Lazada Malaysia

Showing posts with label afiq. Show all posts
Showing posts with label afiq. Show all posts

November 12, 2012

november, satu gambar setiap hari.


benda alah ni tak wajib pon nak mainnn tapi aku pon tak tau macam mana tiba-tiba boleh tersangkut nak join dekat instagram. rasa macam task harian pulekk. setiap hari kena amek gambar berdasarkan tajuk yang dorang dah siapkan. kehkehkeh. :) dan setiap hari mesti post satu gambar sepanjang bulan november dekat instagram. senang kann. cer tengok, dekat gambar atas ni semua ada 30 task kan. meh aku tepek 10 keping gambar aku berdasarkan tajuk ni. 

# day 1: something beginning with 'C'
- Caldina
 


# day 2: colour
- red, most favourite colour of the year!



# day 3: breakfast
- lebihan pizza smlm. masuk microwave and doneeee! jom breakfasttt.



# day 4: TV
- 10:35PM, is watching maharku untukmu.
 


# day 5: 5 o'clock
- alamak dah 5:35PM. xpe kan 5:00 plus plusss janji depan dia 5.
 


# day 6: a favourite thing
- selain merah, anything in warna warni dari tak nak beli pon boleh terbeli contohnya macam tikar ni. ABC pon ABC la. janji warna warni.


 
# day 7: reflections
- nak kenal suami dia, tengok isteri dia. nak kenal isteri dia, tengok suami dia. how beautifulllll marriage is.



# day 8: something you do everyday
- ming alif nun da yaaaa



# day 9: small
- dari kecil, perempuan ini punya impian sebesar gunung. dari kecil, perempuan ini punya cita-cita sebesar lautan. dari kecil, dia pernah dihina, dia pernah dicaci, dia pernah jatuh tanpa siapa pedulikan dia. yang pasti, dia bersyukur, hari ini dia punya segala. tuhan sentiasa bersama Dia, sejak dia kecil, sejak dari kandungan ibunya lagi.



# day 10: can't live without
- suami, cinta pertama, dunia dan akhirat saya.


description di setiap gambar aku copy bulat-bulat dari instagram. korang ada instagram? meh share sini, boleh aku follow. kalau sudi, boleh follow aku. (-__-) instagram aku boleh click sini.

November 04, 2012

rahsia rumahtangga harmoni. kuikuikui ;p

sejujurnya kalau kaw tanya aku pandai make up tak, aku akan jawab tak. sebab memang aku betul-betul tak pandai nak bermakeup bagai. takat tepek bedak, pakai lipbalm tu menipu la kalau tak tau kenn. -____- tapi kalau maskara ke, blusher ke, apatah lagi eye shadow jauhhhhhhhhhh sekali. dalam tiga benda aku sebut ni, laki aku paling pantang tang eye shadow. dia geliiii. aku pon tak tau kenapa. kuikuikui. seumur aku hidup, aku boleh kira berapa kali jeee aku makeup. time kawen memang dah sah sah kena make up kan.

tapiii, sejak sebulan lepas, aku mula berkecimpung dengan dunia bereyeliner bagai. cehhhhhhhhhhhhh, berkecimpung la kononn. ;p kehkehkeh. kaw tau sape pakaikan aku eyeliner tiap kali tabiat bajet nak mata lentik ni datang? T_____T ya, setiappppp kali.


serius ni bahan bukti. HAHAHAH. kaw cakap je kaw nak lukis lentik panjang mane, tebal berapa inci, dia main lukissssss je. zap zap siapppp. kalau tiba-tiba aku sajeeee testt buat sendiri kononnya nak berusaha tangga kejayaan, kaw tau dia jawab ape? 'dop comey lasummmm. cantik lagi iolllssss buat uolsssss'. pang nak? kahkahkah. :D tapi aku xde la beria nak tenyeh eyeliner ni setiap kali keluar. mende alah ni kena ada mood. tak de mood aku keluar je sememehh. 

aku syak mungkin ni salah satu rahsia kebahagian rumahtangga. (x___X) mungkin mana mana yang dah kawen semua boleh praktikkan amalan suami makeup kan istewiiii, istewiiii senang hatiii. ;p asal nak makeup je tadah muka, asal nak makeup je tadah muka. syorrggaaaaaaaaaaaa. :))) suami pon xmembebel tunggu istewii berejam duk makeup kennn. tu belum masuk berejam membelit tudung. kuikuikui. ;p

ni baru satu rahsia merapatkan silaturahimm yang aku share. ;p belum masuk bab kaw cabut bulu ketiakku, ku cabut bulu ketiakmu. yang ni aku tak sanggup nak hajorr. kaw bayang sendiri. tapi yang pasti, tabiat ni start dari mula-mula kawen dulu dulu lagii. si syafiq laaaa yang start tabiat tak berapa nak senonoh ni. T__T HAHAHA. mula mula aku macam terpaksaaaa sebab tak biasa kawww nak belek ketiak orang lain selain ketiak sendiri hewwhewwheww. tapi bila dah lama lama, petik jari jeee. aku syak dia nak balas dendam. aku tadah muka suruh dia makeup, dia tadah ketiakkkk kawwww. melampauuuu. T____T ;p 

kesimpulannya, kaw isteri dia, dia suami kaw. kaw tanah dia, dia tuan kaw. dia nak membajak setiap masa di tanah kaw pon kaw kena tadah sebab kaw sekeping tanah kepunyaan dia. tapi walaupon kaw sekeping tanah jeewwww, kalau kaw rasa kaw pon nak membajak macam dia, kaw sentallll je. benda halal babe. dapat pahala. kohkohkohhh. ;p #ehhhh, aku cakap pasal tanah dan tuan tanah je tau. kaw jangan macam-macam. (x____x)



July 24, 2012

dulu aku pengintai tegar

Alhamdulillah. hari ni hari ketiga kita berpuasa. and tahun ketiga aku berpuasa sebagai seorang isteri. eceehhh! ;p bagi aku, tak susah pon berpuasa sebagai seorang isteri di usia muda kecuali, aku palingggg liat nak bangun pagi-pagi nak kena masak. malassssss. tapi pahala ok pahala. kena bangun. hewhewww ;) 


hari ni first time aku pegi terawih dekat masjid jalan ipoh. masuk-masuk je masjid, tiba-tiba aku teringat kenangan lalu. senyum sorang-sorang okeh. ;p tiba-tiba teringat, aku start kapel dengan afiq time aku darjah 5. masa mula2 kapel kalau xsilap aku dekat-dekat nak puasa. dulu mana ada handphone facebook bagai. kalau terserempak, wahhhhhhhhhh hati berbunga riang. *geliiii lagi banyak terserempak lagi bagusssss! tapi setiap kali terserempak, xde la pulak nak bercakap. malu konon. gewammmm. lempang nak? puiii ;p jadi, oleh disebabkan dulu takde teknologi canggih, aku selalu amek kesempatan time bulan puasa. kalau dulu, 30 hari semayang terawih xpernah miss okeh! tak pernah. buat muka inesen, bagitau papa nak gi terawih jugak. papa aku bawakkkk. T__T dia tak tau niat sebenar anak dia. HAHAHA. :D *gelak jahat. tapi paling xboleh blah, setiap malam pergi terawih dengan niat nak intai afiq dari celah-celah kayu tirai antara tempat sembahyang lelaki dengan perempuan. gila keji nawaitu saumarodin dah xbetul. T___T sumpah kelakar. nak duduk saf depan sekali, sanggup duduk paling-paling hujung. janji celah kayu yang ada lubang boleh nampak saf lelaki. boleh? HAHA. moga anak-anak aku tak ikut perangai kekejian aku esok-esok. amin. (x__x) 

dan tadi, time aku sembahyang terawih, mungkin Allah nak uji, hikhik ;) aku sembahyang di tempat yang betul-betul boleh nampak orang2 lelaki sembahyang. kira celah-celah kayu jugak la. ada aku intai si afiq? memang takkkkkkkk la! rasa nak boldkan je takkkkkkkkkkkk tu. HAHAH. :D gila kejam. dah kawen, xyah nak intai-intai bagai. muka tu la yang i hadap hari-hari. tak pernah bosan, tak pernah jemu. buang tebiat ke ape nak main intai-intai lagi. umur dah 23 okehhhh. dulu lain la, hingus pon nasib baik afiq tolong lap kan. hikhikhik ;)) 


# oh lupa nak cakap, selamat berpuasa semuaaaaaaaaaaa! :))

February 16, 2012

loving you, lillahita'ala.

si pemilik tulang rusuk saya. ;p

haaaaaaaaa gedik dia maiii dahhh mai dahhh.



choi! tak tahu malu betul perempuan ni! *elehjelesssslatewwwkawenlacepatcepatttt ;p*



si laki xbergerak langsung dalam setiap gambar. *dier tengah feeling babe HAHA* si bini memang xperlu disuruh beraksi dasar tak sedar diri T____T



loving you, lillahita'ala

February 08, 2012

Wordless Wednesday #1



*pssst: tak tahu nak komen apa? Like atau Share aje pon dah terharu tauu. (*__*)

January 14, 2011

tlg bagi cadangan pleasee..

kepada,
semua kawan2 yang baik hati. ;)

saya, nadia farahida, dengan ini, meminta jasa baik dato'/datin/tuan/puan adik kakak yang cun dan hensem lagi segak bergaya untuk tlg bagi cadangan, tang mana kat area 
kuala lumpur ni yang best sambut birthday party. 

ciri-ciri tempat yang mahu dipilih:
* reasonable price.
* tempat yang boleh bising-bising.

dan, yang paling penting, bukan nak sambut birthday kanak-kanak.
ni nak sambut birthday bapak kanak-kanak. iaitu, encik afiq saya!!! ;)

bile?
esok.. 15 january. heeee~

semoga jasa baik dato'/datin/tuan/puan adik kakak ini akan meninggalkan kenangan sampai mati utk encik afiq saya sbb dier mmg xpernah sambut birthday2 bagai ni dan ni pertama kali ktorang sambut bersama-sama secara live walaupon dah 10 tahun jatuh cinta. =)
sekian,
terima kasih daun keladi, esok2 nak minta cadangan lagi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...