demam.

dekat Phranang Cave ni sekejap je dorang benti. dalam 45 minit kott kalau tak silap. tak sempat nak jalan jauh snokeling apetah lagi sebab masing-masing betapa depan toilet tengah redakan mabuk. HAHAHHA. 


hati-hati tauu dekat sini banyak monyet tapi monyet sini takde la sebahaya monyet dekat Dayang Bunting Langkawi.

nory jangan cakap, semua dia beraniiii. konpem urat saraf takut dia dah putus. muahahahaa.



settle destinasi pertama, moh menuju ke destinasi kedua kita iaitu Poda Island.


dekat Poda Island ni boleh snokeling tapiiii turun je boat dorang dah sediakan makan tengahhari. harus la kitorang terjah makanan dulu kennnn :p kuikuikui. untuk pakej longtail, makanan dia tak semewah makan buffet yang pakej Phi Phi Island by speedboat semalam sebab untuk pakej long tail, dorang yang letakkan makanan untuk kita. kita tadah pinggan jee. tapi kenyang jugak korang jangan risauuu ;)



nak cakap perut tengah lapar tu tak pon aku rasa tapi tekak aku cakap sedap gileeeee makanan dia. lagi sedap dari pakej buffet semalam. settle makan minum semua masing-masing boleh snokeling dahh tapi kitorang kann amek pakej 4 islands with kayakking. jadi kitorang tak perlu snokeling lagi sebab kita akan berkayak dari sini yeayyyy

    

aku rasa bab kayak ni aku paling bertuah sebab kitorang naik bertiga. kuikuikui. orang lain naik berdua dah tentu-tentu kena saling tolong menolong mengayuh kang tak bergerak kayak tengah laut padahhh tertinggal dekat belakang. yang aku bantai berlenggang amek gambar pemandangan xpeeee syafiq dengan adik ada tolong kayuh. HAHAHHA. 


ni juru pandu kayak kitorang. Mr Dome nama dia. bapak selambe kayuh sorang diri lajuuu pulak tuu. yang kitorang mengayuh berdua pon tangan bergerak mulut berbunyii letihhh letihhh dia rilekkk je sorang. huhuu. 


sambil-sambil mengayuh, Mr Dome cakap nak bawak kitorang pergi tempat tapak pengambaran cite omputeh ape ntahhh yang pasti rumah buluh ni adalah rumah fisherman dalam cite tu. masa pengambaran tu dorang siap tutup semua kawasan pulau ni semata-mata nak buat pengambaran dekat sini. soo tumpang bergambar je la sekaki dua walaupun tak tau apa nama tajuk cite tuuu lupaa walaupun dia dah bagitau nama :p
cantik kannnnnnn. kretif betul dorang. lepas tu Mr Dome offer diri nak tolong amekkan gambar kitorang. heyyyy pucuk dicita ulam mendatanggg ape lagiii. kehkehkeh ;p





settle bergambar semua, mohhh la kita kembali ke pangkal jalannn. ;p dayung kayak balik ke tempat makan tadi sebab boat dah tunggu kitorang untuk ke destinasi ketiga iaitu Chicken Island. ;) haaaa masa on the way ke Chicken Island ni la syafiq flatt habissss. cukup pakej mabuk lauk, lepas tu perut penuh makanan, kemudian penat berkayak, sekali kena naik boat balik. mabuk kuasa dua la diaaa. betapa tak tahan sampai siap baring dalam boat. anyonyonyoooo kesiannnnkannn. :p yang bini, gigihhhh siap amek gambar muehehehehe. aku amek gambar sebab syafiq jarang badan dia lemah. selagi dia boleh cover dia akan cover apetah lagi depan orang ramai. tapi time ni betul-betul dia buat dono. kuikuikui. 


yeayy dah sampai Chicken Island. haa nampak tak macam rupa kepala ayam? sebab tu nama dia chicken island. ;))




its snokeling timeeeeee ;) oleh disebabkan semalam aku dah nekad, walau apa jadi, walau takut jangan cakapppp, aku mestiii kena ada sekeping gambar dengan ikan sebelum balik. ;)) muahahahaha. kan semalam snokeling dekat phi phi island aku takut gile sampai terlepas peluang amek gambar dengan ikan, hari ni wajibbbbbbb ada. nanti stresss orang lain semuaa ada gambar dengan ikan aku takde. jadi aku cakap sorang-sorang dalam hati alaaa senang je niii ape ade hallll :p aku orang last turun dari boat. sepenuh kasih sayang syafiq tatang sebab dia takut aku gabra macam semalam. kuikuikui :p


sekali turun, ehh ehhh. best pulak snokeling dekat sini. 


tapi seriusss. snokeling dekat sini tak sebahaya snokeling dekat tempat pakej phi phi island semalam sebab sini takde ombak besar. sini tenang jee. bila dah beraniii sikit aku pon cepat-cepat cari ida sebab ida je pegang camera dalam air. kuikuikui. 


finallyyyyy, yeayyyyyyyyyyyyyyy ada gambar dengan ikannnnnn! ;)) hewhewhew. 


satu jam kottt rasanya snokeling dekat sini dan sepanjang satu jam tu la aku dalam air sibuk tengok ikan sambil belajar berenang. besttttttttt ;)) habis je masa kitorang terus gerak ke destinasi terakhir kita iaitu Tup Island. 


aku rasa dalam banyak-banyak pulau dalam pakej 4 Islands ni, Tup Island paaaaaling femes sebab dia sangat la unik. boleh berjalan antara satu pulau ke pulau sebelah. hebatkan, subhanallahhhh :)




lebih kurang sejam lebih jugak la kott kitorang dekat sini. tak snokeling ponnn sebab tadi kan dah ada gambar dengan ikan mihmihmih, jadi dekat Tup Island ni hanya posing amek-amek gambar semata :) settle semua keempat-empat pulauuu legaaa :) mohhh la pulanggg. lebih kurang dalam pukul 3 petang boat pon gerak balik ke Aonang. so sesampainya dekat pantai Aonang, van yang pickup kitorang tadi jugak yang hantar kitorang balik ke hotel. awal lagi masa sampai dekat hotel so kitorang naik bilik mandi manda tukar segala untuk aktiviti seterusnyaa. kalau ikutkan wa tak sanggup nak sambung cite sebab lucah sangat tapi mungkin la sebagai peringatan untuk korang dimasa akan datang please stay tune :p panjang sangat dah entry ni nanti aku sambung ehhhh. :))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...